Assalamualaikum,
Saudara, kita mungkin sering dengar ceramah tok-tok guru atau ulama' atau ilmuwan Islam bahawa Rasulallah (s.a.w), walaupun seorang drp Utusan atau Rasulallah, diutuskan Allah (a.w) kpd manusia untuk membawakan risalah atau ugama Allah (a.w), beliau adalah 'penghulu' kpd semua para Rasul. Maka dgn itulah sebelah nama beliau, dituliskan atau diselawatkan dgn kalimah/ungkapan '(s.a.w)' [Sallallahu 'alai wa-sallam', manakala Rasul dan para Nabi lainnya di sebut '(a.s)' atau 'alaihis-salam' sahaja.]
Sehubungan itu, kita sebagai umat Muhammad (s.a.w) diberi kedudukan yg amat istimewa pula. Di akhirat kelak, Rasulallah (s.a.w) menjadi saksi kpd para Rasul dan para Nabi dalam urusan atau tanggungjawab menyampaikan risalah syariat ugama Allah (a.w), ugama Islam. Dan, umat Muhammad (s.a.w), i.e. kita, adalah menjadi saksi kpd umat-umat para Rasul dan Nabi terdahulu tentang penyampaian atau pelaksanaan risalah ugama Allah (a.w) terhadap umat-umat terdahulu itu. Cuba kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Sa’id Al-Khudri bahawa Nabi Nuh (a.s) dipanggil oleh Allah pada hari kiamat lalu bertanya: 'Apakah engkau sudah sampaikan risalahku?' Nuh (a.s) menjawab: ‘Sudah.’ Kemudian Allah bertanya pula kepada umat Nabi Nuh (a.s): ‘Apakah dia (Nuh) sudah sampaikan kepada kamu risalah-Ku?’ Kaum Nuh menjawab: ‘Tidak ada seorangpun datang kepada kami menyampikan risalah-Mu.’ Selanjutnya Allah bertanya kepada Nuh (a.s): ‘Siapakah yang akan menjadi saksi bagimu wahai Nuh?’ Nabi Nuh (a.s) menjawab: ‘Muhammad dan Umatnya.’
Selanjutnya Abdullah Al-Mubarak (133-177H) menambah: ‘Umat Nuh berkata: ‘Ya Allah! Bagaimana umat Muhammad menjadi saksi ke atas kami sedangkan mereka hidup tidak sezaman dengan kami?’ Lalu Allah bertanya kepada umat Muhammad: ‘Bagaimana kamu boleh menjadi saksi ke atas umat Nuh yang kamu sendiri hidup tidak sezaman dengan mereka.’ Umat Muhammad menjawab: ‘Ya Allah! Engkau telah utus kepada kami seorang Rasul (i.e. Muhammad) dan Engkau juga telah turunkan kepada kami kitab-Mu (i.e. Al-Quran) yang mengandungi kisah tentang Nabi-Nabi dan umat terdahulu.’ Lalu Allah (a.w) menjawap: ‘( صَدَقُوا ‘) : Sungguh benar mereka (umat Muhammad (s.a.w)).’ [Hadith Bukhari] [Nota: Dari tulisan Dr Abdullah Yasin – 12 Sept 2011. Hadith ini adalah sahih kerana dipetik dari Sahih Bukhari.]
Selanjutnya Abdullah Al-Mubarak (133-177H) menambah: ‘Umat Nuh berkata: ‘Ya Allah! Bagaimana umat Muhammad menjadi saksi ke atas kami sedangkan mereka hidup tidak sezaman dengan kami?’ Lalu Allah bertanya kepada umat Muhammad: ‘Bagaimana kamu boleh menjadi saksi ke atas umat Nuh yang kamu sendiri hidup tidak sezaman dengan mereka.’ Umat Muhammad menjawab: ‘Ya Allah! Engkau telah utus kepada kami seorang Rasul (i.e. Muhammad) dan Engkau juga telah turunkan kepada kami kitab-Mu (i.e. Al-Quran) yang mengandungi kisah tentang Nabi-Nabi dan umat terdahulu.’ Lalu Allah (a.w) menjawap: ‘( صَدَقُوا ‘) : Sungguh benar mereka (umat Muhammad (s.a.w)).’ [Hadith Bukhari] [Nota: Dari tulisan Dr Abdullah Yasin – 12 Sept 2011. Hadith ini adalah sahih kerana dipetik dari Sahih Bukhari.]
Saudara, kita diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) peristiwa Nabi Nuh (a.s) yg berdakwah selama 950 tahun, namun hanya sejumlah 80 orang dari umatnya yg menerima risalah ugama Allah (a.w). Maka beliau diperintahkan oleh Allah (a.w) untuk membina sebuah bahtera supaya diselamatkan dari kiamat dunia masa itu iaitu hujan tujuh hari tujuh malam yg menjadi banjir besar, menenggelamkan kesemua manusia zaman itu, kecuali orang yg berada dalam bahtera beliau, yg selamat. Apabila ditanya di akhirat kelak tentang tugas Nabi Nuh (a.s), umat beliau tidak akui, tapi Rasulallah (s.a.w) dan kita yg diberikan al-Quran tahu bahawa Nabi Nuh (a.s) telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya tersebut.
Saudara, dalam hubungan ini, kita juga wajib sedar bahawa kita di akhirat kelak akan berkumpul di belakang imam (pemimpin) yg memimpin jema'ah umat Islam zaman kita. Dalam ayat berikut jelas bahawa Imam (atau pemimpin jema'ah umat Islam zaman kita itu) adalah orang yg hidup sezaman dgn kita. Justeru itu, tidak benar kalau dikatakan bahawa imam kita adalah orang seumpama Imam as-Syafie (bagi pengikut Mazhab Shafie) atau Imam Ahmad (kalau Mazhab Hanbali) atau Imam Malik (kalau dalam Mazhab Maliki) atau Imam Abu Hanifah (kalau kita Mazhab Hanafi). Ketika kita hidup mereka sudah tiada. Justeruy itu, mereka itu bukanlah Imam kita. Maka ayat tersebut memberikan nas dan dalil yg benar bahawa Imam itu adalah orang yg menjadi Imam (memimpin kita) dalam hayat kita. Maka dgn itulah, kita sebagai orang Islam wajib berjema'ah dan juga mempunyai Imam yg menjadi saksi di depan Allah (a.w) di akhirat kelak bahawa kita adalah mengamalkan risalah ugama Allah (a.w) dalam hayat kita.
Ayat 71, Surah al-Israk: ‘Yauma nad-‘u kulla unasin bi-imamihim’ (Yg bermaksud: (Ingatkanlah) Pada suatu hari (yg pada hari itu) Kami (Allah) panggil tiap-tiap umat dgn imam-imam (i.e pemimpin) mereka.
[Nota: Dalil bahawa kepimpinan atau Imam (jema’ah umat Islam) itu adalah orang yg hidup zaman umat (i.e. jema’ah) berkenaan]
Saudara, malangnya hari ini syariat Islam yg haq itu tidak lagi dilaksanakan sebagaimana sepatutunya. Kerana ramai orang berpandangan bahawa jika kita ikuti ajaran Mazhab as-Syafie, maka Imam as-Syafielah Imam kita! Ini adalah tidak sejajar dgn firman Allah (a.w) dalam ayat tersebut. Kita Islam dan akui diri kita Islam mengikuti risalah ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), i.e. ugama Islam yg telahpun disempurnakan, kita diperintah oleh Rasulallah (s.a.w) supaya melantik seorang Imam dalam hayat kita supaya kelak apabila berhimpun di padang makhsyar kita berdiri di belakang beliau, seperti yg disebutkan dalam ayat di atas itu. Kalau takda Imamnya, maka kita berdiri di belakang siapa? Siapa yg memimpn kita dalam kehidupan sebagai orang iman kalau tiada? [Nota: Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita berada di dalam jema'ah Islam yg formal yg dipimpin oleh seorang Imam. Insya Allah kita akan teliti konsep dan hakikat keimaman ini lebih lanjut lagi dalam post-post yg akan datang.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment