Tuesday, September 27, 2011

Komentar - Raja Nazrin, Ulama' dan Kongres MAINSM Pertama ...

Assalamualaikum,
Saudara, hari penuh dalam akhbar Melayu, khususnya Utusan Malaysia (dulu Utusan Melayu) menuliskan beberapa pandangan pembentang kertas kerja serta pengulas kpd kertas-kertas yg dibentang dan dibincangkan dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (Pertama) KMAINSM - Pemacu Transformasi Ummah 2011.
Kongres ini rasanya berbangkit dari beberapa desakan pihak Kristian kaum pribumi Malaysia meminta kerajaan benarkan mereka gunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kpd tuhan mereka, tuhan masyarakat Kristian atau penganut ugama Kristian. Siapakah orang Kristian? Mereka adalah orang yg mengakui mengikut ugama Jesus yg mereka kata anak tuhan dalam 'Tuhan Tiga Serangkai': Jesus, Mary & the Holy Ghost atau Jesus, Mary & the Holy Father atau Spirit. Ugama mereka dikategorikan sebagai ugama Kristian - tak kiralah, ada yg Katholik, ada yg Protestant dan ada yg Prysbytarian. Kesemua ugama sedemikian itu adalah pada hakikatnya ugama yg kononnya diwarisi dari zaman Isa (a.s). Dan berdasarkan kpd Kitab Injil. Maka dgn itu mereka ingin kitab Bible itu disamatarafkan dgn Kitab Injil! Dan, tuhan mereka itu disama tarafkan dgn tuhan bagi orang Islam, yakni Allah (a.w). Mereka akui Isa (a.s) adalah Rasulallah dan dia diutus Allah (a.w) untuk membimbing manusia menganuti agama Allah (a.w) dgn berpandukan Kitab Injil. Dan, Muhammad (s.a.w) juga diutus Allah (a.w) membawa sebuah kitab ugama, iaitu Kitab al-Quran, dari tuhan yg sama katanya. Maka jika begitu, maka tuhan orang Kristian dan tuhan orang Islam adalah sama hanya yg membezakan, kata mereka, adalah zaman ajaran-ajaran tersebut bermula dan spesifikasi perinciannya yg berbeza. 
Orang Yahudi pun berkata begitu juga. Malah kata mereka mereka diberikan kitab lebih awal lagi, iaitu Kitab Taurat zaman Musa (a.s). Dan, orang Yahudi mengikuti ugama warisan Musa (a.s) dan kitab yg diwariskan kpd Musa Kitab Taurat itu. Justeru itu, tuhan ugama Yahudipun sama iaitu Allah (a.w). Maka wajarlah kalimah 'Allah' itu digunakan untuk merujuk kpd nama umum Allah (a.w)!
Saudara, yg pastinya adalah kitab Bible bukanlah Kitab Injil tetapi mengandungi sebahagian isi dan ajaran Kitab Injil. Kemungkinannya ajaran menyentuh peradaban dalam masyarakat adalah selari, tetapi dalam perkara aqidah telah diubahsuai! Demikian juga Kitab yg masyarakat Yahudi rujuk sebagai kitab suci mereka bukanlah Kitab Taurat. Seperti mana Bible merupakan kitab yg dikarang manusia berdasarkan ajaran Kitab Injil, kitab ugama Yahudi juga merupakan kitab ugama karangan orang Yahudi, yg sudah diubahsuai sebagaimana para ulama' Kristian menukar ajaran Kitab Injil menjadi Bible. Maka dgn itu, kitab-kitab ugama orang Nesrani dan Yahudi bukanlah kitab yg diturunkan oleh Allah (a.w) kpd Musa (a.s) dan Isa (a.s). Maka ugama yg dianuti oleh orang Yahudi dan Nesrani bukanlah ugama yg dibawa atau disampaikan oleh Nabi Musa (a.s) atau Nabi Isa (a.s)!
Saudara, kita yg Islam yg mempunyai ilmu yg haq - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - tahu/diberitahu bahawa - kalaupun kitab-kitab Musa (a.s) i.e. Taurat, dan Kitab Isa (a.s) masih wujud dan dijadikan amalan dan ibadah bangsa Yahudi dan kaum Nesrani sekarang ini, kekal mereka bukan Islam. Mereka kekal kafir. Allah (a.w) tetapkan apakala tiba Utusan baru atau Rasul yg diutus Allah (a.w) untuk membawakan dan mengajarkan serta memandu pengabdian manusia terhadap tuhan mereka, Allah (a.w), dengan kitab baru dan Rasul baru, maka sesiapa yg beriman dan beramal dgn bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah beramal dgn aqidah dan syariat yg terdahulu itu, secara otomatis terbatal (superceded, kalau ikut istilah perundangan).Jelasnya, kalaupun Kitab Taurat masih menjadi panduan amalan dan ibadah segolongan manusia zaman ini, dan begitu jugalah, kalaulah ada Kitab Injil dan masih kekal diamalkan oleh sesuatu kelompok manusia,  tetap mereka tidak boleh merujuk kpd tuhan mereka sebagai Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) perintahkan manusia apakala diutus Rasul yg baru dgn kitab panduan yg baru, kitab yg dahulu itu terbatal dan syariatnya dijumudkan dan syariat baru dijadikan panduan dan Rasul itu adalah pemimpin ummah yg hak. Mereka yg kekal dgn amalan yg sudahpun diganti dan dijumudkan menolak ketetapan Allah (a.w), maka mereka telah mengingkari Allah (a.w). Maka dgn itu mereka secara sedar atau tak sedar atau secara langsung atau tidak langsung bertuhankan suatu 'being' selain Allah (a.w). Maka tidak wajar mereka letakkan panggilan 'Allah' kpd tuhan mereka.
Saudara, dalam blog ini tidak lama dulu penulis telah komen atas hujjah yg sama. Allah (a.w) adalah nama rujukan Tuhan umat Islam yg Esa - kerana itulah nama yg Allah (a.w) berikan kpd diriNya sendiri. Dia tuhan yg Esa. kalau tuhan yg tidak esa diberi nama Allah (a.w) tidak wajar sama sekali. Kalau tak ikuti syiar atau syariat Islam, walaupun mungkin Yahudi percayakan satu tuhan, namun mereka engkarkan perintah Allah (a.w) supaya berpindah kpd syariat ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) berpandukan Kitab al-Quran. [Nota: Yahudi sendiri syirik, menduakan tuhan mereka, apabila mereka mengangkat pertabat Uzir sebagai anak Allah (a.w) zaman selepas Musa (a.s)]. Jika tidak ikuti syariat yg baru, mereka tergolong orang yg kafir. Orang kafir tidak berhak gelarkan atau namakan tuhan mereka Allah (a.w). 
Dalam pada itu ilmuwan dan pemimpin ugama Yahudi dan Nesrani pula, kerana tujuan-tujuan strategik mereka sendiri, telah mengubah apa yg disampaikan melalui Kitab Taurat dan Kitan Injil. Dan, mereka mengagungkan ugama yg mereka ubahsuai tersebut. 
Hari ini perkara yg sama akan terjadi kpd umat Islam, apabila mereka tidak lagi berpegang kpd dan berpedomankan ajaran al-Quran dan as-Sunnah, tetapi sebaliknya, mereka gunakan kitab-kitab karangan ulama' sebagai panduan ugamanya. Suatu hari akan timbul dakwaan seorang yg pintar lagi bijak bahawa tak perlu beragama dgn merujuk kpd al-Quran dan al-Hadith, memadai orang Melayu berpandukan kitabnya lebih mudah menjadi Islam dan mudah difaham ajarannya! Mungkin, akan wujudlah ugama 'Salam' atau 'Salim' dan tidak lagi 'Islam'! Ini akan berlaku apabila semakin ramai umat Islam yg jahilkan al-Quran dan as-Sunnah, sudahlah jahil tak mahu mendengar nasihat dan tidak mahu dinasihati, dan tidak mau diajak mengaji atau belajar al-Quran dan as-Sunnah...Ini juga berlaku apabila para ulama' dan ilmuwan Islam tidak lagi mengutamakan pengajian al-Quran dan as-Sunnah, lebih-lebih lagi apakala mereka silap atau salahtafsirkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah kerana mereka dapati menyekat kemodenan dan temadun keduniaan yg hebat kini!
Hari ini umat Islam begitu lemah. Umat Islam begitu diselimuti oleh keduniaan, sehingga mereka lupa Allah (a.w). Kalau mereka ingatpun, mereka tak kerjakan apa yg mereka wajib kerjakan - tanggungjawab Ayat 56, Surah az-Zariat dan banyak lagi. Orang-orang yg tidak kerjakan ketetapan Rukun Islamnya adalah lahiriah nampak Islam tetapi batinnya kafir. Malah mereka memang kafirpun, kerana meninggalkan satu ketetapan al-Quran, terutama solat fardu, walaupun satu waktu, jatuh kafir. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu fitnah zaman akhir menjadikan seorang itu beriman petang hari, esok paginya dia kafir, dan dia beriman pagi harinya, ketika tiba petang harinya mereka kafir. Kerana, sayangkan atau cintakan dunia, mereka sanggup lakukan apa saja untuk dunianya, termasuk menggadaikan ugamanya! Atay, melepaskan yg amat tinggi nilainya, iaitu mengagungkan kedudukan Allah (a.w), nama Allah (a.w) dan segala sesuatu yg mulia dalam Islam menyerahkannya kpd syaitan dan musuh Islam, termasuklah syaitan manusia mencemarkannya. Raja Dr Nazrin Shah, pemangku Raja Perak, menggunakan kata-kata adanya orang yg cuba 'mengALLAHkan' apa saja yg mereka anggap tuhan - sebagaimana orang India menyembah pokok maka akan ditulis di batang pokok itu kalimah 'Allah'. Cina menyembah binaan tokpekong merahnya di depan rumah atau di tepi jalan atau di pangkal pokok, ada tuhan mereka di sana, maka akan diukir kalimah 'Allah' di sana nanti! Orang Kristian di Indonesia dah lama gunakan kalimat 'Allah' apabila merujuk kpd God atau the Holy Ghost ataupun Jesus atau Yesus... Semakin ramai pula orang Islam yg menyetujui bahawa semua ugama itu baik dan sama tarafnya, maka semakin besarlah pencemaran aqidah. Mereka ini sebenarnya telah terkeluar dari Islam kerana merendahkan mertabat nama Allah (a.w), nama yg Allah (a.w) dan agama Allah (a.w), walhal Allah (a.w) mengagungkan dirinya dan agama yg diridhainya bagi manusia!
Berwaspadalah dalam berjuang dan dalam mencari kesenangan dunia, jangan sampai menggadaikan meruwah ugama pula, dan memperdagangkan nama suci Allah (a.w) pula ...Ramai pemimpin Melayu yg kerana kepentingan politik dan peribdainya menggadaikan bangsanya kerana nak dapatkan istana dan mahligai dan sebagainya. Apakah lagi yg akan digadai oleh orang Melayu - dulu mereka menyabung ayam, kalah kampong tergadai, kata pepatah Melayu. Kini lebih teruk lagi akibat daripada kalah sabung. Kerana kalah sabung kampung sahaja tergadai. Tetapi, kalah dalam agama dan aqidah syurga mereka yg akan tergadai ...

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment