Saturday, September 17, 2011

Pakaian: Ketetapan Islam Mengenainya

Assalamualaikum,
Saudara, sebagai seorang Islam yg beriman, kita wajib ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Ada banyak perkara dalam Islam yg kerana kejahilan kita, maka kita tidak akur dan patuhi. Atau, kerana terpengaruh dgn keduniaan dan kelaziman, maka kita terkadang abaikan atau ignore atau tidak ambil indah ketetapan yg nampak kecil tetapi sebenarnya amat fundamental dalam Islam. Amat mudah akur dan mematuhinya, dan amat pula besar bahananya dan bahayanya apabila kita abaikan. Kita merujuk kpd pakaian.
Saudara, dalam post yg lalu kita telah lihat ketetapan Islam dalam perkara aurat atau pakaian bagi wanita mukmin. Hari ini begitu ramainya - malah 99 drp 100 wanita Islam tidak mengendahkan ketetapan Islam tentang pakaian. Begitu juga lelaki mukmin. Rasanya 99 drp 100 lekaki yg akui diri mereka Islam, abaikan atau tidak endahkan juga ketetapan melibatkan pakaian bagi lelaki Islam.
Diriwayatkan hadith dari Abi Musa al-Asya’ari berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Hurrima libasul-hariri waz-zahabi ‘ala zukuri ummati wa-uhilla li-inathihim’ (Yg bermaksud: Diharamkan pakaian dari sutera dan emas atas orang-orang lelaki umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan.’ ) [Hadith at-Termidzi, Kitab Pakaian] 
Hadith di atas itu membuat ketetapan bahawa lelaki Islam tidak dibolehkan memakai pakaian - kain atau baju atau apa saja - yg dibuat dari sutera. Dan, lelaki Islam juga tidak dibenarkan memakai emas atau sebarang perhiasan dari emas, spt jam tangan yg sebahagiannya adalah diperbuat dari emas atau logam yg dicampuri atau disadue dengan emas. 
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik apabila Syu’bah meminta pengesahan daripadanya, bahawa berkata dia: ‘Sungguh-sungguh (dia mendengar hadith) dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: ‘Man labisal-hariri fiddunya falan yalbasahu fil akhirati.’ (Yg bermaksud: Barangsiapa memakai pakaian sutera di dunia, maka tidak akan dipakaikan pakaian sutera padanya di akhirat.’) [Hadith Bukhari, Kitab Pakaian] 
Hadith di atas itu pula memberitahu kita bahawa seorang lelaki Islam yg memakai sutera di dunia tidak akan dipakaikan sutera di akhirat. Maksudnya, dia tidak akan masuk syurga. Kerana, di akhirat kelak hanya penghuni syurga sahaja yg memakai pakaian yg diperbuat dari pelbagai jenis sutera. Penghuni neraka tidak ada pakaian. Dan, di akhirat kelak hanya ada dua tempat tinggal bagi manusia (dan jin) - syurga atau neraka. Jelaslah, siapa yg memakai pakaian dari sutera, tak kira jenis apa, mahalke murahke, tetap dikira memakai sutera. Orang yg sedemikian itu, walau setinggi manapun atau sebanyak manapun amalan dan ibadahnya yg wajib mahupun yg sunat tidak akan menempatkannya di syurga di akhirat kelak, kalaulah dia memakai sutera semasa hidupnya. Ketetapan dalam hadith ini adalah mutlak. Mungkin pada kita nampak begitu remeh lagi kecil. Hakikatnya, apabila diperintahkan buat sesuatu oleh Allah (a.w) atau oleh RasulNya, orang Islam itu wajib akur. Kalau tak akur perkara yg kecil, maka pastilah di juga tak akur dgn perkara yg lebih besar atau lebih serius. 
Saudara, kita lihat pula ketetapan dalam hadith berikut, supaya kita fahami ketetapan syariat Islam. 
Diriwayatkan hadith dari Abi Jaffar hadith dari ‘Atak b Yassar hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Pada suatu ketika seorang lelaki bersolat (dan dia memanjangkan atau melabuhkan) bahagian bawah pakaiannya. Maka bersabda kepadanya Rasulallah (s.a.w): ‘Pergilah engkau! Maka wudu’lah (i.e. wudu' semula).’ Maka pergi dia maka berwudu’ dia, kemudian datang dia (ke tempat dia bersolat tadi). Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Pergilah! Dan wudu’lah (i.e. wudu'lah semula).’ Maka berkata kpd Rasulallah (s.a.w) seorang lelaki (yg lain): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Mengapa engkau memerintahkan bahawa wudu’ dia (semula)?’ Kemudian terdiam sebentar (Rasulallah (s.a.w)). Bersabda (Rasulallah (s.a.w): ‘Innahu kana yusalli wahua musbilun izarahu, wa-innallaha ta’ala la yaqbalu solata rajulin musbilin.’ (Yg bermaksud: ‘Sesungguhnya dia (lelaki) ada dia (i.e. ketika dia) bersolat dan dia memanjangkan (atau melabuhkan) bahagian bawah pakaiannya. Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menerima solat seorang lelaki yg memanjangkan (atau melabuhkan) pakaiannya.) [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian] 
Saudara, apakah ketetapan hadith ini? Disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menegur seorang yg sedang bersolat, menyuruh dia berwudu' semula, walhal dia sedang solat dan pastilah dia sudah ada wudu'! Adakah terbatal wudu'nya, dan Rasulallah (s.a.w) tahu yg wudu'nya sudah batal? Tidak. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa lelaki itu, ketika bersolat melabuhkan bahagian bawah pakaiannya (i.e. kain atau seluar atau jubah atau kain selainnya). [Nota: Bukan sengaja dilabuhkan, tetapi memang pakaian lelai itu labuh sampai menutupi bukulalinya.]
Saudara, jelaslah ketetapan Islam itu bahawa lelaki Islam adalah ditegah sama sekali melabuhkan pakaiannya ketika bersolat. Kerana Allah (a.w) tidak menerima Wudu' dan Solat lelaki Islam yg melabuhkan pakaian spt jubah atau kain pelekat atau seluar panjang ketika bersolat. Justeru itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh lelaki tersebut berwudu' dan solat semula itu. Jelaslah, seseorang lelaki Islam yg berpakaian labuh - jubah atau kain atau seluar - kemudian bersolat, tidak sah wudu'nya dan solatnya!
Bagaimanakah atau macam manakah pakaian itu dikira labuh? Ini dijelaskan dalam hadith berikutnya. Bagi tujuan perbincangan kita setakat ini wajib diingatkan bahawa lelaki Islam yg melabuhkan pakaiannya ketika bersolat, tidak sah wudu'mya, dan tidak diterima solatnya. 
Saudara, kalaulah Allah (a.w) tidak terima wudu' dan solat seorang lelaki yg memakai pakaian yg labuh, bagaimanakah kedudukan kita yg sekian lama memakai kain pelikat atau jubah atau seluar ketika bersolat lima waktu dan solat-solat sunat lain, memakai jubah atau kain atau seluar yg labuh? Sia-sialah segala solat kita. Dulu, kita jahil. Kita belumpun diajarkan perkara ini. Hari ini, sekurang-kurangnya melalui post ini kita tau ketetapan Islam dalam perkara pakaian lelaki. Kalau kita mengerjakan ibadah haji pula? Kalau ikhram kita dilabuhkan atau kita sudahpun tahlul awal, justeru memekai pakaian biasa, kita Tawaf (Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji) dgn seluar atau jubah atau kain yg labuh. Apa jadi? Tawaf kita tak sah kerana wudu' orang yg labuh pakaian terbatal dan tidak diterima Allah (a.w). Kalau begitu, Tawaf kita juga batal tidak diterima Allah (a.w). Dan, kalau begitu, ibadah haji kitapun tak sah dan tidak diterima Allah (a.w), wal iya zubillah. Ruginya kita semata-mata kerana perkara kecil ...
Jadi, hendaklah mulai dari sekarang kita akur. Pastikan pakaian kita ketika solat tidak dilabuhkan. 
Saudara, had manakah pakaian bahagian bawah itu dikira labuh? Ini dijelaskan dalam hadith berikut: iaitu bahagian bawah pakaian lelaki Islam itu tidak boleh melepasi atau terkebawah melebihi kedua bukulalinya, sebaiknya hendaklah setakat separauh betis. Tapi, kalau panjang sedikit, ketika berdiri, tidak menutupi kedua buku lali, maka kain atau jubah atau seluar kita itu sah dalam Islam. Ia tidak menjejaskan wudu' dan tak menjejaskan solat kita. 
Diriwayatkan hadith dari ‘Alak b Abdilrahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku bertanya kpd Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi Said memberitahu: 'Atas orang yg pandai telah jatuh engkau! (yakni,  maksudnya, 'Tepat pertanyaan engkau'). Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kpdnya: ‘Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfla minal-ka’baini fahua fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam yanzurillahu ilahi.’ (Yg bermaksud: (Bahagian bawah) Pakaian orang Islam (lelaki) adalah setakat separuh betisnya dan tidak berdosa atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara betisnya dgn dua matakakinya (atau bukulainya). Apa-apa pakaiannya yg melebihi dari paras kedua matakaki (atau bukulalinya) maka dia di dalam neraka. Barangsiapa melondehkan (i.e. memanjangkan atau melabuhkan dgn sengaja) pakaiannya (melebihi dua matakaki atau buku lalinya) dia adalah menyombong (maka), tidak melihat Allah (a.w) kpdnya (di akhirat kelak)). Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian] 
Hadith di atas ini menetapkan had bahagian bawah pakaian lelaki Islam atau panjangnya pakaian lelaki Islam itu. Pakaian lelaki Islam hendaklah sepanjang sampai separuh betis sahaja. Itu yg terbaik. Namun dibolehkan dipanjangkan atau dilabuhkan sedikit melebihi separuh betis, asalkan tidak sampai ke paras dua buku lali atau sampai tidak menutup kedua-dua buku lali, ketika berdiri. Kalau melebihi dua buku lali dia di kira orang yg sombong. Dan, Allah (a.w) membenci orang lelaki yg memanjangkan kain atau seluar atau jubah yg melampaui paras dua buku lalinya. Di akhirat kelak Allah (a.w) tidak mahu memandang ke arahnya! Di akhirat, mengikut hadith-hadith lain, Allah (a.w) hanya memandang kpd umatNya yg menjadi ahli syurga. Allah (a.w) takkan memandang kpd ahli neraka. Jadi, orang yg melabuhkan pakaiannya sampai menutupi buku lalinya, pasti menjadi penghuni syurga, walaupun dia orang kuat dan istiqamah beramal! Wal iya zubillah.
Saudara, hadith di atas menyebutkan bahawa Allah (a.w) tidak akan memandang kpd lelaki Islam yg melabuhkan bahagian bawah pakaiannya - jubah atau kain atau seluarnya - bukan setakat ketika bersolat tetapi dalam keadaan atau ketika atau waktu manapun! Jelasnya, lelaki Islam wajib memakai pakaian - seluar atau jubah atau kain - setiap masa dan untuk setiap keadaan yg tidak melebihi atau yg tidak menutupi kedua buku lalinya
Saudara, jika kita tidak akur dgn ketetapan ini, kita adalah calun neraka yg pasti! Allah (a.w) sama sekali tidak akan memandang kpd ahli neraka. Allah (a.w) akan memandang kpd ahli syurga di akhirat kelak. Malahan wajah Allah (a.w) adalah nikmat yg teramat nikmat kpd manusia yg melebihi segala apapun nikmat yg Allah (a.w) sediakan untuk ahli syurga [Hadith]. 
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: ‘Ma asfala minal ka’baini minal izari fafin-nari’ (Yg bermaksud: Apa-apa yg menutup mata kaki (atau buku lali) dari pakaian, maka dia di dalam neraka.) [Hadith Bukhari, Kitab Pakaian] 
Saudara, hadith Bukhari yg pendek ini merumuskan ketetapan Islam mengenai pakaian lelaki Islam itu. Lelaki Islam yg memakai pakaian yg labuh (i.e. sampai menutupi buku lali) adalah penghuni neraka. Oleh itu berwaspadalah. Janganlah kerana kita merasa janggal berpakaian seluar atau kain atau jubah senteng - terasing dari orang Islam lain yg jahil atau 'menyombong' - kita menempah tempat di neraka, walaupun kita, atas dasar amalan dan ibadah lain layak mendapat syurga! 


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment