Wednesday, September 7, 2011

Kewajipan Mengikuti as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam beberapa post yg lalu, bahawa 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah itu adalah perbuatan yg sama sekali bertentangan dgn ketetapan as-Sunnah. Allah (a.w) wajibkan umat Islam supaya ikuti panduan as-Sunnah dan jangan sekali-kali menolak as-Sunnah atau mencemari as-Sunnah dgn sesuatu yg bersifat bid'ah. Kita telah lihat dua ketetapan Islam; iaitu: pertama, ketetapan Allah (a.w) supaya kita akur dgn as-Sunnah dan contohi Rasulallah (s.a.w) dalam mengerjakan sebarang amalan dan ibadah yg dianjurkan oleh Islam mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (Ayat 7, Surah al-Haysr); dan kedua, ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa mengerjakan suatu amalan atau ibadah yg tidak dicontohkan oleh beliau atau yg dibawakan oleh beliau, maka amalan atau ibadah tersebut batal dan tidak diterima oleh Allah (a.w) [Hadith: 'Man 'amala 'amilan laisa amruna, fahua raddun']. Ketetapan ini jelas dan sama sekali tidak mengelirukan.
Saudara, kita juga telah lihat sepotong hadith dalam post sebelum ini bahawa sesiapa menghidupkan as-Sunnah dan dia amalkan, dan dia pula ajarkan orang lain, yg pula mengamalkannya, maka dia mendapat pahala kerana mengamalkan as-Sunnah dan dia mendapat tambahan pahala pula kerana diamalkan oleh orang yg dia ajarkan. Orang yg diajarkannya suatu as-Sunnah, mengamalkannya, mengirim pahala kepadanya seumpama pahala yg diterima oleh orang yg diajarkan, tanpa sedikitpun mengurangkanya pahalanya. Sebaliknya, jika dia hidupkan suatu yg bercorak atau bersifat bid'ah, atau ajakan kemaksiatan, dia berdosa kerana mengamalkannya, dan dia pula mendapat kiriman dosa dari orang yg dia ajarkan bid'ah atau maksiat tersebut. Kiriman dosa ini tidak terhenti selagi ada orang yg mengamalkannya kerana beliau ajarkan amalan tersebut.
Hadith yg serupa juga diriwayatkan oleh muhadithin yg lain, iaitu: 
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) sesungguhnya bersabda: ‘Barangsiapa yang mengajak (berdakwah) dengan suatu dakwah (ajakan) kepada kesesatan dan diikuti oleh mereka (yang didakwahkan), maka bahawasanya baginya seperti dosa (orang-orang) yang mengikutnya dan tidak mengurangi dosa dari dosa (orang) yang mengerjakannya sedikitpun. Dan (barangsiapa) mengajak (berdakwah) suatu dakwah (ajakan) kepada petunjuk (yakni, hidayah iaitu as-Sunnah), maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang-orang yang mengikutinya, dan tidak mengurangi dari pahala mereka (yang mengikutnya) sedikitpun’ [Hadith Ibnu Majah]
Bersandarkan ketetapan hadith di atas itu, wajarlah kita berwaspada supaya kita tidak terjebak. Terkadang kita dapati ada orang Islam yg menyuruh atau memberitahu kita sesuatu amalan yg 'baik' katanya, kerana dia lihat orang lain amalkan atau dia diberitahu oleh orang lain supaya amalkan, tanpa sebenarnya mengetahu secara pasti bahawa amalan sedemikian itu ada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah. Orang sedemikian itu mengundnag padah dalam uagmanya. Dia jahil. Dia pula terima suatu ketetapan yg tidak didasari oleh ketetapan sumber yg hak iaitu al-Quran dan as-Sunnah, kemudian dia pula anjurkan orang lain kerjakan. Dia berdosa kerana amalkan suatu yg batil. Dia juga menerima kiriman dosa dari orang lain yg amalkan kerana dia yg syorkan atau sarankan mereka kerjakan!
Saudara, 'pemharuan dalam perkara ugama' atau pendeknya diistilahkan sebagai 'bid'ah' amat bahaya kpd aqidah serta amalan kita setiap masa dan ketika.  Apakah akibat mengamalkan sesuatu yg tidak diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w)? Ada beberap akibat yg disebutkan dalam as-Sunnah. Antaranya, pertama, amalan kita ditolak atau tidak diterima Allah (a.w). Kedua, kesemua amalan dan ibadah kita yg mungkin tidak dicemari oleh bid'ah, tetapi kerana satu amalan yg tercemar, maka kesemua amalan yg lain ditolak dan tidak diterima Allah (a.w). Ketiga, pengamal bid'ah secara tidak diketahui atau tidak disedari terkeluar dari Islam. Terkeluar dari Islam bererti kita pasti masuk neraka di akhirat kelak. Keempat, jika kita amalkan sesuatu yg bid'ah atau dicemari oleh bid'ah, Allah (a.w) tidak ridha dgn kita sebagai hambanya yg mentaatiNya dan mentaati RasulNya. Kerana tidak mendapat keridhaan, maka tempat kita pastilah neraka di akhirat kelak. Kelima, pengamal dan penyebar bid'ah tidak akan diterima taubatnya, kalaulah dia ingin bertaubat drp apa-apa dosanya, selagi dia kekal amalkan sesuatu yg bid'ah. Tobatnya hanya diterima sekiranya dia meninggalkan amalan bid'ahnya. Keenam, kalau dia ajarkan sesuatu yg bid'ah kpd orang Islam lain, dan orang itu amalkan, maka dia mendapat kiriman dosa secara otomatis dari orang yg amalkannya.
Saudara, jikalah demikian ketetapan Islam (i.e. ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)), apakah kita masih mahu menghadapi risiko kerana ketaksuban kita dalam mengikuti seseorang tok guru atau mahaguru atau ustaz yg ajarkan banyak perkara yg batil? Di dalam al-Quran Allah (a.w) sering merujuk kpd 'ulul albab' = orang yg berakal dan orang yg sering bertafakkur memikirkan segala sesuatu yg disebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah, supaya menyedari bahawa ada perkara-perkara yg tidak dibolehkan orang Islam dan iman itu amalkan atau ikuti.
Mudah-mudahan, saudara yg mengikuti blog ini sedar dan faham bahawa mencari syurga itu mudah dan mendapatkan syurgapun mudah, jika kita faham Islam. Kalau kita Islam tanpa ilmu, beramal dan beribadah dalam kejahilan, Islam itu payah dan susah, kerana ada orang yg berlagak pandai menyulitkan kesemua amalan kita. Mereka ajarkan sesuatu yg kelihatan murni tetapi sebenarnya batil dan menyusahkan kita. Kefahaman mengenai Islam itu hanya timbul dgn ilmu. Dan, ilmu yg menjelaskan Islam dan syariatnya secara terperinci adalah as-Sunnah. Belajarlah sebelum terlewat. Supaya kelak di padang makhsyar tidaklah kita dapati setelah sekian lama beramal dan beribadah dgn rasa penuh ketakwaan, secara terbaik dan istiqamah, apabila ketika diberikan Kitab Catatan Amalan kita, kita dapati kitab itu kosong semata-mata, yg ada hanya catitan tentang dosa-dosa sahaja! Wal iyazubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment