Monday, September 12, 2011

Peringatan kpd Selebriti

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita lihat satu dimensi ketetapan Allah (a.w) yg mungkin tak ramai orang tau. Kalau dia tau, takkan dia kerjakan. Malah hari ini semakin ramai orang yg akui dirinya Islam, lakukan. Pengaruh orang yg lakukan perbuatan tersebut begitu kuat, terutama di kalangan anak-anak muda. Tarikan profesion tersebut juga begitu kuat kerana dgn mudah pengamalnya mendapat pengikut (followers) dan sanggup buat apa saja demi orang yg mereka puja dan puji. Malah, lebih teruk lagi ramai pula orang yg memperalatkan Islam untuk tergolong di kalangan golongan tersebut. Siapa golongan tersebut?
Saudara, kita merujuk kpd seleribriti - dalam bidang lakunan dan nyanyian. Golongan pelakun atau gelaran galmournya artis dan penyanyi ini di mana-mana sahaja memang orang yg mewah hidup mereka dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Mereka dijadikan idola oleh masyarakat semua peringkat umur, lebih-lebih lagi generasi muda. Oleh kerana begitu hebatnya tarikan profesyen tersebut, orang-orang ugamapun, termasuk al-hafiz dan qari, suka melibatkan diri, sanggup menggubal kalimah-kalimah Arab atau, lebih teruk lagi, menggunakan kalimah-kalimah al-Quran dan as-Sunnah, untuk dijadikan bahan nyanyian dan cerita drama!  
Saudara, apakah ketetapan Islam mengenai profesyen ini? Yg jelas al-Quran melarang orang Islam 'lagha' = membuang atau membazir masa membuat sesuatu yg langsung tidak berguna dan melalaikan mereka serta mengundang pula pelbagai kemaksiatan pula. Perbuatan tersebut termasuklah melalaikan kita dari mengingati kematian, mengingati Allah (a.w) dan bersyukur kpdNya kerana mengurniakan pelbagai nikmat. Nikmat yg utama adalah kesempatan hidup di dunia. Atau, kesempatan menjadi senang lenang di dunia atas rezki yg dilebihkan berbanding orang lain. 
Firman Allah (a.w): ‘Was-sy’arau yattabi’ahumul ghauna’ (yang bermaksud: Dan para penyair (yakni, penyanyi termasuklah penghibur dalam lain-lain dimensi) mengikuti pada mereka orang-orang yang derhaka (yakni, orang-orang yg derhaka itu adalah penyanyi dan yg menjadi pengikut atau peminat penyanyi itu adalah orang yg derhaka).’ [Ayat 224, Surah as-Syu’ara]
Saudara, dalam ayat di atas itu jelas menyebutkan bahawa 'penyair' = penghibur dalam apa jua bentuk dan sifat dan situasinya adalah tergolong di kalangan orang yg durhaka! Kenapa? Kalau dia pelakun, dia akan melakukan segala bentuk maksiat ketika beraksi - peluk memeluk, pegang memegang, usik mengusik, cakap dan ucapan, yg kesemuanya mendatangkan dosa, walaupun dilakunkan! Kalau dia menyanyi pula - artis nyanyian - dia akan juga terlibat dgn pergaulan bebas - usik mengusik, pegang memegang dan sebagainya, termasuklah memakai pakaian yg mendedahkan perhiasan dirinya, malah gerakgeri yg menaikkan syahawat kpd audience yg melihat mereka. Mereka juga melalikan. Setiap persembahan mereka itu akan mengakibatkan bukan sahaja artis itu tidak mengerjakan ketetapan wajib seperti solat, tetapi dia juga bertanggungjawab menjadikan audiencenya tidak mengerjakan solat. Malah, kerana pertunjukan mereka, maka mereka juga memberi peluang kpd muda mudi melakukan pelbagai maksiat sampingan ketika persembahan mereka berlangsung = pergaulan bebas muda mudi contohnya.
Saudara, dalam ayat diatas itu, Allah (a.w) juga memberitahu bahawa peminat dan pengikut golongan selebriti itu adalah orang-orang yg derhaka! Jelaslah yg menyanyi dan berlakun derhaka, yg menjadi peminatpun derhaka. Dalam Islam orang yg derhaka, pastilah tempat dineraka. 
Diriwayatkan hadith dari abi Sohba-i al-Bakri, bahawasanya dia mendegar Abdullah b Mas’ud dan dia (Abdullah) ditanyakan dari ini ayat (yakni, tafsir ayat al-Quran): ‘Wa-minannasi man(-ai) yastari lahyal-hadithi liyudilla ‘an sabilillahi.’ (Yang bermaksud: Dan sebahagian manusia ada orang yang yang membeli lahan (yakni, perbuatan atau amalan yang sia-sia, yakni membazirkan masa) cerita (yakni, hal-hal yang memalingkan seseorang itu dari mengigati Allah (a.w)) supaya menyesatkan dia dari jalan Allah (a.w).) [Ayat 6, Surah Luqman]. Maka berkata Abdullah: ’al-Ghinau’ (yang bermaksud: Nyanyian’)’. Dan demi Allah (a.w) yang tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia. Mengulangi dia (Abdullah) pada ucapaan (atau kalimah itu) tiga kali. [Dalam Tafsir ibnu Kathir]
Saudara, dalam hadith di atas pula disebutkan perkara yg sama. Rasulallah (s.a.w) menjelaskan ketetapan yg terkandung dalam Ayat 6, Surah Luqman. Allah (a.w) menyebutkan segolongan orang Islam itu menjualbeli 'lahan' = segala bentuk perbuatan dan kegiatan yg sia-sia atau membazir masa atau membuang masa atau yg melalaikan dari mengingatkan dirinya adalah orang Islam. Dgn itu manusia mempunyai tanggungjawab sebagaimana ditetapkan oleh Ayat 57, Surah az-Zariat, yg sering kita rujuk dalam blog ini, iaitu kita wujud semata-mata kerana mengabdikan diri kpd Allah (a.w) sahaja.  Maksud ayat Surah Luqman ini adalah merujuk kpd golongan yg disebut 'al-Ghinau' iaitu nyanyian atau orang yg menjadi penyanyi atau penghibur. Orang-orang yg sedemikian itu adalah orang yg berjual-belikan lahan atau perbuatan melalaikan manusia. Lahan dan melalaikan manusia adalah suatu kemaksiatan yg besar. Malah mungkin sekali peminat-peminat orang-orang sedemikian menempatkan para selebriti ke atas taraf Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kerana manusia mengutamakan mereka berbanding dgn kewajipan mengutamakan Allah (a.w). Mengidolakan selebriti dan mengketepikan Rasulallah (s.a.w) yg wajib dijadikan idola umat Islam. Malah menentang Allah (a.w) kerana Allah (a.w) melarang segala sesuatu yg menyebabkan umat Islam itu lupa dan leka dan melambat-lambatkan soal ibadah atau sama sekali meninggalkan ibadah atau menggalakan maksiat sampingan pula.
Sudahlah selebriti itu dibenci Allah (a.w) dan digam orang yg derhaka, kalau dia adalah artis yg menyanyikan lagu-lagu atau melakunkan episod drama yg diasaskan kpd cerita al-Quran dan as-Sunnah atau liriknya adalah kalimah-kalimah al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w)? Bagaimana? Pastilah mereka itu tergolong dikalangan orang yg memperdagangkan al-Quran dan as-Sunnah (atau ugamanya) demi dunia atau mencari kesenangan dunia!
Saudara, dalam post yg lalu kita telahpun diberitahu bahawa seseorang yg mengajarkan orang suatu kebaikan, maka ajaran itu diikuti atau diamalkan oleh orang lain, maka yg mengajar dapat pahala kerana ajarkan yg baik, yg diajar dapat pahala buat yg baik, dan dia yg diajar itu, mengirimkan pahala kpd orang yg mengajarkannya kebaikan, tanpa menjejaskan pahala bagi dirinya. Demikianlah dividen akhirat kerana perbuatan baik kpd orang. Kalau kita kerjakan yg dikira suatu maksiat atau dosa atau yg ditegah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kita dapat dosa. Kita pula ajarkan atau pengaruhi orang lain ikuti kita, dan orang itu amalkan apa yg kita amalkan, maka dia berdosa atau mendapat dosa, dan dia pula mengirimkan dosa kpd kita. Oleh itu selebriti mungkin tergolong orang yg cerah dunianya kerana populariti mereka, mereka mudah kaya raya, tapi pada masa yg sama mereka dilonggokkan semakin banyak dosa semakin banyak orang yg meminati mereka dan mengikuti mereka. Maka bekalan akhirat berbentuk dosa untuknya di akhirat semakin banyak dan berbagai dan semakin banyak pula. maka semakin bertimbun yg membawanya ke neraka!
Saudara, dalam hadith berikut pula, kita diberitahu bahawa kita atau ugama yg kita anuti adalah siapa yg kita idolakan atau ikuti atau dekati atau temani. Kalau kita temani orang yg buat maksiat, maka kita tergolong dari kalanagn tersebut. Kalau kita idolakan seseorang penyanyi atau pelakun atau artis maka ugama kita adalah ugama penyanyi tatau artis ersebut. 
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘(Ugama) seorang lelaki (atau perempuan) atas ugama kekasihnya (i.e. orang yg disukainya); maka lihatlah salah seorang kamu sekelian pada orang yang mengasihi dia.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Adab] 
Hadith tersebut menyebutkan nak tahu ugama atau pegangan hidup seseorang itu, kita lihatlah siapa yg dia paling minati dalam hidupnya. Kalau dia minati penyanyi atau pelakon atau pelawak, maka ugamanya sama dgn ugama idolanya.
Bagaimana pula kalau dari hasil usaha mereka mereka menderma atau bersedekah seumpama seorang artis tak lama dulu bersedekah sebanyak RM 500,000.00 untuk kebajikan! Apakah ada pahala? Kalau sumber sedekah itu adalah dari kegiatan yg dilarang oleh Allah (a.w) maka pastilah sumber tersebut tidak tergolong dari sumber yg baik lagi halal! Allah (a.w) hanya menerima yg baik dan halal. Tambahan pula sedekah sedemikian itu, kerana oleh artis, pasti akan dihebah hebohkan oleh media. Dan, yg memberipun terasa semacam keseronokan pula. Maka sudah pastilah pula dicemari oleh riak. Kemudian sebagai artis pula akan ditonjolkan sebagai model atau idola ikutan, ditunjukkan rumahnya, pakaiannya, perhiasan dirinya yg asli dan yg dibeli dan berbagai-bagai lagi. Maka dgn tulah Islam melabelkan penyanyi atau penghibur itu dan orang-orang yg mengidolakan mereka sebagai derhaka terhadap Allah (a.w). 
Oleh itu, kalau saudara ada anak yg ada talent pula, inginkan mereka menjadi selebriti, berwaspadalah. Janganlah dorongkan mereka menghampiri neraka dan menjauhkan diri dari syurga. Janganlah kerana keenakan kehidupan 'seminit' itu kita sanggup perdagangkan kesejahteraan yg tidak bertempoh, kehidupan akhirat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment