Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita akan sering peringatkan diri kita bahawa begitu banyak dan berbagainya kurniaan Allah (a.w) kepada kita bagi membolehkan kita menyediakan diri untuk kejayaan dan kesejahteraan akhirat. Selain menggandakan pahala yg kita perolehi, amalan-amalan sedemikian juga boleh menghakis dosa-dosa yang lalu. Allah (a.w) memperingatkan hambaNya supaya jangan kerajakan atau lakukan sesuatu yang menjadikan kita sentiasa mengutip dosa, yg akan membinasakan kejabikan akhirat kita. Dan, dengan sebab itu kita binasa di akhirat, tergelincir dari 'siratul mustaqim' dan menjerumuskan kita ke dalam neraka di akhirat elak.
Saudara, kesemua ini adalah ditentukan oleh ilmu yang kita pelajari, kerana tanpa ilmu kita tidak tahu, maah tidak sedar, apakah akibat segala tndak tanduk kita.
Saudara, dalam perkara ilmu kita telahpun diberitahu bahawa ilmu yg haq = benar = itu adalah sumbernya al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) amat murkan kepada mansuai yang mengutamakan sumber ilmu selain al-Quran dan as-Sunnah, seperti menjadikan al-Quran perhiasan tanpa mempelajarinya dan memahaminya dan, setelah tahu dan faham, mengamalkan tuntutannya, tetapi membeli kitab-kitab dan buku-buku karangan manusia, seolah-olah mengutamakan panduan kitab-kitab tersebut atau lebih mempercayai pendapat dan pandangan manusia, dan mengketepikan atau merendahkan mertabat al-Quran dan as-Sunnah. Walhal, kita diberitahu bahawa sebaik-baik kitab panduan itu adalah al-Quran dan sebaik-baik petunjuk ke arah kejayaan akhirat itu adalah petunjuk Rasulallah (s.a.w). Ramai umat Islam yang menjadikan idola dalam agama manusia - para ulama' dan ilmuwan - walhal orang yg sewajibnya dijadikan idola dalam agama Islam adalah Rasulalah (s.a.w). Kerana Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah' = model terbaik dijadikan ikutan dalam perkara agama dan dalam mencari 'siratul mustaqim'. Mereka yg menjadikan idola dalam agama adalah Rasulallah (s.a.w) adalah orang yg menepati perintah Allah (a.w), kerana dalam Surah Yaasin Allah (a.w) berfirman:
Firman Allah (a.w) berfirman: 'Innaka laminal mursalin @ 'Ala siratim mustaqimin.' [Yg bermaksud: Sesungguhnya engkau (Muhammad) adalah dari kalangan orang-orang yg diutus (= para rasulallah) @ Atas 'siratul mustaqim' (= jalan mendapatkan syurga dan kejayaan akhirat)] [Ayat 3 dan 4, Surah Yaasin]
Saudara, Allah (a.w) telah memberikan perintah yg amat jelas, tapi malangnya hari ini majoriti umat Islam tidakpun mengaji/mempelajari, memahai al-Quran (dan as-Sunnah) dan mengamalkan ketetapannya. Alangkah anihnya. Walhal, umat Islam itu diwajibkan mencari ilmu dan ilmu yg diwajibkan setiap orang Islam itu mengaji/pelajari adalah al-Quran dan as-Sunnah. Pendeknya, kalau seseorang Islam itu melupakan mengaji/belajar al-Quran (dan as-Sunnah) maka dia berdosa setiap saat dan ketika. Tambahan pula, apabila seseorang Islam itu mengerjakan sesuatu amalan ata ibadah, tanpa ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut yg dipelajarinya dari sumber al-Quran (dan as-Sunnah), maka setiap amalan dan ibadahnya batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w). Inilah mesej firman Allah (a.w) :'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan (atau katakan atau beritahu orang lain) sesuatu (amalan dan ibadah atau apa-apa sahaja mengenai Islam) tanpa kamu sendiri terlebih dahulu ilmu mengenainya (i.e. mengenai apa yg diamal atau diiabdahkan atau diperkatakan) [Ayat 36, Surah al-Isra'] yg kita sering rujuk dalam blog ini). Rasulallah (s.a.w) brsabda dalam al-Hadith memberitahu kita: 'Al-imu qabla 'amal.' (Yg bermaksud: Hendaklah berilmu dahulu sebelum mengerjakan amalan atau ibadah (atau berkata sesuatu mengenai Islam). Sah ilmu itu apabila kita mengaji/belajar al-Quran dan al-Hadith apabila kita buka al-Quran atau buka kitab himpunan al-Hadith (spt Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunnan an-Nasa'i, Sunnah at-Termidzi, Sunnan Abu Daud dan Sunnah Ibnu Majah = Kuttubul Sittah) di depan seorang guru yg dia juga mengaji/belajar mengikut kaedah sedemikian juga dari guru=guru mereka. Itulah kaedah pengilmuan yg haq dalam Islam sebagaimana Rasulallah (s.a.w) belajar Islam (i.e. al-Quran dan al-Hikmah) secara berdepan dengan malaikat Jibril (a.s) selama hampir 23 tahun. [Nota: Allah (a.w) berkuasa menjadikan Nabi Muhammad (s.a.w) itu pandai dan faham al-Quran 30 juz dalam sekelip mata, tetapi sejajar dengan kaedah pengiluan, al-Quran itu disampaikan sedikit demi sedikit selama hapir 23 tahun supaya benar-benar Rasulallah (s.a.w) faham al-Quran dan faham al-Hikmah yg diajarkan bersekali, bagi membolehkan dia membimbing manusia zaman hayatnya dan, kemudian, zaman-zaman selepasnya!
Saudara, janganlah kita lupa hakikat ini, demi kesejahteraan akhirat kita. Tambahan pula alangkan banyaknya manfaat dan keuntungannya kalaulah kita ketepikan atau luangkan masa untuk belajar ilmu (ilmu al-Quran dan as-Sunnah). Ini diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) spt berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda (yg rengkasnya): bahawa sesiapa yg menyempatkan dirinya belajar ilmu (ilmu al-Quran dan as-Sunnah) diberi oleh Allah (a.w) 5 keberkatan: Pertama, dibukakan bagi orang yg mengaji ilmu itu 70 pintu rahmat - hanya kerahmatan yg membolehkan seseorang itu mendapat keridhaan Allah (a.w) dan syurga Allah (a.w); kedua, dia adalah seumpama seorang anak yg dbaru dilahirkan dari perut ibunya - segala dosanya dihakis dan dia seolah-olah dalam keadaan fitrah, bersih dari dosa; ketiga, pada setiap huruf yg dipelajarinya (dari al-Quran dan as-Sunnah) diberi pahala seumpama pahala 60 orang yg mati syahid - begitu besarnya kurniaan pahala Allah (a.w) bagi mereka yg menyempatkan dirinya mengajai/belajar ilmu (al-Quran dan as-Sunnah); keempat, bagi setiap hadith yg dipelajarinya diberikan kepadanya pahala seumpama seorang yg beribadah selama 70 tahun; dan kelima, bagi setiap ringgit wang yg dibelajakan olehnya dari kediamannya ke tempat mengaji/belajar itu dan kembali semula ke rumah/kediamannya, digandakan seumpama mendapat ilai wang satu dunia dan digandakan pula 10 kali ganda. [Hadith ad-Dailaim]
Saudara, apakah saudara tak perlukan kurniaan yg begitu besar memelajari imu yg haq dengan cara dan kaedah yg haq? Adakah mungkin kita mendapat sedemikian banyak pahala alaulah kita beramal dan beribadah secara istiqmah. Walhal melalui sandaran atau asas ata panduan ilmus edmikian pula kita pasti mengerjakan amalan dan ibadah yg pasti betul dan menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, maka amalan tersebut sah dan diterima sepenuhnya. Kita mendapat bonus atau dividen akhirat yg begitu lumayan semata-mata mempersiapkan diri untuk menjadi orang Isam dan iman yg terpandu dan terpimpin kerana belaja ilmu.
Mudah-mudahan saudara tidaklah mengabaikan pemberian besar Allah (a.w) ini. Kalau saudara tidak ambil peluang ini maka termasuklah orang yg dicemuh Allah (a.w) dalam al-Quran dengan firmanya 'Apakah kamu tidak berifikir', 'Apakah engkau orang yg tidak berakal' atau 'Apakah engkau seorang yg lalai' atau 'Apakah engkau orang yg sombong'? Dan sebagainya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment