Thursday, September 8, 2011

Beza - Orang Bijak dan Dungu

Assalamualaikum,
saudara, kalimah 'cerdik', 'pandai', 'bijak' dan seumpamanya melambangkan sifat-sifat ulung seorang manusia itu. Kalaimah 'bodoh', 'dungu', 'bengap' dan seumpamanya adalah sifat-sifat yg tidak dikehendaki oleh sesiapapun. Inilah sifat-sifat yg berlawanan dgn sifat-sifat yg satu lagi.
saudara, orang Melayu jika dicemuh sebagai 'bodoh', dia amat marah. Tapi kalau dikatakan dia itu 'jahil', impaknya terhadap emosinya kurang. Seolah-olah 'bodoh' atau 'dungu' itu lebih teruk dari sifat 'jahil'. Jahil kerana tiada ilmu. Bodoh dan dungu pula tidak semestinya orang yg dilabel itu tiada ilmu, tetapi dia tidak faham atau tidak mahu faham apabila diberitahu atau diajar.
Apakah bezanya antara yg pintar, cerdik, pandai pula? Pintar adalah orang mudah faham. Cerdik adalah seorang yg mudah faham dgn ilmu yg sedikit. Pandai apabila seseorang itu awalnya jahil, setelah diajarkan ilmu, dia pandai menggunakan ilmunya demi kebaikan. Apabila kita teliti sejarah kedatangan Islam, kita sering didedahkan kpd konsep 'jahiliah', iaitu zaman sebelum kedatangan Islam. Masyarakat dewasa itu tidak ada panduan kerohanian. Manusia mengamalkan segala sesuatu yg dinukilkan oleh orang-orang yg cerdik dalam masyarakat tersebut, kerana berbagai motif, termasuklah mencari pengaruh, kedudukan atau untuk mempergunakan orang-orang yg kurang cerdik dalam masyarakt, supaya yg pandai dan cerdik itu menerima sesuatu keuntungan. Zaman jahiliah itu adalah zaman 'kegelapan' mengikut katamata Islam. Dan, Islam membawa 'cahaya' kpd masyarakat yg dalam kegelapan kerohania dan kebatinan. Islam bukanlah semata-mata kebatian, kerana islam itu adalah realiti hidup manusia semasa mereka hidup dan adalah juga realiti kehidupan manusia setelah matinya mereka. Manusia akan mati, tetapi akan dihiudpkan semula untuk menerima balasan terhadap segala sesuatu yg dikerjakannya semasa hidupnya. Ketika itu, manusia tidak dapat mengelak. Namun, mereka tetap merasai apa yg diterimanya - merasa sakit jika dikenakan sesuatu kesakitan atau merasa seronok apakala diberikan sesuatu keseronokan. Bezanya, antara kesakitan dan keseronokkan di dunia dan kesakitan dan keseronokan di akhirat hanyalah manusia boleh mengelak dan boleh memilih untuk mengurangkan kesakitannya atau menambah kpd keseronokannya, dgn izin Allah (a.w). Di akhirat, kesakitan tidak boleh dielak, tetapi keenakan yg daianugerah boleh di terima atau diubahsuai mengikut kehendaknya sendiri. Jelasnya, di akhirat, siksa neraka tidak dapat dielakkan kalaulah kita ahli neraka. namun, nikmat syurga yg diberikan dalam berbagai bentuk dalam syurga itu, kita boleh pilih apakah kita mahu terima atau kita inginkan nikmat yg selainnya, kerana apa yg dihajti pasti diperolehi dalam syurga.
Sehubungan itu, Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita melalui sepotong hadith berikut, yg membezakan antara orang Islam dan iman yg bijak dgn orang Islam dan iman yg dungu! [Nota: Setiap manusia yg tidak Islam pastilah orang yg dungu, tanpa pengecualian. Kenapa? Kerana jika tidak Islam pastilah di tidak mendapat syurga. Pastilah dia penghuni neraka. Setiap orang Islam yg beriman tetapi tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah juga adalah orang yg dungu kerana setiap amal ibadahnya - walau sebanyak manapun, sebaik manapun dan seistiqamah manapun - tetap batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w). Maka justeru itu, mereka adalah calun neraka (jika tidak berubah dan diperbetulkan, pasti masuk neraka). Orang Islam yg menjalani kehidupan dunianya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata adalah orang yg bijak dalam hidupnya. Kerana, dia pasti dapat syurga. Itu janji pasti Allah (a.w).] 
Menceritakan hadith oleh ibnu Abi Maryam hadith dari Domrah b Habib hadith dari Abi Ya’la, iaitu Syaddad b ‘Aus berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-kayisu man dana nafsahu wa-‘amila lima ba’dal mauti wal-‘ajizu man atba-‘a hawaha thumma tammana ‘alallahi.’ (Yg bermaksud: Orang yg bijak (atau pintar) itu adalah orang yg menghitung (i.e. memuhasabah) dirinya dan beramal (i.e. mengerjakan amalan) setelah matinya (i.e. bersedia atau menyediakan bekal ketika hidup untuk hari sesudah kematiannya), dan orang yg bodoh (atau dungu) itu adalah orang yg mengikuti dirinya akan kehendak hawa nafsunya, kemudian berangan-angan atas Allah (a.w) (i.e. mengharapkan Allah (a.w) mengampuni dosa-dosanya dan menganugerhakan baginya syurga).) [Hadith ibnu Majah, Kitab Zuhud] 
Dalam Islam perbezaan antara yg cerdik atau pintar atau bijak dgn orang yg bodoh dan dungu itu disebutkan dalam hadith di atas itu. Siapa orang yg bijak? Orang yg bijak pada kacamata Islam adalah orang yg melakukan dua perkara setiap saat dan ketika: pertama, dia sentiasa bermuhasabah terhadap dirinya, dia membuat perkiraan sebagaimana seorang akauntan menyediakan kira-kira untung rugi untuk sebuah syarikat, dia membuat kira-kira untung rugi atas dirinya dari segi menerima pahala atau dosa. Kedua, selain menghitung pahala dosanya setiap saat dan ketika, dia juga menyediakan dirinya setiap saat dan ketika melakukan segala sesuatu yg membolehkan dia mendapat sebanyak mungkin pahala dan tidak melakukan dosa serta mengelak dirinya dari terjebak dalam dosa, supaya dia pasti berjaya di akhirat, iaitu menyediakan sebanyak mungkin bekalan pahala untuk mendapat kejayaan hisaban di akhirat, supaya pasti dia terselamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga. 
[Nota: Dalam hadith di atas itu disebutkan kalimah menyentuh Muda = cabang-cabang kegilaan (lakukan segala sesuatu seumpama orang gila atau tak berakal). Perempuan = jaring-jaring syaitan (i.e. yg memerangkap lelaki ke arah kemaksiatan, dosa dan neraka)] 
Saudara, siapakah kita hari ini? Adakah kita tergolong orang yg cerdik dan bijak atau kita orang yg bodoh dan dungu? Kita tetap jahil kalau tidak mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Dan, kejahilan itu boleh dihapuskan dgn belajar ilmu. Tetapi, kebodohan atau kedunguan itu apakah boleh kita perbetulkan? Boleh, dgn tekad yg kuat. Kebijaksanaan boleh dicari dalam Islam. hanya dalam ilmu dunia tak semua orang boleh jadi pintar atau bijak dan pandai. Tapi, dalam perkara akhirat semua orang boleh jadi bijak dan pintar, dgn panduan ilmu dan usaha.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment