Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita sering ulangi peringatan dan diperingatkan selalu banyak perkara, antaranya adalah keutamaan mengaji dan belajar ilmu dalam Islam. Ada beberapa perkara yg wajib kita sentiasa sedar dan ingat, antaranya: pertama, setiap orang yg akui dirinya berugama Islam dan beriman dia, maka adalah menjadi kewajipan baginya untuk belajar atau mengaji ilmu mengenai ugamanya, Islam dan syariatnya. Dgn itu tidaklah dia tergolongan di kalangan orang bertaklid kpd seseorang kerana mengajarkan ilmunya kpdnya, tanpa menyedari bahawa dari manakh yg mengajar itu dapati ilmunya atau sumbernya. Seseorang yg Islam itu, jika dia tidak berusaha belajar ilmu mengenai Islam, maka dia sentiasalah mendapat dosa setiap saat dan ketika kerana, Rasulallah (s.a.w) memberitahu: Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Ilmu]. Belajar ilmu mengenai Islam itu adalah suatu kewajipan. Maka, selagi tidak diusahan, maka selagi itu kita menanggung dosa, kerana ingkarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w), malah ingkarkan ketetapan Allah (a.w). Kerana, di dalam Islam Allah (a.w) memerintahkan kita pada Ayat 36, Surah al-Isra' bahawa kita tidak dibolehkan mengerjakan sebarang amalan dan ibadah selagi kita tidak mengetahui dasar ilmu mengenainya. Malah, kalau kita buat sesuatu amalan dan ibadah tanpa terlebih dahulu tahu asas ilmunya, maka amalan itu kemungkinan besar berlainan dgn cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkannya berbanding dgn apa yg Rasulallah (s.a.w) contohkan. Dan, lebih serius lagi amalan dan ibadah tersebut tidak diterima Allah (a.w). Betapakah sia-sianya kita beramal dan beribadah, akhirnya amalan dan ibadah kita ditolak? Kedua, ilmu yg wajib dipelajari itu hanyalah dua (atau tiga) seperti yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w):
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ilmu yg wajib dipelajari itu ada tiga, dan apa-apa yg selainnya (yakni, lain-lain ilmu itu) baik (untuk dunia): (yang wajib dipelajari) iaitu (pertama) ayat-ayat yg menghukum (yakni, al-Quran); (kedua) sunnah yg tegak (yakni, as-sunnah atau al-Hadith); dan (ketiga) hukum faraid yg adil.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Faraid]. Ilmu yg sewajibnya kita pelajari adalah dua iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu yg ketiga, iaitu hukum faraid itu, akan secara otomatis kita tahu apakala kita pelajari ilmu yg dua, i.e. al-Quran dan as-Sunnah. Kita tidak diwajibkan belajar ilmu dunia. Kerana, pada Allah (a.w) dunia itu tidak ada nilainya sedikitpun. Dunia hanyalah tempat manusia hidup untuk mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) sambil membuat persiapan untuk akhiratnya. Namun, Islam menetapkan bahawa, sebagaimana yg telahpun kita sentuh dalam post yg lalu, bahawa cita-cita terbaik bagi orang iman itu adalah dia berusaha menyediakan keperluan dunianya tanpa mengabaikan keperluan akhiratnya, atau dia menyediakan bekalan untuk akhiratnya, tanpa mengabaikan keperluan dunianya. Malah, manusia iman yg terbaik dalam cita-citanya adalah dia berusaha sebaik mungkin untuk berjaya di dunia dan di akhirat!
Ketiga, orang Islam yg beriman itu faham bahawa tanpa mengasaskan segala amal ibadahnya kpd ilmu dan panduan yg hak, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, dia bergantung kpd orang lain untuk bertaklid atau untuk dicontohi, maka dia pasti sesat dalam Islam - sesat mencari siratul mustaqim - jalan lurus ke syurga itu. Jalan lurus ke syurga itu hanya didapati dgn berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith berikut supaya jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan beramal dan beribadah serta panduan menjalani kehidupan dunia. Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (mencari siratul mustaqim, yakni jalan mendapatkan syurga) apabila kamu perpegang teguh dengannya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah nabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) [Hadith Imam Malik dalam Mu’ato’ dalam Kitab Jami’]
Keempat, kita sebagai orang yg akui Islam dan beriman wajib juga sentiasa ingat pesanan Rasulallah (s.a.w) berikut: Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yg diberikan Allah (a.w) bersekali al-Quran itu) sesuatu yg menyerupainya (yakni, yg seiring dengan al-Quran, i.e. al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud]. Kerana itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa kalaulah kita benar-benar berpandukan dua sumber ilmu dan panduan hidup mukmin tersebut - al-Quran dan as-Sunnah - kita tak sesat. Oleh itu, sebagai seorang Islam yg beriman, al-Quran dan as-Sunnah adalah panduan yg tidak boleh dipisahkan satu sama yg lain. Justeru itu, kalau kita belajar al-Quran sahaja, kita tinggalkan as-Sunnah, maka songsanglah panduan kita. Kalau kita hanya pelajari as-Sunnah tanpa al-Quran, maka tidak sempurnalah panduan kita. Justeru itu, al-Quran dan as-Sunah wajib digandingkan dan dipelajari bersekali.
Malah, mengikut hadith berikut pula, Islam dalam hati sanubari kita akan berkubur jika kita tiada ilmu. Dan, ugama kita akan tumbang dan lumpuh dalam hati sanubari kita, kalau kita kekal jahil. Kerana itu ugama Islam kita lemak, layu dan semakin berkubur. Lupa kita tentang kematian dan akhirat, dan kita menjadi lebih cintakan dunia.
Jika begitu, kita wajib ingat peringatan kelima Rasulallah (s.a.w) berikut: Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yg Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yg beriman) yg pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yg bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi].
Begitu juga dalam masyarakat umat Islam. Tanpa ilmu Islam dalam masyarakat Melayu akan berkubur. Inilah sebab utama mengapa hari ini begitu banyak dan berleluasanya kemungkaran dalam masyarakat Melayu. Begitu seriusnya keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda Melayu. Kerana ketandusan ilmulah juga begitu rosaknya perlakuan alim ulama' yg kononnya mentadbirkan masyarakat Islam di Malaysia, begitu lumrahnya orang yg diberi amanah tentang ugama jahil dalam menguruskan ugama dan masyarakatnya. Lihat sajalah isu-isu yg dibangkitkan hari ini spt masih ramainya keluarga miskin Melayu yg tidak terbela oleh organisasi formal Islam, tidak diberi bantuan zakat, tidak diberi peluang belajar ilmu, menghalang orang menyampaikan ilmu, mengutamakan yg perpherals drp yg fundamental spt mengintip maksiat dan tidak mengajarkan ilmu supaya gayahidup generasi muda terpandu dan sebagainya. Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ilmu itu hidupnya Islam dan tiangnya iman.’ [Hadith Abu Shaikh]
Jika begitu, kita wajib ingat peringatan kelima Rasulallah (s.a.w) berikut: Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yg Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yg beriman) yg pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yg bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi].
Keenam, mengapakan begitu tenatnya umat Islam di Malaysia hari ini? Rasulallah (s.a.w) memberi jawapannya lebih drp 1,400 tahun yg lalu spt yg tertera dalam hadith berikut: Diriwayatkan hadith bahawa Omar b Khattab (r.a) berkata: ‘Tufaqqihu qabla an tusauwadu’ [Maksud: Mencarilah kefahaman (agama) sebelum kamu diserahkan tanggungjawab (i.e. jawatan) sebagai pemimpin (jema’ah umat Islam).’ [Hadith Bukhari, Kitab ilmu]. Kerana orang yg diberi amanah penguruskan masyarakat Islam diberi jawatan dan tanggungjawab dan menerima jawatan dan tanggungjawab tersebut dalam kejahlan atau tanpa persediaan yg cukup, yg menepati pesanan Rasulallah (s.a.w) di atas itu. Mereka mungkin lulusan al-Azhar atau Umm Qura atau Ain Syams atau Jordan atau Madinah - antara pusat-pusat pengajian tinggi yg ternama di dunia Islam - tetapi apakah mereka faham Islam? Atau, mereka sebenarnya jahil?
Orang-orang yg tidak jahil adalah orang yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Memperolehi ijazah (walaupun sampai tahap PhDpun) dari menara gading tersebut belum boleh diakui berilmu dalam Islam kalau dia belum faham al-Quran dan belum khattam Kuttubul Sittah, dan faham dia. Malangnya, hari ini masyarakat beranggapan mereka itu adalah 'ulam' atau 'calun ulama', walaupun mereka belum benar-benar faham Islam ...
Orang-orang yg tidak jahil adalah orang yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Memperolehi ijazah (walaupun sampai tahap PhDpun) dari menara gading tersebut belum boleh diakui berilmu dalam Islam kalau dia belum faham al-Quran dan belum khattam Kuttubul Sittah, dan faham dia. Malangnya, hari ini masyarakat beranggapan mereka itu adalah 'ulam' atau 'calun ulama', walaupun mereka belum benar-benar faham Islam ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment