Wednesday, September 7, 2011

Islam, Iman dan Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu, kita telah sentuh beberapa perkara yg amat fundamental tentang Islam, keimanan dan ilmu yg menjadi tiang kpd Islam dan iman. Dalam perbincangan tersebut kita sentuh agak panjang juga konsep dan hakikat bersabit dgn 'pembaharuan dalam ugama' atau pendeknya 'bid'ah'. Kita telah maklum, amalan dan ibadah yg didasari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah yg hak dan yg diterima oleh Allah (a.w). Selainnya, segala amalan dan ibadah yg berlainan drp atau berbeza dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah batal dan batil. 
Saudara, bid'ah adalah amalan yg bersandarkan kpd akal fikiran manusia bukan didasarkan kpd ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)! Justeru itu batal dan batil.
Ada satu dimensi lain yg juga batal dan batil kerana tidak didasarkan kpd al-Quran dan as-Sunnah. Iaitu adanya orang Islam yg menggunakan kepandaian dan akal fikiran dalam mengembangkan 'syiar Islam' - mengubah atau menambah kpd bentuk-bentuk ibadah dan amalan serta cara dan kaedah beramal supaya kelihatan lebih murni. Inilah keterlaluan dalam beramal dan beribadah dalam Islam. Keterlaluan dalam ibadah kerana prskripsi tersebut juga tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tapi, dikerjakan oleh segolongan besar umat Islam kerana hendak mencari 'pahala' tambahan atau 'pahala bonus' dalam Islam! Dalam Islam tiada tambahan dan tiada bonos selain apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan selain dari apa dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Manusia tidak perlukan tambahan atau pengubahsuaian atau keterlaluan dalam beramal dan beribadah, kerana jika ketetapan al-Quran dan as-Sunnah diikuti dan dijadikan panduan sudah lebih dari memadai untuk mendapat tahap syurga terkeatas daripada 100 tingkat syurga yg diwujudkan oleh Allah (a.w) bagi ahli syugra! 
Saudara, hari ini ramai umat Islam yg terjebak dgn fanatisisma dalam berugama. Contoh yg mudah adalah terdapatnya kumpulan-kumpulan sufi, kumpulan tarikat, kumpulan batiniah yg berbagai, kumpulan tabligh dan berbagai-bagai lagi. Mereka ini tidak sempurna ilmunya mengenai Islam tetapi mengambil suatu jalan pintas kononnya untuk lebih hampir kpd Allah (a.w) atau lebih mendapat kerahmatan Allah (a.w) kerana usaha yg mendalam dalam sesuatu amalan dan ibadah yg mereka amalkan. Apa kata Rasulallah (s.a.w) dalam perkara keterlaluan dalam berugama ini? Kita rujuk dua hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘ ... Ya aiyuhannasu iyakum wal-ghuluwa fid-dini fainnahu ahlaka man kana qablakumul-ghuluwu fid-dini.’ (Yg bermaksud: Wahai manusia! Takutlah kamu sekelian pada keterlaluan di dalam beragama (atau urusan ugama) maka bahawasanya telah merosak pada orang-orang yg ada mereka sebelum kamu (i.e. masyarakat sebelum datangnya Islam) adalah keterlaluan (i.e. fanatik atau berlebih-lebihan) di dalam urusan agama.) [Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik (Peraturan Ugama)] 
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa jangan kita keterlaluan dalam berugama. Kalau keterlaluan dalam konteks mentafsirkan jihad sebagai memerangi orang yg tidak Islam, maka kita menjadi terrorists. Kalau keterlaluan dalam kebatinan, maka kita akan tinggalkan dunia, walhal Islam menyebut (dalam post yg lalu) bahawa orang Islam dan orang Iman terbaik itu adalah mereka yg berusaha untuk kejayaan dunia dan pada masa yg sama berusaha untuk kejayaan akhirat mereka. Tidak ada amalan atau ibadah extremisma dalam Islam.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Halakal-mutanat-ta’una’ (Yg bermaksud: Telah rosak orang-orang yg mendalam-dalamkan (i.e. melebih-lebihkan atau berlebihan dalam) urusan agamanya), disebutnya kalimah tersebut diulangi tiga kali. [Hadith Muslim, Kitab Ilmu]
Apakah bentuk-bentuk amalan yg mendalam-dalamkan ugama? Antara contohnya adalah mengamalkan sesuatu yg preskripsinya simple tetapi diperluaskan pemakaiannya. Contoh: Kita disuruh berzikir, tetapi bukanlah berzikir beramai-ramai atau berzikir dalam gelap atau berzikir dgn melaungkan suara! Kita disuruh bersolat bukanlah hanya ketika tengah malam walhal pada saat-saat lain kita tidak kerjakan solat sunat. Kita disuruh amalkan solat-solat sunat bersendirian (kecualilah yg syariatnya dijema'ahkan spt Solat Aid, Solat Gerhana Matahari atau Gerhana Bulan), tetapi kita galakkan bersolat sunat berjema'ah kononnya lebih afdhal dan lebih berkesan mendapat restu Allah (a.w) spt Solat Hajat beramai-ramai. Kita diberitahu bahawa Surah Yaasin itu adalah kalbu al-Quran, membacanya mendapat pahala seolah-olah khatam 10 kali bacaan al-Quran. Kita baca pula pada suatu malam atau hari yg khusus dan dibaca pula secara berjema'ah. Kita disuruh bertahlil iaitu membaca kalimah 'lailaha ilallah' tetapi tidaklah kita disuruh adakan Majlil Tahlil berjema'ah. Kita digalakkan membaca surah-surah panjang ketika mengerjakan solat-solat sunat bersendirian, tidaklah kita disuruh baca surah-surah husus pada pagi Jum'at spt Surah as-Sajdah dan Surah Munafiqun. Kita disuruh banyakkan puasa-puasa sunat, tetapi tidaklah kita disuruh buat Puasa Tiga Bulan berturut-turut (bulan Rejab, Syaaban dan disambung dgn Ramadhan). Dalam solat, ketika Rukuk dan Sujud kita disuruh baca 'Subahana rabbial a'zim' (Rukuk) atau 'Subhana rabbial 'ala' (Sujud), tapi kita tambah dgn kalimah 'wa-bihamdihi' kerana kalimah tersebut amat baik dan digalakkan dibaca dalam zikir. Kita baca Doa Qunut ketika bersolat Subuh, walhal tiada ketetapan al-Quran ataupun as-Sunnah mengenainya. Dalam bulan Ramadhan kita disuruh bertadarus al-Quran, iaitu seorang baca dan yg lain dengar dan betulkan kesilapan bacaan, kemudian dibaca bergilir-gilir, bukannya disuruh baca beramai-ramai. Ada banyak lagi contoh. Kesemua itu kerana sifat fanatisma yg tidak ada dasar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, hanya ilmu yg dapat menunjukkan kpd kita apa yg wajar dan apa yg tak wajar dalam beramal dan beribadah.
Islam itu mudah, tetapi kita yg menjadikannya rumit dan payah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment