Wednesday, November 7, 2012

Ilmu - Dunia dan Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum,
Islam seseorang itu benar jika dia berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w). dan secara praktiknya hendaklah beramal dan beribadah serta menjalani kehidupan sebagai orang Islam yg beriman hendaklah mencontohi atau mentaati Rasulallah (s.a.w), kerana beliaulah Utusan Allah (a.w) dan beliaulah juga 'uswatun hasanah'. Tapi, hari ini majoriti umat Islam telah mengketepikan Rasulallah (s.a.w) dan as-Sunnah, kerana mereka tidak ilmukan diri meeka dgn mempelajari al-Quran dan al-Hadith, sbaliknya mereka mengagungkan manusia biasa - ulama' dan ilmuwan - dan nasihat mereka, kitab dan buku mereka dijadikan rujukan, walhal sebagai orang iman rujukan mutlak dalam hidup adalah al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, kita telahpun lihat 3 aspek tajuk di atas dalam konteks aqidah.
Saudara, keIslaman seseorang itu hanyah sah jika menepati tiga aspek, pertama, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam beramal dan mengerjakan ibadah dan dalam memandu kehidupan sebagai orang Islam, jika demikian maka berjaya di akhirat mengiut Ayat 13, Surah an-Nisa', kalau tidak maka tertakluk kpd Ayat 14, Surah an-Nisa', gagal mendapat syurga dan terperosok ke dalam neraka; kedua, hendaklah berjema'ah dalam Islam, iaitu sistem kerajaan yg diasaskan dan diamalkan zaman Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dulu. Tapa berjema'ah beum sah Islam seseorang itu. Ketiga, dgn wujudnya sistem dan institusi berjema'ah itu, maka wujudlah pemimpin umat = jema'ah Islam yg dikelompokkan sbagai 'ulil amri' (iaitu para imam dan ulama'), yg wajib ditaati selagi mereka tidak memerinahkan kaumnya atau jema'ahnya sesuatu ketetapan atau ijtihad atau fatwa yg 'maksiat'. Maksiat = melakukan atau mengamalkan sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau yg tiada di dalam al-Quran atau as-Sunnah atau sesuatu yg ditegah oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, kesemua ini kita fahami hanya dgn ilmu. Kalau kita jahil, maka jadikan kita sebagaimana orang kafir itu menyembah 'tuhan' yg berupa berhala yg merka cipta sendiri atau melakukan sesuatu perbuatan atau membaca sesuatu yg dikatakan itulah sembahyang mereka. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dalam hadith berikut:

Islam, Iman dan Ilmu 

Saudara, sebagaimana hidupnya manusia kerana berilmu, maka dapat dia mencari rezki dan memandu dirinya dan keluarga untuk terus hidup, maka hidupnya Islam itu hanya dgn ilmu. Inilah yg diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Ilmu itu hidupnya Islam dan tiangnya iman.’ [Hadith Abu Shaikh]
[Nota: Hidupnya Islam secara amnya bergantung kepada sejauh mana umat Islam itu diberikan atau memiliki ilmu mengenai agamanya dan menyediakan diri mereka untuk akhiratnya berdasarkan dan berpandukan ilmu tersebut dan berusaha dia mempelbanyakkan bekalan untuk akhiratnya. Hidupnya keIslaman dan kental atau rapuhnya keImanan seseorang yang Islam itu juga bergantung kepada sejauh mana dia mempunyai ilmu akhirat dan memahami ilmu ahirat tersebut, dan mengamalkan segala sesuatu yang dituntut oleh Islam sekuat mampunya. Kalau dia jahilkan ilmu akhirat, maka berkuburlah Islamnya, kosong dalamannya, hanya luarannya dia nampak (seemingly) Islam, tapi isi keIsamannya dan keImanannya kosong semata-mata. Islam mati dalam hidupnya dan rohnya. Tanpa ilmu akhirat tersebut rapuh atau goyah, malah tumbanglah tiang keImanannya. Maka dengan itu lahiriah nampak Islam, dari segi batiniah dia tak lebih dari orang yang tidak Islam. Maka, kalau dia memegang jawatan bersifat keagaan dia tidak faham Islam maka dia akan menyulitkan dakwah dan menghalang-halang usaha memurnikan Islam apabila ada golongan yang berusaha menyedarkan orang Islam tentang tuntutan agamanya dan dalam usaha mereka memertabatkan ilmu akhirat kepada orang Islam.]
Inilah yg diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w). Tanpa ilmu Islam, sebagai agama, itu mati, kerana yg diamalkan dan yg dianuti manusia tidak lagi Islam tetapi suatu kepercayaan yg lain, sama sekali, bukan Islam. Ilmu itu tiangnya iman. Kalau seseorang yg Islam itu inginkan kekal dalam keimanan, maka dia wajib ilmukan dirinya. Orang yg tidak berilmu  - tiada ilmu al-Quran dan as-Sunnah dalam dirinya - maka tumbanglah keimanannya. Dia terkeluar dari Islam. Tak dapat syurga dan sebaliknya terjerumus ke dalam neraka secara sedar ataupun tanpa di sedari.
Mudah-mudahan saudara sedar dan faham betapa utamanya ilmu yg benar itu ada pada kita. Jika tidak kita akan berpandukan kepada cakap-cakap dan pendapat manusia, yg batil. Mudah-mudahan kita diselamatkan oleh Allah (a.w) dari beramal dan beribadah yg merugikan akhirat kita, insya Allah.
Demi mempastikan kita terpandu dan terjaga dari mengerjakan amalan yg batil dan tak diterima Allah (a.w), wajiblah kita berpandu dgn hadith berikut: 

Belajar Ilmu dan Hapuskan Kejahilan Kita.

Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar (i.e. mengaji) dan kefahaman agama itu hanya diperolehi dengan mencari kefahaman (dari orang yang faham) dan sesungguhnya orang yang takutkan Allah (a.w) itu adalah hamba-hambaNya yang berilmu.’ [Hadith at-Tobrani]
[Nota: Mesej hadith ini simple dan straight forward, iaitu pertama, ilmu mengenai Islam itu hanyalah didapati dari belajar (ilmu yg benar – iaitu al-Quran dan as-Sunnah); kedua, hendaklah belajar dari guru yg faham tentang kedua-dua ilmu tersebut, dan ketiga, orang yg taqwa itu adalah para ‘ulama’ (i.e. orang yg berilmu – bukan sebarang ilmu tetapi ilmu al-Quran dan as-Sunnah yg dipelajari secara terus dari al-Quran dan as-Sunnah secara manqul dari guru yg mendapat ilmu dari sistem dan kaedah yg sama).] 

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete