Assalamualaikum,
Saudara, bagi kita yg Islam dan ingatkan atau diperingatkan akan kematian, mungkin kita telahpun temui situasi atau peristwa-pertistiwa yg menunjukkan telahpun bermulanya atau telahpun hampir kiamat dunia. Sebenarnya,semua manusia itu mempunyai pelbagai kepercayaan tentang kebangkitan semula manusia setelah matinya. Orang Kristian percaya akan dibangkitkan semula, tetapi kesemuanya, kalau baik di dunia maka baiklah di akhiratnya. Orang berugama Hindu atau Budha contohnya mempunyai kepercayaan yg lain pula. Ada menyebutkan tentang re-incarnation. Kalau baik semasa hidupnya maka dire-incarnatekan dgn binatang yg baik di dunia dan di akhirat. Orang China pula beranggapan kesemua mereka yg baik ketika di dunia dibangkitkan baik, dan jika dibekalkan dgn kemudahan spt wang dan harta benda ketika dikuburkan,maka mereka mendapat kemudahan tersebut ketika dibangkitkan kelak. Hanya orang yg tidak berugama -atheists- sahaja, agaknya yg tidak percaya dgn kebangkitan semula, setelah mati.
Bagi kita yg Islam, kita yakin dan percaya bahawa kitapasti dibangiktkan semula di akhirat untuk mendapat balasan terhadap segala sesuatu yg kita lakukan ketika kita hidup di dunia. Segala kebaikan yg kita lakukan akan dibalas dgn kebaikan atau pahala di akhirat kelak (maksudnya, mendapat syurga). Segala kejahatan dan keburukan yg kita lakukan ketika hidup di dunia akan dibalas dgn siksaan di akhirat (maksudnya, masuk neraka) kerana perbuatan yg berdosa dan ditegah. Malah, lebih dari itu. Kejahatan yg dilakukan ketika di dunia juga akan diterjemahkan oleh siksaan dalam kubur. Maka dgn itu, para ulama' menyebutkan bahawa sesiapa yg selamat dalam kuburnya tidak di siksa, maka bererti dia adalah calun syurga, setelah di hisab di padang makhsyar kelak. Oleh itu, sesiapa yg tersiksa dalam kuburnya, maka fatenya di akhirat kelak jauh lebih buruk lagi. Apa yg berlaku dalam alam barzah atau dalam kubur itu adalah reflection tentang apa yg akan berlaku di akhirat. Malah lebih teruk dan lebih azabnya lagi ketika di akhirat!
Saudara, tidak kira umur berapa kita sekarang ini, kita pasti ajal kita akan sampai. Maka dgn itu di dalam al-Quran disebutkan berulang kali, ketika ajal seseorang itu datang, tidak akan ditangguhkan kematiannya walau sesaat dan tidak juga didahulukan kematiannya walaupun sesaat. Kita pasti mati. Keimanan yg pertama bagi orang Islam adalah yakin dia tentang kematian - kematian adalah suatu kepastian dan kemestian. Apabila sudah mati kita, maka bermulalah balasan terhadap segala perbuatan kita di dunia dahulu. Kalau kita adalah calun syurga, maka kita berada di dalam kubur itu seumpama seorang pengantin baru berehat menunggu hari kebahagiaan baginya iaitu peluang masuk ke syurga. Kalau kita adalah calun neraka, maka pelbagailah pula siksaan yg kita hadapi ketika di dalam kubur. Siksaan yg paling common, kata ulama' yg faham, adalah siksaan disebabkan mengerjakan ibadah solat tetapi dgn pakaian yg terkena najis atau tempat solat yg kena najis air kencing. Maka dgn itu, orang yg faham Islam melalui pengajian al-Quran dan as-Sunnah, akan mengutamakan kebersihan tubuh badan dan pakaian dan tempat solat supaya terpelihara dari najis kencing, walaupun kencing itu oleh anak kecil yg mumaiz, yakni belum makan makanan solid.
Saudara, kiamat pribadi yg kita akan tempohi adalah kematian kita. Kiamat sebenarnya akan berlaku pada hari Jum'at - Jum'at mana, tahun mana kita tak tahu. Tapi, kiamat itu berlaku pada hari Jum'at. Kemudian, manusia akan dibangkitkan semula pada hari Jum'at minggu kemudiannya. Manusia yg Islam - yg memandu hidupnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg berdasarkan spesifikasi al-Quran dan as-Sunnah - sahaja yg akan berkumpul di padang makhsyar. Orang yg Islam tetapi tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah semasa menjalani kehidupan di dunia dan dalam mengerjakan amalan dan ibadah dalam hidupnya, akan dilayani sama spt orang yg tidak Islam, iaitu tidak akan menunggu untuk mendapat Kitab Catatan Amalan mereka, kerana kesemua amalan dan ibadah adalah batal dan batil, dan terus dicampakkan ke dalam neraka! Yg membezakan mereka itu hanyalah dia yakin dan percaya wujudnya Allah (a.w), Tuhan yg Esa, dan percaya bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah Pesuruh Allah (a.w). Untungnya adalah di akhir-akhir kelak, dia akan juga dapat peluang masuk syurga, setelah disiksa di dalam neraka kerana dosa-dosanya - termasuk dosa-dosanya kerana tidak mengerjakan amalan dan ibadah yg disyaratkan atau diwajibkan ke atasnya. Kerana, segala amalan dan ibadah yg dikerjakan sepanjang hidupnya, yg tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau tidak sejajar dgn cara dan kaedah yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), adalah ditolak kerana tidak diterima oleh Allah (a.w) sebagai menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, orang Islam yg layak berhimpun di padang makhsyar kelak untuk menerima Kitab Catatan Amalan mereka adalah orang Islam yg hidupnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan dia mengerjakan amalan dan ibadah - yg wajib dan yg sunat - menepati ketetapan as-Sunnah atau menepati bentuk-bentuk, cara dan kaedah mengamalkannya atau mengibadahkannya berdasarkan ketetapan atau preskripsi al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dgn sebab itulah Allah (a.w) memberi kita tahu dalam al-Quran, Ayat 36, Surah al-Isra', bahawa hendaklah kita beramal dan kerjakan sesuatu ibadah itu setelah kita tahu dan faham ilmu mengenainya. Kalau kita buat suatu amalan atau ibadah semata-mata atas dasar ikut-ikutan, i.e. orang buat kitapun buat, tanpa kita pelajari ilmu mengenainya, dan kerjakan atas panduan ilmu sedemikian itu, maka amalan dan ibadah sedemikian itu di tolak dan tidak diterima Allah (a.w)! Inilah hakikat yg utama yg sering tidakpun diberi keutamaan oleh majoriti kita yg Islam. Atau, yg kita tidak fahami tentang Islam.
Selain itu, kalaupun kita beramal dan beribadah kononnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi kita tidak pula berada dalam jema'ah, kerana kesilapan orang yg menasihatkan kita bahawa Islam itu tidak wajib berjema'ah, maka kekal kita beramal dan beribadah tidak menepati ketetapan Islam yg hak, kerana Islam yg hak itu, antara syaratnya, adalah menganuti Islam secara berjema'ah (Ayat 103, Surah ali-Imran). 'Berjema'ah' itu bukan bererti kita bersolat fardhu secara berjema'ah. Tapi 'berjema'ah' dalam Islam itu adalah suatu sistem yg khusus dan formal. Dalam jema'ah Islam itu wujud seorang pemimpin dan barisan kepimpinan jema'ah Islam - ulil amri (Ayat 59, Surah an-Nisa'). Kepimpinan dalam Islam itu diperjelaskan secara terperinci oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (Sila rujuk atau buka Bab mengenai Imarah (Keimaman) dalam kitab-kitab hadith). Dalam Islam ada akad sebagaimana pernikahan dalam Islam itu ada 'akad' (ijab-qabul = perjanjian pernikahan antara lelaki dan perempuan), iaitu ikrar janji taat setia ('Bai'at') oleh anggota jema'ah umat Islam terhadap kepimpinan atau barisan kepimpinan mereka (contoh: Ayat 10 dan Ayat 18, Surah al-Fath, dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah).
Saudara, dalam post ini kita seringkali perjelaskan hakikat atau konsep ungkapan 'ahlus sunnah wal-jama'ah', ungkapan yg seringkali disebut-sebut oleh para ulama' dan penceramah ugama. Tapi, malangnya mereka yg sering merujuk kpd ungkapan ini terkeliru dan tidak faham apakah yg dimaksudkan. Kita telahpun rujuk dua hadith utama mengenai konsep dan hakikat berjema'ah ini. Dua hadith tersebut memberi kita dua muka kpd konsep = two faces of a coin - iaitu maksud kalimah 'ahlus sunnah' = berpandukan as-Sunnah (iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah yg empat selepas beliau = khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin; dan maksud kalimah 'wal-jama'ah' = anuti Islam secara berjema'ah. orang Islam yg menepati dua syarat atai ketetapan ini sahaja yg boleh diakui atau diiktiraf sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Justeru itu, kalau kita semak kita sendiri, soalnya: Apakah kita berpandukan as-Sunnah dalam mengamalkan Islam dan kita juga adalah berjema'ah dalam menganuti Islam? kalau jawapan 'ya', maka kita adalah tergolong di kalangan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Konsep dan hakikat 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu tidak terikat kpd fahaman kemazhaban atau mengikuti mazhab yg empat yg sering dilaung-laungkan oleh para ulama'. Ajaran kemazhaban itu benar selagi tidak bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Mana-mana ajaran (atau amalan dan ibadah) yg tidak sejajar dgn al-Quran dan as-Sunnah adalah batal dan batil. Dimanakah kita sebenarnya?
Saudara, ramai umat Islam berpandangan bahawa jika kita Islam kita dibelenggu. Kerana tak dapat lakukan segala sesuatu mengikut citarasa atau kehendak hati kita semasa hidup! Tapi, yg utama kita ingatkan adalah kita hanya ada satu pilihan dalamk ugama kalau kita ingin selamat di akhirat. Iaitu ugama islam. kalau kita opt kpd ugama selain Islam, kita pasti masuk neraka di akhirat kelak. Kerana segala amalan dan ibadah walau sebaik manapun tidak diterima Allah (a.w). Kita bersedekah atau menderma sebanyak mana yg didermakan oleh bilioner dunia spt Warren Buffet atau Vincent Tan atau Bill gates, tidak ada ertinya pada Allah (a.w). Kesemua yg tidak Islam tidak akan merasai kehidupan dalam syurga di akhirat kelak. hanya orang yg Islam sahaja ada peluang untuk menikmati syurga! itulah saja pilihan.
Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa dunia ini adalah 'sijnul mukminin' (atau 'penjara bagi orang iman') (kerana tak boleh bebas lakukan apa saja dalam kehidupan kita). Kita dibatasi oleh ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dunia, bak sabda Rasulallah (s.a.w), adalah 'jannatul kafirin' (yakni, 'syurga bagi orang kafir') (= mereka bebas buat apa saja tanpa had). Kerana, di akhirat tidak ada syurga bagi mereka! Allah (a.w) dalam al-Quran memberi kita tahu bahawa orang yg tidak Islam itu hanya boleh masuk syurga jikalah seekor unta itu boleh masuk ke dalam lubang jarum. Suatu kejadian yg mustahil! Maka dgn itulah Islam menyebutkan bahawa kehidupan sebenar atau yg haq bagi orang iman itu adalah kehidupan akhirat - yg nikmatnya tidak dapat difikirkan, tidak pernah terbayang dalam otak manusia, tidak pernah dapat didengar atau dilihat oleh kita di dunia ini. Dan, kehidupan itu kekal pula tidak berkesudahan. Oleh itu, wajarlah kita membuat pilihan yg betul semasa hidup kita. Ketika di akhirat tiada peluang membuat pilihan ... segala-galanya kita sendiri telah tentukan.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment