Assalamualaikum,
Saudara, Islam itu amat murni. Kalaulah semua orang Islam faham tentang Islam dan syariatnya berdasarkan kpd ilmu dan kefahaman yg benar tentang syariatnya, pastilah umat Islam hari ini tidaklah tertinggal atau ketinggalan. Dan, pastilah umat Islam tak kira dimana dia berada atau bermestautin dan hidup dalam zaman mana sekalipun, adalah umat yg saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan saling bantu membantu dan nasihat menasihati yg baik antara satu sama lain. Mereka pastilah terbaik di dunia dan pastinya pula terbaik di akhirat.
Malangnya, kerana kejahilan dan kerana permusuhan sesama sendiri dan tidak pula akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka terjadilah apa yg diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa, di akhir zaman kelak, umat Islam berpecah menjadi 73 golongan, hanya satu golongan daripada 73 golongan yg Islam berjaya masuk syurga dan 72 drp 73 golongan merengkok dalam neraka di akhirat kelak. Dan, di akhirat kelak, tidak hairanlah hanya seorang dalam seribu yg akui mereka akur dgn ketetapan Allah (a.w) dalam berugama Islam, dapat syurga, sementara 999 yg lain dari 1,000 itu menjadi ahli neraka!
Diriwayatkan oleh imam Ahmad ibni Hanbal hadith dari seorang lelaki dari suku Bil-Hajim yg berkata: ‘Bertanya aku kpd Rasulallah (s.a.w): ‘Kepada siapakah engkau berseru (i.e. berdoa)?’ Rasulallah (s.a.w) bersabda (i.e. menjawab): ‘Ad’u ilallahi wahlahul-lazi in massaka durrun fa-da’autahu kasyafa ‘anka wal-lazi in dolalta biardin faqrin fada’autahu radda ‘alaika wal-lazi in asabaka satatun fa-da’autahu anbatalaka.’ (Yg bermaksud: Aku berseru kpd Allah yg maha esa, yg bila engkau ditimpa kesusahan atau kemudaratan lalu engkau berseru (i.e. berdoa) kpdNya ditolonglah engkau dan bila engkau tersesat di suatu padang pasir yg tandus engkau berdoa kpdNya ditunjukkannya jalan keluar bagimu olehNya dan apabila engkau ditimpa masa kemarau yg panjang ditumbuhkannya bagimu tanaman-tanaman.’) Kemudian berkatalah Bil-Hajim lebih lanjut kpd Rasulallah (s.a.w): ‘Berilah aku nasihat’, maka bersabdalah Rasulallah (s.a.w): ‘La tasubanna ahadan wa-la tazhadanna fil-makrufi wa-lau an talqa akhaka wa-anta munbasitun ilaihi wajhuka wa-lau an tufrigha ina-aka fi dalwil-mustaqi wattazir ila nisfis-saqi fa-in abaita fa-iklal-ka’baini wa-iyaka wa-isbalal-izari fainna isbalal-izari minl-makhilati wa-innallaha la yuhibbul-mahilata.’ (Yg bermaksud: Janganlah engkau mencerca seseorang dan janganlah engkau meremehkan sesuatu amal kebajikan walaupun hanya seperti memberi muka/manis (i.e. tersenyum) kpd kawan yg engkau temui, mengosongkan gayungmu untuk memenuhi bekas air orang yg meminta air, dan hendaklah engkau mengenakan sarung (seluar atau jubah atau kain yg dipakai) ke separuh betis dan kalau enggan, maka janganlah melebihi kedua mata kaki (i.e. buku lali). Kerana melabuhkan kain (i.e. seluar, jubah atau yg dipakai) di bawah mata kaki (i.e. buku lali) hingga menyapu lantai adalah tanda sombong (atau kesombongan) dan Allah (a.w) sekali-kali tidak menyukai sifat sombong.) [Hadith Imam Ahmad].
Saudara, ada beberapa pengajaran dan panduan dalam hadith di atas itu. Pertama, Islam melarang orang Islam sesama Islam mencaci cerca satu sama yg lain atau satu kumpulan atau kelompok, mencaci cerca kelompok atau golongan yg lain. Kedua, dalam melihat kpd Islam, tidaklah mereka meremehkan atau memandang rendah terhadap sesuatu ketetapan dalam Islam. Hari ini berapa ramaikah umat Islam yg faham, dan setelah faham, yg akur dgn ketetapan as-Sunnah? Contohnya dalam perkara bid'ah? Ramai mempersoalkan ketetapan as-Sunnah tentang sesuatu. Contohnya: apabila dikatakan bahawa dalam banyak-banyak puasa sunat itu Puasa Nabi Daud adalah puasa yg paling disukai Allah (a.w). Ada ilmuwan dan ulama' yg berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak mengamalkan Puasa Nabi Daud itu (iaitu puasa selang sehari), walhal Rasulallah (s.a.w), dalam as-Sunnah, memberitahu kita bahawa puasa sunat yg amat disukai oleh Allah (a.w) hambaNya yg Islam kerjakan adalah Puasa Nabi Daud. Mereka itu tidak faham as-Sunnah. As-Sunnah adalah segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) melalui perklakuan atau amalan atau perbuatan beliau serta apa-apa yg beliau katakan mengenai sesuatu. Kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu bahawa Puasa Nabi Daud itu sangat disukai Allah (a,.w), maka benarlah sabda beliau itu. Kerana Rasulallah (s.a.w) hanya berkata-kata ikut wahyu Allah (a.w) (Ayat 1-3 Surah Toha). Ketiga, orang Islam itu apakala bertemu dgn saudara sesama Islam, walau dia tidak kenal, dia memberikan senyuman dan tidak memandang ke arah seseorang dgn muka masam. Dalam hadith lain disebutkan senyuman kpd saudara sesama Islam itu adalah sedekah (i.e. diberi pahala). Hari ini kita akan temui kerapkali orang yg melihat kita expressionless atau dgn muka yg masam, terutama kalau dia terasa yg dia lebih drp kita. Keempat, orang yg ringan tangan kerana sentiasa suka dan rela menolong dan membantu orang lain, seumpama menuangkan air dalam gayungnya kpd orang orang meminta air kpdnya. Kelima, yg telahpun kita lihat beberapa hadith tentang ketetapan menyentuh pakaian lelaki - seluar, kain sarung atau jubah - yg tidak dibolehkan adalah pakaian lelaki yg melebihi paras dua buku lalinya (maksudnya, kain atau jubah atau seluar atau apa saja yg dipakai lelaki yg bahagian bawahnya menutup buku lalinya). Saudara, Islam itu amat murni sehinggakan dalam perkara yg sekecil-kecilnyapun diberi keutamaan dan melakukannya mendapat ganjaran pahala. Sebenarnya dalam Islam lebih mudah mendapat pahala kalaulah kita ada ilmu dan kita fajham dan kita jadkan amalan harian setiap saat dan ketika. Tapi, spt biasa majoriti umat Islam remehkan atau ketetapan perkara atau tuntutan yg mereka anggap kecil atau enteng atau remeh.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment