Monday, November 5, 2012

Nurul Izzah MP Lembah Pantai dan Islam - Komen

Assalamualaikum,
saudara, dalam Utusan Malaysia terbitan hari ini (5 November 2012) - mungkin kesemua akhbar lain juga - memuatkan kenyataan Nurul Izzah, AP Lembah Pantai PKR, anak perempuan Anwar Ibrahim, dilapurkan berkata bahawa kebebasan beragama itu terbuka kpd rakyat Malaysia yg bukan Melayu. Namun beliau menyarankan bahawa ketetapan sedemikian sepatutnya universal di Malaysia - terpakai bagi orang Melayu juga!
Menarik, komen itu kerana suatu masa dulu 'Sisters in Islam' yg dengan lantang memperjuangkan kesamaan antara lelaki dan perempuan, berpendapat bahawa para ulama' yg menidakkan equality antara lelaki dan perempuan dalam Islam merupakan pendirian chauvinsma lelaki Melayu. Kumpulan itu berpendapat bahawa dalam Islam wujud 'gender equality' - yakni lelaki dan perempuan sama kedudukan di depan Allah (a.w). Spokeman (atau spokewoman) 'Sisters in Islam' dgn lantang merujuk kpd firman Allah (a.w) dalam al-Quran 'la ikraha fid-dini' (yang bermaksud: Tidak ada paksaan dalam Islam). 
Saudara, apakah wujud kesamaan antara lelaki dan perempuan dalam Islam? Apakah Allah (a.w) memberi pengakuan bahawa manusia itu bebas beragama - bebas memilih atau menganuti agama pilihan mereka? Nurul Izzah berani menjadi orang yg terasing di kalangan orang Melayu yg selama ini diwajibkan hanya menganuti agama Islam. Bangsa lain tidak dipaksa menjadi Islam. Mereka bebas menganuti apa jua agama yg mereka teringin.
Saudara, apakah hakikat sebenarnya?
Allah (a.w) perintahkan manusia dalam Ayat 56, Surah az-Zariat: ' Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni' (Yang bermaksud: Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan kaum jin dan kaum manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri (i.e. menyembah Aku (Allah (a.w)). Jelas, Allah (a.w) perintahkan manusia supaya menyembah hanya Dia sebagai Tuhan dan tiada tuhan selain Allah (a.w). Maksudnya, semua manusia semenjak dari zaman manusia pertama Adam (a.s) dan wanita pertama, Hawa (a.s), diwajibkan mengabdikan diri hanya kepada Allah (a.w) dan mengakui bahawa Allah (a.w) sahaja tuhan manusia dan tuhan semesta alam. Mengabdikan diri ertinya buat segala yang disuruh oleh Allah (a.w) (dan Rasulallah (s.a.w)) dan tinggalkan segala yg ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) (dan Rasulallah (s.a.w)). Itulah aqidah yg benar. Dalam usaha manusia mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) itu, bentuk-bentuk pengabdian, cara dan kaedah mengabdikan diri ditetapkan oleh Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan diperjelaskan atau dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah). Justeru itu, sesiapa yg mengabdikan diri tidak menepati spesifikasi Rasulallah (s.a.w), maka batal segala amalan dan ibadah, tidak diterima Allah (a.w), dan tidak mendapat ganjaran pahala. Jika tak diterima Allah (a.w), maka seolah-olah tidak mengerjakan pengabdian tersebut. Maka mendapat dosa. Maka dengan itulah manusia (dan jin) yg Islam adalah akur dengan ketetapan Allah (a.w) tersebut. Manusia yang tidak Islam menolak ketetapan itu atau mengingkari perintah Allah (a.w) tersebut. Maka mereka kafir. Apabila dicop kafir, maka apa jua kebaikan yg dilakukan olehnya semasa di dunia (termasuklah segala sumbangan derma dan pembelaan terhadap anak-anak yatim, OKU, dan seumpamanya), hanya berguna kpdnya di dunia, di akhirat tidak diterima Allah (a.w), maka tidak ada ertinya. Maka dgn itu selagi tidak Islam manusia itu, tempatnya adalah neraka. Orang yg tidak Islam tidak akan dapat masuk syurga. Orang yg kafir (i.e. tidak Islam) hanya boleh masuk syurga kalaulah seekor unta boleh celus atau masuk  atau melalui lubang jarum (Ayat 40, Surah al-A'raf). Dan, bagi orang Islam pula, ada kemungkinan masuk syurga kalaulah mereka lulus ujian, antara lain, Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa'. Orang Islam itu dapat masuk syurga kalau mereka mengamalkan dan mengerjakan ibadah serta menjauhi larangan dan tegahan Allah (a.w) dan RasulNya, kerana syurga itu hanya diwarisi oleh orang Islam yg beriman yg mengerjakan segala sesuatu yg diperintahkan oleh Allah (a.w) (Ayat 72, Surah az-Zuhruf). Maksudnya: syurga itu tidak juga otomatis bagi yg Islam. Kerana dia nama aje Islam tetapi tidak kerjakan sebarang amalan atau kerjakan amalan tetapi tanpa keikhlasan dan kemurniaan i.e. niat yg benar (Ayat 57, Surah al-Isra'), Islam tetapi masuk neraka. Bezanya, kalau ada sebesar zarrah atau habuk keyakinan bahawa tuhan itu hanya Allah (a.w), selepas dibersihkan dalam neraka, dimasukkan ke dalam syurga. Orang kafir tidak ada peluang sedemikian. Mereka kekal dalam neraka.
Kesimpulannya? Ayat 256, Surah al-Baqarah: 'la ikraha fid-dini' itu dimansuhkan oleh Allah (a.w) dan digantikan oleh Ayat 19, Surah ali-Imran: agama yg diterima Allah (a.w) itu adalah agama Islam. Allah (a.w) mengulangi perintahNya tersebut pada Ayat 75, Surah ali-Imran (dan Ayat 36, Surah al-Maidah): sesiapa yg inginkan atau anuti agama selain Islam, maka tidak diterima segala amalan dan ibadahnya serta segala kebaikan yg dilakukannya semasa di dunia, dan di akhirat nanti mereka adalah orang yg rugi (i.e. masuk neraka atau takkan dapat syurga).
Saudara, kesimpulannya? Nurul Izzah betul bahawa manusia itu boleh memilih Islam atau tidak Islam sebagai agama mereka. Sebenarnya manusia itu bebas hanyalah memilih neraka atau syurga, bukan bebas memilih agama! Kerana, kalau tidak Islam pastilah pilihannya neraka. Kalau Islam manusia itu memilih syurga kalau mereka menepati ketetapan pengabdian kepada, dan terhadap Allah (a.w), sebagaimana yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Jika begitu, apakah ada pilihan?
Saudara, kita membuat pilihan mengambil yg lebih baik dari dua atau beberapa pilihan. Dalam perkara agama, walaupun ada dua pilihan - Islam atau tidak Islam - atau - syurga atau neraka, pastilah orang yg siuman dan berakal itu, sama ada mereka Islam ataupun tidak, memilih yg terbaik dari dua pilihan tersebut, iaitu pilih Islam atau pilih syurga. Dan, syurga itu hanya boleh didapati kalau Islam. Hakikatnya, tidak ada pilihan ...
Mudah-mudahan saudara yg membaca - sama ada saudara Islam ataupun tidak - faham hakikat ini. Tidak siapa melarang sdr buat pilihan. Allah (a.w) dan RasulNyapun tak melarang. Hanyalah, diperingatkan akibat pilihan tersebut. Pada Allah (a.w) disebutkan dalam al-Quran dan diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, jikapun semua manusia dan jin yg hidup semenjak zaman Adam (a.s) sampai hari akhir dunia, ketika tiba kiamat, semuanya tak Islam, tak merugikan Allah (a.w), tak menjatuhkan mertabat ketuhanan Allah (a.w), keagungan serta kebesaranNya, kerana semua para malaikat taat secara absolute kepada dan terhadap Allah (a.w)! Mereka sentiasa beribadah dan memuji dan mengagungkan Allah (a.w) setiap saat. Mereka tetap taat perintah dan suruhan Allah (a.w) 100%. Mereka ramai, lebih ramai dari manusia. Fikirkanlah di langit dunia terdapat malaikat seramai 2 kali ganda penduduk dunia. Kalau penduduk dunia kini adalah 6.0 billion, maka jumlah penduduk malaikat di langit dunia adalah sekali ganda langit pertama, iaitu 12.0 billion, di langit ke-3, sekali ganda langit ke-2, adalah 24.0 billion dan seterusnya.
Saudara, Allah (a.w) tetap agung sama ada manusia itu pilih Islam atau tidak. Yg rugi manusia, bukan Allah (a.w). Kerana, manusia lupa bahawa tuhan manusia adalah Allah (a.w), dan Muhammad (s.a.w) adalah Rasul yg diutus Allah (a.w) untuk manusia dan untuk semua zaman, dan al-Quran adalah Kitab Allah (a.w) yg memandu manusia (dan jin) untuk melalui kehidupan yg diridhai oleh Allah (a.w) dahulu, semasa di dunia. Sesiapa yg menolak Allah (a.w), menolak Rasulallah (s.a.w), menolak al-Quran dan menolak as-Sunnah, adalah yg rugi, kerana pasti menjadi penghuni neraka yg kekal - tiada kehidupan dan tiada kematian, firman Allah (a.w). Mereka yg akui tuhan mereka adalah Allah (a.w), Muhammad (s.a.w) Rasul penamat Allah (a.w), dan memandu kehidupan dunia berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, pasti menjadi ahli syurga - kekal dengan penuh kenikmatan. Nikmat syurga itu tak terdengar oleh telinga, terlihat oleh mata, terbayang oleh hati, terfikir oleh otak manusia. Yg sabar di dunia demi mendapatkan syurga adalah orang yg amat beruntung ...
Saudara, Allah (a.w) tak hairan kalau orang Melayu kafir semua, tak hairan ramai orang Melayu Islamnya menyimpang, ketepikan al-Quran dan al-Hadith, dahulukan mazhab dan membelakangkan Rasulallah (s.a.w), yg rugi mereka. Jadi pilihan yg sebenarnya adalah Islam atau kafir atau syurga atau neraka. Pilihan yg merugikan manusia adalah memilih kafir, kerana itulah pilihan ke neraka ...
 
Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment