Monday, September 5, 2011

Kewajipan Mengikuti as-Sunnah

Assalamualaikum,
saudara, dalam menyemak segala amalan kita dalam bulan Ramadhan yg lalu (malah pada bila-bila masa sekalipun), kita diwajibkan oleh Allah (a.w) supaya ikuti as-Sunnah dan berpandulah kpd as-Sunnah. Jika tidak berpandukan as-Sunnah pastilah amalan dan ibadah kita tersasar jauh dari yg benar atau haq, dan apabila tidak menepati as-Sunnah, maka segala amalan dan ibadah kita itu sia-sia belaka.
Inilah ketetapan yg amat fundamental dalam Islam, kerana itulah perintah Allah (a.w). 
Firman Allah (a.w): 'Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu, wama nahakum ‘anhu fantahu.' [Maksud: ‘Apa-apa yang dibawakan oleh Rasul itu hendaklah kamu ambil (yakni, diamal dan diibadatkan) dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan.’[Ayat 7, Surah al-Haysr]
Malah, perintah Allah (a.w) didasari pula oleh perintahNya dalam ayat berikut pula: 
Firman Allah (a.w): [Yg bermaksud: Nescaya sungguh-sungguh ada bagi kamu pada Rasulallah (s.a.w) contoh terbaik (untuk dicontohi) oleh barangsiapa yang ingin bertemu dengan Allah (a.w) dan hari Akhirat, dan sentiasalah dia mengingati Allah (a.w) banyak-banyak) [Ayat 21, Surah al-Ahzab]
Rasulallah (s.a.w) itu mengerjakan amalan dan ibadah berdasarkan wahyu Allah (a.w) atau diajarkan oleh Jibril (a.s), yg ditugaskan Allah (a.w) menyampaikan perintah Allah (a.w) kpd para rasul dan para nabi semenjak zaman Adam (a.s). Justeru itu, dalam segala bentuk dan jenis amalan dan ibadah serta cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkannya, orang Islam itu wajib ikuti ketetapan dan panduan as-Sunnah.
Ketetapan tersebut itu diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, seperti hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w) disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) apabila beliau memberitahu tentang wajibnya syariat haji, apabila para sahabat ada yang bertanya sama ada diwajibkan sekali atau dua atau sebagainya, maka beliau memberi teguran. Di dalam Islam salah satu prinsip utama adalah kita diwajibkan mendengar dan taat dan janganlah banyak soal tentang sesuatu, setelah diberitahu sesuatu prinsip atau ketetapan Islam, maka hendaklah terima sajalah, jangan banyak sola dan hujjah. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Biarkankanlah apa-apa yang aku (sengaja) tinggalkan (yakni, bebaskan kamu atasnya), maka rosak (kamu) sebagaimana rosaknya barangsiapa yang ada sebelum kamu sekelian (yakni, umat-umat terdahulu) dengan memperbanyakkan soal mereka itu (terhadap perintah nabi-nabi mereka) dan banyak perselisihan di kalangan mereka itu atas (apa-apa yang disampaikan oleh) nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku atas kamu sekelian dengan sesuatu maka ambillah darinya apa-apa (yang aku sampaikan) sekuat mampu kamu. Dan, ketika melarang aku atas kamu sekelian dari sesuatu perkara, maka hendaklah kamu hentikan (atau tinggalkan).’[Hadith Ibnu Majah & juga Bukhari dan Muslim] 
[Nota: Mereka yang telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) supaya mengerjakan solat mereka sebagaimana beliau mengerjakan solat, tetapi mengerjakan solat mereka dengan cara dan kaedah yang lain adalah tergolong dari kalangan mereka yang engkarkan suruhan Rasulallah (s.a.w). ] 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah orang-orang yang ‘enggan’ itu?’  Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu enggan (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) maka tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ [Hadith Bukhari] 
Saudara, ramai orang Islam yg beranggapan bahawa jika kita Islam pasti kita mendapat syurga dan selamat dari neraka! Belum tentu. Kerana, kita mungkin Islam tetapi kita sebenarnya menentang Allah (a.w) atau menentang Rasulallah (s.a.w) atau kita beramal dan beribadah tanpa menepati spesifikasi ketetapan as-Sunnah atau tanpa menepati perbuatan Rasulallah (s.a.w). Walhal kita disuruh Allah (a.w) ikuti as-Sunnah. Jelas dalam hadith di atas itu bahawa sesiapa yg tidak akur dgn suruhan Rasulallah (s.a.w) tergolong dikalangan orang yg 'enggan', maka pastilah dia akan masuk neraka walaupun dia menganggap diri mereka Islam! 
Saudara, panduan syariat ugama Islam itu dalam semua perkara adalah disebutkan dgn jelas dalam hadith berikut, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, segala sesuatu yg kita amalkan yg berlainan dari atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak diterima Allah (a.w). Bidalan digunakan dalam hadith ini kepada orang Habsyi sebagai pemimpin atau imam atau amir oleh Rasulallah (s.a.w) bukan kerana hendak menghina sesuatu kaum tetapi memberitahu reality zaman itu bahawa masyarakat bangsawan Arab dan juga orang Arab biasa menganggapkan orang Habsyi dari Habsyah (Ethiopia) itu berdarjat rendah sudahlah hitam pekat kulit mereka dan tidak memiliki peradaban yang standing dengan masyarakat Arab. Tentu sekalilah dibenci oleh masyarakat Arab mendapat pemerintah atau pemimpin yang dibenci mereka.
Sabda Rasulallah (s.a.w):  Di riwayatkan hadith daripada Abdul Rahman ibni ‘Amru as-Salamiyu, bahawasanya dia mendengar Irbad bin Sariyah (r.a) berkata: ‘Dan menasihati kami oleh Rasulallah (s.a.w) satu nasihat yang mengalirkan air mata beberapa mata (apabila mendenranya), dan menggerunkan beberapa hati (apakala mendengarnya), maka berkata kami (para sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) Sesungguhnya ini nasihat seolah-olah daripada orang yang hendak pergi (yakni, meninggalkan kami). Maka apakah janji atas kami (terhadap engkau)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sungguh-sungguh telah aku tinggalkan kepada kamu atas sesuatu yang ‘putih’. (Putih) ia pada malamnya dan (putih) ia pada siangnya. Tidak akan menyimpang (yakni, tersesat kamu mendapatkan ‘siratul mustaqim’ ke syurga) kecuali rosak kamu (jika, tidak berpegang dengannya). Barangsiapa yang hidup lama (yakni, umur panjang) di kalangan kamu, maka (kamu) akan melihat perselisihan (di kalangan umat Islam) yang banyak. Maka (diwajibkan) atas kamu dengan taat (yakni, taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w)). Dan (hendaklah kamu taatkan pemimpin) jikapun (dia) hamba Habsyi sekalipun. Maka sesungguhnya orang yang beriman itu seumpama unta yang diikat (yakni, ditindik hidungnya). Dimana ditarik (oleh tuannya) di sana dia mengikut (tuannya).’[Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah] 
[Nota: dalam blog ini kita telahpun sebutkan bahawa Islam yg diterima atau yg benar itu adalah menepati dua criteria: iaitu, pertama, berpandukan as-Sunnah - sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan, kedua, hendaklah diamalkan atau dianuti secara berjema'ah. Maka disebutkan dalam hadith di atas itu, kewajipan bagi umat Islam itu mentaati kepimpinan jema'ah mereka, walaupun pemimpin mereka itu orang yg dibenci mereka dari segi fisikalnya. Namun, jika dia memerintahkan jema'ahnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan tidak menyuruh melakukan sebarang maksiat = perkara-perkara yg bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah -wajib dipatuhi perintahnya. Insya Allah perkara kepimpinan dalam Islam ini kita akan teliti kemudian nanti. Buat sementara waktu yg penting bagi kita adalah menyemak amalan dan ibadah kita apakah sejajar dgn al-Quran dan as-Sunnah atau sebaliknya.] 
Saudara, dalam perkara solat as-Sunnah memperincikan cara dan kaedah bersolat sebagaimana yg dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika solat kita berlainan dari apa yg dilakukan atau dibuat oleh Rasulallah, sama ada dalam perkara Rukun Qaulinya  (i.e. bacaan dalam solat), Rukun Fe'linya (i.e. pergerakan dalam solat) dan Rukun Qalbinya (i.e. tumpuan hati ketika bersolat) - semuanya diperjelaskan dalam as-Sunnah. Dgn itulah wajib kita yg Islam itu pelajari as-Sunnah supaya solat kita menepati solat yg ditetapkan oleh Allah (a.w). Panduan pokok tentang solat adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' (yg bermaksud: bersolalah kamu sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat) [Hadith Bukhari] 
Insya Allah dalam blog ini telah kerapkali disebutkan prinsip atau ketetapan ini. Akan kita ulangi di masa-masa yg akan datang supaya kita lebih faham.


Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment