Assalamualaikum,
Saudara, selain berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah bagi mempastikan seseorang yg Islam itu berada di atas 'siratul mustaqim' pra-syarat kedua yg wajib dia akur dan patuhi adalah berjema'ah dalam Islam. Kita telah jelaskan dalam post yg lalu bahawa hari ni majoriti umat Islam, terutama di Malaysia tidakpun berjema'ah, kecualikan mengerjakan solat fardu secara berejma'ah. Itupun segolongan kecil saja.
Saudara, kita teliti seterusnya ketetapan syariat Islam mengenai tajuk atau tpok 'berjema'ah' ini.
Syarat-syarat dan Ciri-ciri Jemaah
Apabila
kita menyebut tentang ‘jemaah’, maka kta harus faham apakah utamanya berjemaah
itu. Di dalam hadith berikut, Omar (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin
kedua Islam selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w), memberikan ketetapan tentang
‘jemaah’ itu.
Diriwayatkan
hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata:
‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di
dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar
(r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya,
janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan
(dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah
kecuali dengan berimam (yakni, dangkat menjadi Imam seorang dari kalangan
mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rokyah
atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang
faqih (yakni, kefahaman tentang Islam sedemikian) ada kehidupan (yakni,
tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka
(kaumnya). Barangsiapa memilih imam
mereka kerana pertimbangan selainnya kefaqihan (tentang Islam secara berjemaah)
ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith
ad-Daramiyi]
Ketetapan dalam hadith ini wajib dijadikan panduan
oleh semua yang Islam. Hadith itu menyebutkan beberapa prinsip atau ketetapan
utama mengenai Islam:
(a) Pertama,
tidak Islam seseorang yang mengakui dirinya Islam itu jika tanpa berjemaah atau
berada dalam Jemaah Islam;
(b) Kedua,
tidak dikira berjemaah jika tiada ‘imam’, yakni orang yang memimpin dan
mengetuai Jemaah itu; dan
(c) Ketiga,
tidak dikatakan ada ‘imam’, yakni kepimpinan dalam Jemaah Islam jika pemimpin
tidak ditaati oleh rukyah (anggota jemaahnya).
Ketetapan Omar (r.a) ini amat fundamental.
Seseorang itu hanya dikira Islam (atau Muslim) jika dia menganuti Islam secara
berjemaah, iaitu Jemaah Islam atau, dengan lain perkataan, Jemaah as-Sunnah. Kemudian
Omar (r.a) menyebutkan pula tiada Jemaah Islam jika tiada kepimpinannya, iaitu
yang diistilahkan ‘imam’. Kemudian, tiada imam atau institusi keimaman dalam
Jemaah Islam itu jika jemaahnya atau anggota jemaahnya tidak mentaati ‘imam’
atau kepimpinannya.
Diperjelaskan pula mereka yang faham tentang ketetapan ini
dan memilih untuk mengikutinya maka ‘imam’ (pemimpin dalam) jemaah hidup
sejahtera sebagai pemimpin Jemaah umat Islam yang beriman, dan rokyahnya pula
akan hidup sejahtera dalam Jemaahnya sebagai umat Islam. Maka dengan itulah
dikatakan oleh Omar (r.a) ada ‘kehidupan’ bagi imam (yang memimpin) dan jemaah
(yakni, yang dipimpin), iaitu kehidupan Islam yang diridai Allah (a.w).
Untuk
memahami ketetapan dalam hadith ini, kita wajib kembali kepada firman Allah
(a.w) dalam post yg terdahulu. Allah (a.w) perintahkan umat Islam itu menganuti Islam
secara berjemaah dan jangan berpecah belah - Ayat 103, Surah ali-Imran. Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat zamannya (dan kepada umat manusia) bahawa Allah (a.w) printahkan dia untuk dirikan jema'ah dan beliau perintahkan umatnya supaya dirikan jema'ah.
Kemudian, di dalam potongan ayat
yang kedua pula, wujud kepimpinan dalam jemaah, iaitu dalam zaman hayat
Rasulallah (s.a.w) dialah pemimpin jemaah Islam. Dalam ayat yang ketiga dirujuk
jemaah hendaklah meninggikan taraf pemimpin. Dicontohkan sdalam kaedah
berkomunikasi dengan pemimpin (Rasulallah (s.a.w)) ketika itu. Kemudian, kita
rujuk pula ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith yang menyatakan bahawa
Allah (a.w) rida keIslaman seseorang itu jika dia berjemaah dalam Islam. Dia
tidak berpecah dalam Islam. Dia tidak menyendiri dalam Islam. Kerana apabila
menyendiri pastilah dia kalah kepada pujuk rayu syaitan, akan terjerumus ke
dalam neraka. Justeru itu, jika mereka berjemaah, taatkan keipimpinan, maka
pastilah dia berkemungkinan besar selamat dalam hidupnya. Selamat dari digoda
ganggu syaitan. Selamat kerana mendapat keridaan Allah (a.w) mendapat
kerahmatan Allah (a.w), dan kerana kerahmatan Allah (a.w) itu, mendapat
ganjaran syurga. Maka selamatlah kehidupan seseorang itu.
Ketetapan dalam hadith di atas itu amat penting
bagi kita yang ingin benar-benar Islam. Jika kita yang Islam tidak dikira Islam
kerana tidak berjemaah, maka siapakah kita? Ada dua saja golongan, iaitu sama
ada Islam atau kafir. Kalau
tidak Islam pastilah kita sebenarnya kafir, wal iyazubillah.
[Nota: Walaupun hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, namun mungkin ada dikalangan para ulama' dan ilmuwan Islam yg meraguinya sebagai ketetapan hukum dalam syariat Islam, kerana bukan disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) sendiri. Pendapat ini tak wajar timbul kerana Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mewajibkan manusia yg Islam dan beriman itu berjema'ah. Tambahan pula dalam ost yg lalu kita telah jelaskan 4 potong hadith yg menyebutkan, pertama, yg dikatakan 'as-Sunnah' itu merangkumi sunnah Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg empat selepas beliau wafat; kedua, Rasulalah (s.a.w) berwasiat pada para sahabat bahawa apabila beliau sudah wafat, hendaklah mereka ikuti Abu Bakar as-Siddiq dan Omar b Khattab, radiallahu 'anhum; ketiga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat bahawa Allah (a.w) membenarkan kata-ata Omar (r.a), maka Omar (r.a) berkata dengan benar; dan keempat, Rasulallah (s.a.w) memberitahu jikalah Allah (a.w) ingin mengutuskan seorang Nabi selepas beliau, pastilah orang yg diplih itu Omar b Khattab (r.a). Justeru itu, hadith Omar (r.a) adalah benar.]
Saudara, jelaslah hari ini syariat Islam yg kita amalkan dan ikuti itu sudahpun berlainan dari syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Alangkah ruginya kita kerana para pemimpin Islam dan para ulama' zaman ini telah banyak meninggakan beberapa dmensi ketetapan syariat Islam. Semoga Allah (a.w) mengampuni kita kerana sebagi manusia bisa kita tak berkuasa membantah sebarang kabatilan yg dipaksarelakan atas kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment