Assalamualaikum,
Saudara, seorang yg Islam itu hanya ada dua pilihan dalam hidupnya untuk menyediakan dirinya supaya benar-benar berjaya di akhirat ketika dibangkitkan semula di akhirat kelak. Iaitu sama ada berjaya mendapat syurga atau gagal dan masuk neraka (Ayat 7, Surah as-Syura). Itu saja dua pilihan bagi manusia. Yg pasti, jika tidak Islam pasti masuk neraka dan tidak mendapat syurga, kecualilah - kata Allah (a.w) boleh seekor unta masuk ke dalam lubang jarum. Kalau Islam, hanya satu golongan yg mendapat syurga drp 73 golongan orang yg akui diri mereka Islam, iaitu orang Islam yg mengikuti as-Sunnah dan mereka berjema'ah dalam Islam. Kalau ikuti hanya as-Sunnah tetapi tidak berjema'ah, tidak mendapat syurga, dan kalau berjema'ah tetapi tidak mengikuti as-Sunnah tidak akan mendapat syurga. Kenapa dan mengapa?
Saudara, demikianlah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13 Surah an-Nisa' - hanya mereka yg taatkan Allah (a.w), yakni ikuti al-Quran, dan taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti as-Sunnah, yg mendapat syurga. Dan, kita juga telah maklum dalam post yg lalu, bahawa mentaai Rasulallah (s.a.w), bererti mengikuti as-Sunah, adalah suatu kemestian - banyak firman Allah (a.w) yg memerintahkan sedemikian itu, termasuklah Ayat 7, Surah al-Haysr. Allah (a.w) perintahkan umat Islam supaya berjema'ah dalam menganuti Islam - Ayat 103, Surah ali-Imran. Kerana, Rasulallah (s.a.w) yg memperincikan konsep dan hakikat berjema'ah ini. Malangnya, umat Islam tidak faham konsep dan hakikat berjema'ah ini, jika mereka tidak belajar atau mengaji ilmu as-Sunnah.Dan, umat Islam itu wajib berjema'ah kerana dalam jema'ah Islam itu wujud institusi keImamannya atau umumnya disebut 'ulil amri' dalam al-Quran - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Dan, yg sering tidak difahami oleh umat Islam, termasuklah orang yg akui dirinya ilmuwan atau diberi taraf 'ulama', bahawa 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah adalah ditegah sama sekali dilakukan oleh orang yg akui diri mereka Islam dan inginkan kejayaan akhirat, iaitu mendapat syurga. Kerana, majoriti umat Islam hari ini yakin dgn ajaran para ulama' dan ilmuwan mereka bahawa wujud apa yg mereka kata bid'ah hasanah, walhal dlam Islam semua pembaharuan atau setiap pembaharuan adalah bid'ah dan semua bid'ah adalah menyesatkan dan suatu kesesatan yg jelas! Dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya supaya takuti dan jauhi bid'ah.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Najih al-Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) menyampaikan suatu peringatan yang membuat gerun beberapa hati dan mengalirkan air mata beberapa mata (orang yang mendengar nasihat itu). Kami berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Nasihat ini seolah-olah daripada seorang yang hendak meninggalkan kami. Apakah nasihat engkau kepada kami?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diwajibkan atas kamu sekelian bertaqwa kepada Allah (a.w) dan dengan mendengar (perintah) dan taat (perintah), jikapun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Barangsiapa di kalangan kamu yang panjang umurnya, akan melihat banyaknya perselisihan (di kalangan umat Islam mengenai ugama Islam). Maka diwajibkan atas kamu sekelian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, maka gigitlah dia (yakni, sunnahku dan sunnah mereka) dengan gigi geraham (yakni, pegang kuat jangan lepaskan). Dan, takutilah pembaharuan dalam perkara (atau urusan ugama), dan sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan. (dan, dalam hadith lain disebutkan ‘tiap-tiap kesesatan tempatnya di neraka’).’[Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi, hadith sahih]
Saudara, sangat menghairankan bahawa segolongan besar para ulama' dan ilmuwan Islam begitu kental keyakinan mereka bahawa wujud bid'ah hasanah itu, walhal dalam hadith di atas itu jelas, tiada bid'ah yg baik! Kemudian, Rasulallah (s.a.w) peringatkan pula dalam dua hadith berikut, bahayanya mengamalkan bid'ah.
Sabda Rasulallah (s.a.w):'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minni fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku, i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w)), maka dia (i.e. amalan atau ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Bukhari]
Sabda Rasulallah (s.a.w):'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Muslim].
Saudara, kalau amalan yg dicemari oleh bid'ah di tolak, apakah mungkin kita berjaya mendapat syurga di akhirat kelak? Tak mungkin. Maka dgn itulah juga drp 1,000 orang yg akui dirinya Islam, yakni mengikuti syariat ugama Allah (a.w) semenjak zaman Adam (a.s) hinggalah terjadinya kiamat, hanya seorang sahaja yg mendapat syurga. Seramai 999 orang drp 1,000 orang gagal mendapat syurga, sebaliknya dicampakkan oleh malaikat ke neraka. Antara sebabnya, mengamalkan sesuatu yg bid'ah maka dalam Kitab Cacatan Amalan mereka kosong semata-mata! Seolah-olah tidakpun mengerjakan sebarang amalan dan ibadah yg wajib maupun yg sunat. Inilah golongan orang Islam yg akui diri mereka beriman, tetapi rugi serugi-ruginya di akhirat. Tidak hairanlah, apabila Rasulallah (s.a.w) menyebutkan drp sejumlah penghuni syurga itu, hanya separuh adalah umat beliau, walhal umat beliaulah yg terbanyak, kerana orang yg akui dirinya Islam sehingga terjadinya kiamat, adalah umat Rasulallah (s.a.w)!
Ini tidak termasuk orang Islam yg cintakan dunia dan mengabaikan tanggungjawab mereka kpd Allah (a.w) walaupun Allah (a.w) perintahkan mereka dalam Ayat 57, Surah az-Zariat, bahawa manusia itu ketika di dunia diwajiblan mengabdikan diri kpd Allah (a.w), i.e. wajib ikuti perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w).
Saudara, Allah (a.w) peringatkan kita supaya berwaspada dalam beramal dan beribdah, kerana jika tidak sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), tidak diterima Allah (a.w) segala amalan kita.
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.’ [Yg bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan).
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ [Yg bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah]
Saudara, janganlah kita tergolong dalam golongan yg disebutkan oleh Allah (a.w) dalam ayat-ayat tersebut itu. Kita pasti tergolong dalam golongan tersebut jika kita mengamalkan sesuatu yg bersifat bid'ah atau amalan kita dicemari ole bid'ah!
Saudara, Rasulallah (s.a.w) peringatkan umatnya semasa hayat beliau bahawa janganlah kita tergolong dari kalangan 72 golongan yg Islam tetapi gagal mendapat syurga.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara ugamanya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) berpandukan Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) berpandukan Kitab Injil) dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (golongan sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yakni, ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’) (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll]
Janganlah kita tergolong dari kalangan umat Islam yg ditolak sama sekali kesemua malan dan ibadahnya. Maka dgn itu dalam Kitab Catatan Amalan kita hanya wujud 'blank pages' sahaja.
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Abu Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith Ibnu Majah]
Dan, antara peringatan Rasulallah (s.a.w) yg amat penting adalah dalam perkara solat. Kerana solatlah ibadah utama yg membuktikan seorang yg akui dirinya Islam adalah sebenarnya orang Islam yg haq. Solatlah, amalan yg mempastikan ugama seseorang itu kekal tegak dan teguh. Solat adalah tiang ugama. Sesiapa yg tidak bersolat, dia meruntuhkan ugamanya. Maksudnya keluar dari Islam. Solatlah ibadah yg pertama-tamanya di hisab di akhirat kelak. Kalau berjaya hisaban solatnya, maka hisaban amalan dan ibadah selainnya akan mudah. Jika, dia gagal dalam hisaban solatnya, maka gagallah dia dalam segala amalan selainnya! Kita diberitahu bahawa wajib kita bersolat sebagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qilabah (r.a) bahawa Malik (r.a) menceritakan kepadanya dengan berkata: ‘Kami datang kepada Nabi (s.a.w) (untuk belajar ilmu syariat ugama Islam) sedangkan kami pemuda-pemuda yang hampir sebaya. Kami tinggal bersama beliau (yakni, belajar dengan beliau) selama dua puluh malam. Rasulallah (s.a.w) sangat halus perwatakannya. Sebab itu, setelah beliau mendengar bahawa kami ingin bertemu dengan (yakni, merindui) keluarga kami, beliau menanyakan kepada kami tentang keluarga yang kami tinggalkan. Lalu kami ceritakan kepada beliau. Nabi bersabda: ‘Kembalilah kamu kepada keluarga kamu dan tinggallah bersama mereka, ajarkanlah dan suruhlah mereka.’ (Kata Malik: Disebutkan oleh beliau beberapa hal, ada yang kami ingat dan ada yang tidak ingat kami. Diantara sabda beliau:) ‘Sollu kama ra-aitumuni yusalli’ [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat], apabila tiba waktu solat hendaklah azan salah seorang di antara kamu, dan yang paling tua (hendaklah) menjadi imam.’ [Hadith Bukhari]

Saudara, hadith ini menjelaskan ketetapan Islam bahawa dalam perkara solat, kita wajib contohi Rasulallah (s.a.w). Solat - atau apa jua amalan dan ibadah - yg berlainan drp yg dikerjakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), pasti tercemar oleh bid'ah.
Saudara, wajiblah kita berwaspada. Tidak ada gunanya kita membanyakkan amalan dan beristikamah beramal dan beribadah sepanjang hidup kita, jika akhirnya kita gagal dapat syurga kerana segala amalan dan ibadah kita batal dan batil dan ditolak oleh Allah (a.w) atau tidak diterima oleh Allah (a.w), wal iya zubillah.
Jazakallahu hairah.
No comments:
Post a Comment