Monday, October 31, 2011

Ilmu: Akibat Mengabaikan Ilmu Yg Haq

Assalamualaikum, 
Saudara, dalam blog ini kita telahpun lihat ketetapan-ketetapan tama menyentuh perkara 'ilmu' dalam Islam. Yg utama kita fahami adalah sesuatu amalan dan ibadah dalam Islam itu hendaklah dikerjakan hanya dgn kepafahaman yg penuh mengenainya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Amalan dan ibadah hanya sah kalau kita amalkan atau ibadahkan hangan panduan ilmu yg sempurna. Allah (a.w) peringatkan kita yg Islam - malah semua mansia - pada Ayat 36, Surah al-Israk kita diperingatkan oleh Allah (a.w)::
Firman Allah (a.w): ' Wa-la taqfu ma laisa laka bihi ilmun; innas-sam'a wal-basora wal-fuada kullu ulaika kana masula.' (Yg bermaksud: Dan , janganlah kamu kerjakan apa-apa (sesuatu amalan dan ibadah dan segala sesuatu menyentuh Islam dan syariatnya) yg tiada pada kamu ilmu mengenainya (i.e. apa-apa yg dikerjakan); sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu kesemuanya setiap satunya ada  darinya (i.e. yg diamal atau diibadahkan atau yg dikerjakan) akan ditanya.' Inilah kunci peringatan Allah (a.w) kpd manusia, terutama orang yg akui dirinya Islam dan beriman.
Dan, wajib kita ingat bahawa adalah wajib bagi manusia itu belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya, kerana tanpa ilmu dan tanpa panduan yg haq, yakni ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan UtusanNya, menetapkan bagimana manusia wajib mengabdikan diri. Allah (a.w) berfirman bahawa jin dan manusia itu dijadikan Allah (a.w) untuk mengabdikan diri (yakni, beramal dan beribadah di dunia). - Ayat 57, Surah az-Zariat. Kalau kita sebagai manusia tidak berilmu, maka bukan sahaja kita berdosa, tetapi kita tetap dianggap jahil dalam memahami perintah Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Sirin hadith dari Anas ibni Malik berkata: 'Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Talabaul-ilmi faridatun 'ala kulli Muslim.' (Yg bermaksud: Mencari (yakni, mempelajari ilmu) itu wajib atas setiap orang Islam.' [Hadith ibnu Majah]
Jelasnya, sebagai seorang Islam kalau abaikan mengaji atau belajar ilmu mengenai Islam - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - maka kita berdosa. Tambahan pula, lebih penting, kita akan mengerjakan segala amalan dan ibadah dalam kejahilan. Justeru itu, pasti kita akan sesat. Kerana Rasulallah (s.a.w) bersabda dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith dari Abdil Rahman ibni Rafi’ at-Tanukhi hadith dari Abdullah b Amrin b al-‘Ass bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Al-ilmu thalathatun wa-ma zalika fahua fadlun ayatun muhkamatun au sunnatun qaimatun au faridatun adilatun.’ (Yg bermaksud: ‘Adapun ilmu itu ada tiga, dan apa-apa selain (yg) demikian itu adalah baik (untuk dunianya), (adapun yg wajib itu) ayat-ayat yg menghukum (yakni, al-Quran) dan sunnah yg tegak (yakni, al-Hadith atau as-Sunnah) dan hukum faraid yg adil.) [Hadith Abu Daud, Kitab Faraid]
[Nota: Ilmu yg wajib dalam Islam itu ada tiga. Selain yg tiga berguna atau bermanfaat untuk dunia. Yg wajib dipelajari/disampaikan adalah (a) al-Quran; (b) as-Sunnah; dan (c) hukum faraid. Sesiapa yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara otomatis tahu dan faham ilmu faraid Islam.]
Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita yg Islam bahawa kalau kita ingin kejayaan di akhirat hendaklah kita berilmu dan berpandukan ilmu al-Quran dan as-Sunnah: 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) (berkata): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah kpd manusia ketika Haji Wada’ dgn bersabda: ‘Ya aiyuhannasu inni qad taraktu fikum ma in ‘itasomtum bihi falan tadillu Abadan, kitabbalahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: ‘Wahai manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh aku telah tinggalkan apa-apa (yg aku tinggalkan), sesungguhnya jika berpegang teguh kamu dgnnya (i.e. apa-apa yg ditinggalkan), maka tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, (iaitu) Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya.) [Hadith al-Baihaqi di dalam Sunan Kibri].
Hadith yg serupa diriwayatkan juga oleh Imam al-Hakim dalam kitabnya, al-Mustadrak, iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah atas manusia di dalam haji wada’ dgn bersabda: ‘Innas-syaitana qad yaisa an(-ai) yu’bada bi-ardikum wa-lakin radhia an(-ai) yutiu’a fima siwa zalika mimma tuhaqiruna min ‘amalikum fahzaru inni qad taraktu fikum ma ini’tasamtum bihi falan tadillu Abadan kitabballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya syaitan sungguh-sungguh putus asa (mengharapkan) bahawa kamu sekelian menyembahnya di dalam (kehidupan) dunia kamu, akan tetapi ridha dia apabila diikuti dia di dalam apa-apa demikian (yg disembah oleh kamu) selain dia dari apa-apa (yg disembah) apa-apa yg meremehkan kamu dari ‘amalan-‘amalan kamu; maka berhati-hatilah; sesungguhnya aku sungguh-sungguh telah tinggalkan dikalangan kamu apa-apa (yang aku tinggalkan) jika berpegang teguh kamu dgn apa-apa (yg aku tinggalkan) maka tidak akan sesat kamu selama-lamanya, (iaitu yg aku tinggalkan) kitab Allah (a.w) dan sunnah NabiNya.) [Hadith al-Hakim]
[Nota: Hadith ini menyebutkan sesiapa yg mengikuti ajakan syaitan, pastilah dia kecundang dalam Islam, tak dapat syurga. Syaitan itu telah berikrar menentang Allah (a.w) sehabis-habisan dgn memesongkan orang iman dari secara murni dan ikhlas mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia tahu bahawa tidak mungkin dia boleh pengaruhi orang iman supaya bertuhankan dia atau menjadikan dia tuhan, namun dia rida the next best thing iaitu orang iman sembah selainnya sebagai tuhan atau syirik terhadap Allah (a.w) – termasuklah syirik secara samar atau tersembunyi yg tak jelas – dgn keyakinan atau amalan atau kepercayaan yg kononnya ada sesuatu yg memiliki kuasa ketuhanan atau orang iman mengingkari sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Mereka yg menidakkan atau meremehkan atau mempersoal ketetapan as-Sunnah sebenarnya telah termakan atau terikut ajakan atau pengaruh syaitan, maka rosaklah keimanan mereka dan gagallah mendapat syurga dan pastilah masuk neraka.]
Saudara, kerana tidak mahu ilmukan diri, kemudian kita beramal dan mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah atas dasar ikut-ikutan (bertaklid) dan tidak menyemak amalan dan ibadah kita apakah sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) atau tidak, maka rugilah kita. Maka dgn itulah juga Rasulallah (s.a.w) memberitahu di akhir zaman kelak umat Islam akan berpecah-pecah dalam agama Islam sehinggakan akan wujud 73 'agama' atau variasi agama dalam Islam, tetapi pengikut 72 'agama' atau variasi agama itu tak berjaya mendapat syurga, sebaliknya masuk neraka walaupun beramal dan beribadah dgn tekun dan istikamah. Hanya satu bentuk agama sahaja yg berjaya mendapat syurga, iaitu mereka yg anuti Islam menepati dua syarat; iaitu: pertama, ikuti semata-mata sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunah khalifah yg empat selepas Rasulallah (s.a.w) dan kedua, anuti agama Islam secara berjema'ah. Mereka itulah sebenarnya yg dikategorikan golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'.

Jazakallahu khairah

Peringatan: Jangan Lupakan ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah semak beberapa peringatan yg sama sekali tidak patut kita yg inginkan kejayaan akhirat lupakan atau abaikan.  Kita juga telah diingatkan bahawa ada 10 perkara yg kalau kita terlibat dalamnya, merosakkan keIslaman dan keimanan kita, dan kita pasti masuk neraka - semacam dgn orang yg diiktiraf kafir oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Juga, kita telah diberitahu pula ada 6 perkara yg wajib kita jaga dalam hidup kita, kalaulah kita ingin selamat di akhirat kelak. Orang yg selamat di akhirat adalah orang yg mendapat syurga dan selamat dari neraka.
Saudara, dalam semua perkara dan dalam semua dimensi kehidupan kita sentiasalah kita berdepan dgn syaitan atau iblis. Atau, kita berdepan dgn manusia yg menjadi pengikut syaitan atau iblis. Iblislah yg menyebabkan nenek moyang manusia Adam (a.s) dan Hawa (a.s) dikeluarkan dari syurga dan ditempatkan di dunia untuk menjalani kehidupan sehingga sampai ajal mereka. Kita adalah cucu cicit Adam (a.s) dan Hawa (a.s). Apabila Iblis atau syaitan diperintah Allah (a.w) menghormati ciptaanNya, dia enggan kerana sombong dan takbur serta besar diri atau angkuh. Iblis atau syaitan adalah dari golongan jinn yg dijadikan Allah (a.w) 50,000 tahun sebelum Adam (a.s) diciptakan. Golongan jin dicipta dari api. Malaikat dicipta dari nur = cahaya. Manusia dicipta dari tanah dan kemudian dari mani. Drp 3 jenis makhluk ciptaan Allah (a.w) - malaikat, jinn dan manusia - malaikat makhluk yg taat 100% kpd Allah (a.w) , manakala jin dan manusia pula boleh jadi taatkan Allah (a.w) 0% hingga 100%. Kalau dia taatkan Allah (a.w) 100% maka dia lebih baik dari malaikat kerana manusia dipengaruhi oleh nafsu dan perasaan, tidak sebagaimana malaikat, tanpa perasaan dan nafsu hanyak ketaatan terhadap Allah (a.w) 100%. Golongan jinpun mentaati Allah (a.w) 0% hingga 100%. Syaitan atau iblis bukan sahaja tidak taatkan Allah (a.w) (i.e. 0% taat)  tetapi berusaha supaya manusia juga ikuti mereka tidak taatkan Allah (a.w) atau menentang Allah (a.w) dan menentang Rasulalah (s.a.w). Supaya ketaatan manusia boleh dikurangkan sampai 0%. Jika syaitan berjaya, maka ramailah pengikutnya di neraka. Manusia akan masuk neraka bersama-sama dgn syaitan atau iblis. Maka dgn itulah, syaitan dan iblis makhluk terlaknat - namun Allah (a.w) perkenankan permintaannya untuk hidup sampai kiamat dunia dan untuk menjadi fitnah atau cubaan atau musuh tersembunyi kpd manusia yg ingin mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) - tanggungjawab utama meereka (Ayat 27, Surah az-Zariat). Para rasul dan para nabi terselamat dari angkara syaitan atau iblis. Manusia selainnya, kerana dijadikan mempunyai nafsu atau keinginan yg sentiasalah dijadikan oleh syaitan atau iblis landasan menjadi durhaka kpd Allah (a.w), terutama apabila tidak terpandu oleh ilmu dan panduan agama Islam yg haq.
Saudara, ada 10 perkara yg boleh dipengaruhi oleh syaitan atau iblis yg menjadikan kita yg Islam dan beriman itu tergendala mendapat syurga di akhirat - kesemua yg 10 itu dihiasi oleh syaitan supaya kita tolak bimbingan Islam (al-Quran dan as-Sunnah) dan terima panduan manusia yg tindak tanduknya juga dihiasi atau dipengaruhi oleh syaitan. Demikian juga 6 benteng yg boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak mendapat syurga, terjaga dari neraka, juga dijadikan sumber supaya kita merasa kurang yakin dan was-was, maka kita tidak menjaganya dan tidak istikamah menjaganya pula, maka gagal kita dan tidak selamatlah kita di akhirat kelak. Semuanya adalah angkara syaitan yg dapat mempengaruhi manusia.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) berpesan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah atas manusia di dalam haji wada’ dgn bersabda: ‘Innas-syaitana qad yaisa an(-ai) yu’bada bi-ardikum wa-lakin radhia an(-ai) yutiu’a fima siwa zalika mimma tuhaqiruna min ‘amalikum fahzaru inni qad taraktu fikum ma ini’tasamtum bihi falan tadillu Abadan kitabballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya syaitan sungguh-sungguh putus asa (apabila tidak berjaya mengharapkan) bahawa kamu sekelian menyembahnya di dalam (kehidupan) dunia kamu, akan tetapi ridha dia apabila dikuti dia di dalam apa-apa demikian (yg disembah oleh kamu) selain dia) dari apa-apa (yg disembah) apa-apa yg meremehkan kamu dari ‘amalan-‘amalan kamu; maka berhati-hatilah; sesungguhnya aku sungguh-sungguh telah tinggalkan dikalangan kamu apa-apa (yang aku tinggalkan) jika berpegang teguh kamu dgn apa-apa (yg aku tinggalkan) maka tidak akan sesat kamu selama-lamanya, (iaitu yg aku tinggalkan) kitab Allah (a.w) dan sunnah nabiNya.) [Hadith al-Hakim] 
[Nota: Hadith ini menyebutkan sesiapa yg mengikuti ajakan syaitan, pastilah dia kecundang dalam Islam, tak dapat syurga. Syaitan itu telah berikrar menentang Allah (a.w) sehabis-habisan dgn memesongkan orang iman dari secara murni dan ikhlas mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia tahu bahawa tidak mungkin dia boleh pengaruhi orang iman supaya bertuhankan dia atau menjadikan dia tuhan, namun dia rida the next best thing iaitu orang iman semnbah selainnya sebagai tuhan atau syirik terhadap Allah (a.w) – termasuklah syirik secara samar atau tersembunyi yg tak jelas – dgn keyakinan atau amalan atau kepercayaan yg kononnya ada sesuatu yg memiliki kuasa ketuhanan atau orang iman mengingkari sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Mereka yg menidakkan atau meremehkan atau mempersoal ketetapan as-Sunnah sebnarnya telah termakan atau terikut ajakan atau pengaruh syaitan, maka rosaklah keimanan mereka dan gagallah mendapat syurga dan pastilah masuk neraka.]
Saudara, hadith ini kita sudahpun kita lihat dalam post yg lalu. Jlasnya, kalau dapat syaitan itu inginkan manusia itu bertuhankan dia. Inilah yg terjadi kpd orang yg syirik dan kafir dan orang yg murtad, termasuklah orang Kristian dan yg menganuti agama Yahudi. Kerana dia akur dgn pujukan syaitan. Kalau dia tak dapat kita menjadikan dia sebagai tuhan, cukup kita ikuti kehendak-kehendak atau ajakan-ajakan lain yg menyeleweng dan menyimpang atau berlainan drp sunnah Rasulallah (s.a.w). Itupun sudah cukup baginya, kerana orang yg Islam dan iman tetapi tidak akur dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasyallah (s.a.w), pasti jadi penghuni neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'. Sesiapa yg Islam tetapi tidak mengikuti as-Sunnah, walaupun sedikit, pasti masuk neraka. Amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w)! Itulah yg dia sebutkan oleh Allah (a.w) bahawa iblis atau syaitan menentang Allah (a.w) dan kemudian dgn sombong pula menyuruh orang lain menentang Allah (a.w) dan RasulNya, supaya manusia sebanyak mungkin masuk neraka  bersama-samanya - Ayat  14 - 18, Surah al-A'raf. Kita rujuk dialog antara iblis atau syaitan dgn Allah (a.w):
Ayat 14, Surah al-A'raf, Allah (a.w) berfirman: 'Berkata Iblis: 'Berilah aku tempoh sampai hari dibangkitkan (i.e. kiamat)' 
Ayat 15, Surah al-A'raf: 'Allah (a.w) berfimran: 'Sesungguhnya kamu tergolongan dari kalangan orang yg diberi tangguh.'
Ayat 16, Surah al-A'raf: Iblis berkata: 'Di dalam apa-apa telah menyesatkan (i.e. menghukum sesat Engkau akan daku), aku akan menghalangi mereka (anak keturunan Adam) dari jalan Engkau yg lurus.'
Ayat 17, Surah al-A'raf:  (Iblis menyambung kata-katanya) Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dan dari kanan dan dari kiri mereka. Dan, Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur kpdMu (i.e. ikuti ketetapanMu).'
Ayat 18, Surah al-A'raf: Allah (a.w) berfirman: 'Keluarlah kamu dari syurga ini sebagai orang yg terhina lagi terusir! Sesungguhnya barangsiapa diantara mereka mengikuti kamu, sungguh-sungguh Aku (Allah) akan mengisi neraka jahannan dgn kamu kesemuanya.'
Saudara, jelaslah dalam dialog itu, syaitan yg enggan mematuhi perintah Allah (a.w) supaya tunduk hormat pada Adam (a.s), manusia ciptaan Allah (a.w). Manusia itu dihormati oleh Allah (a.w) dan disuruh makhluk lain yg dicipta Allah (a.w) hormati Adam (a.s). Kesemua para malaikat menghormati Adam (a.w) tetapi syaitan atau iblis dari kalangan jin enggan. Maka dia ingkarkan perintah Allah (a.w). [Nota: Orang yg enggan terima ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah orang yg diiktiraf sebagai 'ingkar'.] Kemudian iblis itu bongkak dan sombong pula dgn kejadian atau keturunannya. Masyarakat jinn dijadikan dari api, manusia dari tanah dan malaikat dari cahaya, kononnya api lebih mulia. [Nota: Orang yg sombong dan bongkak kerana keturunan adalah sama dgn perangai syaitan, sombong pada Allah (a.w). Ingatlah orang yg sombong kpd Allah (a.w) pasti masuk neraka.] Kemudian, sudahlah angkuh dan sombong, kemudian berani pulang 'kurang ajar' pada Allah (a.w) apabila dia mengancam bahawa dia akan merosakkan manusia dan menghalang atau mempengaruhi mereka untuk ingkar terus terhadap Allah (a.w) dan tidak mengikuti 'jalan lurus' yg ditetapkan oleh Allah (a.w) pula. [Nota: Orang yg dgn sengaja atau tanpa sengaja membuat tuduhan dan fitnah terhadap sesuatu golongan orang islam lain sebagai sesat atau menyimpang walhal mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, samalah dgn perbuatan syaitan atau iblis itu, angkuh terhadap Allah (a.w) kerana sudah ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sesuatu perkara, tapi mereka tidak mahu faham, malah menentang dalam kejahilan, dan menghalang orang yg benar mengamalkan kebenaran, samalah semacam syaitan.]
Kerana kerahmatan dan kasih sayangnya kpd kita hambaNya, maka Allah (a.w) peringatkan kita dalam Ayat 27, Surah al-A'raf:
Firman Allah (a.w): 'Wahai anak Adam! Janganlah kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana telah mengeluarkan kedua ibubapa (i.e. nenek moyang) kamu (i.e. Adam dan Hawa) dari syurga (kerana tipu helah syaitan) ... sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya memerhati kamu dari suatu tempat yg kamu tidak boleh melihat mereka ... kami (Allah) telah menjadikan syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yg tidak beriman.' [Ayat 27, Surah al-A'raf]
Maksudnya, mengulangi kembali hasrat syaitan kpd Allah (a.w)  pada ayat-ayat sebelumnya tadi.
Saudara, orang Islam sendiri bersekongkol dgn syaitan apabila mereka tidak mengajarkan Islam dan syariatnya yg benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka menuduh pula orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai golongan Wahabbi atau Salafi atau macam-macam label pula. Sehinggakan mereka yg tidak ikuti ajaran mereka dianggap 'sesat' dan 'murtad' atau 'menyeleweng' dari Islam yg sebenarnya. Walhal, Islam yg haq itu adalah dasarnya panduan al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya kitab atau buku-buku karangan manusia. Yg benar itu adalah Rasulallah (s.a.w). Tiada mansuia lain yg dapat menyamakan kebenaran Rasulallah (s.a.w)! Dan, golongan 'ahlus-sunnah wal-jama'ahi' itu adalah mereka yg ikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah dan mereka berjema'ah (ketetapan Rasulallah (s.a.w)).

Jazakallahu khairah



Peringatan: Jangan Dilupakan...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu itu kita telah diperingatkan tentang suatu peringatan yg wajib kita faham dan sentiasa jadikan panduan sepanjang hayat kita dan bagi mereka yg akui diri mereka Islam, sepanjang zaman. Apa dia? Iaitu tak semua orang yg akui dirinya Islam itu akan berhimpun di Padang Makhsyar untuk menerima 'tauliah' atau 'ijazah akhirat' iaitu Kitab Catatan Amalan, ketika berhimpun di sana. Kitab Catatan Amalan itu akan menentukan apakah kita dapat syurga (kalau berjaya), atau dapat neraka (kalau gagal.). Kerana di akhirat kelak hanya dua tempat kesudahan kita; iaitu ketetapan Ayat 7, Surah as-Syura: ' Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka'. Takda tempat yg neutral atau tempat lain.
Saudara, kita diberitahu bahawa hanya ada dua pilihan bagi manusia di akhirat kelak - sama ada mereka Islam ataupun tak Islam. Pilihan itu kita buat bukan di Padang Makhsyar, tetapi mulai dari hari kita baligh kita - 12 atau 13 tahun usia perempuan atau 14 atau 15 tahun usia bagi lelaki. [Nota: Dalam Islam seseorang itu dianggap sudah masuk umur baligh bagi lelaki atau perempuan apakala telah tumbuh bulu di bahagain kawasan anggota sulitnya, dan terutamanya bagi perempuan ketika haid dan bagi lelaki ketika keluar mani.] Mulai saat itu kita dikira sudah mula membuat persediaan dan membuat pilihan sama ada kita inginkan syurga atau neraka. Kita dipandu oleh kedua ibubapa dan para ulama' dalam masyarakat kita. kalau mereka jahil atau tersasar, maka kitapun tersasar juga. Maka hendaklah kita berilmu supaya boleh membuat pilihan yg tepat.
Ada orang Islam yg faham Islam ketika sudah lanjut umur - seumpama seorang kafir yg memeluk Islam pada umur 40 atau 50 atau 60 tahun - dia membuat pilihan ketika saat itu. Ada orang Islam yg jahil seumur hidup - tidak menyemak ilmu, tidak membetulkan amalan dan ibadah, sampai ajalnya. Orang yg rugi! Ada yg diberitahu pilihan yg terbaik, tetapi menolah kerana pengaruh rakan taulan atau alim ulama tradisi. Juga rugi. Orang yg bijak meilih adalah orang yg faham Islam dan syariatnya. Atau, orang yg mencari kefahaman melalui pengajian ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Pilihan yg benar jika faham ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, contohnya ketetapan dalam Ayat 36, Surah al-Isra' dan Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 14, Surah an-Nisa', Ayat 80, Surah an-Nisa', Ayat 7, Surah al-Haysr, Ayat 103, Surah ali-Imran, Ayat 59, Surah an-Nisa', dll dan as-Sunnah. Dia membuat pilihan yg betul apabila dia mempelajari ketetapan dan tuntutan Islam dan syariatnya, dan benar-benar faham Islam, syariatnya dan ketetapanannya. Jika dia beramal tanpa  ilmu, maka dia akan terjebak dalam 10 golongan yg telahpun kita teliti dalam post yg lalu sebagai orang yg terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau kafir tanpa disedari. Atau, orang yg gagal menjaga 6 perkara yg menjamin menyelamatkan dia di akhirat kelak kerana sudah menyediakan diri supaya selamat di akhirat. Kedua-dua dimensi kita kita sudah teliti sebelum ini. Golongan yg gagal - terlibat dalam 10 perkara tersebut dan gagal meenjaga 6 perkara tersebut - ini merasai mereka Islam tetapi sebenarnya tidak lagi Islam, wal iya zubillah min zalik.
Saudara, itu adalah panduan yg fundamental untuk kita sentiasa sedari dan fahami. Tapi, hari ini majoriti umat Islam terpengaruh oleh ajaran dan ajakan manusia sehingga tidak mengutamakan ketetapan atau panduan yg mutlak bagi orang Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah, bukan fahaman atau ajakan berdasarkan perkumpulan spt fahaman Mazhab atau aliran tertentu spt fahaman apa saja termasuklah Wahabbi atau kumpulan Sufi atau Tarikat. Semuanya bukan panduan yg haq. Panduan yg hak adalah al-Quran dan as-Sunnah. Hanya dgn memahami al-Quran dan as-Sunnah kita boleh membuat pilihan yg betul ketika masih hidup. Apabila sudah sampai ajal kita, tiada lagi pilihan, hanya penilaian = hisaban sahaja, apabila kita menerima Kitab Catatan Amalan kita kalaupun kita menganuti Islam mengikut ketetapan as-Sunnah, kalau tidak takda Kitabpun bagi kita, kita dikira sama tarafnya dgn orang kafir dan munafiq, terus tak payah berhimpun, dihalau oleh malaikat atau diheret oleh malaikat masuk ke neraka. 
Dalam al-Quran kita diberitahu bahawa malaikat di neraka bertanya kpd kita: 'Apakah kamu belum menemui Rasulallah (s.a.w) atau belum melihat al-Quran dan belajar as-Sunnah?' Malah di dalam kuburpun kita sudah ditanyakan: 'Apakah kamu kenal Rasulallah (s.a.w)? Apakah kamu belum beriman dgn apa-apa yg dibawakannya semasa hidup kamu? Adakah tidak telah ditunjukkan al-Quran dan as-Sunnah?' Oleh itu, sebelum terlewat, eloklah kita semak asas ilmu dan panduan agama kita - asas dan panduan amalan dan ibadah kita supya kita mendapat sebuah Kitab Catatan Amalan yg catatan di dalam Kitab tersebut berat timbangannya dan diserahkan oleh malaikat kpd kita dari arah kanan.
Saudara, insya Allah kita akan teliti dalam post yg akan datang bahawa tanpa panduan dan tanpa ilmu serta kefahaman mengenai Islam dan tuntutannya, kita akan gagal apakala berdepan dgn syaitan- Rujuk Ayat 14 - 18, Surah al-A'raf mengenai janji syaitan kpd Allah (a.w) dan Ayat 27, Surah al-A'raf.
Buat sementara waktu, wajib kita yg Islam ingat dan sentiasa ingat iaitu kita takkan dapat pilih syurga kalaulah kita tidak kerjakan apa yg kita disuruh oleh Allah (a.w) dan yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) dan kita tidak hindari apa-apa yg ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - ketetapan Ayat 72, Surah az-Zuhruf: 'Wa-tilkal jannatul-lati urithtumuha bima kuntum ta'maluna.' (Yg bermaksud: Dan demikianlah syurga yg diwariskan  syurga itu kpd apa-apa yg ada kamu sekelian amalkan (i.e. amal dan ibadah sebagai umat Islam dalam hidup kita)). Tanpa amalan, jangan harap dapat pilih syurga atau mendapat syurga. Ramai orang Islam, terutama Melayu Islam, berpendapat bahawa kerana mereka Islam mereka pasti masuk syurga. Jawabnya belum tentu! Orang Islam yg pasti dapat syurga adalah orang Islam yg menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan termasuk dalam ketetapan ayat tersebut adalah ketetapan pada Ayat 7, Surah al-Haysr (yakni, ikuti as-Sunnah) dan Ayat 103, Surah ali-Imran (yakni, berjema'ah), antara lain.

Jazakallahu khairah 

Peringatan Sepanjang Hayat & Zaman ...

Assalamualaikum,
Saudara, bagi sdr yg Islam, wajib bersyukur kerana Allah (a.w) berikan hidayah untuk mengkui Islam itu sahaja agama yg selamat ketika telah mati kita dan masuk kita ke dua alam yg lebih lama dan lebih kekal; iaitu: pertama alam barzah - ketika berada dalam kubur; dan kedua, alam akhirat - ketika dunia kiamat dan manusia dibangkitkan semula di padang makhsyar untuk menerima 'tauliah' atau 'Diploma' atau 'Ijazah' iaitu Kitab Catatan Amalan. Kita ketika itu sedang menghadiri Perhimpunan Agung yg terbesar dalam kehidupan manusia, iaitu perhimpunan di Padang Maksyar selama 50,000 tahun (kiraan tahun akhirat, bilamana sehari di Padang Makhsyar itu adalah selama 1,000 tahun kiraan tahun dunia). Tidak semua orang dibenarkan berhimpun. Manusia yg tidak ikuti syariatagama yg dibawakan oleh para rasul dan nabi semenjak zaman Adam (a.w), tidak perlu berhimpun. Mereka gagal, maka dicampakkan oleh malaikat ke dalam neraka. Kerana mereka tidak layak untuk berada di perhimpunan tersebut. Hanya mereka yg terima syariat agama para rasul dan para nabi sahaja yg diberi pass untuk berhimpun.
Saudara, manusia yg terima dan ikuti syariat agama Islam, yakni agama yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), sahaja yg diberikan pass untuk berhimpun di perhimpunan agung terbesar ini. Orang yg akui dirinya Islam tetapi tidak akui dan terima syariat Islam yg dibawakan atau yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), tidak juga diberi pass perhimpunan. Orang yg termasuk dalam 10 golongan yg kita lihat dalam post-post yg lalu itu juga tidak mendapat pass ini kerana mereka terkeluar dai Islam atau menjadi kafir atau murtad tanpa disedari, juga tak diberi pass perhimpunan. Dan orang yg tidak menepati syariat Islam - ahlus sunnah wal-jama'ah - juga tidak diberi pass. [Nota: Ahlus sunnah wal-jama'ah = mereka yg akui Islam memenuhi dua syarat iaitu: pertama, ikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu khalifah yg empat selepas beliau, dan para tabi'in, pengikut-pengikut para tabi'in, dan kedua, mereka anuti Islam secara berjema'ah. Sila rujuk dua hadith yg kita ulangkali sebut dalam blog ini tentang siapa golongan yg disebut 'ahlus-sunnah wal-jama'ah' itu.]
Mereka atau golongan tersebut tidak diberikan pass perhimpunan, sebaliknya dibawa ke neraka sebagaimana orang yg tidak terima syariat para rasul dan nabi yg terdahulu dan mereka itu adalah kafir ataupun munafiq (= berpura-pura ikuti syiar agama Allah (a.w)). Umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman-zaman selepas wafatnya beliau yg tetap anuti Islam menepati syiar Islam yg dibawakan, atau pengabdian - amalan dan ibadah - yg menepati apa-apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) sahaja berhak berhimpun menunggu 'Tauliah' atau 'ijazah' berrupa Kitab Catatan Amalan tersebut. Kitab ini yg menentukan apakah seseorang itu berjaya atau gagal, mendapat syurga!
Rasulallah (s.a.w), akan diberi pass berhimpun. hanya umat zaman Rasulallah (s.a.w) yg terima syariat agama Islam yg diajarkan atau didemokan bentuk-bentuk, cara dan kaedah mengamalkannya sahaja yg diberi pass untuk berhimpun. Golongan ini sajalah yg akan diberi 'Tauliah' atau 'Ijazah' yg akan menentukan sama ada mereka gagal atau berjaya.
Di dunia 'Tauliah' atau 'Ijazah' diberikan kpd semua yg mengikuti sesuatu pengajian yg 'lulus' sahaja. Tapi, 'Tauliah' atau 'Ijazah' Allah (a.w) itu akan diberikan kpd semua mereka yg telah diberikan pass untuk berhimpun di Padang Makhsyar, iaitu mereka yg akui dan terima serta amalkan syariat agama Allah (a.w) yg dibawakan oleh para rasul dan nabi terdahulu dan mereka yg akui, terima dan ikuti syaiar atau syariat Islam zaman hayat Rasulallah (s.a.w) dan zaman-zaman selepas beliau wafat sehinggalah manusia terakhir yg lahir pada saat kiamat kelak.
Saudara, untuk melayakkan seseorang itu mendapat pass berhimpun di Padang Makhsyar adalah mengikuti 'pengabdian yg diiktiraf Allah (a.w)' sebagai hamba Allah (a.w) yg menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah az-Zariat: 'Tidaklah Aku (Allah) jadikan jinn dan manusia, kecuali untuk mengabdikan diri kpdKu semata-mata.' Kalau kita mengabdikan diri kpd selain Allah (a.w) spt berhala, patung, pokok atau maklhuk selainnya, pasti gagal ujian kelayakan ini. Ujian kelayakan kedua adalah mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dgn menganuti agama yg Allah (a.w) perintah manusia itu anuti, iaitu menepati Ayat 19, Surah ali-Imran: 'Sesungguhnya agama di sisi Allah (a.w) itu adalah agama Islam' dan Ayat 3, Surah al-Maidah: ''Aku (Allah) ridha bagi kamu sekelian (manusian dan jinn) agama Islam sebagai agama kamu.' Ujian kelayakan ketiga adalah kewajipan menganuti agama Islam secara berjema'ah, ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran: 'Dan, berpegang teguhlah kamu akan agama Allah (a.w) secara (atau dengan) berjema'ah.'
Ujian kelayakan keempat adalah mentaati kepimpinan jema'ah Islam atau 'ulil amri', ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa: 'Taatkanlah Allah (a.w) dan Taatkanlah Rasulallah (s.a.w) dan (taatkanlah) orang-orang yg mempunyai perkara atas jema'ah (i.e. kepimpinan jema'ah umat Islam).' Ujian ke-3 dan ke-4 ini diperincikan dalam as-Sunnah. Maka, ujian kelayakan kelima adalah ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr: 'Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (yakni, terima dan amalkan), dan apa-apa yg ditegah oleh beliau hendaklah kamu jahui atau tinggalkan.' Maksudnya ikuti as-Sunnah. 
Saudara, dalam Islam proses penilaian dibuat oleh penilai yg bebasa dan yg tidakpun boleh dipengaruhi oleh sesiapapun atas dasar apapun. Dan, penilai tersebut sentiasa membuat penilaian terhadap segala sesuatu yg kita katakan dan lakuakn sepanjang hidup kita - selama 60 atau 70 tahun (iaitu umur umum ummat Muhammad (s.a.w)). Dan, asas menilainya adalah criteria yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Para penilai atau panel penilai itu adalah dua malaikat atau dua golongan malaikat - Rakib (yag hampir) dan Atit (yg mencatit) - dan dikenal juga dgn nama Kiraman (yg mulia) dan Katibin (yg menulis). Jelaslah satu sistem yg 'fool proof', yg pasti tepat lagi adil dan catatan/laporan yg pasti diterima Allah (a.w). Malah kita diberitahu kelak di Padang Makhsyar apakah yg tercatit dalam Kitab Catatan Amalan tersebut! Maka kita akan sendiri lihat trailer segala sesuatu yg kita katakan dan lakukan sepanjang hidup kita.
Mudah-mudahan, kita dapat memulakan zaman baru dalam pengabdian kita ketika kita masih ada masa dan kelapangan untuk memperbaiki catatan amalan kita. Mudah-mudahan setelah kita bertaubat terhadap segala kesilapan dan kesalahan kita sepanjang hidup kita, Allah (a.w) terima taubat kita itu dan mengampunkan dosa-dosa kita. Mudahan-mudahan kita dapat melaksanakan pelbagai amalan dan ibadah yg akan menghakis dosa dan kesalahan kita selagi hayat dikandung badan, insyaAllah. Dgn itu catatan buruk dalam Kitab Catatan Amalan kita itu dipadamkan oleh Allah (a.w) dan tinggallah yg baik-baik sahaja apabila kita berhimpun kelak dan kita akan terima Kitab Catatan Amalan kita dari arah kanan kita - calun syurga, Amin.

Jazakallahu khairah

Saturday, October 29, 2011

Bagaimana Nak Selamat di Akhirat?? (Samb.)

Assalamualaikum, 
Saudara, kita telah lihat 5 drp 6 perkara yg kalau kita waspada dan jaga, maka selamatlah akhirat kita. Dan, kalau kita abaikan, maka bahayalah akhirat kita. Kita telah lihat yg pertama adalah kita ikuti ajaran Islam dan syariatnya yg benar dan kemudian ikutinya, yakni kerjakan atau amalkan dgn istiqamah; yg kedua, dalam mengabdikan diri kita dan mengerjakan apa jua amalan dan ibadah hendaklah dgn kemurniaan = keikhlasan = ketulusan semata-mata kerana akur dgn perintah Allah (a.w) dan RasulNya; yg ketiga adalah berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah semata-mata dalam kehidupan kita sebagai orang Islam sebagai panduan hidup serta panduan amalan dan ibadah; yg keempat, jauhi perkara-perkara syirik, kurafat, bid'ah dan jangan mengikuti kehendak hawa nafsu dalam semua perkara. Yg kelima: anuti agama Islam dan jalani kehidupan sebagai orang Islam secara berjema'ah.
Saudara, Dalam post ini kita lihat perkara ke-6 yg terakhir yg kalau kita tak berwaspa maka buruklah akhirat kita kelak. Kalau kita waspada dan jaga diri kita dari melakukannya, maka selamatlah kita di akhirat kita, i.e. dapat syurga. Sebagai manusia segala-galanya bergantung kpd izin Allah (a.w). Kita boleh berusaha, tetapi Allah (a.w) menentukannya. Maka dgn itu, setelah diusahakan sebaik mungkin sekuat mampu menjaga lima yg terdahulu itu dgn penuh keazaman, sebagai seorang Islam yg beriman, kita bertawakal kpd Allah (a.w), insyaAllah, kita pasti selamat. 


Memperbanyakkan Doa 
(al-Iktharu minad-Du’a) 
Saudara, dalam blog ini kita telah maklum bahawa 'doa' itu adalah otak kpd ibadah. Maksudnya, ibadah tanpa disertai atau disusuli dgn doa seolah amalan itu pincang atau tak sempurna, sebagaimana tak sempurnanya orang yg otaknya sudah rosak. Dalam hadith lain disebut doa itu adalah senjata orang iman. Kerana dalam Islam, yg berkuasa mutlak itu hanyalah Allah (a.w) - kalau Allah (a.w) nak bagi pada kita, tak siapa boleh halang. Sebaliknya, kalau Allah (a.w) halangi atau tak bagi sesuatu pada kita, walau apapun atau siapapun kita minta tolong, takkan dapat atau kesampaian kehendak kita.
Diriwayatkan hadith dari Anas (b. Malik) berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) memperbanyakkan bahawa menyebut (yakni, berdoa) ‘Ya muqallibal-qulubi thabbit qalbi ‘ala dinika.’ (Yg bermaksud: Ya Allah (a.w) yg membolak-balikkan beberapa hati (atau qalbu), tetapkanlah hatiku atas agamaMu.) Maka berkata aku (Anas): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Beriman aku dgn engkau dan (beriman aku) dgn apa-apa yg engkau datangkan dgnnya (i.e. apa-apa yg engkau bawakan mengenai ketetapan Islam), maka adakah khuatir engkau atasku?’ Berkata (Anas): ‘Maka bersabda dia: ‘Na’am! Innal-qulubi baina asbu’aini min asobi’illahi ‘azza wa-jalla yuqallibuha’ (Yg bermaksud: Ya! Sesungguhnya beberapa hati (orang iman itu berada) di antara dua jari-jari dari beberapa jari Allah (a.w) yg Maha Mulia lagi Maha Agung, maka membolak-balikannya.) [Hadith at-Termidzi]
[Nota: Dalam hadith ini Anas memberitahu bahawa kerapkali atau acapkali Rasulallah (s.a.w) membaca doa tersebut. Maka dia bertanya mengapa. Sedangkan dia dan para sahabat mengikuti syariat agama Islam yg dibawakannya dan mempersungguh menetapi segala tuntutannya. Diberitahu bahawa hati manusia itu sentiasalah berubah dan tidak tetap dalam semua perkara, terutama dalam perkara keimanan. Terkadang iman kita meninggi, istikamah dan mempersungguh dalam beramal dan mengerjakan amal soleh, terkadang tidak mempersungguh dan mengabaikan ketetapan agama. Maka dgn itu wajiblah berdoa kpd Allah (a.w) supaya Allah (a.w) menetapkan hati dan sanubari kita dalam mempersungguh dalam agama, i.e. dalam melaksanakan tuntutan agama atas diri kita sendiri.]
Saudara, yg utama bagi  kita yg Islam adalah meminta kpd Allah (a.w) supaya kita kekal diberiNya petunjuk = hidayah sepanjang hidup kita dan sentiasalah kita terjaga, supaya tidaklah hati kita menyimpang setelah ditunjukkan jalan yg lurus ke syurga itu. Bagitu ramai orang Islam kerana sesuatu sebab, terjebak keluar dari Islam, atau melakukan sesuatu yg menyebabkan mereka murtad atau terkeluar Islam atau menjadi syirik tanpa kita sedari. Semua ini adalah takdir Allah (a.w). Tiada siapa yg boleh ubah takdir. Namun, Allah (a.w) suruh kita sering berdoa kpdNya dan kalau kita enggan berdoa kita dianggap sombong, maka pasti tak dapat syurga. Malah, doa sajalah yg boleh mengubah takdir kita.
Alhamdulillah, kita telah meneliti 6 perkara yg boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak kalau kita sentiasa berwaspada dan menjaga keimanan kita.  Cuba kita ulangi apakah 6 perkara tersebut, yg kalau kita jaga sebaiknya, pastilah kita bahagia di akhirat kelak: pertama, hendaklah mengikuti agama dan syariatnya yg haq = benar dan setelah mengetahui yg haq=benar itu, maka kerjakan secara istiqamah; kedua, hendaklah mengerjakan segalama amalan dan ibadah serta amal makruf umumnya dgn penuh kemurniaan = keikhlasan = ketulusan hati semata-mata kerana mencari keridaan dan kerahmatan Allah (a,.w), inginkan balasan syurga dan takutkan siksaan nerakaNya; ketiga, hendaklah sentiasa berpandu dan berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah bukanlah dipengaruhi oleh pendapat atau ajakan manusia walau bagaimana alim atau bijaknya mereka berdakwah atau bercakap, kalau berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah pasti menyesatkan kita; keempat, dalam segala sesuatu yg kita ucapkan, lakukan dan dan yakini hendaklah kita menjauhi sesuatu yg syirik, kurafat, tahyul dan bidah serta mengikuti kehendak nafsu kita; kelima, hendaklah kita fahami bahawa agama Islam itu adalah agama yg dijema'ahkan, maka anutilah Islam secara berjema'ah. Kalau belum berjema'ah carilah jema'ah umat Islam; dan keenam, hendaklah kita sering berdoa supaya Allah (a.w) kekalkan hidayahNya pada kita dan kita sentiasa dipermudahkan untuk berjaya mengabdikan diri kpdNya sebaik mungkin dalam hidup kita.

Jazakallahu khairah

Bagaimana Nak Selamat di Akhirat?? (Samb.)

Assalamualaikum, 
Saudara, kita telah 3 drp 6 perkara yg kalau kita waspada dan jaga, maka selamatlah akhirat kita. Dan, kalau kita abaikan, maka bahayalah akhirat kita. Kita telah lihat yg pertama adalah kita ikuti ajaran yg benar dan kemudian ikutinya dgn istiqamah; yg keduakemurniaan = keikhlasan = ketulusan beramal  dan beribadah; yg ketiga adalah berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah semata-mata dalam kehidupan kita sebagai orang Islam; yg keempat, iaitu jauhi perkara-perkara syirik, bid'ah dan mengikuti kehendak hawa nafsu.
Dalam post ini kita lihat pula perkara yg kelima drp 6 perkara yg kalau kita waspada pasti kita pasti selamat dalam kehidupan akhirat kita: anuti agama Islam dan jalani kehidupan sebagai orang Islam secara berjema'h.

Menetapi Jema’ah
(Luzumul-jama’ati)


Saudara, tajuk ini adalah tajuk yg sering tidak difahamai oleh majoriti umat Islam di mana-mana. Majoriti orang Melayu tidak faham atau tidak mau iktiraf wujudnya ketetapan atau perintah 'berjema'ah' dalam Islam. Atas sebab-sebab stratejik atau kepentingan dunia mereka. Para ulama' atau ilmuwan yg akui diri mereka berilmu tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah, tak terima ketetapan ini. Malah golongan orang Islam yg lebih hampir melaksanakan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, yg dilabelkan sebagai Wahabbi sebagai contoh, pun tak faham atau tak menyebut tentang keperluan berjema'ah dalam Islam.
Sebenarnya, dimensi berjema'ah itu terdapat pada Ayat 103, Surah ali-Imran, Ayat 59, Surah an-Nisa' dan ayat-ayat yg menyebut tentang hakikat atau konsep 'bai'at'. Kalau sdr lihat kitab-kitab hadith - Kuttubul Sittah - jelas ada begitu banyak hadith yg menyebut tentang berjema'ah, tentang wujudnya institusi kepimpinan dalam Islam, ikrar taat setia dalam islam dan sebagainya. Namun, inilah satu dimensi syariat Islam yg paling kurang difahami oleh umat Islam, dan kalau difahami, tidak ditrima oleh mereka kerana tidak relavan lagi dalam dunia moden sekarang.
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b ‘Amrin (atau ‘Amru) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La-yaktiyanna ‘ala ummati ma ata ‘ala Bani Israila hazwan-na’li hatta in kana minhum man ata ummahu ‘alaniata lakana fi ummati man yasna-’u zalika wa-in bani Israila tafarraqat ‘ala thintaini wa-sab’ina millatan wa-taftariqu ummati ‘ala thalatha wa-sab’ina millatan kullluhum fin-nari illa millata wahidatan.’ (Yg bermaksud: Nescaya akan datang pada umatku apa-apa yg telah datang pada Bani Israil, lurus spt lurusnya selipar pada selipar (atau sandal), sehingga jika ada dari kalangan mereka orang yg datang kpd (i.e. menyetubuhi) ibunya (atau emaknya) secara terang-terangan, nescaya akan ada di kalangan umatku orang yg berbuat sedemikian; dan sesungguhnya Bani Israil berpecah (dalam agama mereka) atas 72 agama, dan akan berpecah umatku atas 73 agama, kesemuanya di dalam neraka kecuali agama yg satu.). Berkata (para sahabat): ‘Dan siapa (atau, apakah) dia (i.e. agama yg satu) itu wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Bersabda (Rasulallah): ‘Ma ana ‘alaihi wa-ashabi’ (Yg bermaksud: Apa-apa yg aku di atasnya dan (apa-apa) yg sahabatku (atasnya), yakni jalanku = as-Sunnah). [Hadith at-Termidzi] [Nota-1: Hadith ini menyebutkan bahawa umat Islam itu akan berpecah menjadi beberapa golongan atau firqah dalam melaksanakan amalan dan ibadah dan dalam semua perkara terutama dalam mentauhidkan Allah (a.w), i.e. dalam aqidah, setelah wafatnya Rasulallah (s.a.w). Ketika itu ilmu mengenai Islampun sudah dibiarkan oleh majoriti orang Islam dan umat islam dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh yg meluntur keimanan dan ketaqwaan mereka. Dalam perkara agama rasulallah (s.a.w) memberitahu akan berpecah umat Islam kpd 73 golongan agama, bilamana 72 golongan agama semuanya gagal mendapat syurga, sebaliknya terjerumus ke dalam neraka, dan hanya satu golongan agama sahaja yg berjaya mendapat syurga iaitu mereka yg mengikuti peraturan agama Islam yg dicontohkan dan diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan sahabatnya yg empat, iaitu Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu anhum). Dalam hadith lain disebutkan golongan agama yg berjaya mendapat syurga itu adalah golongan yg berjema’ah dalam Islam, sebagaimana dalam zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman shabat yg empat tersebut, wujud jema’ah umat Islam, yg pemiminnya atau imamnya atau amirnya adalah Rasulallah (s.a.w), kemudian sahabat yg 4 bermula dgn Abu Bakar, dikuti oleh Omar, kemudian Othman dan kemudian Ali – zaman aslinya Islam selama 30 tahun. Umat Islam yg mengikuti syairat Islam sedemikian itu sahaja yg berjaya mendapat syurga.] 
[Nota-2: Contoh sunnah sahabat: (a) Omar – Solat Terawih disolatkan awal malam secara berjema’ah di bawah pimpinan seorang imam solat Ubai b Kaab, dan dikerjakan 20 rakaat yg dibuat dua-dua rakaat; (b) Othman membukukan al-Quran supaya tidak luput dalam perbendaharaan ilmu umat Islam, dan memulakan amalan azan Jum’at dua kali dan azan Subuh dua kali supaya memperingatkan sahabat supaya bersedia ke masjid. ] 


Jazakallahu khairah

Bagaimana Nak Selamat di Akhirat?? (Samb.)

Assalamualaikum, 
Saudara, kita telah 3 drp 6 perkara yg kalau kita waspada dan jaga, maka selamatlah akhirat kita. Dan, kalau kita abaikan, maka bahayalah akhirat kita. Kita telah lihat yg pertama adalah kita ikuti ajaran yg benar dan kemudian ikutinya dgn istiqamah; yg kedua, kemurniaan = keikhlasan = ketulusan beramal  dan beribadah; yg ketiga adalah berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah semata-mata dalam kehidupan kita sebagai orang Islam. Dan, dalam post ini yg keempat, iaitu jauhi perkara-perkara syirik, bid'ah dan mengikuti kehendak hawa nafsu.


Menjauhi Syirik, Bid’ah dan Hawa Nafsu 
(al-Ijtinabus-syirki wal-bid’ati wal-hawa) 


Saudara, hadith berikut dgn jelas memberikan kita panduan yg mudah difahami, iaitu hendaklah jangan kita abaikan al-Quran dan as-Sunnah. Pasti kita selamat.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ijtanibu sab’al-mubiqati.’ (Yg bermaksud: Jauhilah tijuh perkara.) Dikatakan (i.e. ditanyakan): ‘Dan apa dia (yg tujuh itu)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘As-syirki billahi was-sihru wal-qatlun-nafsil-lati harramallaa illa bil-haqqi wa-aklul mal-yatimi wa-aklur-riba wat-tawalli yaumaz-zahfi wa-qadfil-muhsonatil-ngafilatil-mukminati.’(Yg bermaksud: (iaitu) syirik dgn Allah (a.w), dan sihir, dan membunuh diri (i.e. seseorang) yg diharamkan oleh Allah (a.w) kecuali dgn hak, dan memakan harta anak yatim, dan memakan riba, dan berpaling di hari peperangan, dan menuduh zina perempuan iman yg terjaga (dan) lupa.) [Hadith Muslim]
[Nota-1: Hadith ini menyebutkan bahawa orang iman yg inginkan keselamatan dalam kehidupan akhirat mereka hendaklah berwaspada tujuh perkara yg sama sekali jangan dijadikan oleh mereka amalan mereka, iaitu: (a) jangan syirik terhadap Allah (a.w) dalam apa jua bentuk dan sifatnya kesyirikan itu; (b) jangan amalkan sihir atau sesuatu yg bercorak sihir atau amalan sihir atau menyakini ahli sihir; (c) jangan membunuh orang lain tanpa haq atau yg dibernarkan oleh syariat Islam. (Tiga golongan orang Islam yg boleh dibunuh dalam Islam tidak berdosa; iaitu: (i) orang Islam (lelaki/perempuan yg sudah berkahwin) yg berzina dgn dilontar dgn batu sampai mati; (ii) orang yg membunuh orang lain dgn sengaja, boleh diqisas, yakni dibunuh kerana jenayahnya; dan (iii) orang Islam yg murtad (atau meninggalkan jema’ah umat Islam). Dan golongan yg keempat, atau (d) jangan memakan harta anak yatim. Namun jika ditugaskan untuk menjaga anak yatim sebelum sampai umur baligh mereka – yg membolehkan mereka uruskan harta warisan mereka – maka dibolehkan mencampuri harta mereka dgn harta sendiri dalam pengurusan dan digunakan ala kadar atau secukupnya sahaja tanpa berlebihan, di bolehkan. Golongan kelima atau (e) memakan riba; golongan keenam atau  (f) orang Islam ketika berperang fi sabilillah, lari atau melarikan diri dari pasukan perangnya kerana takutkan terbunuh; dan akhirnya, (g) Orang yg menubuh seorang wanita beriman yg terjaga dirinya dari kemaksiatan dan tidak lupakan dirinya berzina.]
[Nota-2: Di dalam al-Hadith disebutkan hukuman berzina itu adalah ditanam separuh badan kedua-duanya kemudian direjam dgn batu sehingga mati dan kalau belum berkahwin kedua-duanya disebat 100 rotan. Di dalam al-Quran dan as-Sunnah bahawa hukuman menuduh seseorang itu berzina itu hanya sah dan boleh diterima jika disaksikan sendiri oleh 4 orang lelaki beriman yg boleh dipercayai penyaksian mereka. Jika menuduh secara fitnah tanpa bukti, maka mereka wajib dikenakan rotan sebanyak 80 sebatan.]
Saudara, dalam hadith berikut, Irban menyebutkan pesanan Rasulallah (s.a.w) ketika mengerjakan haji wada'nya. Malangnya, hari ini majoriti orang Islam yg akui diri mereka golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' yg sama sekali menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) tentang bid'ah ini. Mereka, tanpa mereka sedari, terkeluar dari Islam, wal iya zubillah.
Maka berkata Irbad: ‘Bersolat bersama-sama kami Rasulallah (s.a.w) ... maka bersabda dia: ‘Usikum bi-taqwallahi was-sam’i wat-to’ati wa-in ‘abdan habasyiyan fainnahu man yaisy minkum ba’di fasayarah-iktilafa kathiran fa-‘alaikum bi-sunnati wa-sunnatil-khulafail-mahdiyinar-rasyidina tamassaku biha wa-‘addu ‘alaiha bin-nawajizi wa-iyakum wa-muhdathatil-umuri fainna muhdathatin bid’atun wa-kullu bid’atin dolalatun.’ (Yg bermaksud: Aku berwasiat kpd kamu sekelian dgn bertaqwa pada Allah (a.w) dan mendengar dan taat dan jikapun seorang hamba Habsyi (menjadi imam kamu), maka sesungguhnya barangsiapa yg hidup dari kalangan kamu sesudahku (i.e. sesudah wafat aku) maka akan melihat dia perselisihan yg banyak, maka  atas kamu (i.e. menetapilah) dgn sunnahku dan sunnah khalifah al-mahdiyin dan ar-rasyidin, berpeganglah kamu dgnnya (i.e. sunah-sunnah itu) dan gigitlah dgn gigi geraham kamu dan takutilah cerita (i.e. pembaharuan) dalam prkara (agama), maka sesungguhnya setiap pembaharuan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.) [Hadith Abu Daud]
[Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu kalaulah umat Islam zamannya (atau kitapun) ditakdirkan panjang umur, akan bertemu dgn zaman bilamana begitu banyak sekali perselisihan di kalangan umat Islam dalam perkara agamanya (yakni, dalam perkara amalan dan ibadah dan ketetapan atau syariat Islam atau hukum hakam Islam). maka dalam situasi sedemikian itu untuk selamat dalam kehidupan dunia dan lebih-lebih lagi untuk pasti berjaya dan selamat di akhirat hendaklah ikuti as-Sunnah (i.e. sunnah Nabi dan sunah khalifah yg empat itu. Hendaklah dipegang atau dikuti sunnah tersebut tanpa lekang yakni takda diadunkan dgn ketetapan-ketetapan lain dari kalangan manusia. Selainnya pasti gagal di akhirat.]
Saudara, dalam hadith berikut kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) 3 perkara yg amat penting dewasa ini; iaitu pertama, orang alim atau ilmuwan yg tergelincir. Kenapa? Dia tak rujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah, tapi rujuk kpd kitab dan buku karangan mansuia yg jahil tentang al-Quran dan as-Sunnah atau tau sikit al-Quran dan as-Sunnah, kemudian karang buku untuk keuntungan di dunia. Orang 'alim atau ilmuwan sedemikian ini menyesatkan diri nya dan menyesatkan pula orang lain. banyak dalam masyarakat Melayu sekarang, akui faham Islam dan syariatnya sepenuhnya, tetapi sebenarnya jahil! Kedua, manusia mengikuti hawa nafsunya dalam segala sesuatu (bukan setakat seks), spt taksub bertaklid, sombong tak mau dengar nasihat, jahil tapi tak mengaku, tak cukup ilmu berlagak pandai dan faqih, dan buat sesuatu amalan itu dgn nitadan motid keduniaan. Ketiga, hukum-hukum Islam yg menyimpang atau tidak ada landasan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau hukum-hakam yg bertentangan dgn ketetapan Islam spt ketetapan JAIS tidak membenarkan sesiapa mengajar/menyampaikan ilmu tanpa tauliah!
Diriwayatkan hadith dari ‘Amrin (atau ‘Amru) (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Inni akhafu ‘ala ummati min thalathatin: Min zallati ‘alim, wa-min hawa muttaba’i, wa-min hukmin ja-irin’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya aku khuatir atas umatku dari tiga perkara:  Dari tergelincirnya orang-orang yg alim (i.e. berilmu), dan dari dari hawa nafsu yg diikuti, dan dari hukum-hukum yg menyimpang.) [Hadith al-Bazar dan at-Tobrani]
[Nota: Rasulallah (s.a.w) mengingatkan supaya berwaspada dan bersungguh-sungguh jauhi tiga perkara; iaitu (a) orang-orang ‘alim atau ulama’ yg tergelincir dari ketetapan Islam yg haq apabila mengajar umat Islam atau mengeluarkan peraturan atau ketetapan yg menyimpang, iaitu perkara-perkara yg tiada dalam ketetapan atau syariat Islam yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah; (b) umat Islam melakukan segala sesuatu kerana kehendak hawa nafsunya termasuklah menyampaikan ilmu kpd umat Islam dgn meminta imbuhan atau upahan yg tinggi atau menginfaq harta menunjuk-nunjuk dan riak atau sombong kerana kedudukannya dsbnya; dan (c) pemimpin Islam yg menghukum dalam perkara agama yg sama sekali bersalahan atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.]
Saudara, hari ini majoriti umat Islam, termasuk Islam Melayu, akan berkata dia berpandukan dgn al-Quran dan as-Sunnah, tapi tak pernahpun mereka baca al-Quran dan tak tahupun apa itu as-Sunnah! Ramai orang boleh baca, tapi tak tahu pula apa mesej sbenar al-Quran. Ada yg hafal, maka dapat title 'al-Hafiz', tapi tak fahampun mesej al-Quran. Yg penting untuk selamat di akhirat bukan sahaja kita berpandukan al-Quran, tetapi kita wajib belajar al-Quran dari orang yg tahu. Dalam perkara tafsir ayat-ayat al-Quran contohnya, kita wajib dapatkan guru yg tahu dan faham tafsir al-Quran tersebut.


Jazakallahu khairah

Bagaimana Nak Selamat di Akhirat?? (Samb.)

Assalamualaikum, 
Saudara, kita telah mulakan meneliti 6 perkara yg kalau kita waspada dan jaga, maka selamatlah akhirat kita. Dan, kalau kita abaikan, maka bahayalah akhirat kita. Kita telah lihat yg pertama: kita mengikuti ajaran atau panduan agama Islam yg haq = benar dan, setelah menemui yg benar atau haq itu, kita beristiqamah menetapi atau menjalani kehidupan duniawi kita berpandukan kebenaran atau sumber dan cara dan kaedah yg benar tersebut. Yg kedua, kita telah lihat, adalah kemurniaan = keikhlasan = ketulusan mengerjakan amalan dan ibadah hanya kerana dan untuk Allah (a.w) dan kita tidak ucapkan atau lakukan atau percayakan adanya kuasa ketuhanan dalam benda dan haiwan yg hidup ataupun mati. Yakni jangan kita syirik.
Saudara, kita lihat pula perkara yg ketiga yag kalau kita awasi dan waspada dan jagai diri kita dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w), kita pasti selamat:


Berpegang Teguh kpd al-Quran dan as-Sunnah
(al-Iktisam bi-kitabi wa-sunnati)   
     Kita pasti selamat di akhirat jika kita pegang al-Quran dan as-Sunnah. dalam blog kita sering ulangi bahawa segala amalan dan ibadah kita dalam Islam hendaklah berdasarkan ilmu. Amalan dan ibadah yg tidak didasari dgn ilmu, batal atau batil atau tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 36, Surah al-Israk dan hadith. Dan, kita wajib belajar ilmu tentang islam supaya kita terpandu dalam beramal dan beribadah dan terpandu melakukan segala sesuatu dalam dunia. Dan, ilmu atau panduan Islam serta p[anduan syariatnya yg haq adalah al-Quran dan as-Sunah.
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Al-Quranu syafi’un musyaffa’un, wa-mahilun musaddaqun, man ja’alahu amamahu qadahu ilal-jannati wa-man ja’alahu khalafa zohrihi saqahu ilan-nari.’ (Yg bermaksud: al-Quran itu penolong yg diterima pertolongannya dan (al-Quran itu) pelapor yg dibenarkan (oleh Allah (a.w)). barangsiapa menjadikannya di depannya menuntun (i.e. dipimpinnya) ke syurga, dan barangsiapa menjadikannya di belakang ponggongnya, menggiring (i.e. mengheret) dia ke neraka.’) [Hadith ibnu Hibban di dalam Kitab Sahihnya.]
[Nota-1: Hadith ini menyebutkan bahawa al-Quran itu memberi syafa’at (yakni, memberi pertolongan kpd kita di akhirat kelak di hadapan Allah (a.w)) dan syafaatnya diterima Allah (a.w); dan al-Quran itu juga menjadi saksi yg benar atau saksi yg dibenarkan atau diterima Allah (a.w) penyaksiannya di hadapan Allah (a.w) kelak. Justeru itu, sesiapa yg berpandu dgn al-Quran dalam hidupnya, dan mentaati ketetapannya sepanjang hidupnya, pastilah dia terjaga dalam agamanya, maka mendapat syurgalah dia di akhirat kelak. Jadi orang sedemikian adalah orang yg meletakkan al-Quran sentiasa di hadapannya, berpandu, merujuk kpdnya dan memahami ketetapannya dan mematuhinya. Mematuhi ketetapan as-Sunnah adalah termasuk dalam menetapi ketetapan al-Quran, kerana Allah (a.w) wajibkan kita yg Islam itu tetapi atau taatkan perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) atau berpandukan dgn as-Sunnah – Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa’, sebagai contoh, - maka telah mengtamakan al-Quran dalam hidupnya. Sebaliknya, sesiapa yg mengabaikan al-Quran – tidak mengikuti ketetapannya dan tidak membacanya dan tidak berpandukan kpdnya dalam segala sesuatu mengenai Islam dan syariatnya – maka pastilah dia tidak selamat dalam hidupnya, terutama tidak selamat dalam kehidupan di akahiratnya.
[Nota-2: Ayat 13, Surah an-Nisa’ menyebutkan bahawa kita pasti dapat syurga kalau kita taatkan Allah (a.w), yakni, ikuti al-Quran, dan kita taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti as-Sunnah atau al-Hadith. Kita pasti masuk neraka atau gagal mendapat syurga, walaupun kita akui diri kita Islam atau beriman, jika kita tergolong meeka yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa’, iaitu golongan yg tidak taatkan Allah (a.w), yakni, tidak akur dgn ketetapan al-Quran, dan kita tidak taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni, kita tidak akur dgn ketetapan atau suruhan Rasulallah (s.a.w), dan kita tidak patuhi atau langgar ketetapan-ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dalam as-Sunnah atau al-Hadith. Kita pasti masuk neraka jika kita tidak akur dgn ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa’, iaitu kita akur dgn perintah ‘ulil amri’, kepimpinan jema’ah umat Islam. Kita juga pasti masuk neraka kalau kita tidak akur dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran kalau kita tidak Islam secara berjema’ah. Orang yg akur dgn ketetapan al-Quran itu akan dipimpin oleh al-Quran membawanya ke syurga. Orang yg tidak berpandukan al-Quran atau meremehkannya atau membiarkannya, yakni tidak ambil peduli al-Quran, maka al-Quran itu akan membawanya secara paksa (i.e. menggereng atau menarik mereka) ke dalam neraka. Demikianlah utamanya al-Quran dan as-Sunnah itu. Al-Quran dan as-Sunnah adalah penyelamat atau musuh ketat kita di akhirat kelak.]
Saudara, semua rumah orang Melayu ada al-Quran - malah ada yg lebih dari senaskhahj! Tapi, adakah dirujuk oleh mereka yg memilikinya? Adakah dibacanya setiap hari atau seminggu sekali atau tak pernah dibacanya? Adakah dia faham apakah mesej al-Quran? Adakah dia. setelah faham, menjadikan al-Quran anduan hidupnya? 
    Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) (berkata): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah kpd manusia ketika Haji Wada’ dgn bersabda: ‘Ya aiyuhannasu inni qad taraktu fikum ma in ‘itasomtum bihi falan tadillu Abadan, kitabbalahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: ‘Wahai manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh aku telah tinggalkan apa-apa (yg aku tinggalkan) sesungguhnya jika berpegang teguh kamu dgnnya (i.e. apa-apa yg ditinggalkan), maka tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, (iaitu) Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabiNya.) [Hadith al-Baihaqi di dalam Sunan Kibri]
Saudara, Allah (a.w) beri kita tahu, syairtan itu adalah musuh kita yg nyata. Kita tahu bahawa syaitanlah yg menyebabkan atau jadi penyebab Adam (a.s) dan Hawa (a.s), nenek moyang manusia dikeluarkan dari syurga. Kemudian - Ayat 27, Surah al-A'raf, Allah (a.w) peringatkan kita supaya janganlah sampai syaitan berjaya mempengaruhi kita supaya bersama-sama dgnnya dalam neraka. Dan, syairtan telah berikrar dan bersumpah bahawa dia akan menghampiri manusia dari setiap penjuru dan sudut untuk menjerumuskan kita ke dalam neraka - Ayat14 - 17, Surah al-A'raf dan pada Ayat 18, Surah al-A'raf Allah 9a.w) kata syaitan dan manusia yg ikuti syaitan semunya akan masuk neraka, wal iya zubillah. 
   Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah atas manusia di dalam haji wada’ dgn bersabda: ‘Innas-syaitana qad yaisa an(-ai) yu’bada bi-ardikum wa-lakin radhia an(-ai) yutiu’a fima siwa zalika mimma tuhaqiruna min ‘amalikum fahzaru inni qad taraktu fikum ma ini’tasamtum bihi falan tadillu Abadan kitabballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya syaitan sungguh-sungguh putus aasa (mengharapkan) bahawa kamu sekelian menyembahnya di dalam (kehidupan) dunia kamu, akan tetapi ridha dia apabila dikuti dia di dalam apa-apa demikian (yg disembah oleh kamu) selain dia) dari apa-apa (yg disembah) apa-apa yg meremehkan kamu dari ‘amalan-‘amalan kamu; maka berhati-hatilah; sesungguhnya aku sungguh-sungguh telah tinggalkan dikalangan kamu apa-apa (yang aku tinggalkan) jika berpegang teguh kamu dgn apa-apa (yg aku tinggalkan) maka tidak akan sesat kamu selama-lamanya, (iaitu yg aku tinggalkan) kitab Allah (a.w) dan sunnah nabiNya.) [Hadith al-Hakim]
[Nota: Hadith ini menyebutkan sesiapa yg mengikuti ajakan syaitan, pastilah dia kecundang dalam Islam, tak dapat syurga. Syaitan itu telah berikrar menentang Allah (a.w) sehabis-habisan dgn memesongkan orang iman dari secara murni dan ikhlas mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia tahu bahawa tidak mungkin dia boleh pengaruhi orang iman supaya bertuhankan dia atau menjadikan dia tuhan, namun dia rida the next best thing iaitu orang iman semnbah selainnya sebagai tuhan atau syirik terhadap Allah (a.w) – termasuklah syirik secara samar atau tersembunyi yg tak jelas – dgn keyakinan atau amalan atau kepercayaan yg kononnya ada sesuatu yg memiliki kuasa ketuhanan atau orang iman mengingkari sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Mereka yg menidakkan atau meremehkan atau mempersoal ketetapan as-Sunnah sebnarnya telah termakan atau terikut ajakan atau pengaruh syaitan, maka rosaklah keimanan mereka dan gagallah mendapat syurga dan pastilah masuk neraka.]
Saudara, oleh itu wajiblah kita berwaspada taktik syaitan itu. Namun, terkadang kita tak sedar bahawa kita ditipu syaitan dalam halusnya ajakan syaitan itu.

Jazakallahu khairah

Bagaimana Nak Selamat di Akhirat?? (Samb.)


Assalamualaikum, 
Saudara, kita telah mulakan penelitian kita tentang 6 perkara yg kalau kita waspada dan jaga, maka selamatlah akhirat kita. Yg pertama dalam post dahulu itu adalah kita mengikuti ajaran atau panduan agama islam yg haq = benar dan beristiqamah menetapi atau menjalani kehidupan duniawi kita berpandukan kebenaran atau sumber dan cara dan kaedah yg benar. Tidak ada panduan atau dasar agama Islam yg benar melainkan apa yg tertera dalam perintah Allah (a.w), iaitu al-Quran, dan perintah  atau panduan Rasulallah (s.a.w), iaitu as-Sunnah. Kita telah lihat dua dalil - satu firman Allah (a.w) pada Ayat 153, Surah al-An'am dan sepotong hadith Muslim.
Saudara, kita telah lihat bahawa itulah panduan pertama demi menjamin keselamatan kita di akhirat kelak. Panduan Yg kedua, adalah panduan dalam firman Allah (a.w) dan hadith berikut: 

Ikhlas (Memurnikan) Amalan Semata Kerana Allah (a.w)
(Ikhlasul-‘amalillahi wahdahu)

     Saudara, ramai malah majoriti umat Islam, terutama orang Melayu hari ini, tersasar atau tersesat apabiula kita semak amalan dan ibadah mereka sehari-harian dalam perkara ibadha wajib maupun ibadah sunat yg mereka kerjakan. Allah (a.w) adalah tuhan manusia - semua zaman - dan Dialah yg memberi kita peluang hidup di dunia. Maka dgn itu kita telahpun berjanji untuk mengabdikan atau menyembahNya dgn bentukbentuk, cara dan kaedah 'sembah' yg Dia (Allah) tetapkan. Dan, walaupun kita mengabdikan diri kpd Allah (a.w) seolah-olah dalam keterpaksaan, namun niat di belakang segala ucapan, perbuatan dan segala sesuatu yg kita lakukan adalah kerana taatkan perintahNya dan perintah NabiNya, kerana itu Dia perintahkan. 
Diriwayatkan hadith dari abi Umamah al-Bahiliyi berkata: ‘ ... telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha la yaqbalu min amalin illa kana lahu khalisan wab-tughiya bihi waj-hihi.’ (Yg bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak menerima dari orang yg beramal dari beberapa amalan kecuali apa-apa yg adanya bagi Allah (a.w) yg murni (i.e. ikhlas) dicari dgnnya wajah Allah (a.w) (i.e. kerana Allah (a.w)). [Hadith anNasa’i, Kitab Jihad]
[Nota: Amalan atau ibadah yg diterima Allah (a.w) dari seseorang yg akui dirinya Islam hendaklah murni (yakni, tidak dicemari oleh perkara-perkara atau sifat-sifat syirik, kurafat, tahyul dan bid’ah. Kerana ciri-ciri syirik, kurafat, tahyul dan bida’ah adalah pencemaran kemurniaan atau keikhlasan segala bentuk amalan dan ibadah yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) memberitahu kita yg Islam bahawa niat kita dalam beramal dan beribadah hendaklah menepati Ayat 57, Surah al-Israk – takutkan azab Allah (a.w) di neraka dan ingin mendapat rahmatNya, iaitu syurga. Dan kita kerjakan amalan dan ibadah  secara terpimpin dan terpandu iaitu memiliki ilmu mengenai segala sesuatu yg kita amalkan dan ibadahkan – Ayat 36, Surah al-Israk, termasuklah perincian bentuk-bentuk ibadah, cara dan kaedah mengibadahkannya dan hendaklah semuanya mencontohi perbuatan Rasulallah (s.a.w) atau dia mengerjakannya, yakni ikuti as-Sunnah.]
Saudara, dalam mengabdikan diri kita  kpd Allah (a.w), kita wajib ingat bahawa niat kita yg menentukan apakah kita diberi pahala atau lakukan sesuartu dgn sia-sia sahaja. Syarat mutlak keikhlasan dalam niat dan lain-lainnya adalah kita tidak syirikkan Allah (a.w), yakni kita tidak akui bahawa ada kuasa ketuhanan selain Allah (a.w) - spt ada benda atau haiwan atau apa saja yg punyai kuasa memanfaatkan manusia atau memudaratkan manusia.
      Diriwayatkan hadith dari abi Said b Abi Fadlah al-Ansori, dan adapun (Abi Said) adalah dari golongan sahabat Nabi (s.a.w), berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza jamiallahun-nasi yaumal qiamati liyaumin la raiba fihi, nada munadi: ‘Man kana asyraka fi ‘amalin ‘amilahullaha ahadan fal-yatlub thaubahu min ‘indi ghairillahi, fainnallaha aghna syuraka-i ‘anil-syirk.’ (Yg bermaksud: Ketika dikumpulkan oleh Allah (a.w) manusia pada hari kiamat, pada hari yg tiada keraguan dalamnya (i.e. pasti), maka memanggil orang yg memanggil (i.e. malaikat): ‘Barangsiapa ada dia syirik di dalam amalan yg dia beramal dgn amalan itu oleh seseorang, Allah (a.w) mengutus supaya mencari pahala dari sisi selain Allah (a.w), maka sesungguhnya Allah (a.w) itu zat yg maha kaya (i.e. tidak memerlukan manusia yakni menolak) dari amalan orang yg syirik.) [Hadith at-Termidzi di dalam Tafsir al-Quran]
[Nota-1: Hadith ini menyebutkan apabila terjadinya kiamat kelak,. manusia akan dibangkitkan semuanya dari kubur mereka. Semuanya akan berjalan menuju ke padang makhsyar. Orang kafir atau yg tidak Islam pasti masuk neraka, kerana mereka melanggar ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat dan ketetapabn-ketetapan lain dalam al-Quran. Tidak ada hisaban terhadap mereka. Orang yg akui dirinya Islam melalui ucapan dua kalimah syahadah mereka, maka mereka akan berkumpul di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan mereka. Sesiapa yg syirik, yakni meyakini atau percayakan wujud kekuasaan ketuhanan selain Allah (a.w) adalah syirik, walaupun dia mengerjakan amalan dan ibadah yg banyak dan secara istikamahpun, terbatal kesemuannya – Ayat 65, Surah az-Zumar - Allah (a.w) tak inginkan mereka, maka para malaikat akan menghmbankan mereka ke dalam neraka. Syirik – dari segi amalan dan kepercayaan atau keyakinan atau ucapan itu – Allah (a.w) mengharamkan orang-orang sedemikian itu dari mendapat syurgaNya – Ayat 72, Surah al-Maidah.]
[Nota-2: Kesemua umat Islam akui dirinya Islam, dan kerana itu mereka yakin akan dapay syurga kelak. Tapi, mereka yakinkan atau percayakan atau kata-katakan sesuatu yg bersifat syirik – walaupun samar atau tak jelas atau tidak mereka anggap fundamental dalam aqidah – batal segala pahala amalan dan ibadah dan diharamkan dia mendapat syurga. Maksudnya, Islam belum pasti dapat syurga jika amaln atau yakin sesuatu syirik yg samar (khaufi) – seumpama memakai tangkal, memakai gelang di tangan (gelang yg magnet ataupun tidak) yg kononnya menghindar dari sesuatu yg buruk atau nmendatangkan sesuatu kebaikan atau nmanfaat, jadi syirik, maka tak dapat syurga.]

Jazakallahu khairah

Bagaimana Nak Selamat di Akhirat?? (Samb.)

Assalamualaikum, 
Saudara, kita hidup bukanlah untuk berseronok seolah-olah, sebagaimana  orang kafir bepandangan, bahawa tiada kehidupan akhirat. Kecualilah, manusia yg ada agama, maka mereka yakin dgn suatu bentuk kehidupan setelah kematian. Tapi, semuanya enak-enak belaka, malah lebih enak dari dunia yg dilaluinya! Ada yg berpandangan bahawa mereka akan dibangkitkan dalam bentuk baru - mungkin haiwan atau mungkin makhluk halus lainnya - untuk membantu manusai yg masih hidup.
Islam memberi kita tahu bahawa ada kehidupan yg lebih utama dan lebih lama - malah tidak ada sempadan waktupun - setelah kita mati, iaitu kehidupan akhirat yg jauh lebih baik atau jauh lebih buruk dari kehidupan dunia kita sekarang, terpulang kpd sejauh mana kita berjaya atau gagal untuk menyediakan diri untuk kehidupan tersebut.
Saudara, sehubungan itu, mari kita mulakan penelitian kita bagaimanakah kita boleh jamin kehidupan alam akhirat kita itu jauh lebih baik dari kehidupan di dunia ini. Atau, bagaimanakah kita boleh jauhi atau bentengi sekarang, ketika masih hidup, gejala yg memburukkan kehidupan akhirat kita, dan berusaha sebaik mungkin, supaya kehidupan akhirat kita baik untuk kita? Dalam Islam semuanya pasti: kalau kita usahakan dgn panduan al-Quran dan as-Sunnah, kita pasti tidak sesat, kata Rasulallah (s.a.w), dan kita juga pasti dapat syurga, kalau kita sebaliknya abaikan usaha untuk akhirat kita, pastilah kita dapat neraka. Dalam Islam semuanya pasti. Yg perlu kita buat pilihan yg bijak sekarang. Apakah kita inginkan kejayaan atau kegagalan. Dalam perkara dunia, semuanya tak pasti. Kitam mungkinusaha sekuat mampu, tapi belum tentu kita dapat kejayaan.
saudara, ada banyak perkara yg memburukkan akhirat kita. maksudnya: kalau kiua lakukan, maka pasti akhirat kita musnah. kalau kita waspada jaga diri kita, kita pasti berjaya di akhirat. Kita ambil 6 perkara yg paling utama dalam perkara menjaga diri kita supaya kita selamat di akhirat. Yg pertama, adalah panduan dalam firman Allah (a.w) dan hadith berikut: 

Mengikuti Yg Haq (Benar) dan Beristiqamah Atasnya 
(It-tiba’ul-haqqi wal-Istiqamatu ‘Alaihi) 
  
  Saudara, dalam firman berikut Allah (a.w) perjelaskan bahawa kejayaan akhirat itu didapati jika manusia itu ikuti jalan lurus yg ditetapkan oleh Allah (a.w) - Siratul mustaqim. Kalau ikuti jalan-jalan lain - jalan syaitan, jalan manusia selain jalan yg ditunjukkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, pasti kita tidak berada di ajalan tersebut.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-anna haza sirati mustaqiman fat-tabi’uhu wa-la tattabi’u subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi zalikum wos-sakum bihi la’allakum tattaquna.’ (Yg bermaksud: Dan sesungguhnya inilah jalanKu yg lurus, maka ikutilah dia (i.e. jalan itu) dan janganlah kamu sekelian ikuti beberapa jalan maka akan memecahbelahkan pada kamu sekelian dari jalanNya, demikianlah dinasihatkan kamu sekelian dgnnya (i.e. jalan lurus itu), agar (i.e. mudah-mudahan) kamu bertaqwa.) [Ayat 153, Surah al-An’am]
[Nota: Allah (a.w) memberitahu kita manusia bahawa jalan yg lurus ke syurga itu adalah dgn mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan tiada jalan lain. Kalau ikuti al-Quran dan as-Sunnah pasti berada di atas jalan Allah (a.w) yg lurus itu. Allah (a.w) larang kita berpecah belah dgn mengikuti jalan-jalan laibn – jalan-jalan yg ditetapkan atau dianjurkan atau diajak atau diajarkan oleh manusia. Di kalangan manusia, hanya Rasulallah (s.a.w) yg faham jalan lurus tersebut. Maka as-Sunnah adalah panduan dalam mencari serta menetapi jalan yg lurus tersebut, bkan cakap-cakap manusia atau pendapat manusia atau buku karangan manusia. Jika tak ikuti ketetapan Allah (a.w) (dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), pasti kita menyimpang dari jaklan yg lurus itu, dan pastilah umat Islam berpecah belah dan berada dalam berbagai-bagai kumpulan atau mazhab atau firqah.]
Saudara, dalam hadith berikut pula, Rasulallah (s.a.w) memberitahu satu prinsip yg padu dan padat pula. Kita telah jelaskan dalam nota berikutnya maksud panduan Rasulallah (s.a.w) itu.
      Diriwayatkan hadith dari Sufuian b Abdillah as-Thaqafiyu berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Katajkanlah kpdku di dalam Islam dgn ucapan (i.e. sesuatu nasihat) yang tidak akan aku bertanya darinya (ie. nasihat sedemikian dari) seseorang sesudah engkau (i.e ketiadaan engkau).’ Dan di dalam hadith abi Usamah (menjelaskan kalimah ‘ghairuka’= selain engkau), berkata: Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Qul, amantu billahi fastaqim’ (Yg bermaksud:  Katakanlah! ‘Aku berimanlah kpd Allah (a.w)’, maka menetapilah (dgn keimanan sedemikian itu) dgn penuh istiqamah). [Hadith Muslim, Kitab Iman]
[Nota-1: Hadith ini menyebutkan bahawa orang Islam yg selamat itu adalah orang yg benar-benar beriman kpd Allah (a.w) – akur dan ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah – dan menetapinya secara istiqamah berpandukan dgnnya dan dalam mengerjakan segala ketetapannya menjalani kehidupan dunia dgn penuh istiqamah. Ramai orang islam akui beriman tetapi tidakpun bersolat secara istiqamah apatah lagi dalam mengerjakan malan dan ibadah-ibadah lain spt berpuasa, mengeluarkan zakat dan menginfaqkan harta fi sabilillah, dan dalam berpandukan panduan al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani kehidupan duniawi mereka, termasuklah dalam berbuat baik dan mentaati kedua ibu bapa, dalam mendidik anak menjadi ornag Islam yg baik dan sebagainya.]
[Nota-2: Di dalam al-Quran dan di dalam as-Sunnah diperincikan lagi apakan maksud kalimah atau konsep ‘beriman’ itu. Antaranya konsisten (= istiqamah) dalam mengerjakan solat, menjaga solat, tidak meremehkannya, betul rukun qalbinya, rukun qaulinya dn rukun fe’linya, menjaganya spt bersolat di awal waktunya, dan memenuhi lompang-lompang kekuarangan solat fardu dgn mengerjakan solat-solat sunat dan sebagainya.]

Jazakallahu khairah

Bagaimana Nak Selamat di Akhirat??

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yang lalu, kita telah lihat 10 perkara yg merosakkan umat Islam - terjerumus masuk neraka kerana sebab-sebab yg menjadikan kita syirik atau keluar dari Islam atau murtad. Sebenarnya, ada banyak perkara yg membolehkan seseorang yg Islam tergelincir menjadi kafir atau murtad atau terkeluar dari Islam tanpa disedari. Ramai orang Islam hari ini jahil atau tidak dibimbing oleh mereka yg berilmu atau mereka yg ditugaskan membimbing umat Islam!
Saudara, dalam post ini dan beberapa post yg akan datang kita akan lihat pula 6 perkara yg sering diabaikan oleh umat Islam, yg menjerumuskan mereka ke alam neraka. Umat Islam yg inginkan kejayaan atau kesejahteraan akhirat hendaklah semasa masih hidup berwaspada supaya tidak terlibat atau terjerumus ke dalam 6 perkara tersebut.

Enam Perkara yg Mempastikan Kita Selamat di Akhirat

Saudara, apakah 6 perkara yg wajar kita beri keutamaan dalam usaha kita menjamin keselamatan kita di akhirat itu? Enam perkara tersebut adalah: pertama, hendaklah kita ikuti yg benar dalam agama dan, setelah mengetahui yg benar (=haq), maka beristiqamah mengikutinya (i.e. beramal dan beribadah), janganlah kita berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah; kedua, hendaklah kita murnikan atau benar-benar ikhlas beramal dan beribadah, iaitu beramal dan beribadah semata-mata kerana Allah (a.w) bukan kerana lain-lain pertimbangan - menepati Ayat 57, Surah al-Isra': mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan azab dalam neraka Allah (a.w); ketiga, hendaklah berpegang teguh hanya kpd al-Quran dan as-Sunnah, dan janganlah pegang atau ikuti atau jadikan panduan kitab atau buku karangan manusia atau cakap-cakap manusia yg tiada dasar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 13, Surah an-Nisa'; keempat, hendaklah kita menjauhi segala sesuatu yg bersifat syirik dan bid'ah dan mengikuti kehendak hawa nafsu kita dalam semua perkara; kelima, hendaklah kita pastikan kita berada dalam jema'ah umat Islam yg haq, menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 103, Surah ali-Imran; dan keenam, hendaklah kita setelah berusaha sekuat mampu kita dalam mematuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, berdoa supaya Allah (a.w) teruskan hidayah kpd kita dan tetapkan hati kita dalam syariat agama Islam yg benar yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah ini.
Saudara, kita akan teliti satu per satu dalam post-post yg akan datang berdasarkan dalil-dalil drp al-Quran dan as-Sunnah, insya Allah.

Jazakallahu khairah