Sunday, November 11, 2012

Ilmu dan Amalan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk di atas, 'Ilmu dan Amalan' dan juga tajuk yg terkait iaitu 'Ilmu- Dunia dan Akhirat', seterusnya supaya kita yg akui diri kita Islam dan beriman itu faham, apakah tuntuan Islam dan apakah tanggungjawab kita sebagai seorang Islam dan apa akbibatnya akhirat kita, jika kita patuh atau tidak patuh dan sebagainya.
Saudara, pagi ini kita teliti dua hadith yg pendek tetapi padat mesejnya, di bawah satu sub-tajuk yg pula, iaitu:

Orang Iman Terbaik
(a) Matlamat orang iman – Berjaya di dunia dan diakhirat 

Saudara, manusia itu ingin kejayaan di dunia. Bagi orang Islam dan beriman itu dia juga inginkan kejayaan di akhirat. Orang yg tidak Islam itu tidak meyakini adanya dunia akhirat. Pada mereka, setelah mati, tamatlah riwayatnya sebagai manusia. Atau, kalau mereka baik di dunia - seumpama seorang yg dermawan dalam hidupnya - maka pasti dia dibangkitkan di akhirat, kalaupun mereka yakin dibangkitkan, sebagai penjelmaan haiwan atau pokok yg baik bagi manusia kemudian.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Sebesar-besarnya cinta manusia adalah seorang iman yang bercita-cita ingin meraih kejayaan dalam urusan dunia dan (juga) (ingin meraih kejayaan dalam) urusan akhiratnya.’[Hadith ibnu Majah, Kitab Perdagangan] 
Hadith ini merujuk kepada orang Islam dan beriman. Kerana kalau tidak Islam dia tidak akan fikirkan akhirat. Dia tak yakin adanya akhirat. Hadith juga tidak merujuk kepada orang Islam, kerana majoriti orang Islam tak kisahkan akhiratnya - mungkin sekali sekala terfikir atau mungkin dia yakin secara bati bahawa bila Islam pasti berjaya di akhirat! Tak mungkin. Hanya orang Islam yg beriman - kalau beriman dia melaksanakan tanggungjawab keIslamannya sekuat mampunya - maka dia yakin bahawa kejayaan akhirat hanya dengan mengerjakan amal soleh (solat dsbnya).
 
(b) Orang iman terbaik mengimbangi dunia dan akhiratnya 
 
Saudara, hadith berikut ini memberi kita tahu bahawa orang iman yg terbaik itu adalah orang yg berusaha sekuat mampunya untuk kejayaan duniawi dan dalam masa yg sama berusaha juga sekuat mampunya untuk mencari dan, pasti mendapatkan, kejayaan akhirat.
Diriwayatkan hadith dari Anas (r.a) hadith dari Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada (yang) sebaik-baik (dikalangan) kamu (melainkan) adalah orang yang tidak meninggalkan dunianya kerana urusan akhiratnya dan tidak meninggalkan akhiratnya kerana urusan dunianya, sehingga dia mendapatkan kedua-duanya (i.e. kesemuanya sekali). Sesungguhnya dunia itu bekalan (i.e. persediaan) untuk akhirat. Janganlah kamu bergantung pada manusia.’ [Hadith ibnu ‘Assakar] .
Saudara, hadith di atas juga merujuk kepada orang Islam yg beriman. Kalau dia Islam sahaja dia akan take for granted akhiratnya. Orang Islam yg iman itu pastilah dia tahu dan faham bahawa kejayaan akhirat hanya boleh didapati kalau dia menyediakan dirinya untuk akhirat, disamping menyediakan dirinya untuk dunianya. Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam yg hasilnya diterima di akhirat, sabda Rasulallah (s.a.w). Dunia adalah tempat menyediakan bekalan. Diumpamakan dunia kita daam perjalanan, dan kita singgah buat sementara di dunia - selama antara 40 atau 50 atau 60 atau 70 atau 100 tahun bermetautin di dunia - kemudian meneruskan perjalanan pula ketika ajal tiba berpindah pula ke alam barzah selama beberapa tahun pula sehingga tibanya kiamat, kemudian berpindah ke padang makhsyar untuk perhimpunan agung terbesar manusia, sebelum brtempat secara kekal dan tanpa kesudahan masa di akhirat - bertempat disyurga atau di neraka.
Saudara, mudah-mudahan kita sedar dan disedarkan oleh Allah (a.w) supaya jadkan panduan hidup mesej hadith ini, demi kesejahteraan akhirat kita. Sesungguhnya kalau kita miskin atau tidak kaya dan mewah di akhirat, kemiskinan kita atau kemelaratan kita hanyalah untuk sepanjang hayat kita, bila mati hilang kemisinan dan kemelaratan kita. Namun, kalau kita tiak bersedia semasa hidup untuk akhirat kita, maka kemiskinan dan kemelaratan akhirat kita itu kekal, tiada sempadan waktu. Justeru itu, walaupun kita berusaha untuk jadi kaya dan mencari kemewahan, jangan lupa menyediakan kemewahan akhirat, insya Allah.
 
Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment