Friday, November 2, 2012

Ilmu - Dunia dan Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang ilmu. Jangan lupa imu itu amat utama bagi umat Islam. Kerana segala-galanya bergantung pada ilmu. Hapusnya kejahila dalam agama kerana ilmu. Kalau tiada ilmu, maka manusia akan berpedomankan cakap-cakap dan persangkaan manusia, dan orang yang bijak akan menggunakan kebijaksanaan mereka menindas dan memperbodohkan serta menyesatkan orang lain.
Saudara, dalam blog ini apabila kita menyebut tentang ilmu kita merujuk kepada ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa ilmu yang dwajibkan seiap umat Islam mengji atau tuntut atau elajari adalah tiga, seperti yang disebutkan dalam hadith di bawah ini.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.' [Yang bermaksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu sedemikian berguna (untuk urusan duniawi): (Ilmu yang diwajibkan dipelajari dan difahami dan dijadikan panduan amalan dan ibadah) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil.][Hadith Abu Daud & ibnu Majah]
Saudara, kita tahu ketetapan Islam bahawa belajar ilmu itu suatu kewajipan, kerana dalam Ayat 36, Surah al-Isra' Allah (a.w) perintahkan umat manusia supaya kerjakan atau lakukan (i.e. beramal dan beribadah) hanyalah setelah tahu ilmu mengenai apa yang hendak dikerjakan atau dilakuakan (i.e. diamal dan diibadahkan). Kalau diamalkan atau dikerjakan sesuatu dalam kejahilan maka di akhirat kelak telinganya, matanya dan hatinya akan disoal mengenai segala sesuatu yang dikerjakan tanpa asas ilmu.
Mereka yang mengaji ilmu yang diwajibkan itu akan tahu betapa untungnya mempelajari ilmu, seperti yang dituntut dalam hadith di atas itu.

Kefadhalan Orang Yang Menuntut Ilmu 

Diriwayatkan hadith dari Kathir b Qais berkata: ‘Adaun aku sedang duduk di sisi Abi Darda’ di sebah masjid di Damsyik (Damascus, Syria), maka datanglah kepada Abi Darda’ seorang lelaki. Maka berkata lelaki itu: ‘Wahai Aba Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah tempat Rasulallah (s.a.w) kerana hadith yang telah sampai kepadaku, sesungguhnya engkaulah yang menceritakannya dari Nabi (s.a.w). Berkata (Abu Darda’): ‘Apakah tidak datang engkau dengan engkau perniagaan atau dagangan?’ Berkata (lelaki itu): Tidak.’ Berkata (Abu Darda’): ‘Dan tidak juga engkau datang kerana selain tujuan (i.e. bertujuan mencari ilmu)?’ Berkata (lelaki itu): ‘Tidak.’  Berkata (Abi Darda’): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man salaka toriqan yaltamisu fihi ‘ilman sahhalallahu lahu toriqan ilal-jannati. Wa-innal malaikata latado’u ajnihataha ridan li-tolobil-‘ilmi, wa-inna tolabal-‘ilmi yastaghfirulahu man fis-sama-i wal-ardhi hatta al-hitani fil-ma-I wa-inna fadlal – ‘alimi ‘alal-‘abidi ka-fadlilil-qamari ‘ala sa-iril-kawakibi; innal-‘ulama-a warathatul-anbiya-I innal-anbiaya-a lam yuwarrisu dinaran wa-la dirhaman, innama warrasul-‘ilma; faman akhazahu akhaza bihazzin wafirin.’ (Yang bermaksud: Sesiapa atau barangsiapa berjalan pada suatu jalan mencari dia di dalam perjalanan itu ilmu mempermudahkan Allah (a.w) baginya (i.e. orang yang berjalan mencari ilmu itu) jalan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya melepakan (i.e. menghamparkan) sayap-sayap mereka kerana ridha (i.e. menghormati) pada orang yang mencari ilmu (tolibi), sesungguhnya orang yang mencari ilmu (toliba) meminta keampunan baginya (i.e. orang yang mencari ilmu itu) orang-orang yang berada di langit (yakni, para malaikat) dan di bumi (segala makhluk) sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (meminta keampunan terhadapnya). Dan sesungguhnya kefadhalan (atau kelebihan) orang yang berilmu (‘alimi) mengalahkan orang yang ahli ‘ibadah (i.e. kaki ‘ibadah) sebagaimana kefadhalan (atau kelebihan) (cahaya) bulan mengalahkan kesemua (cahaya) bintang-bintang di langit; sesungguhnya orang yang berilmu (‘ulama’) (adalah) pewaris para Nabi; sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (yakni, lambang kekayaan dan kemewahan duniawi), sesungguhnya apa-apa yang mereka wariskan adalah ilmu (‘ilma). Maka barangsiapa mengambilnya, mengambil pada bahagiannya yang sempurna (dalam amalannya).) [Hadith Ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
[Nota: Hadith di atas ini memberi kkita tahu beberapa perkara. Pertama, mesejnya dalam hadith tersebut. Kedua, menunjukkan bahawa ilmu itu hanyalah diberikan kepada mereka yang benar-benar ingin mendapatkan ilmu, bukan kerana tujuan sampingan. Ketiga, kaedah penyapaian ilmu dan caranya adalah antara guru (Abu Darda’) dengan murid (Qais) secara berdepan – kaedah manqul. Mesej hadith ini memberitahu beberapa perkara menyentuh orang yang mencari ilmu atau mengaji untuk mendapatkan ilmu. Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan sebarang ilmu. Antara perkara yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah: pertama, orang yang berusaha melapangkan masanya untuk mengaji atau mencari ilmu, kerana tujuannya dalah untuk menghapuskan kejahilannya trhadap ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), supaya betul dan sah ‘amalan dan ibadahnya, maka Allah (a.w) permudahkan baginya jalan ke syurga (i.e. siratul mustaqim). Kedua, para malaikat di langit kesemuanya melatpkan atau menghamparkan sayap-sayap mereka menghormati orang yang mencari ilmu. Begitu tingginya nilai usaha tersebut dan dihormati oleh apara malaikat kerana suka sangat mereka terhadap perlakuan mencari lmu itu. Ketiga, Para malaikat dilangit dan kesemua mahluk di bumi memohon keampunan baginya kepada Allah (a.w), sehinggakan ikan-ikan yang berada di dalam airpun mendoakan keampunan bagnya. Keempat, kefadhalan atau kelebihan orang yang mencari ilmu itu seumpama kelebihan bulan yang mengalahkan sinaran atau cahaya kesemua bitang dilangit. Demikianlah tingginya kelebihan orang yang berilmu itu mengalahkan orang yang ahli ibadah (i.e. orang yang sentiasalah mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah.Kerana ahli ibadah itu menguntungkan dirinya sendiri sahaja, manakala orang berilmu menguntungkan dirinya dan orang lain yang mendapat ilmu darinya). Kelima, apara ulama’ (i.e. orang yang brilmu) adalah pewaris para nabi. Dimensi ini sering dibanggakan oleh para uama’ arus perdana menyebut-nyebutnya, walhal meeka keiru dan tak faham maksudnya. Disebutkan dalam hadith ini para ulama’ ituadalah pewaris para nabi, kerana mereka mewariskan ilmu dan adalah para ulama’ itu menyampaikan ilmu sebagaimana para nabi menyampaikan ilmunya kepada masyarakat atau umat mereka. Malangnya hari ini berapa ramaikah para ulama’ yang mencari, memahami dan menyebarluaskan ilmu yang hak itu untuk manfaat orang lain? Malah kebanyakan mereka yang akui diri mereka ulama’ menyembunyikan ilmu. Atau kedekut ilmu. Kalau tak diimbuh atau ditonjolkan, maka kurang rela mereka menyampaikan ilmu mereka. Keenam, orang yang mengambil ilmu mendapat manfaat yang besar kerana mengambil untuk dirinya kesempurnaan dalam agama.]
Saudara. mudah-mudahan saudara yang mengikuti blog ini faham betapa utamanya ilmu itu. Kerana tanpa ilmu kita akan tersasar dalam beragama - menyimpang dari jalan yang lurus. Maka jika demikian kita mengerjakan sesuatu untuk mencari syurga, kita mengikuti jalan yang batil, menjerumuskan kita ke dalam neraka. kalau kita tersilap di dunia boleh kita berundur, kembali ke pangkal jalan. kalau tersasar, terjerumus di akhirat, tiada jalan keluar.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment