Friday, November 16, 2012

Ilmu dan Amalan - Isu Bid'ah

Assalamualaikum,
Saudara, rasanya ramai umat Islam, terutama orang Melayu yg mengikut program '30 minit bersama Ustaz Don' (Us Don Biyajid) dan 'Reflections' (Shuaib Web) dalam TV al-Hijrah setiap pagi hari bekerja antara jam 6.30 hingga 7.30 pagi.
Hari ini Us Don mengulas tentang amalan-amalan sunnah dalam solat dan beliau berkeras mempertahankan wujudnya 'bid'ah hasanah', kerana katanya, sebagaimana para ulama' arus perdana, berkeyakinan penuh dan mempertahankan pendapat hahawa 'bid'ah hasanah' ada unnah yg baik dan diterima oleh Islam. Apabila Us Don (dan para ilmuwan lain) bercakap tentang bid'ah, dia tidak pula mengemukakan nas dan dalil al-Quran atau al-Hadith mengesahkan pendapat mereka. Justeru itu, semuanya adalah pendapat atau pemikiran yg tiada landasan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Beliau menyebutkan bahawa agama Islam dan syariatnya itu diperkenalkan kepada manusia - masyarakat Quraisy Arab - lebih 1,433 tahun yg lampau. Ketika itu temadun manusia jauh terkebelakang dari sekarang ini. Maka  perkembangan sedemikian itu telah memungkinkan perlunya perubahan berlaku dalam aqidah dan amalan Islam.
Saudara, dalam blog ni kerapkali kita sebutkan bahawa agama Islam itu, syariatnya ditentukan oleh Allah (a.w) dan disampaikan oleh Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w) melalui Jibril (a.s) atau terus melalui wahyu, tanpa diubah oleh Jibril (a.s) sedikitpun. Apakala setiap sesuatu itu perlu diperjelaskan secara praktikal, maka Allah (a.w) utuskan Jibril (a.s) turun ke dunia mengajarkan Rasulallah (s.a.w) bagaimana. Justeru itu segala sesuatu mengenai pengabdian manusia - terutama amalan dan ibadah - kepada Allah (a.w) dari segi bentuknya, kaedah dan cara mengerjakannya, termasuklah perincian dari segi rukun-rukun qalbi (niat dan tujuan amalan dan ibadah), fe'li (perbuatan dan perlakuan) dan qauli (bacaan) ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w). Malaikat Jibril (a.s) mebnajar dan membimbing Rasulallah (s.a.w) selama 23 tahun. Dan, apabila sampai ketikanya Rasulallah (s.a.w) diwafatkan, maka syariat Islam itu sudah disempurnakan. Maka dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) berupa Rasul atau Utusan dan Nabi akhir. Dan, dengan itu jugalah agama Islam itu dijadikan agama untuk semua manusia dan semua zaman sampailah ketikanya dunia ini dikiamatkan oleh Allah (a.w).
Yang paling utama kita fahamai adalah Allah (a.w) mengetahui segala sesuatu yg terawal dan yg terakhir. Ilmu Allah (a.w) tidak siapa yg boleh tandingi, walau sebijakmana sekalipun manusia itu. Di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa sekiranyalah ilmu Allah (a.w) itu hendak dituliskan atau dikitabkan, jikapun semua pohon dan pokok di bumi ini ditebang dan dijadikan pen atau pena untuk menulis ilmu tersebut dan air lautan dijadikan dakwat untuk menulisnya, digandakan beberapa kali ganda, pasti ilmu Allah (a.w) itu tidak akan habis ditulis oleh manusia. Kalau begitu, masakan Allah (a.w) itu jahil tentang sinario zaman dan temadun manusia! Sesiapa yg berpandangan sedemikian pastilah dia kufur dan kafir, kerana menyamakan Allah (a.w) dgn makhluk! Justeru itu tidak mungkin ada yg tertinggal dalam spesifikasi bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah dan rukun-rukunnya, maka manusia boleh mengubah atau menyesuaikan spesifikasi Islam dan syariatnya telahpun ditetapkan oleh Allah (a.w).
Saudara, umat Islam hanya dikehendaki kerjakan apa yg disuruh oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - buat yg disuruh dan tinggalkan atau jauhi yg ditegah. Itu sahaja tugas manusia. Manusia tidak sekali-kali diberi mandat untuk mencadangkan atau melakukan sebarang penambahan atau pengurangan kepada agama Islam dan syariatnya - walaupun sekadar menukar rukun fe' linya atau rukun qaulinya. Inilah yg wajib difahami oleh orang Islam.
Saudara, dalam membincangkan tajuk Ilmu dan kaitannya dengan dunia dan akhirat, syurga dan neraka, kita telahpun dinasihatkan atau diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa kita hanya perlu berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - dan kita tidak boleh tambah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, semata-mata kerana kita terfikir bahawa ada sesuatu yg tak cukup atau kurang dalam syariat Islam, walaupun sekadar satu dimensi kecil seumpama rukun qauli sesuatu amalan dan ibadah. Jika kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kita tidak akan sesat mencari dan mengikuti 'siratul mustaqim' - jalan mendapatkan syurga. Malah Allah (a.w) berjanji jika kita ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah pasti kita mendapat syurga - Ayat 13, Surah an-Nisa'.
Saudara, meneyentuh tentang bid'ah, insya Allah dalam post-post yg akan datang kita akan bincangkan isu bid'ah ini. Kita akan tahu apakah ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenainya (Ingat: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr Allah (a.w) memerintahkan kita supaya ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) - yakni, yg disuruh kita buat sekuat mampu dan yg ditegah kita tinggalkan atau jauhi sejauh-jauhnya. Dan sesiapa yg menolak ketetapan as-Sunnah sama halnya menolak ketetapan Allah (a.w) atau menolak al-Quran.) Insya Allah kita akan teliti beberapa hadith tentang isu bid'ah ini. Dan, kita akan tahu bahawa bid'ah ini amat berbahaya kepada aqidah orang Islam - kerana boleh menjadikan pengamalnya syirik,  kafir atau tanpa disedari, terkeluar dari Islam - maksudnya menjadi kafir tanpa disedari dan kita masuk neraka walaupun mengerjakan amalan dan ibadah yg begitu banyak serta istiqamah pula! Oleh itu berwaspadalah.
 
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment