Thursday, September 8, 2011

Orang Yg Terbaik dalam Islam

Assalamualaikum,
saudara, dalam post yg lalu kita telahpun faham perbezaan antara orang yg bijak dan orang yg bodoh. Kita diberitahu dua sifat yg menunjukkan seorang itu bijak dalam Islam. Dalam post ini kita semak pula, dalam kacamata Islam, siapakah orang yg bukan sahaja  orang yg terbaik dalam Islam, lebih utama orang yg bijak dalam Islam. 
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ b Abdillah hadith dari Farwat b Kaisin hadith dari ‘Atok b Abi Rabah hadith dari ibnu Omar (r.a) bahawasanya berkata: ‘Adapun aku bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w) maka datang kpdnya seorang lelaki golongan Ansor, maka memberi ‘salam’ dia atas Nabi (s.a.w), kemudian berkata (i.e. bertanya): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Manakah orang mukmin yg afdhal (i.e. lebih utama)?’ Bersabda Nabi (s.a.w) (menjawab): ‘Ahsanuhum khuluqan’ (Yg bermaksud: Lebih baik budi pekertinya). Berkata (lelaki) (bertanya lagi): ‘Maka manakah orang mukmin yg bijak (atau pintar)?’ Bersabda Nabi (s.a.w) (menjawab): ‘Aktharuhum lil-mauti zikran wa-ahsanuhum lima ba’dahu isti’dadan, ulaika al-akyasu.’ (Yg bermaksud: Yg lebih banyaknya mereka pada kematian ingatkannya (yakni, ingatkan kematian selalu) dan lebih baiknya mereka dgn apa-apa sesudah matinya persiapan (i.e. menyediakan) dirinya (yakni, mengerjakan amalan dan ibadah ketika hidup sebagai menyediakan diri untuk kebajikan akhiratnya), mereka itulah orang yg bijak (atau pandai dan pintar)) [Hadith Ibnu Majah, Kitab Zuhud] 
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu orang iman yg terbaik itu memiliki sifat-sifat akhlak yg baik.  Kalau kita perhatikan hari ini ramaikah kita jumpa orang yg baik ahlaknya? Jarang sekali.
Kemudian, apabila ditanya pula siapakah yg dikatakan orang yg pintar (i.e. orang iman yg bijak. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa orang iman yg pintar itu memiliki dua ciri; pertama, orang yg banyak ingatkan kematian; maka kerana itu dia kurang melakukan dosa, dan kedua, orang yg sentiasalah menyediakan bekalan terbanyak dan terbaik demi kehidupan akhiratnya. Kerna, kematian bukanlah kesudahan segala sesuatu, tetapi permulaan segala sesuatu. Soalnya: berapa ramaikah antara kita hari ini yg termasuk dalam kategori ini? Kategori orang yg pintar. Berapa ramai orang yg memikirkan kematian dalam kehidupan sehariannya? Berapa ramaikah orang yg menyemak bekalan akhiratnya setiap hari?
Saudara, ramai orang berangan-angan untuk dapat itu dan ini dan untuk buat itu dan ini - tak kiralah dia kaya atau miskin atau dia berkedudukan atau orang biasa di jalanan. dalam membuat perkiraan sedemikian itu, tidak terlintaspun dalam hatinya bahawa ajalnya mungkin sampai sebentar lagi! Ramai orang menghabiskan masanya bergembiran dgn apa yg dimilikinya dan berangan-angan pula untuk mengembangkan apa yg dia miliki. Tidakpun terlintas dihatinya bahawa lebih banyak harta yg dimilikinya lebih lama dan lebih terperinci hisabannya di padang makhsyar. Fikirkanlah orang kaya, kalau dia calun syurgapun, terpaksa menunggu 50,000 tahun di padang mahsyar sebelum dapat memasuki pintu syurga, walhal orang yg miskin, ahli syurga, sudahpun masuk syurga 50,000 tahun lebih awal! Saudara, kalau dia orang kaya yg pintar, dia juga berilmu dan faham Islam, dia tahu dia berkedudukan istimewa untuk menempah tempat terbaik dalam syurga. Dia, tahu bagaimana mungkin dia dapat menglekakan dirinya dari terjerumus ke dalam neraka.
Ulama' adalah orang yg berilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah), dia faham dan dia juga mengamalkan ilmunya dalam kehidupannya. Dia adalah ulama' yg pintar jika dia mengembangkan atau mengebarkan ilmunya atau dia memudahkan orang lain yg berilmu mengembangkan atau menyebarkan ilmu mereka pula. Dia pasti tidak mengadakan pelabagai sekatan atau halangan yg menyulitkan orang berilmu menyampaikan atau menyebarkan ilmu mereka. Tapi, hari ini ramai ulama' yg kedekut mengembangkan dan menyebarkan ilmunya. Sudahlah begitu, dia pula mengadakan pelbagai rintangan dan halangan yg menyulitkan orang berilmu menyampaikan ilmu mereka. Inilah contoh ulama' yg bodoh!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment