Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita menegnai ilmu. Dalam beberapa post dalam blog ini kita telah lihat nas dan dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa wajib bagi setiap manusia yang akui dirinya orang Islam belajar ilmu. Manfaat belajar ilmu itu amat besar. Antaranya adalah Allah (a.w) terima segala amalan dan ibadah kita jika didasari oleh ilmu. kalau kita lakukan sesuatu setelah berilmu, kita tersilap, maka kita tetap diberi pahala. Kalau benar sbagaimana sepatutnya kita mendapat dua pahala, pertama kerana mengamalkan sesuatu dengan ilmu dan kita kerjakan dengan betul pla. Seseorang yang berjalan mencri ilmu itu seumpama berjalan untuk fi sabilillah, setiap langkah, setiap sen yang dibelanjakan mendapat ganjaran pahala. Kalau ditakdirkan menemui kemusibahan dalam perjalanan, maka mati pula, maka dikira mati syahid, syurga ganjarannya.
Saudara, kita lihat di bawah ini beberapa hadith mengenai perkara ilmu supaya kita lebih terpandu dalam beragama, dan kekal berada di atas siratul mustaqim itu. Apabila kita teliti hadith ini kemudian kita teliti pula beberapa perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), jelas pada kita bahawa ilmu menunjukkan kita kepada yang benar.
Menuntut Ilmu Wajib
Saudara, jika kita sempatkan diri kita belajar ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - kita faham perintah dan suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka kita mengerjakan tuntuan Islam secara terpandu.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Talabul ‘ilmi faridatun ‘ala kulli Muslim.’ (yang bermaksud: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam.)’ [Hadith Abu Daud, Kitab Ilmu]
[Nota: Hadith ini memberitahu kita yang Islam bahawa wajib kita belajar ilmu mengenai Islam – iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) perintahkan kita yang Islam dan beriman itu supaya kerjakan sebarang amalan dan ibadah yang dituntut Islam itu dengan berdasarkan ilmu yang memberi kita kefahaman tentang Islam dan tuntutannya. Jusetru, Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Haysr berfirman: ‘Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (yang bermaksud: Dan janganlah kamu buat (i.e. amalkan atau kerjakan) sesuatu tanpa kamu tahu dan faham ilmu mengenai apa-apa yang hendak diamalkan dan dikerjakan). Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w), dalam hadith ini, memerintahkan umatnya supaya menuntut ilmu. Rasulallah (s.a.w) juga bersabda: ‘Al-ilmu qabla ‘amal’ (yang bermaksud: Hendaklah kamu memiliki ilmu dahulu barulah kamu amalkan sesuatu tuntutan Islam). Tanpa ilmu dan kefahaman, kita akan mengerjakan bentuk-bentuk amalan dan ibadah dengan cara dan kaedah yang sama sekali tidak sejajar dengan tuntutan Islam. Jika berlaku sedemikian, maka rosaklah Islam kita, kita beramal dan beribadah tetapi tidak mendapat sebarang ganjaran pahala, malahan mendapat dosa pula.Dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) berpesan kepada kita: ‘Man ‘amila ‘amilan laisa minni fahua raddun’ (yang bermaksud: Barangsiapa mengamalkan sesuatu amalan yang amalan itu (bentuknya, cara dan kaedah mengamalkannya) tidak didatangkan dari Nabi (s.a.w) (yakni, tidak dicontohkan oleh Nabi (s.a.w)), maka amalan tersebut ditolak (tidak diterima Allah (a.w)).
Justeru itu, beramal dan beribadah dalam kejahilan merugikan kita. Malah lebih serius lagi apakala kita tidak memenuhi syarat sebagai orang Islam, berdasarkan hadith Omar ibni Khattab (r.a), yang merumuskan, ketetapansunnah Rasulallah (s.a.w) mengenai hakikat Islam itu sebenarnya, apabila dia berkata: ‘La Islama illa biljama’ati …’ (yang bermaksud: Tidak dikatakan Islam seseorang itu kalau dia tidak berjema’ah …). Ketetapan ini mengulangi perintah Allah (a.w) dalam al-Quran: ‘Wa’tasimu bihablillahi jami’an wa-la tafarraqu …’ (yang bermaksud: Berpeganglah kepada tali (i.e. agama) Allah (a.w) secara berjema’ah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (i.e. menubuhkan perkumpulan terasing dalam Islam)… – Ayat 103, Surah ali-Imran). Dan, kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w): ‘’Alaikum bil-jama’ati wa-iyakum wal-firqati…’ (yang bermaksud: Diwajibkan atas kamu sekelian dengan berjema’ah dalam Islam, dan jauhilah oleh kamu sekelian berfirqah (i.e. mengadakan perkumpulan terasing seperti bermazhab).
Rasulallah (s.a.w) mengingatkan umatnya: ‘Wa-inna hazihi millata sataftariqu ‘ala thalathina wa-sab’ina, thintani wa-sab’una fin-nari, wa-wahidatun fil-jannati wa-hiya jama’atu.’ (yang bermaksud: Dan sesungguhnya ini agama (i.e. Islam) akan berpecah menjadi 73 golongan atau agama, 72 golongan atau agama dalam neraka (i.e. tidak mendapat syurga),dan hanya satu agama di dalam syurga (i.e. mendapat syurga), di perkumpulan agama tersebut adalah Islam yang berjema’ah). Kefahaman seseorang mengenai ketetapan-ketetapan sedemikian ini hanya didapati dengan ilmu. Kejahilan akan menjadikan umat Islam mengamalkan Islam yang 72 jenis Islam tersebut, batal Islamnya dan batil amalan dan ibadahnya, di akhirat kosong amalannya, maka gagal mendapat syurga, wal iya zubillah.
Saudara, kalau kita tiada ilmu, yakni, kita beragama dalam kejahilan atau beramal dan beribadah berdasarkan 'ilmu' yang diwariskan oleh nenek moyang kita, tanpa disemak dengan dasar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, maka kita terpesong. Kita telah huraikan di atas beberapa dimensi yang kita tersilap kerana kita tidak mengaji dan pelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
[Nota: Antara pra-syarat utama Islam dalam beramal dan beribadah adalah firman Allah (a.w) ini adalah orang Islam tidak boleh beramal berdasarkan kejahilan atau bertaklid (i.e. tengok orang buat begitu dan begini, kita tiru dan buat, atau kita tanya sebarang orang tentang sesuatu amalan. Kita diwajibkan belajar dahulu ilmu mengenai Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Bila belajar (atau ngaji) kita tahu kesemua ketetapan Allah (a.w), bentuk-bentuk ketetapan tersebut, cara dan kaedah melaksanakan atau mematuhi ketetapan tersebut. Kalau kita tak tahu? Disebutkan dalam hadith lain bahawa kalaupun amalan atau ibadah kita betul, tetap dikira salah, tak diterima Allah (a.w). Sebaliknya, kalau kita buat satu amalan itu silap, tetapi kita dahpun belajar mengenainya, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, kita diberi pahala, dan kalau betul kita amalkan sebagaimana kita belajar mengenainya, kita dapat dua pahala! Islam tidak suka kepada umatnya yang jahil dan bertaklid atau buat amalan ikut suka hati dalam kejahilan. Orang kafir menyembah berhala atau patung kerana kejahilan dan kesombongan. ‘Bodoh’ = Tak tahu bagaimana, maka buat secara ikutan, ikut cakap-cakap dan amalan nenek moyang mereka, tanpa belajar apa yang betul. ‘Sombong’ = Tak tahu tetapi diberitahu oleh orang yang tahu, apabila diberitahu yang haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, tak mahu terima. Sombong merujuk kepada perbuatan menolak yang haq atau yang benar. Orang yang mengakui dirinya Islampun banyak tergolong dari kalangan orang yang diistilahkan ‘bodoh’ dan ‘sombong’. Kenapa? Dalam Islam yang haq atau benar itu adalah atau hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Apabila dia tidak belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dia tergolong orang yang ‘bodoh’, dan apabila diberitahu yang haq atau benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dia tidak mahu terima atau menolak, dia tergolong dari kalangan orang yang diistilahkan ‘sombong’ oleh Islam. Orang yang ‘bodoh’ dan ‘sombong’ itu tidak akan masuk syurga. Oleh itu berwaspadalah.]
Orang Alim dan Orang Faqih (faham)
Hari ini ramai orang digelar 'ulama' dan ramai juga yang mengakui dirinya 'ulama', maka diberi peluang berceramah atau mengajar atau menyampaikan tazkirah dalam pelbagai majlis. Namun, kita wajib teliti siapakah sebenarnya yang dikatakan ulama' itu? 'Ulama' adalah kalimah plural atau jamak kepada kalimah 'alim', orang yang berilmu.
Siapa yang boleh diiktiraf berilmu? Orang yang berilmu dalam Islam adalah mereka yang memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Dia mempelajarinya khattam, faham dia apa yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, kemudian sebagai orang iman, dia mengamalkan tuntutan ilmunya (i.e. tuntutan al-Quran dan as-Sunnah) sekuat mampunya. Bukanlah dia pandai bercakap tetapi bukan pengamal ilmunya.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Barangsiapa yang Allah (a.w) inginkan kebaikan baginya, maka Allah (a.w) akan memberi kefahaman kepadanya (tentang) perkara agamanya dan sungguh-sungguh ilmu itu hanya didapati dengan belajar (atau mengaji).’ [Hadith Bukhari, Kitab Ilmu]
Hadith di atas itu memberitahu bahawa sekiranya di kehendakki Allah (a.w) memberi hidayah dan kebaikan pada seseorang itu, maka Allah (a.w) memberikan dia kefahaman mengenai agamanya. Kalau dia faham pastilah dia menyempatkan masa untuk belajar ilmu - al-Quran dan as-Sunnah, menyemak segala amalannya supaya disejajarkan dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak, masakan dia boleh diiktiraf orang yang berilmu, jauh sekali orang 'alim atau ulama'.
Orang Yang Bijak/Yang Bodoh
Saudara, kalau kita mempunyai ilmu maka kita akan melakukan apa yang disebutkan dalam hadith berikut. Kalaulah orang kafir itu berilmu, maka sudah pastilah mereka akan meninggalkan agama nenek moyang mereka, dan menjadi orang Islam. Kerana, hanya orang Islam sahaja yang akan diberikan syurga, dan orang yang tidak Islam itu pasti tak dapat syurga, kecualilah, mengikut firman Allah (a.w), boleh seekor unta celus melalui lubang jarum (Ayat 40, Surah al-A'raf)! Mustahil. Tak mungkin. Begitulah orang yang akui dirinya Islam akan tahu bahawa amalan dan ibadah yang berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah batil, dan menjerumuskan mereka terkeluar dari Islam tanpa disedari.
Menceritakan hadith oleh ibnu Abi Maryam hadith dari Dhamrah b Habib hadith dari Abi Ya’la, iaitu Syaddad b Ausin berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-kaisu man dana nafsahu wa-‘amila lima ba’dal-mauti, wal-‘ajizu man atba-‘a nafsahu huaha thumma tamanna ‘alallahi.’ (Yang bermaksud: Orang yang pintar itu adalah orang yang menghitung (atau muhassabah) dirinya dan mengamalkan dengan apa-apa (yang diperlukannya) sesudah matinya; dan orang yang lebih bodoh (atau dungu) itu adalah orang yang mengikuti dia dirinya, iaitu hawa nafsunya; kemudian berangan-angan dia atas Allah (a.w), yakni Allah (a.w) akan mengampunkannya dari dosa-dosanya).)
Maka dengan itulah, kita disuruh menghitung amalan dan ibadah kita. Apakah kita telah laksanakan menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya? Kita hanya boleh pasti kalau kita mempunyai ilmu untuk menellti dan menyemak segala amalan dan ibadah kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment