Assalamualaikum,
Saudara, mengingatkan kembali ibadah puasa Ramadhan kita yg lalu, kita pastinya mengharapkan terbaik - iaitu dilepaskan oleh Allah (a.w) dari belenggu neraka dan dikurniakan Allah (a.w) syurga di akhirat kelak. Itulah visi dan misi kita selama berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan itu. Namun, apakah visi dan misi kita itu tercapai? Cuba kita rujuk sebelas peringatan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Masud (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya apa-apa yang ada padaku itu dua, (iaitu) kalam (yakni, al-Quran) dan hidayah (yakni, petunjuk, iaitu as-Sunnah). Maka sebaik-baik kalam itu kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik hidayah itu (adalah) hidayah Muhammad (s.a.w) (iaitu, al-Hadith atau as-Sunnah).
Ingatlah! Takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan kepada perkara (yakni, urusan ugama). Maka sesungguhnya seburuk-buruk perkara (yakni, urusan ugama itu) adalah pembaharuan kepada perkara (ugama). Dan kesemua pembaharuan (kepada perkara ugama) adalah bid’ah. Dan, kesemua bid’ah adalah kesesatan.
Ingatlah! Jangan merasai lama atas kamu umur (yakni, usia kamu), maka akan menjadi keras hati-hati kamu (yakni, tidak mahu menerima nasihat dan pengajaran untuk memperbaiki amalan dan ibadah dan meningkatkan ketaqwaan dan menjauhi kemungkaran, kemaksiatan dan sebagainya).
Ingatlah! Apa-apa yang akan datang itu (yakni, ajal mati) amat hampir (yakni, dekat pada kamu). Dan sesungguhnya apa-apa yang jadi (ajal mati dan sebagainya) apa-apa pasti akan datang.
Ingatlah! Sesungguhnya apa-apa celaka barangsiapa celaka di dalam perut ibunya (yakni, sudah diqadarkan atau ditakdirkan). Dan orang yang beruntung itu orang yang dinasihatkan dengan selainnya (yakni, orang lain memberi nasihat kepadanyat dan didengarnya dan terimanya).
Ingatlah! Sesungguhnya (sesiapa) membunuh orang yang yang beriman itu kufur (yakni, menjadi kafir), dan memaki-hamun (atau mencaci, saudaranya sesama Islam) itu orang fasik (yakni, ingkar kepada Allah (a.w)). Dan tidak halal bagi seseorang Muslim (atau Islam) bahawasanya membiarkan (yakni, tidak bertegur sapa) saudaranya (sesama Islam) lebih dari tiga hari.
Ingatlah! Takutlah kamu daripada berbuat dusta. Maka sesungguhnya berbuat dusta tidak dapat memperbaiki (yakni, tidak dapat diperelokkan) sungguh dengan sungguh (yakni, benar-benar berdusta) dan tidak dengan gurauan (yakni, diolok-olokkan sahaja). Dan janganlah berjanji seseorang lelaki kepada anaknya kemudian tidak ditunaikan janjinya terhadapnya.
Maka sesungguhnya berbohong menunjuk kepada kedurhakaan. Dan sesungguhnya kedurhakaan menunjuk kepada jalan ke neraka. Dan sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan sesungguhnya kebaikan menunjuk kepada jalan ke syurga. Dan sesungguhnya dikatakan kepada yang jujur: Orang yang jujur dan orang yang baik. Dan dikatakan kepada yang berdusta: orang yang berdusta dan durhaka. Ingatlah! Hamba yang berdusta akan ditulis (oleh para malaikat) di sisi Allah (a.w) orang yang berdusta (di akhirat kelak).’ [Hadith ibnu Majah]
Di dalam hadith yang panjang lebar di atas Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita yang Islam beriman itu dengan sebelas perkara semuanya, iaitu:
Pertama, beliau membawakan kepada kita umat Islam yang beriman itu dua panduan, iaitu Kalam Allah (a.w), iaitu al-Quran, dan hidayah Muhammad (s.a.w)(yakni, al-Hadith atau as-Sunnah), sebagai panduan kita untuk dunia dan akhirat;
Kedua, beliau mengingatkan kita bahawa ‘pembaharuan dalam perkara ugama’ (yakni, syariat Islam) itu adalah kesemuanya ‘bid’ah’, dan kesemua ‘bid’ah’, tanpa pengecualian, adalah ‘kesesatan’ (dan di dalam hadith lain disebut oleh Rasulallah (s.a.w), semua ‘kesesatan’ atau mereka yang sesat pasti masuk neraka;
Ketiga, jangan merasai umur kita panjang, maka akan menjadi keras hati kita terhadap mengabdikan diri kita kepada Allah (a.w) dan akan menjadi lebih sombong pula kepada manusia lain;
Keempat, jangan fikirkan kematian dan qiamat itu jauh, malah amat hampir atau dekat pada kita hari demi hari, dengan itu wajarlah bersedia dan menyediakan diri;
Kelima, nasib yang tidak baik atau baik itu adalah atas qada’ dan qadar Allah (a.w) yang sudahpun ditakdirkan, tetapi barangsiapa yang bersedia menerima nasihat maka akan selamatlah dia apabila mahu menerima nasihat;
Keenam, sesiapa membunuh seseorang yang beriman, yang membunuhnya jatuh kafir (keranasemua yang Islam itu bersaudara);
Ketujuh, memaki hamun dan mencerca seseorang yang Islam adalah perbuatan fasik, yakni ingkar kepada Allah (a.w), dan orang yang ingkar berdosa;
Kedelapan, seseorang Islam yang tidak bertegur sapa dengan saudara sesame Islam melebihi tiga hari mendapat dosa besar (yakni, tidak halal, yakni haram melakukannya);
Kesembilan, jangan berbuat dusta, sama ada disenda guraukan mahupun benar-benar dusta, tidak boleh dihapuskan dosanya oleh apa-apa sekalipun;
Kesepuluh, jangan berjanji tanpa ditunaikan; dan
Kesebelas, akibat orang yang berdusta dan orang yang berkata benar di akhirat kelak.
Saudara, berdasarkan hadith ini, cuba kita semak semula segala amalan dan ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan - dari solat-solat fardu kita dan solat-solat serta amalan-amalan sunat yg kita kerjakan ketika siang dan ketika malam. Apakah kita memenuhi syarat-syarat yg disebutkan dalam hadith tersebut? Atau, begitu banyaknya kesilapan dalam amalan kerana kita beramal dalam kejahilan atau beramal secara ikut-ikutan semata-mata? Kerana kita tidak belajar as-Sunnah, maka kita tidak terpandu?
Maka dgn itulah utamanya kita berilmu dalam Islam. Maka dgn itulah Islam mewajibkan kita belajar ilmu - iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kerana tanpa panduan ilmu dari kedua-dua sumber tersebut sudah pasti banyak kesilapan atau kesalahan yg kita lakukan dalam amalan dan ibadah kita. Jika begitu, sia-sia sajalah segala amalan dan ibadah kita ...
Insya Allah kita akan teliti apakah perkara-prkara yg membatalkan ahala amalan dan ibadah kita dalam post-post yg akan datang.

No comments:
Post a Comment