Thursday, November 1, 2012

Ilmu - Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post-post yg lalu kita telah teliti beberapa panduan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara menyediakan diri untuk mendapat kejayaan akhirat. Kejayaan ahirat itu dirumuskan oleh Allah (a.w) pada banyak ayat al-Quran, tak kurang adalah Ayat 13, Surah an-Nisa': sesiapa yg mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w), dimasukkan ke dalam syurga. Itu adalah janji Allah (a.w). Dan, janji Allah (a.w) itu adalah janji pasti. Sesiapa yg berpandukan hidup kepada ketetapan Allah (a.w) (i.e. a-Quran) dan berpandukan hidupnya, pada masa yg sama kepada ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) pasti masuk syurga. Sebaliknya, sesiapa yg menolak panduan Allah (a.w) (i.e. membelakangkan atau tak mau terima ketetapan al-Quran) dan menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. tak mau terima as-Sunnah atau memelakangkan as-Sunnah), dan melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pasti dimasukkan ke dalam neraka (Ayat 14, Surah an-Nisa'), juga suatu kepastian. Justeru itu, untuk berjaya dalam kehidupan akhirat kita, wajib kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan kerjakan segala suruhan sekuat mampu dan tinggalkan segala tegahan atau larangan tanpa pengecualian. Kita kita dapat berbuat sedemikian, maka syurga itu dalam tangan kita.
Saudara, untuk benar-benar faham apakah yg tegolong dalam ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, dan apakah yg tergolong dalam mentaati Rasulallah (s.a.w) (atau as-Sunnah), kita wajib mengaji dan belajar ilmu. Dan ilmu yg diwajibkan setiap orang Islam yg beriman itu pelajari dan fahami dan jadikan panduan hidup mereka hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Malah, Islam mewajibkan setiap umatnya ilmukan dirinya dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan atau ibadah. Amalan dan ibadah tidak diterima oleh Allah (a.w) kecuali didasari oleh ilmu. Inilah firman Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan atau lakukan sesuatu mengenai Islam, termasuk dalam mengerjakan amalan dan ibadah mengharapkan ganjaran pahala, kalau belum ada ilmu mengenai apa yg diamalkan atau diibadahkan) - Ayat 36, Surah al-Isra'. Dan inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya: 'Al-ilmu qabla 'amal' (yg bermaksud: Beramallah atau kerjakanlah ibadaa hanya dgn dasar ilmu' (i.e. bukan pakai ikut-ikut atau dalam kejahilan).Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) peringatkan umatnya: 'Talabul ilmi faridatun 'ala kulli muslimin ..al-Hadith) (yg bermaksud: Mengaji atau mencari ilmu (yakni, menuntutilmu) itu wajib atas setiap orang Islam) [Hadith ibnu Majah]. Oleh kerana perintah ini adalah perintah wajib, maka sesiapa yg akui dirinya Islam tetapi tak mau mengaji atau belajar ilmu, maka dia berdosa setiap saat. Sudahlah dosa-dosa lain di dapati dosa kerana tak mengaji ilmu pula ditambah setiap saat dan ketika. Apabila seseorang yg akui dirinya Islam dan dia mengaji atau belajar ilmu dari orang yg faqih atau faham ilmu dan mengajarkan ilmu kpdnya secara manqul = berdepan antara murid dan guru itu, maka hilanglah dosanya kerana tidak belajar ilmu! Selagi tidak mengaji, selagi itulah dia berdosa. Dan, apabila dia tak mengaji atau belajar ilmu, kemudian dia kerjakan sebarang amalan atau ibadah, maka amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Maka rugilah dia. Rugi kerana amalan dan ibadah tidak diterima, walaupun betul cara dan kaedah dia beramal, kerana perintah Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra' yg kita rujuk tadi.Alangkah bahayanya! Alangkah ruginya kita!
Saudara, selain hakikat itu, kita wajib faham bahawa ilmu mengenai Islam itu hanya benar dan sah dgn belajar al-Quran dan as-Sunnah secara langsung, bukan belajar mengenai Islam dari kitab-kitab atau buku-buku karangan manusia. Kenapa? Islam dan syariatnya atau tuntutan Islam itu hanyalah apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah, dan Rasulallah (s.a.w) diutus oleh Allah (a.w) dan diajarkan mengenai syariat Islam berdasarkan al-Quran dan 'a-Hikmah', melalui wahyu atau melalui malaikat Jibril (a.s), yg merupakan guru kpd Rasulallah (s.a.w), yg selama 23 tahun mengajarkan beliau al-Quran dan 'al-Hikmah' secara progresif sedikit demi sedikit, supaya Rasulallah (s.a.w) faham dgn sempurna perintah Allah (a.w) dan bagaimana melaksanakan segala perintah Allah (a.w), dan ilu itulah yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd para sahabat danumat Islam zamannya dan ilmu itulah juga yg disuruh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sampaikan, ajarkan dan tunjukkan praktikalnya kpd manusia. 
Saudara, dalam Islam yg diwajibkan umat Islam belajar dan fahami dan, setelah faham, kerjakan amalan dan ibadah dan jalani kehidupan dunia dgn berpandukan ilmu tersebut adalah tiga. Inilah sabda Rasulallah (s.a.w): Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ilmu (yang wajib dituntut) itu tiga. Maka barangapa yang kemudiannya (yakni, ilmu selepas yang tiga yang wajib) demikian itu adalah (ilmu) tambahan (yakni, tambahan semata-mata, berguna untuk dunia tetapi tak ada nilai untuk akhirat): (yang wajib itu adalah) Ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran, iaitu ilmu al-Quran), atau Sunnah yang tegak (yakni, as-sunnah, atau al-Hadith), atau ilmu faraid (yakni, hukum faraid) yang adil.’ [Hadith Ibnu Majah]. Maka dgn itu jugalah Rasulallah (s.a.w) ketika hampir wafat memberitahu umatnya dgn sabdanya: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamassaktum bihima kitabbalhi wa-sunnati rasulihi.' (yg bermaksud: Aku tinggalkan di kalangan kamu sekelian dua perkara (i.e. hazanah ilmu dan panduan hidup) tidak akan sesat kamu selamalamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith). [Hadith Hakim dll perawi].
Saudara, dunia itu penting,  namun akhirat itu lebih penting dan utama.
Kita hidup di dunia tak lama berbanding dgn kehidupan akhirat. Kalau kita berjaya dikurniakan Allah (a.w) umur yg panjang, otak (kerohanian) yg kekal cerdas dan kesihatan fisikal (jesmani) yg baik - sebagaimana Dr Mahathir kini 86 tahun - kita bersyukur kpd Allah (a.w) kerana diberi usia yg panjang - satu nikmat yg jarang-jarang orang perolehi. Tapi, dalam kiraan waktu akhirat tak sampaipun seminit. Kerana di akhirat sehari = 24 jam bersamaan dgn 1,000 tahun (x 365 hari x 24 jam x 60 minit) kiraan waktu dunia!
Kalau kejayaan akhirat itu bergantung kpd amalan dan ibadah, dan akhirat kita bergantung kpd pelaburan akhirat kita semasa di dunia - semasa hidup - dan pelaburan akhirat itu adalah bergantung kpd sahnya amalan dan ibdah kerana ilmu yg sah dan benar - maka wajiblah kita fikirkan semasak-masaknya. Apakah amalan kita benar dan sah? Apakah sandaran amalan dan ibadah kita adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah atau tidak atau campuran dari pelbagai sumber? Kerana Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita: 'Man 'amala 'amilan laisa minni fa-hua raddun.' (yg bermaksud: Barangsiapa mengamalkan suatu amalan yg tidak dibawakan (i.e. disampaikan atau dicontohkan atau ditunjukkan oleh aku (Nabi), maka amalan itu ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)), maka yg rugi kita dan yg teranianya adalah kita sendiri, wal iya zubillah.
Justeru itu, tidak ada maknanyapun kalau umur panjang di dunia, kecualilah digunakan untuk menyediakan diri untuk hidup di akhirat - berada dalam syurga dan selamat dari neraka.

Jazakallahu khairah

p.s: Bagi saudara atau rakan saudara atau keluarga saudara yg ingin belajar ilmu yg benar itu, sila turunkan nama, umur, alamat, tempat tinggal penuh serta no hp (contact number) dalam ruangan komentar post atau blog ini, untuk diaturkan dimana sdr boleh belajar ilmu, insya Allah. Pengajian ilmu secara manqul ini diadakan di 38 negara seluruh dunia, termasuk di Singapura, dan di Malaysia di beberapa tempat pengajian, termasuk di Sabah dan di Johor

1 comment:

  1. Azlizan bin mohd Nayan 38 tahun, Sg buluh. 0192318854

    ReplyDelete