Thursday, November 1, 2012

Ilmu - Dunia dan Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, bagi saudara yg Islam, saudara beruntung kerana anuti agama Allah (a.w), agama yg diterima Allah (a.w). Pass tahap pertama nak dapatkan syurga. Kalau sdr orang yg beriman, yakni yakin bahawa di akhirat kelak, ada dua tempat kekal bagi semua manusia (Ayat 7, Surah as-Syura), maka sdr beramal dan mengerjakan ibadah, menjalani kehidupan dgn akhlak yg dianjurkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), sdr ditahap yg kedua, dalam mencari jalan ke syurga itu. Apabila sdr ilmukan diri sdr dgn ilmu yg haq - al-Quran dan as-Sunah - anda berada ditahap keimanan tahap keimanan ketiga pula. Dan, apabila sudah tahu dan faham ilmu yg haq itu, maka diamalkan - yg disuruh dibuat dan yg ditegah ditinggalkan, maka sdr berada ditahap yg sempurna, berada di atas siratul mustaqim = jalan lurus ke syurga itu, maka sdr berjaya tergolong dari kalangan mereka yg disebutkan dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' itu - pasti mendapat syurga apabila mati dan kiamat dunia nanti. Itulah kesudahan yg dicari oleh orang iman.
Saudara, ada dua golngan manusia di dunia ini semenjak zaman manusia pertama, Adam (a.s), iaitu golongan pertama, yg menerima syariat agama Allah (a.w), yg dibawakan atau disampaikan oleh Utusan Allah (a.w); dan golongan kedua, yg tidak menerima syariat agama Allah (a.w). Golongan kedua ini adalah dikelompokkan sebagai orang kafir. Mereka ini percayakan ada suatu kuasa ketuhanan, selain Allah (a.w). Malah mereka juga percaya ada makhluk seumpama malaikat. Namun, mereka mengabdikan diri mereka kpd tuhan mereka - yg memimpin mereka angan-angankan atau dicipta sendiri, tidak didasari oleh suatu panduan haq lagi mutlak iaitu panduan Allah (a.w) dan utusanNya, seumpama Rasulallah (s.a.w). Maka mereka kafir. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran beberapa perkara tentang orang ini. Antaranya, seseorang yg kafir, yakni tidak mahu bertuhankan Allah (a.w) dan tak mau terima Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai Utusan Allah (a.w) yg membawakan agama yg benar dari Allah (a.w) itu, yg membimbing manusia menyembah (mengabdikan diri kepada) Allah (a.w). Golongan pertama, kerana menganuti agama Islam sebagai agama dalam hidupnya, maka mereka berpeluang untuk berjaya di akhirat. Kerana, agama Islam sahaja agama yg diterima Allah (a.w). Kalau anuti agama yg lain, selain Islam, tak diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadah mereka. Di dunia mungkin selamat, tapi di akhirat pasti tak selamat.
 Firman Allah (a.w): (Innad-dinallahil Islam … (hingga) … fainnallah sari’ul hisaba) [Maksud:Bahawasanya agama di sisi Allah (a.w)(yakni, yang diperintahkan ke atas manusia atau yang diredhai oleh Allah (a.w) manusia anuti) itu adalah agama Islam; dan tidaklah bertelingkah (atau berselisih pendapat)(ahli-ahli Kitab, iaitu orang Yahudi dan orang Nesrani), kecuali dari apa-apa setelah apa-apa yang didatangkan kepada mereka ilmu, dengki mereka sesama mereka; dan barangsiapa mengingkari ayat-ayat Allah (a.w) (yakni, ketetapanNya), maka sesungguhnya Allah (a.w) itu amat cepat mengira.] [Ayat 19, Surah ali-Imran]
Saudara, bila Islam bernasib baik, dapat melangkah ke depan setapak lagi mencari kejayaan akhirat. Kalau tak Islam, apa saja kebaikan di dunia, tinggal di dunia sahaja, tidak ada simapanan akhirat. Di akhirat muflis. Apabila mati disiksa dalam kubur. Siksaan itu berterusan sehinggalah kiamat dunia. Fikirkanlah, berapa lamakah orang di dalam kubur itu tersiksa dan disiksa? Kalau dia adalah anak Adam (a.s) yg kafir - yg membunuh adiknya kerana tak dapat berkahwin dgn pasangan kembarnya. Firaun dan Haman dan Qarun yg mati zaman Musa (a.s). Dan, orang yg mati zaman Rasulallah (s.a.w) - Abu Lahab, Abu Jahal - yg disiksa sampai sekarang ini dan terus sampai kiamat dunia?
Kalaulah orang kafir itu begitu kaya sehingga dapat memiliki kekayaan seumama isi bumi ini, dan mati tidak Islam, maka ingin dia merasuah atau menukarkan hartanya itu demi mendapatkan syurga diakhirat, pasti tak diterima rasuah mereka (Ayat 91, Surah ali-Imran dan Ayat 18, Surah ar-Ra'du). Malah, kalau digandakanpun hartanya untuk merasuah Allah (a.w) dilepaskan dari siksaan neraka, tetap tidak akan diterima sogokan mereka (Ayat 36, Surah al-Maidah). Segala kebaikan yg dilakukan oleh orang kafir ketika hidup dunia, walau bagaimana baiknya dipandang oleh manusia - dikagumi semangat philantropsnya, luhur budinya, membantu melestarikan agama Islam dan menolong orang Islam, walhal dia tak Islam - takda kesan apa-apa untuk akhiratnya, seumpama debu yg hinggap di atas batu batan, ditiup angin hapus, beterbangan. Itulah perumpamaan budi baik orang kafir dalam hidupnya (Ayat 18, Surah Ibrahim). Sebaliknya pula, kalau seseorang kafir itu masuk Islam di akhir hayatnya - katalah dia masuk Islam pada umur 80 tahun, kemudian, dia mati sehari selepas menjadi Islam, maka segala dosa-dosanya yg lalu itu terhapus sama sekali, dan apa-apa kebaikan yg dibuatnya ketika dia kafir, kekal dibawanya (i.e. mendapat ganjaran pahala) untuk bekalan akhiratnya. Alangkah beruntungnya dia!
Dan, kalau Islam tapi takpun ilmukan diri untuk beramal mengikut spesifikasi Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), tergelincir dari siratul mustaqim, mati disiksa spt orang kafir juga, kerana menentang perintah dan suruhan Allah (a.w), bila kiamat dunia, dihisab, tetapi diberikan Kitab Catatan Amalan yg isinya kosong tanpa apa-apa pahala tetapi dosa tetap ada (selagi tidak ditaubatkan). Maka di dalam kubur disiksa kerana tidak akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan diakhirat lebih azab lagi. Kerana siksaan kubur itu hanyalah sebahagian siksaan sahaja, siksaan yg sempurna di akhirat! Hanya, untungnya kerana ada keimanan sebesar zahrah atau biji sawi atau semut hitam yg kecil tentang kewujudan Allah (a.w) dan kerasulan Muhammad (s.a.w) (yakni, sebagai Rasul atau Utusan Allah (a.w)), maka selepas diberisihkan dalam neraka - entah berapa ahqab - ada peluang masuk syurga. Itu saja bezanya. [Nota: 'Ahqab' itu kiraan tahun akhirat, satu ahkab itu lamanya berjuta-juta tahun pula. kalau sehari di akhirat sama dgn 1,000 tahun dunia, atu juta tahun berap tahun di dunia??]
Kalau Islam, tetapi terpengaruh dgn pelbagai ajaran kebatilan dan amalan kebatilan dalam hidupnya, maka aqidah Islam tergugat dan musnah, malah batal aqidah, dan terkeluar dari Islam, maka samalah kita sebagaimana orang kafir walaupun kita sangka diri kita kekal orang Islam! Semua ini ditentukan oleh ilmu dan kefahaman tentang Islam dan tuntutannya. Maka dgn itulah ilmu itu amat utama bagi orang manusia, terutama yg akui dirinya Islam. Bukan sebarang ilmu. Bukan sebarang sumber atau rujukan. Yg lain pasti batil dan yg haq dan dikira hanyalah apa yg telah disebutkan dalam post yg lalu - al-Quran dan as-Sunnah dan dipelajari secara manqul dan didepan seorang guru yg berilmu dan faham Islam. Kalau tidak rugi serugi-ruginya.
Saudara, insya Allah, kita akan teliti beberapa dimensi atau perspektif mengapa orang Islam terjerumus menjadi syirik dan  kafir tanpa mereka sedari. Merka itu bersolat, berpuasa dan melaksanakan pelbagai tuntutan Islam, tetapi sia-sia sahaja segala amalan dan ibadah, tak dapat pahala, sebaliknya mendapat dosa, malah lebih serius lagi, terkeluar dari Islam, wal iya zubillah.
Saudara, orang Islam itu ada tiga kategori (Ayat 32, Surah Fatir). Pertama, orang iman yg mengerjakan segala yg disuruh dan perintahkan dikerjakan sekuat mampunya spt solat, puasa, zakat, infaq, kerjakan haji dan umrah, dan buat baik kpd manusia lain dsbnya, dan dia menjauhi segala yg ditegah atau dilarang. Mereka ini disebut 'fastabiqul khairat' = berlumba-lumpa mencari kedudukan terbaik di syurga kelak. Kedua, orang yg 'menzalimi dirinya sendiri', orang pertengahan, dikerjakan apa-apa yg disuruh kerjakan sekuat mampu, tetapi terkadang tanpa disedari melanggar ketetapan Allah (a.w) yg diperintah dijauhi atau ditegah dilakukan. Ketiga, orang yg fasiq, iaitu orang iman yg melanggar ketetapan Islam - yg disuruh tak dbuat tetapi yg ditegah dibuat. Mereka itulah orang yg berkemungkinan jatuh kafir tabpa disedari mereka. Setiap dosa itu mengakibatkan pelakunya disiksa dalam neraka, jika dosa itu kekal padanya, berapa  lama, bergantung kpd jenis dosanya, dan jika tidak ditobatkan (tobat nasuha), sebelum matinya. Orang Islam yg berpura-pura - mengaku Islam tetapi musush Islam - adalah golongan munafiq, mereka itu sebenarnya lagi rendah mertabatnya dari orang kafir, kerana berada di lapisan terkebawah dalam neraka, walhal yg kafir di atas mereka dalam neraka!
Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment