Assalamualaikum,
saudara, dalam beberapa post yg akan datang kita akan lihat kembali peringatan-peringatan mutlak Allah (a.w) kpd kita (i.e. manusia umumnya), yg jika diabaikan, akan menempatkan kita ke dalam neraka di akhirat kelak.
Friman Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Wama khalaqtul jinna wal-insa illa liya'budini ...' (Yg bermaksud: Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu ...)
Saudara, semua yg wujud di dunia ini, termasuklah kita manusia, dijadikan oleh Allah (a.w), yg mencipta segala-galanya. 'Pengabdiaan' maksudnya sebagai hamba, kita wajib menerima dan mengerjakan segala perintah dan suruhan sebagainmana hamba biasa yg digaji oleh tuan yg memilikinya wajib akur dgn perintah pemiliknya dan mengerjakan segala sesuatu yg disuruh oleh tuan punyanya. Apatah lagi Allah (a.w) yg memiliki segala-galanya, yg memberikan kita kesempatan untuk menikmati kehidupan dunia, diberi rezki dan segala nikmat selainnya, termasuklah nikmat memiliki dua mata yg boleh melihat, hidung yg boleh mencium dan menghidu segala sesuatu, mulut untuk memah makan dan minum minuman, dua kaki untuk bergerak ke sana kemari, tangan untuk memegang segala sesuatu yg ingin disentuh dan dipegang dllnya. Kita diberikan otak untuk mencari dan menimba ilmu serta memanfaatkan ilmu demi keperluan sehari-harian kita, boleh berfikir membezakan yg baik dan yg memudaratkan, kita mempunyai jantung dan paru-paru yg sentiasa tak berhenti menjalankan fungsinya supaya darah dan oxygen dialirkan ke seluruh tubuh badan untuk terus berfungsi dgn baik.
Saudara, dalam mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w) kita diberitahu melalui al-Quran dan as-Sunnah bahawa pengabdian yg disyaratkan oleh Allah (a.w) yg sejajar dgn ketetapanNya adalah bentuk-bentuk pengabdian, cara dan kaedah mengabdikan diri kpdNya. Manusia itu mengabdikan diri mereka sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) kalau dia mengEsakan Dia, melaksanakan ketetapan lima Rukun Islamnya - diabersyahadah (mengakuti dgn sebenar-benar pengakuan dan menerima dgn penuh keyakinan dan keikhlasan bahawa Allah (a.w) itu sahaja tuhan manusia, Tuhan seluruh alam, dan Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) (i.e. Rasulallah (s.a.w)) yg menyampaikan syariat atau risalah ugama Allah (a.w) untuk manusia, yg membimbing manusia dgn memberitahu, menunjukkan dan membimbing manusia tentang bentuk-bentuk ibadah dan amalan yg menjamin kepastian kita menepati pengabdian kita yg sah, cara dan kaedah mengamalkan atau mengaibadahkannya serta memberi peringatan kpd kita bahawa hidup di dunia ini adalah untuk menyediakan diri untuk kehidupan yg lebih mutlak, iaitu kehidupan di akhirat.).
Saudara, oleh kerana itu, sesiapa yg tidak Islam tidak dikira telah mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) walaupun mereka menyembah pelbagai perkara dan benda spt orang berugama lain Kristianke, Yahudike, majusike, pengikut Budhake, Taoismake, pengikut Lord Krishnanke atau Lord Ramake, pengikut Hinduismake, penyembah patungke dan sebagainya. Kita diberitahu, bahawa jika kita tidak anuti ugama Islam, maka pastilah kita kafir. kalau kita memberikan kuasa ketuhanan kpd selain Allah (a.w), kita adalah syirik, walaupun dalam bentuk samar, iaitu syirik yg tidak jelas kelihatan seumpama memakai 'rantai magnet' (tangkal, talisman, rantai kakyu kika dll) yg kononnya dapat menghindarkan pemakainya dari sesuatu bencana atau penyakit atau dapat menepis sesuatu benca atau penyakit.
Malah bagi orang Islampun tidak dikira telah mengabdikan diri mereka menepati ketetapan Allah (a.w), jika dia mengambil sebahagian ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan meninggalkan atau menolak sebahagian yg lain. Dalam isu ini termasuklah menolak sesuatu ketetapan as-Sunnah. Kerana Allah (a.w) perintahkan manusia supaya taatkan Rasulallah (s.a.w), maka dia pasti telah mentaati Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Allah (a.w) perintahkan orang Islam itu supaya ikuti Rasulallah (s.a.w) dalam pengabdian terhadap Allah (a.w) kerana dia contoh kutan terbaik (uswatun hasanah) dan kerana itulah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr. Kita belum Islam kalau kita menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa bid'ah itu menyebabkan pengabdian kita terbatal dan kita terkeluar dari islam tanpa kita sedari.
Justeru itulah, perintah dalam Ayat 56, Surah az-Zariat ini wajib menjadi peringatan pertama dalam beberapa peringatan mutlak Allah (a.w) kpd kita.
Oleh itu, wajiblah kita periksa diri kita sendiri apakah kita telah menepati ketetapan ayat tersebut? bagaimanakah kita tahu bahawa kita telah menepati perintah Allah (a.w) dalam ayat tersebut? jawabnya, hanya dgn ilmu kita dapat membuat semakan dan hisaban terhadap pengabdian kita selama ini. Oleh kerana itulah di dalam blog ini kita seringkali peringatkan bahawa ilmu itu penting, dan ilmu yg haq itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah, bukan ilmu yg didatangkan oleh manusia walau bagaimana terrorpun kita lihat mereka dalam bercakap, berceramah atau membaca kalimah-kalimah al-Quran secara hafalan. Yg penting apakah orang sedemikian itu bercakap berdasarkan nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah atau berdasarkan cakap-cakap siapulan dan sipulan atau tokoh itu dan tokoh ini. Dalam Islam yg haq hanyalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment