Wednesday, September 7, 2011

Islam, Iman dan Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, dalam post yg lalu kita sentuh tentang kewajipan bagi setiap orang Islam yg beriman itu belajar ilmu, kerana hanya dgn ilmu kita tau apakah tuntutan sebenar Islam. Kita faham syariat Islam. Dgn kefahaman, kita lebih yakin beramal dan beribadah. Kita terlepas dari mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah yg tiada dituntut Islam atau yg dikerjakan berlainan drp yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Dan, kita boleh menyemak semula segala amalan dan ibadah dan memperbetulkannya, supaya kesemua yg kita amalkan dan ibadahkan diridhai dan diterima Allah (a.w).
Saudara, kita lihat beberapa petunjuk hadith menyentuh perkara ini supaya kita lebih yakin dan lebih terpandu dalam beramal dan beribadah. 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa yg Allah (a.w) inginkan kebaikan baginya, maka Allah (a.w) akan memberi kefahaman kepadanya (tentang) perkara ugamanya dan sungguh-sungguh ilmu itu hanya didapati dengan belajar atau mengaji.’ [Hadith Bukhari, Kitab Ilmu] 
Orang iman itu yakin dgn konsep dan hakikat tentang 'hidayah' atau 'petunjuk'. Hidayah adalah petunjuk yg benar dan hak. Hidayah membolehkan seseorang itu membezakan apa yg batil dalam Islam dan apa yg hak. Ia membolehkan kita membeza-bezakan antara amalan dan ibadah serta segala sesuatu perkara ugama yg benar dan wajib diikuti dan yg mana wajib kita ketepikan. Hidayah itu datangnya dari Allah (a.w). Allah (a.w) yg kurniakan. Tapi, manusia wajib mencari dgn menggunakan akal dan otak yg dikurniakan Allah (a.w) untuk mencari kebenaran. Akal yg membolehkan, sebagai contoh, manusia itu membezakan antara padi yg berisi dgn padi yg samabng, antara beras dgn sekam, dalam menilai padi. kalau kita berusaha mencari kebenaran dan membuka hati kita kpd kebenaran, maka Allah (a.w) akan tunjukkan dan berikan hidayah. Kebaikan di dunia dan di akhirat semuanya anugerah Allah (a.w). hanya dgn petunjuk atau hidayah, orang iman itu faham tentang ugamanya. Tidak siapa yg tahu Islam secara mutlak dan secara terperinci kecualilah Rasulallah (s.a.w). Kerana, Rasulallah (s.a.w) di utus Allah (a.w). Dialah yg diajar Allah (a.w) dan diajar oleh Jibril (a.s) atas perintah Allah (a.w). Maka dgn itu Islam yg hak itu hanya boleh diketahui dan difahami dgn mempelajari as-Sunnah atau al-Hadith.
Saudara, dalam hadih berikut, yg seringkali dirujuk oleh para ulama' dan ilmuwan dan para penceramah ugama di masjid-masjid dan seumpamanya apabila bercakap tentang Islam.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar (i.e. mengaji) dan kefahaman ugama itu hanya diperolehi dengan mencari kefahaman (dari orang yg faham) dan sesungguhnya orang yg takutkan Allah (a.w) itu adalah hamba-hambaNya yg berilmu.’ [Hadith at-Tobrani]
Kebanyakan ulama' menyebut, terkadang dgn membangga diri, bahawa hanya para 'ulama' yg faham Islam. Orang lain tak faham Islam. Sebenarnya mereka keliru. Yg dimaksudkan 'ulama' itu adalah orang yg berilmu, mendalam dan meluas ilmunya dan faham dia dgn ilmu tersebut dan dia sewajarnyalah pengamal ilmu yg dia tahu. Seseorang itu tidak boelh dianggap 'ulama' tanpa memiliki sifat-sifat keilmuan sedemikian itu. Kalau dia tak belajar ilmu al-Quran (faham tafsir) dan tak pula belajar ilmu as-Sunnah (seumpama khatam Kuttubul Sittah), dan belajar dari guru yg faham yg pula mendapat ilmunya dari guru yg faham, maka orang sedemikian itu boleh diakui berilmu kerana dia mengaji dan dia faham dan dia mengamalkan apa yg dia diberi kefahaman oleh gurunya.
Sehubungan itu, jika seseorang itu tidak belajar ilmu as-Sunnah, sekurang-kurangnya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, dari muka awal hingga akhir, maka dia belum layak dianggap berilmu. Kalau dia sudah khattam 4 drp 6 kitab besar hadith, i.e. Kuttubul Sittah, maka dia adalah orang yg berilmu. Dgn syarat dia mengamalkan apa yg dipelajarinya. Tak mungkin kita boleh akui seseorang itu 'ulama' kalau dia menentang ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), seperti menghalang orang menyampaikan ilmu atau dia mengadakan pelbagai peraturan menghadkan atau menyulitkan orang menyampai dan menyebarkan ilmu. Dia tak mungkin boleh diakui ulama' kalau dia bergelumang dgn pelbagai pencemaran dalam ugama, spt mengadakan pelbagai pembaharuan dalam syariat Islam, perbaharuan dalam amalan dan ibadah, atau pembaharuan dalam mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah atau dia mengubah bentuk-bentuk dan cara-cara serta kaedah beramal dan beribadah yg sama sekali tidak secocok atau sejajar dgn as-Sunnah. Justeru itu, ahli bid'ah bukanlah ulama'!
Saudara, orang Islam dan orang iman yg terbaik itu adalah orang yg disebutkan dalam dua hadith berikut: 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebesar-besarnya cinta manusia adalah orang iman yg bercita-cita ingin meraih kejayaan dalam urusan dunia dan urusan akhiratnya.’[Hadith ibnu Majah, Kitab Perdagangan]
Hadith di atas itu memberikan kita spesifikasi yg amat simple. Orang yg terbaik dalam Islam adalah orang yg mengimbang dunia dan akhiratnya. Dia tidak bercita-cita tinggi selain bercita-cita supaya berjaya di dunianya dan berjaya di akhiratnya. Hari ini ramai orang Islam yg berjaya di dunianya sehinggakan mendapat taraf orang yg terkaya atau antara yg trkaya di dunianya - dalam negerinya atau dalam dunia umum, tersenarai dalam Majalah Forbes, contohnya. Dia mampu membina mahligai dan istana dgn wangnya sendiri. Dia mampu membeli kenderaan antara yg termahal dewasa ini spt memiliki Lamborghini atau Ferari. Dia berjaya dalam dunianya. Tapi, adakah juga dia berjaya dalam akhiratnya? Belum pasti. Kalau dia kekal jahil dalam ugamanya, dia tak mengaji dan tidak belajar ketetapan Islam yg hak berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dia pasti orang yg gagal di akhiratnya!
Maka dgn itulah, Rasulallah (s.a.w) menyebut dalam hadit berikut bahawa dalam Islam orang yg terbaik bukanlah orang yg meninggalkan dunianya kerana menumpukan sepenuh perhatian kpd mencari akhirat, dan bukanlah juga orang yg mengabaikan akhiratnya demi mencari dunianya. Orang yg bijak dan pintar dan orang yg utama dalam Islam adalah orang yg mendapat kejayaan kedua-duanya - duniapun dapat, akhiratpun dapat! Iaitu orang yg berusaha sekuat mampunya mencari dunianya dan pada masa yg sama berusaha sekuat mampunya mencari akhiratnya. Dia berjaya di dunia dan berjaya di akhirat!
Diriwayatkan hadith dari Anas (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada (yg) sebaik-baik (dikalangan) kamu (melainkan) adalah orang yg tidak meninggalkan dunianya kerana urusan akhiratnya dan tidak meninggalkan akhiratnya kerana urusan dunianya, sehingga dia mendapatkan kedua-duanya (i.e. kesemuanya sekali). Sesungguhnya dunia itu bekalan (i.e. persediaan) untuk akhirat. Janganlah kamu bergantung pada manusia.’ [Hadith ibnu ‘Assakar]
Jikalah, sebagai seorang Islam kita ikuti panduan hadith ini, pastilah hari ini umat Islam akan berjaya sebagai berjayanya umat Islam zaman awal Islam dahulu.
Hadith ini menyebutkan bahawa dunia itu adalah tempat untuk menyediakan persiapan untuk akhirat. Kalau dia berilmu, dia gunakan ilmunya untuk dunia dan untuk akhirat. Kalau dia berharta, dia gunakan hartanya untuk dunia dan untuk akhirat. Kalau dia berkuasa, dia gunakan kuasanya untuk dunia dan akhirat. Kalau dia berpengaruh, dia gunakan pengaruhnya untuk dunia dan akhiratnya. Apakah wujud orang Islam sedemikian itu? Adakah mustahil untuk menjadi orang Islam sedemikian itu?
Dalam perkara menyediakan diri untuk kejayaan akhirat itu, orang yg berkuasa, orang yg berpengaruh, orang yg berilmu, orang yg kayalah mempunyai begitu banyak pilihan serta peluang untuk berjaya dalam akhiratnya. Tapi, hari ini ulama' yg sewajarnya lebih faham perkara ini, sering gagal. Kerana, antara lain, dia berilmu tapi bahil dgn ilmunya. Orang yg berkuasa apabila diberikan amanah untuk ugamanya, tetapi menyulitkan syariat Islam dan tututannya disebar luaskan dan menyusahkan orang lain membela ugama Islam. Orang yg kaya, yg boleh menempah kedudukan terbaik untuk akhiratnya, melakukan segala sesuatu sebaliknya. Dia tidak membelajakan harta kekayaannya demi mencari kedudukan terbaik di akhirat. Malah, semakin kaya dia, semakin berpengaruh dia, semakin berkuasa dia, semakin kufur dia dan semakin jauh dia dari menyediakan tempat terbaik untuk akhiratnya sendiri! Tak hairanlah, kita diberitahu bahawa orang yg miskin, yg berjaya menjadi ahli syurga, akan masuk syurga 50,000 tahun lebih awal dari orang kaya. Orang kaya, ahli syurga, hanya akan masuk syurga setelah dihisap secara terperinci Kitab Catatan Amalannya selama 50,000 tahun, baru dilepaskan untuk melangkah ke syurga! Fikirkanlah..
Saudara, maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita bahawa janganlah kita jadikan kiblat hidup kita mencari dunia. Malah, di dalam al-Quran, kerapkali Allah (a.w) memperingatkan manusia bahawa orang yg mencari dunia dan melupakan atau mengabaikan akhirat, akan dimasukkan ke dalam neraka! 
Diriwyatkan hadith dari Aisyah (r.an) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Dunia adalah tempat tinggal bagi orang yg tidak mempunyai tempat tinggal (di akhirat), dan harta kekayaan di dunia itu adalah bagi orang yg tidak mempunyai harta di akhirat, dan (kesemuanya) dicari dan dikumpulkan oleh orang yg tidak berakal (yakni, lupa dia akan matinya dan akibat di akhiratnya).’ [Hadith Imam Ahmad]
Hadith di atas itu memberitahu kita bahawa orang yg mencari dunia, pastilah dia tiada tempat tinggal di akhirat, kecualilah neraka, iaitu tempat tinggal yg dikongsi dgn warga neraka yg lain, termasuk yg dikongsi dgn orang musyrik, orang kafir dan orang munafiq. Orang yg mencari harta dunia adalah orang yg faqir dan papa kedana di akhirat kelak. Orang yg faqir dan papa kedana di akhirat adalah penghuni neraka! Orang yg paling miskin di dalam syurga adalah orang yg memiliki harta 10 kali ganda dunia dan isinya! Siapakh sekarang yg terkaya memilki harta sebesar satu dunia? Qarun zaman Musa (a.s) yg kekayaannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana orang kaya di dunia zaman ini, tidak dapat ditandingi oleh mereka. Kesemua orang yg tersenarai dalam Forbes itu, jika dkumpulkan harta mereka, masih tak sampaipun 1% kekayaan Qarun!
Saudara, jadikanlah hadith-hadith ini panduan hidup kita supaya kita sedar sentiasa bahawa walau bagaimana gigihnya kita berusaha mencari dunia, dan Allah (a.w) lambakkan kekayaan atas pangkuan atau riba kita, kita tetap belum dapat menyaingi kekayaan orang yg termiskin di dalam syurga kelak!
Dan, wajib kita ingat bahawa jika kita mencari dunia dgn pelbagai cara dan kaedah serta muslihat, belum pasti kita berjaya di dunia. Tapi, kalau ita mencari kejayaan akhirat, memang pasti boleh dapat. Itulah janji Allah (a.w).

Jazajkallahu khairah

No comments:

Post a Comment