Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post kita sebutkan beberpa ketetapan Islam yg dimaklumkan melalui as-Sunnah (i.e. sabda Rasulallah (s.a.w), iaitu perintah mengenai panjang atau labuhnya pakaian lelaki. malangnya, ada saudara yg akui dirinya Islam, malah merasai dirinya berilmu, berhujjah bahawa ketetapan dalam hadith-hadith tersebut tidak merupakan perkara 'aqidah' katanya.
Saudara, kita yg Islam dihujani dgn pendapat manusia yg bijak, kononnya, bahawa syariat Islam itu wajar dicerakinkan supaya diasingkan sesuatu yg bersifat 'aqidah', jika kita tolak maka terkeluarlah kita dari Islam. Kerana aqidah itu adalah fundamental dalam Islam. Ketetapan yg tidak berupa aqidah hanyalah peraturan Islam yg tidak sama taraf dan kedudukan dgn sesuatu ketetapan melibatkan aqidah. Alangkah silapnya orang yg berpandangan sedemikian.
saudara, di dalam Islam memang ada perkara yg melibatkan aqidah = kepercayaan tentang keEsaan Allah (a.w), tentang ugama Islam sebagai ugama yg ditetapkan oleh Allah (a.w) kpd manusia, dan sebagainya. Tapi, dalam Islam yg utama kita ambil ingatan adalah segala sesuatu yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah perintah wajib, yakni mesti tak boleh tidak kita akur dan patuhi, apa jua ketetapan tersebut. Maksudnya, apa yg disuruh kita buat atau laksanakan sekuat mampu kita, kerana perintah suruhan apa jua tidak semua orang Islam mampu laksanakan 100%, tapi larangan atau tegahan itu wajib 100% dilaksanakan atau diterima, tidak ada keringanan. Yg diringankan adalah suruhan melakukan atau mengerjakan sesuatu spt bangun malam untuk bersolat malam (Tahajud, contohnya), berpuasa sunat contoh yg lain, dll lagi suruhan yg diistilahkan 'sunat' oleh para ulama'. Namun, dalam perkara tegahan atau larangan, tidak ada kompromi. Maksudnya, jangan lakukan atau hendaklah jauhi.
Dalam perkara ini, mungkin larangan atau suruhan jangan memakai pakaian (seluar, jubah atau kain) yg dilabuhkan sampai ke bawah buku lali adalah ketetapan as-Sunnah, maka orang berpandapat tidak sama dengan perintah 'janganlah mati kalau tidak Islam', contohnya.Namun ketetapan as-Sunnah sama tarafnya dgn ketetapan al-Quran. Kerana Rasulallah (s.a.w) menyampaikan perintah atas dasar wahyu, yakni ketetapan yg datangnya dari Allah (a.w). Tambahan pula Allah (a.w) jelaskan dalam al-Quran bahawa as-Sunnah itu wajib kita akur dan patuhi - disuruh buat, yg ditegah kita tinggalkan atau jauhi (Ayat 7, Surah al-Haysr) dan Allah (a.w) telah memberitahu kpd kita dalam, contohnya, Ayat 80, Surah an-Nisa',sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) dikira sebagai pasti mentaati Allah (a.w). Dan, dalam perkara pakaian itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita yg Islam bahawa jika kita melabuhkan pakaian sampai menutup buku lali atau atau sampai melebihi paras buku lali, kita masuk neraka, maka perintah itu adalah larangan atau tegahan. Apakah kita sanggup ke neraka semata-mata hendak ikuti kebiasaan atau kelaziman atau konvensyen dgn melabuhkan seluar atau kain pelikat atau jubah sampai menutupi buku lali? Atau, kita malu kerana dilihat orang kita lakukan suatu yg janggal dan keganjilan? Begitu jugalah perintah jangan memakai pakaian yg diperbuat dari sutera. Tak kiralah sama ada sutera itu sutra halus, campuran atau sutera asli. Sesiap yg memakai sutera di dunia, pasti tidak akan memakai sutera di akhirat kelak (Hadith). Maksudnya, orang yg memakai sutera tidak akan masuk syurga, kerana di akhirat kelak hanya ahli syurga yg memakai sutera berbagai jenis. Malah hanya ahli syurga sahaja yg ada pakaian. Yg tinggal di dalam neraka tidak ada pakaian, selain pakaian besi atau tembaga yg akan dipakai oleh mereka bagi menambahkan lagi azab siksaan terhadap mereka! Apakah ketetapan itu enteng, walaupun, kononnya, tidak menyentuh 'aqidah'? Segala keyakinan kita meliputi ketetapan Islam dan syariatnya adalah perkara aqidah, kerana aqidah itu adalah meyakini segala dimensi Islam sebagai yg ditetapkan oleh Allah (a.w), tak kiralah apa perkara yg disebutkan.
Saudara, kalau sesuatu perbuatan itu atau perlakuan itu mengakibatkan kita mendapat neraka, apakah gunanya kita berkeras tidak mau terima? Adakah siksaan di neraka itu tidak seberat malunya kita kerana melakukan sesuatu yg remeh dalam Islam? tambahan pula kita diperingatkan dalam firman berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wama kana limukmini wala mukminati iza qadallahu wa-rasulahu amran an yakuna lahumul khaiatun min amrihim waman ya’sillaha wa-rasulahu faqad dalla dolalan mubina.' [Yg bermaksud: Tiada bagi seseorang lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman ketika telah menghukumi Allah (a.w) (yakni, ketetapan al-Quran) dan (telah menghukum) RasulNya (yakni, ketetapan as-Sunnah) beberapa perkara bahawasanya mereka memilih perkara mereka (i.e. pilih ketetapan selainnya), (mereka itu sebenarnya menentang Allah (a.w) dan) sesiapa yang menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh telah sesat dia dengan kesesatan yang amat jelas (yakni, pasti masuk neraka).] [Ayat 36, Surah al-Ahzab]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan bahawa lelaki Islam itu tidak dibenarkan buat dua perkara, dalam hadith-hadith tersebut, iaitu: pertama, jangan memakai kain dari sutera; dan kedua, jangan melabuhkan pakaian atau memakai pakaian yg labuh sehingga panjangnya terkebawah paras buku lali (sebaik-baiknya setakat separuh betis, di bolehkan di atas buku lali). Berdasarkan ketetapan di dalam firman Allah (a.w) ini dan hakikat bahawa umat Islam wajib akur dgn as-Sunnah, maka lelaki Islam yg ingin dikira sebagai orang yg berjaya mendapat syurga mengikut ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu wajiblah akur. Orang Islam yg apabila diberitahu sesuatu oleh Rasulallah (s.a.w) dia enggan terima, maka dia tergolong 'orang yg enggan', dan orang yg enggan dihukumi tak dapat syurga. Orang yg enggan mematuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah tergolong di kalangan orang yg disebutkan dalam ayat di atas itu, orang yg sesat. Bukan sahaja dia sesat tetapi kesesatan yg amat jelas, yakni tidak diragui sedikitpun. Orang sesat tempat akhirnya di akhirat kelak adalah neraka! Wal iya zubillah.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu apakah yg dimaksudkan dgn kalimah 'sombong' atau sifat kesombongan dalam Islam. Kesombongan dalam Islam adalah menolak yg haq (i.e. ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), dan meremehkan nasihat manusia yg nasihat tersebut adalah benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Orang yg sombong tidak akan masuk syurga. Itulah ketetapan Islam.
Oleh itu, janganlah terikut-ikut dgn pentafsiran orang walhal ketetapan al-Quran itu tidak sekali-kali meragukan dan ketetapan as-Sunnah itu, sebagaimana ketetapan al-Quran, adalah haq, pasti akan berlaku atau terjadi. Berwaspadalah dalam mengeluarkan hujjah tentang sesuatu ketetapan Islam di dalam al-Quran ataupun as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment