Wednesday, September 7, 2011

Kewajipan Mengikuti as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita mengenai tajuk di atas supaya kita lebih faham dan lebih berwaspada dalam mengerjakan sebarang amalan dan ibadah supaya sejajar dgn ketetapan as-Sunnah. Amalan dan ibadah yg menepati as-Sunnah sahaja yg benar dan diterima Allah (a.w). Segala amalan dan ibadah yg berlainan dari atau bertentangan dgn ketetapan as-Sunnah - yg tidak selari atau sejajar dgn apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) - adalah amalan dan ibadah yg batil walaupun kelihatan molek pada kaca mata masyarakat umum!
Saudara, dalam perkara ibadah solat - yg fardu dan yg sunat - kita wajib berpndukan ketetapan Rasulallah (s.a.w) 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' itu. Hakikatnya mudah difahami kerana Islam itu ugama yg dicipta Allah (a.w) untuk manusia, dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah orang yg diutuskan Allah (a.w) menyampaikan syariat Islam dan mengajarkan manusia bagaimana hendak memenuhi ketetapan Allah (a.w) bahawa manusia itu dicipta Allah (a.w) dan diberi kesempatan hidup di atas dunia ini, untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w), dan bentuk-bentuk serta cara dan kaedah mengabdikan diri itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dan ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Demikian jugalah lain-lain bentuk pengabdian - amalan dan ibadah - yg ditetapkan oleh Allah (a.w) kesemuanya dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika kita kerjakan sesuatu bentuk pengabdian - amalan dan ibadah - yg tidak menepati apa yg diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) maka amalan atau ibadah tersebut adalah dgn sendirinya batal dan batil. Malah Allah (a.w), mengikut ketetapan hadith berikut, tidak sekali-kali ridha dgn perbuatan kita dalam beramal dan beribadah. 
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (yakni, dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, seseorang yg mengerjakan suatu amalan atau ibadah yg tidak menepati apa yg ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), amalan atau ibadah sedemikian itu tidak diterima Allah (a.w). Hadith di atas itu menetapkan bahawa perbuatan kita itu adalah tidak sekali-kali diridhai Allah (a.w). Jika Allah (a.w) tidak ridha masakan Allah (a.w) terima dan diberikan ganjaran pahala! Justeru itu, sesiapa yg mengharapkan gandaan pahala terbanyak dgn mengerjakan amalan atau ibadah - puasa, solat, dllnya - di Mekah kerana Allah (a.w) gandakan ganjaran pahala sebanyak 100,000 gandaan kalau di kerjakan di Mekah (i.e. tanah haram, khususnya di dalam Masjidl Haram) - kekal ditolak. Maksudnya, tak dapat pahala, apatah lagi digandakan pahalanya! Rugilah orang yg berbelanja sekian banyak wang ke Mekah untuk mengerjakan haji atau umrah dan mengerjakan sekian banyak dan berbagai amalan dan ibadah di dalam Masjidil Haram, tetapi gagal mendapat sebarang pahala. Malah mendapat dosa yg besar pula! Rugilah orang yg ke Mekah tiga atau empat kali setahun, termasuklah berusaha berpuasa sebulan di Mekah, dgn penuh harapan, tetapi tanpa mereka sedari mereka gagal mendapat sebarang pahala dari kesemua amalan dan ibadah mereka! Kejahilan tentang as-Sunnah menjadikan orang Islam itu beramal dan beribadah secara batil!
Saudara, hadith tersebut juga memperingatkan kita bahawa jika kita anjurkan atau ajarkan atau kembangkan sesuatu amalan yg sama sekali tidak sejajar dgn apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), bukan sahaja amalan kita sendiri tidak diterima, dosa amalan atau ibadah orang yg kita ajarkan itupun kita terima, tanpa mengurangi dosa orang tersebut yg mengamalkan ajaran kita! Kita mendapat kiriman dosa percuma tanpa kita sedari atau walaupun kita tak mahu terima kiriman dosa tersebut! Wal iya zubillah.
Oleh itu, berwaspadalah. Kita hanya akan pasti apakah amalan dan ibadah kita itu menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) hanya dgn bekalan ilmu. Dan, dalam blog ini, kita berkali-kali sebutkan bahawa ilmu yg hak itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Bahawa panduan amalan dan ibadah, malah panduan hidup Muslim dan Mukmin, itu adalah panduan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, janganlah bertangguh untuk mencari ilmu yg hak dan belajar supaya kita dapat memperbetulkan aqidah kita, membetulkan amalan dan ibadah kita dan membersihkan segala amalan dan ibadah kita dari pencemaran bid'ah yg merugikan kita.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment