Assalamualaikum,
Saudara, dalam memperkatakan tajuk di atas, kita telah pun lihat dalam post yg lalu bahawa ada orang Islam yg beriman,melanggar ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith - meremehkan atau merendahkan mertabat al-Quran (dan as-Sunnah), meninggikan atau mengutamakan kata-kata atau panduan manusia mengenai Islam. Kerana,a pabila dia membuka kitab atau buku karangan manusia tentang sesuatu perkara mengenai Islam, dia telah merendahkan martabat al-Quran dan as-Sunnah, kalau dia takpun belajar al-Quran dan as-Sunnah, sebaliknya tekun belajar Islam dari kitab dan buku karangan manusia. Alangkah buruknya perbuatan sedemikian. Terumanya pula menerima ketetapan manusia dan menidakkan ketetaan al-Quran dan as-Sunnah pula, na'u zubillahi min zalik!
Saudara, inilah yg disebutkan dalam hadith berikut:
Orang
yang Meremehkan Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah
Rasulallah
((s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca al-Quran (i.e. tahu isinya mengenai
sesuatu) lalu dia menganggap bahawa ada seseorang yang telah diberikan sesuatu (kitab
ciptaan manusia) yang lebih utama daripadanya (i.e. lebih utama dari al-Quran
dan as-Sunnah) yang telah diberikan kepadanya (yakni, al-Quran), maka
sungguh-sungguh dia telah mengagungkan sesuatu yang diremehkan (atau,
diperkecilkan atau dihina) oleh Allah (a.w) dan dia telah meremehkan (atau
merendahkan) sesuatu yang telah diagungkan (atau ditinggikan) oleh Allah (a.w)
(yakni, al-Quran dan as-Sunnah).’ [Hadith at-Tobrani]
[Nota: Kerana:
al-Quran itu adalah kalam Allah (a.w) dan adalah kitab panduan yang terbaik dan
sebaik-baik panduan dan petunjuk (i.e. hidayah), maka wajib bagi manusia,
terutama yang Islam itu, berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara
agama, termasuk dalam perkara menyentuh bentuk ibadah dan cara serta kaedah
mengamalnya yang ditetapkan oleh Islam. Sebaik-baik petunjuk (atau hidayah) itu
adalah hidayah Rasulallah ((s.a.w) (yakni, sunnah Rasulallah ((s.a.w)). Justru
itu petunjuk yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah hidayah atau
petunjuk yang terbaik bagi manusia untuk mencari jalan lurus ke syurga selamat
dari neraka). Kerana Rasulallah (s.a.w) adalah model atau contoh atau idola yang
sewajibnya bagi orang Islam.
Hadith berikut menjelaskan lagi hakikat ini.
Diriwayatkan
hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah
(s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau
diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w)
(yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w)
(yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam itu adalah kalam
Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk
Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah
atau ugama atau syariat Islam). Maka
sesungguhnya (atau bahawasanya)
seburuk-buruk perkara (ibadat) itu adalah pembaharuan kepada pekara (ibadat).
Dan semua (atau setiap) pembaharuan pada perkara (ibadah) itu adalah bid’ah.
Dan semua (atau setiap) bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan). [Hadith
ini bersambung](Hadith Ibnu Majah).
Jelaslah
adalah tidak wajar bagi seorang Islam yg beriman itu, mengutamakan kitab-kitab
atau buku-buku atau apa jua media ilmu mengatasi atau melebihi kedudukan
al-Quran dan as-Sunnah. Orang yg mengutamakan panduan kitab atau buku karangan
manusia, meningalkan atau mengabaikan al-Quran dan al-Hadith, adalah tergolong
daripada orang yg merendahkan apa yg diagungkan oleh Allah (a.w), dan
mengagungkan kalam manusia, meremehkan kalam Allah (a.w), i.e. al-Quran, dan
wahyu Allah (a.w), i.e. as-Sunnah.]
Saudara, semoga kita tidaklah tergolong dari kalangan orang yg akui diri kita Islam, kemudian kita mengutamakan kata-kata atau pendapat manusia. Di bahagian akhir hadith tersebut, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita tentang suatu perkara yg sudahpun menjadi kelaziman atau ikutan orang Melayu. Insya Allah kita akan teliti tajuk ini secara khusus dan terperinci dalam post-post yg akan datang. Kerana salah satu, selain aqidah, yg memesongkan umat Islam dan menjerumuskan mereka ke dalam neraka, tidak berjaya di akhirat, adalah kerana terlibat dalam bid'ah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment