Monday, November 5, 2012

Malaysia: Negara Islamke atau Sekulerke?

Assalamualaikum,
Saudara, tak habis-habis perbalahan atas perkara di atas. Hari ini Isnin (5 November 2012) dilapurkan dalam the Sun mengenai kemungkinan Parlimen memutuskan atau SPB Yg DiPertuan Agung invoke Article 130 Perlembagaan memerintahkan supaya Mahkamah Persekutuan dgn kehadhiran penuh para hakimnya membuat keputusan atau penentuan.
Saudara, siapapun yg ingin membuat keputusan, keputusan tersebut tetap batil dan tak benar. Untuk mempastikan sebuah negara atau pemerintahan itu adalah menepati Islam atau tidak, rujukannya hendaklah kepada al-Quran dan as-Sunnah. Itulah ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa'.
Malangnya pula yg berbalah tu bukanlah ahli agamapun, tapi ahli politik. Perdebatan ini adalah antara orang jahil tentang perkara agama, tetapi tokok politik, seorang Menteri dalam Barisan, khasnya UMNO, Menteri Kerajaan, Nazri, dan seorang lagi orang bukan Islam (i.e. kafir), tak percayakan Allah (a.w) tuhan yg dia wajib sembah dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu Utusan Allah (a.w) yg dia wajib beriman, Ketua DAP, Karpal Singh. Kedua-duanya adalah peguam, tapi mereka - seorang Islam dan seorang tidak - tak fahampun Islam. Kalau sdr nak ikut perbalahan mereka, sampai kiamat duniapun tak selesai. Membuang masa sahaja. Mereka jahil kita pula jadi bodoh.
Saudara, perbalahan tajuk ini yg berlaku kini adalah pentafsiran politik dan perundangan manusia mengenai Malaysia dan Islam. Seseorang itu boleh memahami Islam hanya dgn ilmu - iaitu belajar/mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah sampai faham. Aqidah dan sistem pemerintahan Islam tidak boleh atau tidak akan dapat difahami tanpa memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Seseorang itu mungkin orang Melayu dan menganuti agama Islam, namun belum pasti dia faham Islam dan syariatnya dan tuntutannya, kecualilah dia pelajari dan fahami al-Quran dan as-Sunnah secara berguru (manqul) dari orang yg berilmu dan faham Islam. Lebih teruk lagi seorang yg kafir, seumpama Karpal, tidak ada locus standi untuk membincangkan Islam - aqidah dan sistem kerajaan Islam - kerana dia sudah pasti tak faham Islam! Kalau dia faham Islam pastilah dia menjadi orang Islam. Kerana, kalau dia faham Islam, antaranya ketetapan Allah (a.w) bahawa orang yg tidak Islam itu pasti tak dapat syurga, dan pasti akan menjadi penghuni neraka. Allah (a.w) memberitahu juga dalam al-Quran bahawa orang Islam tidak dibolehkan mengangkat atau mengambil orang kafir sebagai pemimpin. Jadi, kedua-duanya jahil.
Saudara, sama ada Malaysia adalah negara Islam terletak kpd apa yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Negara Islam itu wujud zaman awal Islam - zaman Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) adalah pemimpin Islam zaman itu. Semua umat Islam - lelaki dan perempuan - berbai'at kepada Rasulallah (s.a.w) dengan kalimah bai'at mereka adalah 'Sami'na wa-ato'na mastota'na' (Yg bermaksud: Aku berikrar mendengar nasihat, pertauran, ijtihad dan perintahmu, dan aku mentaatinya sekuat mampuku.'). Dan, kesemua orang Islam adalah dalam berjema'ah dan Rasulallah (s.a.w) adalah pemimpin jema'ah umat Islam zaman itu. Kemudian, apabila Rasulallah (s.a.w) wafat, sistem negara Islam itu dikekalkan di bawah kepimpinan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, mula-mula Abu Bakar as-Siddiq, Omar b Khattab, Othman b Affan dan Ali b Abu Thalib, radiallahu 'anhum - tempoh selama 30 tahun.
Saudara, apabila Rasulallah (s.a.w) wafat, Omar (r.a) mengambil initiatif (atas dasar ilham Allah (a.w)), mengangkat Abu Bakar as-Siddiq (r.a) sebagai khalifah (i.e. pemimpin), kerana, antara lain, Abu Bakar adalah auwalul mukminin sebagaimana Siti Khadijah adalah 'auwalul mukminat', dan Abu Bakar adalah orang yg sentiasa benar kata-katanya. Walaupun Omar (r.a) disebut oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai calun Nabi, kalaulah Allah (a.w) ingin mengekalkan sistem kenabian selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w) (i.e. Rasulallah (s.a.w) bukanlah rasul dan nabi terakhir, nescaya orang itu Omar b Khattab (r.a), namun Omar mengangkat Abu Bakar, dan terus membai'atinya dan orang iman selainnya megikuti jejak langkah Omar. Demikianlah negara Islam itu wujud pada dua zaman - zaman hayat Rasulallah (s.a.w) selama 23 tahun dan zaman khalifah selama 30 tahun. Kemudian, apabila Muawiyah mengambil alih tampuk pemerintahan jema'ah Islam berpusat di Baghdad, selepas terbunuhnya Ali b Abi Thalib (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg ke-4, dalam peperangan saudara sesama Islam - antara pengikut Muawiyah dan pengkut Ali (r.a), maka kerajaan Islam itu sudah tidak tulen lagi, sehinggalah sekarang ini. [Nota: Sistem kepimpinan kekal, tetapi tidak lagi dipilih oleh jema'ah (i.e. rakyat) tetapi telah dijadikan warisan keluarga, turun temurun. Mungkin ada bai't - ikrar taat setia, tetapi hukum-hakam al-Quran tidak dinobatkan dalam perundangan negara/kerajaan. Justeru itu, tak mungkin Malaysia dapat dikategorikan sebagai 'negara Islam' kalau perundangannya bukan berdasarkan undang-undang Allah (a.w) dan RasulNya. Maka Tun Salleh Abbas adalah benar dalam komennya].
Negara atau sistem pemerintahan yg hampir kpd sistem Islam tersebut hanyalah di Arab Saudi. Jadi, berdasarkan sejarah dan berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, Malaysia bukanlah negara Islam. Oleh itu sdr tak payahlah peningkan kepala mengenainya.
Saudara, dalam post yg lalu dalam blog ini kita telahpun komen. Yg utama bagi mereka yg Islam bukanlah dia bermestautin dalam negara Islam, tetapi yg penting apakah dia sendiri benar-benar Islam? Inilah tajuk kita dalam beberapa post atas tajuk 'Ilmu - Dunia dan Akhirat'.
Saudara, dengan meneliti al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yg dituliskan dalam blog ini, saudara boleh semak diri saudara apakah saudara benar-benar Islam! Kalau tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, saudara mungkin belum layak dikira sebagai seorang Islam yg haq. Kalau tak Islam bagaimana?
Saudara, orang itu Islam jika dia beramal dan beribadah dan menjalani kehidupan dunianya atas panduan hanya al-Quran dan as-Sunnah. Syarat utama dikira Islam yg menepati al-Quran dan as-Sunnah adalah: pertama, orang Islam itu beramal dan beribadah dan menguruskan segala sesuatu dalam hidup dan masyarakatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata; dan kedua, kesemua yg Islam itu anuti agama Islam secara berjema'ah. Jadi tak payahlah kita melihat jauh atau bertanyakan berbagai ulama atau merujuk kpd berbaga kitab dan buku untuk membuat keputusan apakah Malaysia itu sebuah negara Islam dan kita itu adalah genuinely Islam! Itulah intipati manakah negara Islam dan siapa yg benar-benar Islam. Seseorang itu berpotensi Islam apabila dia mengikrarkan dua kalimah syahadahnya. Tetapi, untuk sah sebagai orang Islam pada Allah (a.w), hendaklah sejajar dgn hadith berikut:
Omar b Khayyab (r.a) berkata: ‘La islama illa bi-jama’atin, wala jama’atin illa bi-imaratin, wala imaratin illa bitoatin wala toatin illa bi-bai’atin’ [Maksud: Tidak dikatakan Islam jika tidak berjemaah, dan tidak dikatakan berjemaah jika tidak ada keimaman (imam) (atau kepimpinan) dan tidak ada keimaman jika tidak ada ketaatan dan tidak ada ketaatan jika tidak ada ikrar janji taat setia (bai’at)’] [Hadith ad-Dailami].
Saudara, semaklah diri kita apakah kita benar-benar Islam atau pseudo-Islam sahaja!?
Insya Allah dalam kita meneliti pelbagai dimensi utamanya ilmu dalam Islam atau pentingnya orang Islam itu menghapuskan kejahilan tentang agamanya dan wajib mereka fahami tuntutan Islam sebenarnya, kita akan tahu dimana kita berada dalam Islam. Apakah kita benar-benar Islam atau tidak? Kita benar-benar Islam jika kita menepati ketetapan Omar b Khattab (r.a) itu.
 
Jazakallahu khairah

2 comments:

  1. Adakah jemaah yg dimaksudkan dlm hadis2 adalah jemaah kaum muslimin yg mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah? Bermakna jika kita ingin berada dlm jemaah tersebut hendaklah kita mengamalkan kehidupan berasaskan kedua perkara tersebut, betul x?

    Boleh x pemilik blog tlg huraikan tentang jihad fisabiliAllah? Kalau dah ada dlm posting sblum ni, tlg bagi link.Jzkk

    Jika kerajaan arab saudi menghampiri negara Islam, adakah perlu umat islam lain berbai'at kpd king saud? Tetapi kerajaan saudi itulah yg mempunyai hubungan baik dgn amerika, siap membenarkan pangkalan tentera amerika utk serang ngr2 islam. wA

    Apa pula pendapat pemilik blog tentang sistem demokrasi yg digunakan utk menukar pemerintah?

    ReplyDelete
  2. Bagaimana hendak tahu kat mana nk dapatkanilmu agama yg shohih apabila para ulama sendiri berbeza pendapat tentang byk perkara. Mcm mana nk tahu mana satu yg shohih. Terutama dlm hal politik dan pemerintahan. Sedangkan di arab saudi sendiri ada pelbagai kelompok ulama... yg taat pemerintah bulat2, yg taatperkara ma3ruf, yg menentang, dsb. Dan setiap mrk menggunakan hujahAl-Quran dan As-Sunnah cuma dgn interpretation yg berbeza. wA. Bagaimana org awam hendak menilai pendapat ulama dlm usaha mencorakkan prinsip kehidupan? Mohon pencerahan

    ReplyDelete