Tuesday, September 6, 2011

Orang yg Rugi Akhiratnya (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, dalam satu post yg lalu, khususnya dalam membincangkan tajuk puasa Ramadhan dan kejayaan membebaskan diri dari siksaan nerka, kita sebutkan tiga perkara, iaitu: pertama, wajib bagi seorang Islam itu menyebut atau mengucapkan 'selawat atas nabi' setiap kali namanya disebut (i.e. setiap kali kalimah 'Rasulallah' atau 'Nabi' disebut), dgn menyebut 'sallallahu alaihi wa-sallam', kerana orang yg mendengar kalimah 'Rasulallah' atau 'Nabi' disebut, dia tidak berbuat sedemikian, maka rompong hidungnya di akhirat kelak, i.e. cacat sifatnya. Hanya penghuni neraka yg cacat sifatnya! Allah (a.w) perintahkan manusia, khususnya umat Islam, supaya berselawat atas Nabi. Kedua, berjaya menamatkan sebulan puasa Ramadhan apabila kesemua dosa-dosanya yg lalu dihapuskan Allah (a.w). Ketiga, seorang anak yg ketika kedua ibu bapanya hidup berjaya menjaga dgn baik kedua-duanya atau salah seorang drp keduanya, jika seorang telah kembali keramatullah, mendapat syurga kerana ridha mereka terhadapnya. Kita lihat pula perkara yg sama dalam suatu hadith yg lain, bila mana Jibril (a.s) memberitahu Rasulallah (s.a.w) perkara yg sama. Di dalam hadith ini disebutkan bahawa para sahabat mendengar Rasulallah (s.a.w) menyebut kalimah 'Amin' ketika berkhutbah.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah (s.a.w) naik ke mimbar dan bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kpdku Jibrail (a.s) dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Hinalah seorang yg mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu, ucapkanlah ‘Amin’. Maka berkata aku: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi: ‘Hina dinalah seorang yg mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya. Ucapkanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi Jibrail (a.s) kpdku: ‘Hina dinalah orang yg selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari kedua ibubapanya, namun mereka (yakni, ibubapanya) tidak sempat memasukkannya ke dalam syurga (kerana anak-anaknya tidak dapat keridhaan kedua ibubapanya).’ Katakanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]
Hadith ini menyebutkan orang yg rugi ketika di dunia apabila terklepas peluang untuk berjaya di akhirat kerana tidak melakukan apa yg disebutkan dalam hadith tersebut. Pertama, hina seorang islam yg beriman itu ketika mendengar nama 'Rasulallah' atau 'Nabi' disebut, maka dia tidak menjawab dgn mengucapkan selawat atas Rasulallah (s.a.w). Kedua, seorang anak yg ketika kedua ibubapanya hidup, tidak dapat keridhaan keduanya yg membolehkan dia mendapat syurga di akhirat. Dan, ketiga, seorang Islam yg beriman, berpuasa sebulan Ramadhan tetapi di akhir Ramadhan dia tidak membebaskan dirinya dari belengggu neraka di akhirat.
Saudara, keadaan sedemikian itu pasti terjadi kpd orang Islam yg jahil ilmu mengenai Islam. Hanya dgn ilmu kita mendapat tahu bahawa berselawat atas Nabi (s.a.w) itu adalah suatu kemestian, kerana itu adalah perintah Allah (a.w) kpd manusia, khususnya umat Islam. Walaupun budaya dan naluri asli manusia, anak itu menghormati serta menyayangi kedua-dua ibubapanya semasa mereka masih hidup dan berusaha sebaik mungkin untuk menjaga mereka, terutama ketika mereka sudah dhaif dan tua. Namun Islam secara khusus memerintahkan manusia supaya anak itu wajib berkhidmat kpd dan menjaga kedua ibubapanya dan tidak sekali-kali melakukan sesuatu yg menyinggung hati mereka. Ilmu yg memberitahu kita yg Islam bahawa puasa Ramadhan itu apabila dikerjakan sebaik mungkin dgn penuh keimanan dan ketaqwaan serta keikhlasan boleh membebaskan kita dari neraka di akhirat kelak. Orang yg tidak berdosa sahaja yg berjaya mendapat syurga.
Mudah-mudahan saudara yg menjadi pengikut blog ini dan yg membaca post dalam blog ini faham betapa utamanya kita mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, supaya dgn ilmu sedemikian kita boleh beramal dan beribadah serta menjalani kehidupan sebagai seorang Islam yg beriman dan menepati ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), insya Allah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment