Friday, September 9, 2011

Peringatan yg Sering Dilupakan: Jangan Cintakan Dunia.

Assalamualaikum,
Hari ini umat Islam tidak dapat mengawal dirinya inginkan, malah cintakan dunia. Ini berlaku di kalangan pemimpin umat Islam, iaitu mereka yg diamanahkan jawatan-jawatan yg melibatkan keugamaan spt di jabatan dan organisasi Islam di peringkat persekutuan dan negeri. Ramai bertindak membelakangkan ketetapan Islam kerana dunia - pangkat, gelaran, nama, pengaruh dan keduduan dan segala macam lagi. Di dalam al-Quran begitu kerap Allah (a.w) peringatkan kita supaya jangan utamakan dunia dan jangan abaikan akhirat. dalam as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) mengulangi peringatan ini. 

Orang yg Meremehkan Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah 

Dalam perkara ini, hari ini begitu ramai orang yg bertindak tergolongan dalam kalangan orang yg disebutkan dalam hadith  di bawah ini iaitu meremehkan ketetapan akl-Quran dan as-Sunnah, dan mengutamakan pendapat manusia.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca al-Quran (i.e. tahu isinya mengenai sesuatu) lalu dia menganggap bahawa ada seseorang yg telah diberi sesuatu yg lebih utama daripadanya (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) yg telah diberikan kepadanya, maka sungguh-sungguh dia telah mengagungkan sesuatu yg diremehkan (atau, diperkecilkan atau dihina) oleh Allah (a.w) dan dia telah meremehkan sesuatu yg telah diagungkan (atau ditinggikan) oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran dan as-Sunnah).’ [Hadith at-Tobrani] 
[Nota: al-Quran itu adalah kalam Allah (a.w) dan adalah kitab panduan yg terbaik dan sebaik-baik petunjuk (i.e. hidayah) itu adalah petunjuk (atau hidayah) Rasulallah (s.a.w) (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w) itu adalah hidayah atau petunjuk yg terbaik bagi manusia untuk mencari jalan lurus ke syurga selamat dari neraka).] 
Contoh orang meeemehkan al-Quran dan as-Sunnah adalah orang yg bertegang mengatakan wujud 'bid'ah hasanah' walhal Rasulallah (s.a.w) memberitahu tiada suatupun bid'ah yg benar atau tidak menyesatkan. Contoh lain adalah ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) bahawa menyampaikan ilmu mengenai Islam itu adalah suatu kewajipan dan kemestian. Sesiapa yg menyurukkan atau merahsiakan ilmu tidak akan mencium bau syurga. Tapi hari ini kalau kita berilmu, kita diwajibkan mendapat 'tauliah' untuk sampaikan sepotong ayat al-Quran dan sepotong hadith. Apakah ketetapan manusia ini mengatasi ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya? Jelaslah mereka tersebut meletakkan begitu rendah ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), dan mengutamakan pertimbangan manusia! 

Orang yg Mencari Dunia dan Hiasannya 

Saudara, Allah (a.w) seringkali mengulangi peringatan bahawa kesenangan dunia itu adalah kesenangan yg sedikit. Sedikit kerana kesenangan kita yg bergelar orang terkaya dalam majalah Forbes, sebagai contoh, tidak sekaya orang termiskin di syurga kelak. Kerana orang termiskin di syurga adalah orang yg memeiliki kekayan yg nilainya melebihi 10 kali dunia dan segala isinya. Kita hidup di dunia tersangat pendek berbanding dgn lamanya kita berrada di padang makhsyar, sebagi contoh. Sehari di akhirat lamanya adalah 1,000 tahun kiraan tahun dunia. Jika begitu, apa-apa yg kita boleh enjoy dalam hidup dunia tak lebih dari seminit sahaja dalam kiraan waktu akhirat. Tambahan pula, selepas hisaban di padang mahsyar selama 50,000 tahun, kita akan berada kekal pula dalam alam akhirat. Bezanya, kita berada di dalam salah satu kesudahan - syurga atau di dalam neraka.
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.an) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Dunia adalah tempat tinggal bagi orang yg tidak mempunyai tempat tinggal (di akhirat), dan harta kekayaan di dunia itu adalah bagi orang yg tidak mempunyai harta di akhirat, dan (kesemuanya) dicari dan dikumpulkan oleh orang yg tidak berakal (yakni, lupa dia akan matinya dan akibat di akhiratnya).’ [Hadith Imam Ahmad] 
Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) ingatkan kita dalam hadith di atas itu, bahawa orang yg menghabiskan hidupnya di dunia mencari dunia dan mencari harta, pasti papa kedana di akhirat. Dia tiada rumah di akhirat, selain mendiami 'rumah kongsi' bersama-sama dgn orang-orang musyrik, kafir dan munafiq dan lain-lain yg menghuni neraka. Orang yg mengumpulkan harta dunia itu adalah orang yg akan menjadi penghuni neraka! Kerana, kalau harta dicari maka akhirat pasti diabaikan. Lupa mereka bersedia untuk akhirat. Berat dan panjang serta terperinci hisaban mereka kelak. Orang yg tertakluk kpd sedemikian hisaban pastilah terjerumus ke dalam neraka. Maka dgn itulah orang yg mengumpul harta dan gilakan dunia adalah, pada pandangan Islam, tidak berakal, yakni tidak siuman kerana mencari dan mengumpul yg tidak kekalpun! 
Apakah gunanya kita mengumpul sekian banyak harta kalau harta itu akan mengheret kita ke neraka? Harta akan menjadikan kita sombong dan bongkak. Orang sombong dan bongkak pasti ahli neraka? Menjadi riak. Menjadi pembazir. Harta dan dunia melupakan kita persiapan akhirat? Kerana apa-apa yg kita miliki takakan terhabis digunakan dan dipakai dalam jangka masa seminit kehidupan di dunia dalam kiraan waktu akhirat itu. Dan, ketika mengumpulnya pula, kita tidak mempunyai masa untuk menyediakan diri mengumpulkan bekalan untuk akhirat yg jauh lebih panjang tempohnya?
Saudara, oleh itu wajiblah kita berwaspada. Berpada-padalah dalam menjalani kehidupan dunia. Janganlah lupa imbangi dunia dan akhirat. Sebaik-baiknya, spt yg disebutkan dalam post-post yg lalu, adalah berusaha sekuat mungkin supaya berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Tambahan pula, Allah (a.w) janjikan kpd orang yg tidak melupakan akhiratnya akan di cukupkan oleh Allah (a.w) keperluan dunianya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment