Assalamualaikum,
Saudara, pada pagi kita mencelah sedikit apa yg kita biasa bincangkan mengenai tajuk 'ilmu'. Kila rujuk hadith pendek ini, namun mesejnya amat jlas lagi padat dan utama menjadi panduan kita, insya Allah.
Orang
Yang Bijak/Yang Bodoh
Saudara, orang Melayu - mungkin umumnya semua bangsapun - kalau kita kata dia 'bodoh' dia amat marah dan berang. Tapi kalau kita kata kat dia 'bodoh' menggunakan kalimat 'jahil', dia tak marah atau kurang marah. Katanya kalimah 'jahil' itu lembut, lebih lembut dari kalimah 'bodoh'. Sebenarnya, sama aje.
Demikianlah juga kalau kalau kita kata kat dia, dia tu 'kafir', dia pasti melenting, berbanding kalau kita kata kat dia dia 'kufur'. Sebenarnya saudara kalimah 'kafir' dan 'kufur' tu sama aje. Sesiapa yg menentang ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan menentang ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah adalah kafir. Kerana pendirian sedemikian adalah bertentangan dgn hakikat ikrar kita sebagai umat Islam bahawa kita akui Allah (a.w) tu tuhan kita dan Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan atau Rasulallah (s.a.w). Di dalam al-Quran disebutkan oleh Allah (a.w) bahawa Dia saja tuhan yg berhak disembah dan ditaati segala perintahNya. Demikian juga Rasulallah (s.a.w) ditugaskan oleh Allah (a.w) untuk menyapaikan agama Allah (a.w) kpd seluruh manusia - zamannya, dan zaman selepas kewafatannya, masyarakat Arab dan masyarakat bangsa selain Arab. Kalau membantah setiap sesuatu yg disampaikan, maka kita jatuh kafir. Justeru itu, janganlah kita keliru. kalau kita tentang sesuatu ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) kita kufur tapi bukan kafir. Kita menentang sesuatu ketetapan kita kafir. Kalau kita tak tentang atau tolak, tapi kita hanya tak lasanakan atau ikuti, maka kita 'fasiq' dan 'menzalimi diri sendiri', itulah istilah lazim yg kita temui dalam al-Quran dan al-Hadith.
Saudara, hadith berikut pendedk, namun mesejnya amat jelas lagi penting kita jadikan panduanhidup.
Menceritakan
hadith oleh ibnu Abi Maryam hadith dari Dhamrah b Habib hadith dari Abi Ya’la,
iaitu Syaddad b Ausin berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-kaisu man dana nafsahu wa-‘amila lima
ba’dal-mauti, wal-‘ajizu man atba-‘a nafsahu huaha thumma tamanna ‘alallahi.’
(Yang bermaksud: Orang yang pintar itu adalah orang yang menghitung
(atau muhassabah) dirinya dan mengamalkan dengan apa-apa (yang diperlukannya)
sesudah matinya; dan orang yang lebih bodoh (atau dungu) itu adalah orang yang
mengikuti dia dirinya (iaitu hawa nafsunya); kemudian berangan-angan dia atas
Allah (a.w)(yakni Allah (a.w) akan mengampunkannya dari dosa-dosanya).)
Saudara, hadith ini menyebutkan dua kategori manusia (yakni, orang Islam yg beriman), iaitu golongan pertama 'al-kaisu' (orang yg pintar atau bijak dalam kehidupannya di dunia); dan golongan keduanya 'al-'ajizu' (orang yg dungu atau bodoh dalam menjalani kehidupan dunianya). Orang yg bijak itu, kata Rasulallah (s.a.w) adalah orang yg menghitung atau mengira-ghira atau yg bermuhasabah atas dirinya tentang agamanya dan amalan serta ibadahnya ketika dia masih hidup - apakah dia sudah menyempurnakan tuntuan agamanya, dan dia sudah bersedia untuk mati, kerana telah menyediakan atau mengumpulkan sebanyak paala yg dia inginka untuk berjaya di ahriat. Atau, dia mengimbas kembali apakah selama ini dia sudah beramal dan beribadah menepati apa yg dietapkan oleh ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sehingga kini? Jika begitu, menyedari kebajikan akhiratnya amat utama, dia akan menyemak segala sesuatu yg telah dilakukannya masa-masa yg lalu - apakah sudah ditunaikan segala tanggung jawabnya? Kalau sudah ditunaikan, apakah betul bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah dia mengejakan amalan dan ibadah tersebut? Kalau sudah dilaksanakan dan benar kesemuanya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia akan memperbaiki perlaksanaan amalan dan ibadah tersebut selanjutnya, sementara nayawa masih di badan. Orang yg cerdik itu mengerjakan amalan dan ibadah ketika hidup sebagai menyediakan dirinya untuk akhirat , kerana setelah sampai ajalnya, maka terhentilah apa yg dia ingin sediakan untuk akhirat. Maka dgn itu tidak bertangguh dia. Maka dgn itulah ada sepotong hadith ain yg menyebutkan bahawa sebaik-baik motivasi hidup seseorang itu adalah mengerjakan sebanyak-banyak dan sebaik-baik amalan dan ibadah ketika hidup seolah-olah dia akan mati esok hari - tak sempat bersedia untuk akhirat, pada masa yg sama dia akan berusaha sekuat-kuatnya untuk mendapat segala sesuatu untuk dunianya, seolah-olah dia takkan mati selama-lamanya, maka dia wajib sediakan keperluan kehidupannya yg panjang!
Saudara, sebaliknya, kata Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas, orang dungu itu adalah dia sentiasalah bertuhankan kemahuan dirinya yg berbagai (nafsu = keinginan untuk segala sesuatu yg disukainya di dunia) dan kemudian dia berdoa mengharapkan agar Allah (a.w) mengampunkan dosa-dosanya. Ramai orang Islam yg berangan-angan sedemikian. Contoh: kalau seseorang itu Islam dia berpendapat (i.e. angan-angan sahaja) bahawa dia akan masuk syurga, walaupun tak buat apa-apa amalan dan ibadah.Kalau dia berilmu, dinobatkan sebagai ulama' hebat oleh masyarakat, di merasai bahawa dia calun syurga, walhal dia mengerjakan amalan dan ibadah yg tidak sedikitpun menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, malah segala amalan dan ibadahnya dicemari oleh 'bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam banyak hadith, tiada satupun bid'ah yg baik!
Saudara, mudah-mudahan tidaklah kita tergolongan dari kalangan orang yg dungu atau bodoh dan agar kita diberi petunjuk supaya menjadi orang yg cerdik lagi pandai, faham tuntutan agama dan bertindak selagi hayat masih ada untuk menyediakan bekalan yg sebanyak mungkin untuk akhirat kita, insya Allah.
Jazakallah khairah
No comments:
Post a Comment