Wednesday, September 7, 2011

Islam, Iman dan Ilmu

Assalamualaikum,
saudara, cuba kita teliti semula siapakah orang Islam yg benar? Pertama, kita diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran bahawa Islam sahajalah ugama yg diterima atau diridhai oleh Allah (a.w). Ugama selain Islam tidak diterima, maka oleh kerana itu, penganut ugama selain Islam tidak diakui Allah (a.w) telah memenuhi ketetapan Ayat 57, Surah az-Zariat: 'Manusia (dan jinn) dijadikan Allah (a.w) semata-mata untuk mengabdikan (atau memperhambakan) diri mereka Allah (a.w)', Tuhan mereka yg esa. Kedua, orang Islam itu, berdasarkan syahadahnya, dia akui Allah (a.w) sahaja Tuhan mereka yg esa, tiada tuhan selain Allah (a.w). Dan, Rasulallah (s.a.w) adalah Utusan Allah (a.w), orang yg menyampaikan ugama Allah (a.w), Islam, dan mengajarkan syariatnya kpd manusia. Ketiga, segala amalan baik dan segala ibadah kpd Allah (a.w) hanya diterima Allah (a.w) jika Islam. Kalau tidak Islam segala amalan dan perbuatan baik, walau banyak mana sekalipun, tidak ada gunanya untuk akhirat mereka. Disebutkan di dalam al-Quran seumpama debu di atas permukaan batu yg licin, di tiup angin, berterbangan. Tidak meningalkan bekas di batu. Kelihatan baik pada kaca mata manusia, tapi tak membantu akhirat pelakunya. Kebaikan hanya dikira jika Islam.Keempat, jika Islam, kita wajib pula beramal dan beribadah dgn niat menepati Ayat 56, Surah al-Isra' iaitu kita kerjakan segala sesuatu dalam hidup kita kerana takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w) dan kita kerjakan kerana mencari keridhaan Allah (a.w), iaitu syurga Allah (a.w). Dan, dalam beramal dan beribadah kita berpandukan kpd ketetapan Ayat 36, Surah al-Isra' iaitu kita amalkan dan ibadahkan sesuatu amalan dan ibadah atas dasar ilmu, kerana amalan dan ibadah, walaupun mungkin betul, tapi tanpa ilmu tetap salah dan tidak diterima Allah (a.w). Dan, ilmu itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Yakni, segala amalan dan ibadah hendaklah didasarkan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Contoh terbaik sebagai ikutan atau model dalam beramal dan beribadah adalah Rasulallah (s.a.w).
Saudara, sehubungan itu, ramai orang Islam yg keliru. Islam tidak menjamin syurga. Islam yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sahaja yg memberikan kita peluang untuk mendapat syurga. Jika tidak diamalkan atau diibadahkan segala sesuatu yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya, maka kita mendapat dosa, dan tidak akan berjaya mendapat syurga.Tapi setelah dibersihkan dalam neraka, kita pasti akan dimasukkan ke dalam syurga juga akhirnya. Islam yg tidak menepati al-Quran dan as-Sunnah, sama saja kedudukannya dgn mereka yg tidak Islam! Pasti masuk neraka.[Nota: Dalam blog ini kita kerapkali sebutkan bahawa Islam yg haq itu mempunyai dua ciri utama: iaitu, pertama, menepati ajaran Rasulallah (s.a.w) (yakni, menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah); dan kedua, diamalkan secara berjema'ah. Maka dgn itu dirumuskan oleh Omar ibnu Khattab (r.a) ketetapan as-Sunnah itu bahawa 'tidak atau belum dianggap Islam tanpa berjema'ah ...'(Hadith).]
Saudara, ilmu dalam Islam amat utama dan kritikal. Kerana itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita melalui hadith berikut bahawa Islam dalam kalbu kita dan diri kita hanya akan hidup dgn ilmu. Tanpa ilmu Islam akan mati, dan apabila Islam berkubur di hati kita, maka kita tidak lagi Islam, walaupun mungkin kita menyangka kita Islam! Orang Islam itu adalah orang yg beriman. Tanpa iman Islam seseorang itu hanyalah kosong semata-mata. Keimanan adalah, antara lain, menyedari bahawa kehidupan di dunia ini adalah persediaan untuk kehidupan selepas matinya kita. Ada kehidupan yg jauh lebih utama selepas matinya kita, iaitu kehidupan dalam alam barzah (di kubur), di alam makhsyar (ketika menjalani hisaban) dan di alam akhirat (setelah ditetapkan siapa masuk syurga dan siapa yg masuk neraka).
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ilmu itu hidupnya Islam dan tiangnya iman.’ [Hadith Abu Shaikh]
Saudara, terkadang kerana kejahilan pula, kita mungkin tergolong dari kalangan mereka yg disebutkan di dalam hadith berikut, iaitu Islam di siang hari kemudian kafir di malam hari, atau Islam di malam hari tetapi esok harinya, kita kafir! Kita terjebak dgn sesuatu yg menjadikan kita kafir kerana rapuhnya iman kita dan kerana kejahilan kita sendiri dalam menjalani kehidupan dunia. 
Diriwayatkan hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Akan datang suatu fitnah (cubaan yg berat kepada umat Islam) dimana seorang lelaki (yakni, orang iman) beriman ketika pagi hari dan menjadi kafir di petang hari; kecuali orang yg dihidupkan Allah (a.w) dengan ilmu (yakni, ‘alim dia).’ [Hadith at-Termidzi]
Maka dgn itulah Allah (a.w) wajibkan kita mengilmukan diri kita. Belajar ilmu mengenai Islam - iaitu al-Quran dan as-Sunnah - itu suatu kewajipan atau kemestian bagi kita yg akui diri kita Islam. Ilmu itu hendaklah dipelajari dari orang yg tahu dan faham tentang Islam dan orang yg mengajarkan ilmu itu belajar dari orang yg berilmu dan faham dgn berdasarkan pengajian al-Quran dan as-Sunnah. Bukan, meniru perbuatan orang lain. Bukan dgn mendengar cakap-cakap orang lain di masjid atau di surau atau di bilik kuliah, tetapi belajar secara formal dgn membuka al-Quran dan kitab-kitab as-Sunnah (khususnya Kuttubul Sittah). Hanya melalui ilmu as-Sunnah kita tahu secara terperinci apakah sebenarnya Islam. Apakah tuntutan Islam. Dan, apakah amalan dan ibadah yg sah dalam Islam. Bagaimana mengerjakan amalan dan bagaimana beribadah -bentuk-bentuk ibadah, cara dan kaedah mengaibadahkannya.
Mudah-mudahan, saudara faham apa yg ingin disampaikan oleh blog ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment