Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu, kita telah sentuh beberapa perkara yg amat fundamental tentang Islam, keimanan dan ilmu yg menjadi tiang kpd Islam dan iman. Dalam perbincangan tersebut kita sentuh agak panjang juga konsep dan hakikat bersabit dgn 'pembaharuan dalam ugama' atau pendeknya 'bid'ah'. Kita telah maklum, amalan dan ibadah yg didasari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah yg hak dan yg diterima oleh Allah (a.w). Selainnya, segala amalan dan ibadah yg berlainan drp atau berbeza dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah batal dan batil. Bagaimanakah kita menjaga diri supaya tidak mengamalkan atau mengibadahkan sesuatu yg batal dan batil? Kita telah dimaklumkan bahawa amalan dan ibadah dan apa jua landasan kehidupan Muslim dan orang iman yg benar adalah ilmu. [Nota: Dan, 'ilmu' yg benar itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah].
Rasulallah (s.a.w) dalam hayatnya telahpun memberikan banyak dan berbagai panduan kpd kita supaya kita tidak sesat dan kita tidak pula menyesatkan orang Islam atau orang iman yg lain. dalam hadith berikut digambarkan suatu lagi sesuatu yg pasti berlaku dalam masyarakat Islam, terutama dalam masyarakat Islam hari ini yg menganggapkan mereka sudah pintar dan bijak, sehinggakan mengutamakan pendapat dan pandangan sendiri dalam perkara ugama:
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ta’malu hazihil-ummatu burhatan bi-kitabillahi, thumma ta’malu burhatan bis-sunnati rasulullahi (s.a.w) thumma ta’malu bir-rukyi, faiza ‘amila bir-rukyi, fa-qad dallu wa-adallu.’ (Yg bermaksud: Mengamalkan umat ini (i.e. umat Islam) suatu waktu (i.e. masa) dgn Kitab Allah (a.w), kemudian mengamalkan umat (ini) suatu waktu (i.e. masa yg lain) dgn sunnah Rasulallah (s.a.w); kemudian beramal dgn pendapatnya (atau akal fikirannya), maka ketika mengamalkan mereka (umat) dgn pendapat mereka (atau akal fikirannya), maka sungguh-sungguh sesat mereka dan menyesatkan mereka (orang lain). [Hadith Abu Ya’la dalam Musnad]
Hadith di atas menjelaskan metamorphosis aqidah umat Islam mengikut peredaran zaman dan apakah akibatnya. Pertama, apabila al-Quran diturunkan, maka manusia berpandukan kpd al-Quran dalam beramal dan mengerjakan ibadah dan dalam memandu kehidupan dunia sebagai orang iman. maka selamat mereka. Kemudian, tiba zaman bilamana umat Islam berpandukan ketetapan as-Sunnah, maka selamat meeka. Tetapi, kemudian zaman beredar, dan kononnya temadun manusia semakin moden dan canggih dan semakin ramai manusia yg bijak pandai. dan, masuyarakat menghormatui orang yg bijak dan pandai dan orang yg pandai berdebat dan berhujjah. maka terdapatlah zaman itu orang islam yg meninggalkan panduan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi menumpukan perhatian dalam perkara amalan dan ibadah kpd kepintaran dan kepandaian manusia, sehinggakan kesemua amalan dan ibadah telah dicampuradukkan dgn akal fikiran dan kepintaraan manusia yg menampilkan diri sebagai ulama' atau orang yg berilmu. Maka pendapat dan pandangan manusia yg pintar sedemikian itu dijadikan panduan berugama - beramal dan beribadah dan menjalani kehidupan sebagai orang Islam. Apabila al-Quran dan as-Sunnah diketepikan atau apabila al-Quran dan as-Sunnah dicemari oleh akal fikiran dan pendapat manusia, maka hancurlah Islamnya, pupuslah imannya dan sesatlah dia dan dia pula menyesatkan orang lain.
Oleh kerana itulah kita diberitahu bahawa umat Islam akhir zaman akan berpecah menjadi 73 golongan, semuanya akui diri mereka Islam, tetapi 72 golongan yg beramal dgn panduan akal fikiran manusia, maka menyimpang mereka dari yg hak ke arah kebatilan, maka gagal mereka mendapat syurga. hanya satu golongan yg kekal berpandukan al-Quran dan as-Sunnah yg berjaya mendapat syurga.
Saudara, kerana itulah, yg mengajarkan umat Islam panduan berdasarkan akal fikiran dan orang yg mengikuti ajaran berdasarkan akal fikiran tersebut, sama-sama musnah Islam dan iman mereka, maka mereka terjerumus ke dalam neraka. Dalam perkara ini, ketahuilah bid'ah adalah satu contoh umat Islam menggunakan fikirannya, kerana tiada dalam preskripsi Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah, bentuk-bentuk amalan dan ibadah atau cara dan kaedah yg lain dalam beramal dan beribadah selain dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kesemua yg 'baharu' itu hanya semata-mata berdasrkan pendapat dan fikiran. Orang yg berpandukan akal fikiran mereka dalam kejahilan, menyimpang mereka dari yg hak dan menuju ke arah kebatilan dalam berugama. Sesat mereka. Musnah akhirat mereka.
Mudah-mudahan kita yg masih diberi Allah (a.w) otak dan hati kekal tidak terpengaruh oleh ajakan berdasarkan kepintaran manusia mentafsirkan Islam dan menjelaskan syariat Islam yg sama sekali terkeluar dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment