Monday, November 12, 2012

Ilmu dan Amalan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah bicarakan - berdasarkan ketetapan al-Quran as-Sunnah - beberapa dimensi utama mengenai 'ilmu' dan apakah kita berjaya atau gagal di akhirat. Kita telah teliti bahawa orang yg berjaya mendapat syurga itu disebutkan dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' - sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as Sunnah), pasti mendapat syurga. Kemudian pada Ayat 14, Surah an-Nisa' kita diberitahu sebaliknya - sesiapa yg menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan menentang Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan as-Sunnah) dan tidak mentaati 'ulil amri', dan melanggar batasan-batasan agama yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka dimasukkan ke dalam neraka. Kita juga tahu bahawa yg dimaksudknan batasan-batasan agama itu luas, termasuklah mengerjakan amalan dan ibadah, yg bentuknya, kaedah dan cara mengerjakannya, adalah bertentangan dengan atau berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah ditempatkan dalam neraka.
Saudara, dalam perkara batsan agama tersebut, termasuklah contohnya, melanggar atau mengketepikan ketetapan al-Quran, dalam perkara berpandukan as-Sunnah, dalam perkara kewajipan berjema'ah dalam Islam - Ayat 103, Surah ali-Imran, dalam perkara mentaati kesemua suruhan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr. Wajib kita ingat perintah Allah (a.w) dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'Bala man aslam … (hingga) … walahum yahzanuna) [Maksud: ‘Bahkan, sesiapa yang benar-benar menyerah (atau, berserah) diri kepada Allah (a.w) (yakni, benar-benar Islam) dan sungguh-sungguh mengikuti tuntutan Rasulallah (s.a.w) (yakni, berpandukan as-Sunnah), maka baginya tersedia pahala di sisi Tuhannya, dan tidak akan merasa takut atau susah (yakni, di akhirat nanti mendapat syurga) ….’] [Ayat 112, Surah al-Baqarah]. 
[Nota: Islam yang benar dan hak itu adalah semata-mata menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Amalan dan ibadah yang tidak sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah amalan dan ibadah yang batil. Tidak akan diterima Allah (a.w), walapun pada kacamata manusia nampak begitu cantik dan baik! Kewajipan mentaati ketetapan as-Sunnah itu adalah syarat mutlak untuk berjaya di akhirat.]
Jelasnya, amal dan ibadah yang diterima oleh Allah (a.w) hendaklah memenuhi dua syarat: pertama, ikhlas beramal dan beribadah kerana Allah (a.w) semata-mata - Ayat 57, Surah al-Isra'. Kerana salah niat maka tidak diterima Allah (a.w); dan kedua, tepat dan sesuai dengan tuntutan Rasulallah (s.a.w) (yakni, mengikuti as-Sunnah).  Bila amal dan ibadah itu ikhlas, menepati syarat pertama, tetapi tidak mengikuti metetapan as-Sunnah maka tidak diterima Allah (a.w). Inilah mesej hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa beramal dengan sesatu amalan tidak menurut tuntutan kami (Rasulallah (s.a.w)), maka amalannya tertolak.’ [Hadith Muslim]
Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu dalam Ayat 23, Surah al-Furqan, bahawa jika kita silap bermal dan beribadah, maka segala amalan dan ibadah tersebut tidak mendatangkan pahala.:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.' [Maksud: Dan Aku (Allah (a.w)) periksa amalan mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) [Ayat 23, Surah al-Furqan]  
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) di akhirat kelak orang yg beramal dan beribadah tidak menepati ketetapan as-Sunnah - kerana Rasulallah (s.a.w) mendemokan bagaimana beramal dan beribadah menepati kehendak Allah (a.w) - maka sia-saia amalan dan ibadah tersebut, bersusah payah dengan istiqamah beramal, tetapi tak berguna sedikitpun.
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.' [Maksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah] 
Maksudnya, walaupun bersusah payah mengerjakan amalan dan ibadah, tetapi nyata tidak mendapat pahala. Kerana, semua amalannya tertolak. Tidak diterima Allah (a.w) sebagaimana amalan yang sah. Tak ubahlah seperti orang yang menyembah patung-patung juga. Warak tetapi takda gunanya. Kerana, mereka tidak menyembah Allah (a.w). Maka dengan itulah wajib kita berwaspada kerana amalan yang diterima sebagai sah hanya jika menepati dua syarat, iaitu ikhlas beramal dan tepat mengikut ketetapan as-Sunnah sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam praktikalnya! Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengerjakan perintah Allah (a.w) tanpa ilmu. Maka dengan itulah Allah (a.w) wahyukan kepadanya. Dan, apabila perlu ditunjukkan sejelas-jelasnya, maka Allah (a.w) perintahkan malaikat Jibril (a.s) turun ke langit dunia menjelmakan diri sebagai seorang lelaki muda berpakaian serba putih mengajarkan Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) terima ilmunya melalui kaedah manqul - berguru dgn malaikat Jibril (a.s) - selama 23 tahun, barulah sempurna ilmu mengenai Islam itu diperolehi oleh Rasulallah (s.a.w) dan agama Islam itu disempurnakan.
Saudara, maka dengan itulah Islam mewajibkan kita ilmukan diri kita dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kemudian kerjakan amalan dan ibadah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, jika kita tak mau segala amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w). Ilmu menghasilkan kefahaman dan kefahaman membolehkan kita beramal dengan betul dan tepat. Janganlah kita jadi antara orang yg rugi sebagaimana diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam firman-firmanNya di atas itu. Dalam firman berikut juga manusia umumnya dan umat Islam khasnya diwajibkan ikuti sunnah Rasulallah (s.a.w).
Firman Allah (a.w): 'Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w)) ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah (a.w) kepada kamu sekelian, (diutus oleh Allah (a.w)) zat yang menguasai (tujuh lapis) langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhaq disembah) melainkan Dia, (Dia) Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan kepada RasulNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith), Nabi yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis)beriman kepada Allah (a.w) dan kalimah-kalimahnya (yakni, al-Quran) dan ikutilah dia (yakni, as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w)), mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk (atau hidayah).’ [Ayat 158, Surah al-‘Araf] 
[Nota: Di dalam Ayat 12, Surah at-Tallaq disebutkan ada tujuh lapis langit. Di dalam al-Quran juga disebutkan bahawa di atas langit lapisan ketujuh itu lautan dan terbangunnya ‘Arasy Allah (a.w) di atas lautan tersebut, yang dipikul oleh delapan orang malaikat yang begitu besar. Paras laut dan permukaan laut itu hanya setinggi tapak kaki dan buku lali malaikat yang lapan tersebut, walhal dalamnya lautan tersebut adalah 70 atau 71 tahun perjalanan manusia. Disebutkan di dalam sepotong hadith bahawa jikalah dunia ini dibandingkan dengan Arasy Allah (a.w), saiz dunia ini hanyalah seumpama sekeping syiling 20 sen sahaja di atas arasy tersebut. Maka bayangkanlah betapa besarnya arasy Allah itu. Rasulallah (s.a.w) bersifat ‘ummi’ bukan buta hurup, tetapi tidaklah pandai menulis dan membaca dan menulis, sehingga mampu menghasilkan al-Quran, supaya tidaklah manusia itu membuat keputusan bahawa al-Quran adalah kitab karangan Rasulallah (s.a.w). Beliau diutus kepada masyarakat Arab (kaum Quraisy) ketika itu yang pandai membaca dan menulis serta mengarang syair dan lain-lain karya bahasa dan budaya. Mereka yang mendapat petunjuk atau hidayah itu akan berjaya mencari dan mendapatkan jalan yang lurus (siratul mustaqim) dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat medapat kerahmatan Allah (a.w) mendapat ganjaran syurga.]
Saudara, kita akan teliti, insya Allah, kemudian nanti apa yg dikasudkan bid'ah dalam konteks amalan dan ibadah dalam Islam.

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment