Assalamualaikum,
Saudara, bagi mereka yg ingin mendekatkan diri kepada Islam dan mengetahui syariatnya, mungkin sekali mereka telah menonton program TV al-Hijrah, terutama sebelah pagi. Kerana ada program yg menarik, antaranya '30 Minit bersama Ustaz Don' kelolaan Us Don Daniel dan 'Reflections' kelolaan Imam Shuaib Webb, seorang warga negara Amerika yg memeluk Islam lebih 20 tahun katanya. Program tersebut menarik.
Saudara, kalau saudar ikuti Tv al-Hijrah itu Us Don ada dua program/siri sekarang ini iaitu tentang tajuk 'solat' dan kedua tentang 'umrah'. Nampaknya Us Don semakin popular dan glamour. Namun, janganlah saudara terima sepenuhnya apa yg disebutkan tanpa menyemak dahulu apakah ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ketetapan as-Sunnah). Kerana banyak perkara yg lebih cenderong kepada ajaran fahaman kemazhaban - Mazhab as-Syafie.
Saudara, ajaran kemazhaban tidak salah jika didasari oleh ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Hanya yg ditakuti ajaran kemazhaban yg belum pasti asal usulnya atau sumber atau sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnahnya, maka jika kita jadikan amalan, terbatallah amalan dan ibadah kita. Yg rugi kita, bukan orang lain. Us Don - atau gurunya yg mengajarkan beliau ilmu tersebut - juga rugi jikalah yg diajarnya itu suatu kebatilan, kerana bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Insya Allah kita akan teliti hadith-hadith mengenai perkara ini kelak. Rengksnya Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita yg Islam bahawa: sesiapa yg menghidupkan atau mengembangkan as-Sunnah - terutama yg sudahpun dlupakan atau ditinggalkan oleh umat Islam - maka diajarkan kepada orang lain, kemudian dijadikan amalan oleh orang yg kita ajarkan, maka apabila diamalkan oleh orang yg kita ajarkan, dia mendapat pahala dan kita yg mengajarkannya mendapat kiriman pahala sebanayk pahala dia yg mengamalkan, tanpa menjejaskan atau mengurangkan pahala orang yg amalkan atau kerjakan. Untunglah Us Don.
Sebaliknya, kalaulah yg diajarkan atau diberitahu oleh Us Don dalam programnya adalah suatu kebatilan - batil kerana tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah - tetapi berdasarkan pendapat dan pemikiran serta tafsrian atau pendirian ulama', maka ajaran tersebut mungkin tergolong dalam perkara kebatilan atau 'pendustaan', mengikut istilah Islam (Dusta = mengatakan sesuatu itu ada dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, walhal tiada dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). Apabila kita diajarkan, dan kita amalkan, maka akibat mengamalkan atau mengerjakan suatu kebatilan dalam amalan dan ibadah, kita berdosa, dan kita pula mengirimkan dosa kepada orang yg mengajarkan kita, sama banyak dengan dosa kita, namun tidak pula mengurangi dosa orang yg amalkannya kerana jaran kita, wal iya zubillah. Kaluau demikian, maka rugilah kita dan rugi jugalah Us Don!
Saudara, akhir-akir ini Us Don lantang mengkritik orang-orang yg melabelkan sesuatu perbuatan atau amalan atau sesuatu yg bersabitan dgn amalan dan ibadah sebagi 'bid'ah'. Berdasrkan cakap-cakap dan komen beliau dlam program tersebut, Us Don adalah penyokong dan pengikut kuat fahaman kemazhaban - Mazhab as-Syafie arus perdana. Adakah kerana itu beliau diberi peluang oleh TV al-Hijrah? Kerana hakikatnya Tv al-Hijrah adalah TV kerajaan. Us Don seorang yg berwibawa dan pandai mengolak serta bercakap dan berdakwah. Beliau salah seorang yg berkeras berpendirian bahawa 'bid'ah' itu ada dua - satu yg dolalah dan satu yg hasanah. Maka beliau dengan keras mengkritik mereka yg berkata tidak ada bid'ah hasanah, kerana mengikut as-Sunnah, semua bid'ah adalah dolalah. Beliau tidak menyebutkan sabda Rasulallah (s.a.w), tetapi mengutarakan pendapat sekunder = secondary dari para ulama'.Justeru itu, pendapat beliau tentang wujudnya bid'ah hasanah' tidak ada sandaran nas dan dalil haq al-Quran dan as-Sunnah.
maka kerana itu, kita peringatkan sesiapa yg mengikuti blog ini, supaya berwaspada. jangan kerana terikut dan terpengaruh oleh orang lain yg bijak bercakap dan kerana kejahilan kita tentang ilmu. Apabila kita terikut dalam kejahilan ilmu, terbatal amalan dan ibadah kita tanpa kita sedari.Yg rugi kita. Janganlah kelak diakhirat apabila diserahkan Kitab Catatan Amalan kita , kita dapati tiada pahala dalamnya, yg ada hanya dosa, walhal kita sudah bersusah payah semasa hidup beramal secara istiqamah, termasuk bangun malam untuk mengimarahkan malam kita dgn pelbagai amalan dan ibadah. Insya Allah kita akan bincangkan tajuk bid'ah dalam post-post yg akan datang.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment