Thursday, November 15, 2012

Ilmu dan Amalan dan Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita masih lagi membicarakan tajuk 'ilmu' dan 'amalan'. Kita telah diberitahu dalam post yg lalu bahawa manusia yg bijak itu adalah dia menggunakan kesempatan hidupnya di  dunia untuk berusaha mencari dunia dan mencari akhirat. Kita juga diberitahu bahawa dalam perkara dunia, janganlah kita dikelompokkan oleh Allah (a.w) sebagai orang yg tidak berakal, kerana cintakan dunia, kumpulkan harta, dan jadi orang yg tiada bekalan untuk akhiratnya.
Saudara, dalam masyarakat Melayu terdapat pandangan yg prevalent (i.e. sangat menonjol pada sesetengah orang Islam/Melayu), bahawa untuk kejayaan akhirat cukup menjadi Islam, tak perlu beramal atau mengerjakan sebarang ibadah. Kita telah diberitahu dalam al-Quran dan as-Sunnah bahawa Allah (a.w) memberitahu kita bahawa syurga itu tidak akan didapati semata-mata kerana kita seorang yg alim atau ulama' (i.e. banyak ilmu), tetapi kita tidak amalkan. Malah kita bukan sahaja tak amalkan, malah kita menghalang pula orang Islam lain mengamalkan ilmunya! Ramai pula orang alim atau ulama' (i.e. orang yg berilmu) tidak pula menyampaikan ilmunya - tetapi suka diberikan penghormatan dan dinobatkan sebagai 'ulama', walaupun tidakpun menyampaikan ilmu mereka kpd orang lain. Walhal, Islam mensyaratkan bahawa seseorang yg memiliki ilmu wajib menyampaikannya - sama ada disuruh ataupun tidak disuruh. Dan, seorang ulama' atau orang alim (i.e. orang yg berilmu), tetapi tidak mengamalkan ilmunya (i.e. apa yg dia tahu), maka Allah (a.w) mengancam mereka dgn neraka - Ayat 2 dan 3, Surah as-Sof:
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang yg beriman kenapa kamu berkata (mengenai Islam dan segala sesuatu mengenai Islam) apa-apa yg kamu tidak kerjakan? (Ayat 2, Surah as-Sof) 
Firman Allah (a.w.): 'Berat atas kamu  (dosanya) di-sisi Allah (a.w) bahawasanya kamu berkata apa-apa (mengenai Islam dan segala sesuatu mengenai Islam) tetapi tidak mengerjakannya (Ayat 3, Surah as-Sof).
Firman Allah (a.w) di atas itu ditujukan kpd orang Islam yg beriman yg diakui atau dinobatkan oleh mana-mana pihak sebagai orang yg berilmu, dia berceramah atau bersyarah, berpindah randah dari masjid ke masjid atau dari satu arena forum ke satu forum, menyuruh mereka yg menjadi pendengar atau audiencenya kerjakan, tapi dia tak kerjakan. Termasuk dalam ancaman ini adalah para ulama' yg banyak ilmu tetapi 'menyembunyikan ilmunya' atau mereka yg tahu ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya yg sebenarnya, tetapi kerana pertimbangan duniawi dikuncinya (i.e. disembunyikannya) perkara tersebut daripada diberitahu kepada orang Islam lain, kerana perkara itu menggugat kedudukannya. Ini termasuklah isu 'bid'ah', yg Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tegah  atau larang orang Islam itu amalkan dan kembangkan atau sebarkan, kerana 'bid'ah' itu batil. Demikian juga 'as-Sunnah'. Sesiapa yg mendapat suatu sunnah Rasulallah (s.a.w), kemudian diajarkannya atau disebarkannya kpd orang lain dengan harapan mereka amalkan atau kerjakan, maka ilmu tersebut memberi dividen akhirat kepadanya, dan apabila disebarluaskan oleh orang yg diajarnya kepada orang lain, dia mendapat dividen tambahan, dan apabila diamalkan pula oleh orang yg dia beritahu, dia dapat kiriman dviden syurga yg semakin banyak pula. Kalau dia ajarkan kepada 1,000 orang, dan 1,000 orang itu jadikan amalan harian mereka, maka 1,000 orang yg mengamalkannya dapat pahala, mereka pula mengirimkan pahala sebagai dividen syurga kepada orang yg mengajarkannya, tanpa mengurangi pahala mereka sendiri, masya Allah! Inilah mesej Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (yakni, dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith Ibnu Majah - Sahih] 
Bagi mereka yg mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka tahu betapa bahayanya mengamalkan dan menyebarluaskan bid'ah, tetai hari ini begitu ramai orang yg anggap dirinya alim atau ulama' (i.e. berilmu) tidak endahkan, malah ketepikan, dan sebarkan seluas-luasnya. Mereka menidakkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan berhujjah bahawa wujud 'bid'ah hasanah' berdasarkan logik akal pemikirannya.
Saudara, sebaliknya pula, dalam perkara kebatilan, insya Allah, kita akan teliti kemudian nanti bahawa sesiapa yg mengajarkan suatu kebatilan (seumpama bid'ah ini) kepada orang lain, kemudian diterima dan dijadikan amalan oleh orang yg diajarnya, maka yg mengamalkan ajaran yg batil itu berdosa, dan orang yg mengajarnya juga mendapat kiriman dosa dari orang yg yg diajarnya mengamalkannya, tanpa menguragi dosa orang yg mengamalkannya. Ini adalah seumpama pelaburan akhirat yg batil, pelaburan yg hasilnya menjerumuskan pengamal dan pengajarnya masuk neraka! Wal iya zubillah Kalaulah dia - yg mengajar - seorang guru atau ustaz atau ulama' terkenal - dia berceramah di khalayak ramai (katalah dalam suatu forum yg dihadhiri oleh 1,000 orang), dan mereka mengamalkan sesuatu kebatilan yg dianjurkan olehnya dalam ceramahnya di forum tersebut, maka 1,000 orang yg mengamalkan kebatilan tersebut mendapat dosa, dan mereka (i.e. 1,000 orang) mengirimkan dsoa kepada penceramah, tanpa dosa mereka yg 1,000 orang yg amalkannya itu dikurangkan sedikitpun. Penceramah mendapat diivden untuk diambil di neraka. Kalau yg 1,000 orang yg mendengar ajarkan pula kepada 1,000 orang lain setiap seorang, penceramah asal dapat kiriman dosa 1,000 x 1,000 pula dan seterusnya ad infinitum. Oleh itu berwaspadalah apa yg kita cakap atau anjurkan atau ajarkan. Maka amat penting kita berwaspada. Kita berwaspada hanya dengan sandaran ilmu. Tanpa ilmu mungkin kita ajarkan atau suruh orang buat sesuatu yg menghasilkan dividen neraka, untuk kita, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Assalamu alaykum.

    Nak belajar. tapi susah sikit nk bg info2 spt yg diminta. Pemilik blog ada email@facebook yg boleh dihubungi? Jzkk

    ReplyDelete