Assalamualaikum,
Saudara, kini TV al-Hijrah sudah berusia dua tahun. dalam kedahagaan manusia ingin tahu tentang Islam dan tuntutannya, dan keinginan orang yg tidak Islam untuk mengetahu apakah Islam sebenarnya, dan untuk umat Islam sendiri yg inginkan ilmu mengenai Islam secara mudah, Tv al-Hijrah amat menarik dan menepati citarasa umat Islam zaman ini.
Saudara, Imam Suhaib Webb, seorang warganegara US, yg memeluk Islam lebih 20 tahun, menjadi host program 'Reflections' - mentafsirkan surah-surah pendek al-Quran. Kita harus kagum dengan kebolehan beliau - faham Islam, luas 'ilmunya' mengenai Islam, dan seorang ahli bahasa Arab yg unggul kerana boleh mentakrifkan ayat, syntax, construction, maksud, asal usul, tradisi budaya bahasa penggunaan kata-kata Arab, dan sebagainya dalam programnya. Rasanya tak ramai orang Melayu yg boleh dinobatkan sebagai ulama' atau ilmuwan yg memiliki kebolehan setanding beliau. Kita, sebagai orang Islam harus berbangga, kerana banyak perkara.
Saudara, hari ini Suhaib Webb mula membincangkan ungkapan atau kalimah 'siratul mustaqim' dengan tujuan untuk memberi kefahaman kepada mereka yg mengikuti program tersebut tentang 'siratul mustaqim'.
Kita umat Islam menyebut kalimah 'siratul mustaqim' itu sekurang-kurangnya 17 kali sehari - apabila kita membaca urah al-Fatihah dalam solat fardu. Bagi mereka yg mengerjakan solat-solat sunat pula, pastilah lebih kerap lagi.blog ini diwujudkan dan diasaskan atas hakikat 'siratul mustaqim' - demi mencarinya dan mempastikan bahawa kita berada di atasnya, supaya tidaklah kita mencari da mengikuti 'sirat = jalan' yg lain. Bros Suhaib Webb menyebutkan bahawa 'siratul mustaqim' itu adalah suatu bidalan dan Islam itu adalah 'siratul mustaqim'.
Belau memberitahu tadi pagi dalam program Reflectionsnya di TV al-Hijrah - 19 Nov. 12 - bahawa episod-episod Reflections Musim ini akan mengolahkan dengan panjang lebar 'siratul mustaqim' itu. Kita tengok dan lihat, apa huraiannya. Namun, supaya saudara tidaklah keliru, kita lihat intipati 'siratul mustaqim' itu berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Sebagai permulaan, bagi saudara yg sering mengikuti post dalam blog ini, kita telah jelaskan beberapa ciri atau element (=unsur) dalam 'siratul mustaqim' itu. Umat Islam akan baca atau sebut kalimah ini sebanyak 17 kali sehari, kalau dia mengerjakan solat-solat fardu, kerana stiap rakaat solat fardu umat Islam wajib baca Surah al-Fatihah, iaitu Ayat 6, Surah al-Fatihah: 'Ihdinas-siratal mustaqima' (yg bermaksud: tunjukkan kepadaku 'siratul mustaqim' (kemudian ini kita rujuk sebagai 'SM' sahaja), i.e. jalan lurus ke syurga itu). Bagi umat Islam yg mengerjakan solat-solat tambahan - Solat Rawatib, disebutkan sekurang-kurangnya 12 kali, Solat Duha di siang hari, sekurang-kurangnya 2 kali dan hingga 12 kali pula, dan kalau dia bangun untuk solat Tahajud, mungkin 10 - 12 kali lagi. Tapi apakah mereka faham apa yg disebutkan atau apa yg dipinta? Kita minta Allah (a.w) sentiasalah tunjukkan dan bimbing kita kepada SM itu. SM itu adalah jalan yg haq untuk mempastikan orang yg berada di atasnya kepastian mendapatkan syurga di akhirat kelak. Sebagai seorang Islam yg beriman, kita wajib faham elemen-elemen SM berikut:
Pertama, SM itu diperjelaskan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat: ''Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'budini' (yg bermaksud: Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepada Aku (Allah (a.w)) (Ayat 56, Surah az-Zariat). Maksudnya, hendaklah manusia itu iktiraf sebagai tuhan yg berhak disembah hanyalah Allah (a.w). Tiada tuhan lain. Mana-mana manusia yg akui ada kuasa ketuhanan selain Allah (a.w) pasti tidak berada di atas SM itu. Kedua, Allah (a.w) perjelaskan lagi bahawa SM itu adalah Ayat 21, Surah Yaasin: 'Wa-ani'buduni; haza siratum-mustaqima' (yg bermaksud: Bahawasanya hendaklah kamu mengabdikan diri kamu sekeliang kepada Aku (Allah (a.w)) itulah 'siratul mustaqim' (i.e. jalan lurus ke syurga)). Dalam konteks aqidah dan syariat Islam, mengabdikan diri itu bererti ikuti atau kerjakan segala suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sekuat mampu, dan tinggalkan atau jauhi diri dari tegahan atau larangan sama sekali. Jelas. Pengabdian itu ditetapkan sepcsnya oleh Allah (a.w) dan ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Manusia tahu perintah Allah (a.w) itu melalui UtusanNya, semenjak zaman manusia pertama lagi, Adam (a.s), sampai zaman Nuh (a.s), Hud (a.s), Salleh (a.s), Daud (a.s), Sulaiman (a.s), Musa (a.s), Isa (a.s) dan akhirnya Muhammad (s.a.w). Tanpa perntaraan Rasulallah (s.a.w) manusia itu tak tahu apa dia SM dan bagaimana untuk berjaya berada di atas SM itu. Ketiga, suruhan dan tegahan Rasulallah (s.a.w) itu sama dengan suruhan dan tegahan Allah (a.w). Seorang yg Islam dan beriman itu pasti berada di atas SM itu jika dia tergolong dari kalangan orang yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut. Maka Allah (a.w) memberitah pada Ayat 80, Surah an-Nisa': Man yuti'ir rasula faqad 'ata'allaha' (yg bermaksud: Sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w), maka dia mentaati Allah (a.w)). Dalam as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) memberitahu apa-apa yg dihalalkan atau diharamkan oleh beliau adalah apa-apa yg dihalalkan atau diharamkan oleh Allah (a.w). Keempat, seseorang itu kekal berada di atas SM itu jika dia patuhi ketentuan as-Sunnah. Inilah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr: 'Wa-ma atakumur rasula fa-khuzuhu, wa-ma nahakum fantahu' (yg bermaksud: Apa-apa yg dibawakan oleh Rasul hendaklah kamu sekelian ambil, dan apa-apa yg ditegahnya, hendaklah kamu tinggalkan) [Ayat 7, Surah al-Haysr]. Jelaslah spesifikasi mengenai pengabdian itu akan dtetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) - orang yg diutus Allah (a.w) untuk menyempaikan kepada manusia apakah perincian perlakuan dan tindakan yg membolehkan manusia itu berada di atas SM, iaitu ikuti as-Sunnah. Mengikuti as-Sunnah bermaksud ikuti ketetapan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah). Kerana Rasulallah (s.a.w) menyampaikan kepada manusia dua perkara - Kitab Allah (a.w), yakni al-Quran dan al-Hikmah, yakni as-Sunnah, peraturan pengabdian dan panduan amalan dan ibadah dan panduan hidup orang iman. Maka, elemen kelima SM itu adalah kejayaan akhirat, sebagaimana firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Man yuti'illaha war-rasulla, yudhilhul jannatin' (yg bermaksud: Sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti masuk syurga. Jelasnya, jika berjaya berada di atas SM itu dan ikutinya sepanjang hayat dengan mematuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa', tersebut, pasti sampai kehujung jalan tersebut - berjaya dapat syurga selamat dari neraka.
Saudara, demikianlah secara rengkas apakah 'siratul mustaqim' itu -yg setiap orang Islam yg beriman minta Allah (a.w) tunjukkan dan kemudian bimbing supaya sentiasalah berada di atas jalan tersebut samapi ajal mati masing-masing. Yg selalu mengelirukan umat Islam - kerana kejahilan ilmu al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith) adalah pengaruh manusia. Pertama, terdapat orang Islam dikalangan kita yg merasai dirinya lebih pintar dan cerdik kerana Allah (a.w) kurniakan otak yg pintar dan sebagainya, membuat tafsiran yg bati terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Maka, kerana menyebut sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka batillah panduan tersebut, maka menyimpang dari SM itu. Jika penyimpangan itu berlarutan, maka ktika sampai ajal seseorang yg terpengaruh sedemikian itu, tergelincir dari SM, tak sampai ke tempat yg dituju ketika matinya - gagal dapat syurga, masuk neraka. Umat Islam juga terkeiru apabila mereka dipengarhi oleh cerdik pandai dikalangan mereka yg mengubah syiar Islam, sperti tidak melaksanakan perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran, tentang kewajipan berjema'ah secara formal dalam Islam. Berjema'ah adalah termasuk dalam specs ketaatan kepada Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Ini sering tidak diambil endah oleh majoriti umat Islam. Maka kerana tidak akur dengan perintah Allah (a.w) berjema'ah itu, maka tergelincirlah umat Islam dari mengikuti SM tersebut, maka akhirnya gagal mendapatkan syurga dan sebaliknya terjerumus ke dalam neraka, wal iya zubillah.
Saudara, 'siraul mustaqim' itu nampak simple tetapi memerlukan kefahaman yg mendalam terhadap Islam dan syariatnya. Kefahaman hanya didapati jika umat Islam itu belajar, faham dan laksanakan apa-apa yg ditentutkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Hanya ilmu al-Quran dan as-Sunnah yg membolehkan kefahaman itu diperolehi.
Justeru itu, berdasarkan panduan daam post ini, kita teruskan mendengar apa kata Bros Suhaib Webb dalam program Reflectionsnya.
Jazakallahu khairah
.
No comments:
Post a Comment