Assalamualaikum,
Saudara, kita telah sentuh sedikit sebanyak tentang tajuk 'kepimpnan' dan tentang 'jema'ah' dalam Islam. Kita perlu teliti secara lebih terperinci dan mendalam hakikat mengenai dua tajuk ini kemudian nanti supaya kita lebih faham. dalam blog ini kita juga telah sentuh konsep atau hakikat 'bai'at' dalam Islam. Ajaran Islam yg diajarkan kpd kita semenjak kecil lagi, tidak pernah disebutkan tiga tajuk atau hakikat ini. Mengapa? Kerana konsep dan ketetapan tersebut bertentangan dgn sistem kenegaraan atau pemerintahan atau kepimpinan dunia yg berdasarkan kpd sistem dan falsafah manusia yg datangnya dari orang Barat yg bukan Islam. Sistem sedemikian itu sudah menjadi sebati kpd manusia.
Saudara, dalam post ini kita turunkan ketetapan tentang 'bai'at' dalam Islam. Bai'at ini adalah terkait dgn hakikat 'ulil amri' yg disebutkan dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' = kita diwajibkan oleh Allah (a.w) supaya taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w) dan taatkan 'ulil amri'. Ulil amri adalah golongan orang yg diberi kuasa dalam Islam memimpin jema'ah Islam. Dalam Islam ada jema'ah kerana itulah ketetapan Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 103, Surah ali-Imran = jika diwajibkan berjema'ah dalam menganuti Islam. Apabila wujud dua sistem yg saling kait mengait, iaitu pertama; berjema'ah; dan kedua, kepimpinan, maka barulah Islam yg haq itu wujud. Dan, seperti yg kita telah lihat dalam post sebelum ini, iaitu 'ahlus sunnah wal-jama'ah' adalah golongan yg satu dalam 73 golongan yg berjaya mendapat syurga atau seorang drp 1,000 orang Islam yg berjaya mendapat syurga, mensyaratkan wujudnya dua criteria, iaitu pertama mengikuti as-Sunnah dan kedua berjema'ah.
Dalam post ini kita teliti secara terperinci satu dimensi utama dalam Islam’, khususnya dalam institusi kepimpinan dalam Islam, iaitu bai’at. Jemaah umat Islam dipimpin oleh seorang pemimpin. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w), Rasulallah (s.a.w) adalah pemimpin umat Islam. Selepas kewafatan beliau, jemaah Islam dipimpin oleh khalifah (pemerintahan khalifah). Mereka dirujuk oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai ‘khulafah ar-rasyidin al-mahdiyin’ – ar-rasyidin (yang benar) al-mahdiyin (yang diberi petunjuk dari Allah (a.w)). Mereka adalah Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibni Khattab, Othman ibnu Affan dan Ali b Abi Thalib, radiallahu ‘anhum (Amin). Mereka mentadbiruruskan jemaah Islam selama 30 tahun.
Merujuk tentang ikrar-janji atau bai’at dalam Islam itu, kita lihat firman Allah (a.w) berikut: Firman Allah (a.w): ‘Innal lazina yubayi’unaka innama yubayi’unallaha @ Yadullaha fauqa aidihim faman nakatha fainnama yankuthu ‘ala nafsihi waman aufa bima ‘ahada ‘alaihullah fasayu’tihi ajran ‘azima.' [Yg bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang berbai’at dengan engkau (Muhammad) nescaya apa-apa berbai’at (i.e. ikrar janji setia) mereka (adalah berbai’at) dengan Allah (a.w) @ Tangan Allah (a.w) di atas tangan-tangan mereka, maka barangsiapa melanggar/merosak (ikrar janji setia mereka), maka sesungguhnya melanggar/merosak mereka atas diri mereka dan barangsiapa menetapi dengan apa-apa janji atas janji (dalam bai’atnya) maka sesungguhnya menjanjikan Allah (a.w) (bagi mereka) pahala yang besar (yakni, mendapat ganjaran syurga)] [Ayat 10, Surat al-Fath].
Allah (a.w) memberitahu serta mengesahkan perlakuan berbai’at yang berlaku di bawah pokok pelampus antara para sahabat dengan Rasulallah (s.a.w). Ikrarjanji itu adalah merupakan ikrar janji mereka dengan Allah (a.w). Ancamannya disebutkan iaitu sesiapa yang melanggar ikrarjanjinya atau merombaknya, yakni membatalkan, maka merekalah yang menanggung akibatnya dan barangsiapa yang mentapi atau kekal dengan bai’atnya maka mereka mendapat syurga (syurga adalah pahala yang terbesar bagi manusia). Di dalam Annex ini kita akan lihat bahawa sesiapa yang menongkaikan bai’atnya maka mereka pasti terjerumus dalam neraka. Malah barangsiapa meninggalkan jemaahnya, mereka telah merombak bai’at, ikrarjanjinya, maka terlucut Islam dari lehernya, yakni jadi kafir mereka. Maka dengan itu merekalah yang menanggung akibat perbuatan mereka itu. Mereka pasti masuk neraka. Kerana ketetapan as-Sunnah menyebutkan sesiapa yang meninggalkan jemaahnya walaupun sejengkal, jika mati, maka mati dalam keadaan mati seorang jahiliah. Orang yang jahiliah pasti masuk neraka. Sebaliknya, sesiapa yang kekal dalam jemaahnya sehingga sampai ajalnya, dia akan mendapat syurga dan pertolongan Allah (a.w) di dunia dan di akhirat. Kerana, ‘tangan Allah (a.w)’, yakni Allah (a.w), sentiasa menolong mereka yang berjemaah dan mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) dan mentaati ‘ulil amri’, selagi perintah ‘ulil amri’ tidak maksiat. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita sesiapa yang ingin berada di tengah-tengah syurga di akhirat kelak hendaklah dia berada di dalam jemaah.
Di dalam firman berikut, Allah (a.w) memberitahu dalam event berlakunya bai’at tersebut, Allah (a.w) ridha terhadap orang iman yang terlibat dan Allah (a.w) menolong mereka sehinggalah tidak lama kemudian kota Mekah di tawan oleh Islam dari kafir Quraisy. Bermula dengan saat kemenangan itu, Islam berkembang di Timur Tengah dan seterusnya sampai ke benua Eropah.
Firman Allah (a.w): ‘Laqad radiallahu ‘anil mukminina iz yubayi’unaka tahtasy-syajarati fa-‘alima ma fi qulubihim fa-anzalas-sakinata ‘alaihim wa-athabahum fathan (-m) qariba.' [Yg bermaksud: Nescaya sungguh telah redha Allah (a.w) dari orang iman (mukmin) ketika berbai’at dengan engkau di bawah pohon pelampis maka mengamalkan/berbuat apa-apa (yang terdapat) di dalam hati mereka, maka menurunkan (oleh Allah (a.w)) ketenanagan atas mereka dan (memberi) pahala kepada mereka kemenangan yang dekat.] [Ayat 18, Surah al-Fath]
Kemudian, di dalam firman berikut pula Allah (a.w) memberi panduan kepada Rasulallah (s.a.w), dan umat Islam umumnya, bahawa dalam hubungan ikrarjanji dengan wanita Islam, ditetapkan syarat-syarat tertentu mengenainya. Jelaslah, bai’at itu merangkumi lelaki Islam dan wanita Islam. Berikutan dngan peristiwa bai’at kaum lelaki itu, maka kaum wanita Islam pula ingin membuat ikrarjanji atau bai’at dengan Rasulallah (s.a.w) pula. Prinsipnya dimaklumkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w): ’Ya aiyuhan-nabiu iza ja-akal mukminatu yubaiyiknaka ‘ala an la yusrikna billahi syaian wa-la yasrifna wa-la yaznina wa-la yaqtulna auladahunna wa-la yaktina bibuhtanin yaftarinahu baina aidihimna wa-arjulihinna wa-la ya’sinaka fi ma’rufin fabayi’hunna was-taghfirlahunna allaha innallaha ghafurun (-ur) rahimun.' [Yg bermaksud: Wahai Nabi! Ketika datang kepada engkau wanita-wanita beriman meminta berbai’at kepada engkau, (syaratnya) bahawasanya tidak syirik mereka dengan Allah (a.w) dengan sesuatu dan tidak mencuri mereka dan tidak berzina mereka dan tidak membunuh mereka anak-anak perempuan mereka dan tidak mendatangi dengan dusta dengan berbuat-buat dusta antara kedua tangannya dan kedua kaki mereka dan tidak menentang engkau dalam berbuat makruf (kebaikan), maka berbai’atlah dengan mereka dan meminta ampunlah bagi mereka dari Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) adalah zat yang Maha Pengampun lagi Penyayang.] [Ayat 12, Surah al-Mumtahannah]
Saudara, Islam itu adalah ugama yg sempurna. Islam mengatur kehidupan manusia di dunia secara terbaik, kalaulah mereka Islam dan mereka berilmu dan faham ketetapan Allah (a.w) melalui kefahaman mengenai ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Dan, apabila umat Islam berilmu dan faham tuntutan Islam, maka ketetapan dalam ayat-ayat ini mudah difahami dan diterima, dan sewajibnya dilaksanakan. Ancamannya berat. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran apabila telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya sesuatu ketetapan (= hukum), maka tidak dilaksanakan atau diganti dgn ketetapan manusia, maka orang yg menidakkan ketetapan tersebut atau orang yg mengingkari ketetapan tersebut diistilahkan atau dicop sebagai orang yg fasiq (=menentang) atau menzalimi diri (= tahu dan faham tapi sengaja tak laksanakan) atau kafir (= tak percaya kpd kewujudan dan kekuasaan Allah (a.w) = tak Islam). Berapa ramaikah orang Islam, yg kerana, ketetapan sedemikian ini jatuh kafir?
Saudara, kalau kita teliti al-Quran dan as-Sunnah, keIslaman kita hari ini belum sempurna lagi. Namun, sebagai manusia biasa kita tertakluk kpd peraturan dan ketetapan manusia yg menjadi pemimpin kita - dalam politik dan dalam keugamaan - maka mudah-mudahan Allah (a.w) ampuni dosa kita kerana kita tak berkuasa mengubah pegangan Islam kita secara bersendirian. Mudah-mudahan keIslaman kita diterima Allah (a.w). Dan, kalau Allah (a.w) hukumi, biarlah mereka yg bertanggungjawab dihukumi olehNya. Semoga kita dimaafkan. Kalau kita semak ilmu as-Sunnah, Islam mewajibkan kita mentaati 'ulil amri' selagi ulil amri itu tidak memerintahkan kita supaya melakukan sesuatu yg sama sekali bercanggah dgn al-Quran dan as-Sunnah. [Nota: Perintah yg bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, adalah diistilahkan 'kemaksiatan' dalam Islam]. Kalau perintah ulil amri itu adalah suatu kemaksiatan, maka kita sama sekali dirtegah akur dan patuhi. Jika kita patuhi juga, maka kitalah yg menanggung dosa, tidak lagi ulil amri yg memerintahkan kita. Dalam perkara ini, kalau kita perhati dan halusi kehidupan kita sebagai orang Islam, agaknya banyakkah perintah ulil amri yg bersifat maksiat? Banyak. Yg obvious, tapi tidak disedari adalah perintah pihak berkuasa ugama mensyaratkan menyampaikan ilmu al-Quran dan as-Sunnah melalui 'tauliah' - takda 'tauliah' tak boleh ajarkan atau ceramahkan atau sebarkan. Terkadang 'tauliah' diberikan hanya atas pertimbangan yg tidak hak semata-mata kerana pertimbangan keduniaan ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment