Tuesday, November 6, 2012

Ilmu - Dunia dan Akhirat (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan semula penelitian kita mengenai tajuk di atas: utamanya ilmu itu untuk kehidupan di dunia (mencari maisya serta menyediakan bekalan untuk akhirat) dan kehidupan akhirat. Menyebut tentang keutamaan ilmu itu demi kebajikan dunia dan kesejahteraan akhirat, kita perlu lihat tga dimensi: iaitu pertama, dari hakikat aqidah - kepercayaan kita terhadap Allah (a.w) (maksudnya, al-Quran) dan terhadap Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, as-Sunnah atau al-Hadith). Aqidah itu melibatkan Rukun Islam dan Rukun Iman. Rukun Islam menyentuh segala bentuk pengabdian manusia yg diwajibkan atas setiap mereka yg Islam dan beriman - solatnya (yg fardu dan yg sunat), puasa (yg fardu dan yg sunat), zakat fitrah dan zakat dan juga infaq fi sabililah, menunaikan haji dan umrah dan sandaran semua itu adalah syahadah - ikrar manusia terhadap keesaan Allah (a.w) - tiada tuhan yg berhak disembah dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah Utusan (pesuruh) Allah (a.w). Seseorang itu dianggap Islam setelah bersyahadah dgn sepenuh hati dan qalbunya setiap masa, kemudian dia melaksanakan segala amalan dan ibadah yg diperintahkan dia lakukan, dan menjauhi atau tidak mengerjakan segala sesuatu yg ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Seseorang itu hanya Islam sebenarnya jika dia terima perintah Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran) dan terima perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w)(i.e ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). Mereka yg Islam dan beriman itu diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa apa-apa yg dihalalkan oleh beliau (i.e. Rasulallah (s.a.w)) adalah juga apa-apa yg dihalalkan oleh Allah (a.w) dan apa-apa yg diharamkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu juga yg diharamkan oleh Allah (a.w). Justeru itu panduan hidup dan panduan amalan manusia yg Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Islam seseorang itu sah jika dia terima al-Quran dan terima as-Sunnah.
Kedua, dari hakikat amalan dan ibadah. Setiap amalan dan ibadah itu - dari konteks bentuk-bentuknya, cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkannya, hendaklah didahului oleh ilmu bukan beramal dan beribadah secara ikut-ikutan tanpa terlebih dahulu mempelajari dan memahami ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut (Ayat 36, Surah al-Isra' - hendaklah berilmu dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan dan ibadah). Ilmu mengenai amalan dan ibadah serta ilmu dan panduan memandu kehidupan yg diridhai Allah (a.w) di dunia itu adalah al-Quran dan as-sunnah. Ilmu ini hendaklah diperolehi atau dipelajari secara manqul dari orang yg berilmu dan faham tentang al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam disuruh pelajari dua ilmu itu dengan merujuk secara langsung - membuka kitab al-Quran dan kitab al-Hadith semasa belajar dan diajarkan - bukan dengan membuka kitab dan buku-buku mempelajari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah melalui sumber sekunder (recondary sources), i.e kitab atau buku karangan manusia.
Ketiga, dari hakikat aqidah, pengamalan dan sahnya amalan dan ibadah serta segala sesuatu yg ditetapkan oleh Islam adalah menganuti Islam secara berjema'ah (Ayat 103, Surah ali-Imran - peganglah tali atau agama Allah (a.w) itu dengan berjema'ah). Islam adalah agama yg diwajibkan dianuti secara berjema'ah dan sistem berjema'ah itu di perintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) serta ditunjukkan secara praktiknya oleh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah zaman Islam itu. Ada kepimpinannya (imam atau amir), ada ikrar janjinya antara pengikut atau umat atau jema'ah umat Islam terhadap kepimpinan (bai'at), dan jelas peranan dan tanggungjawab yg memimpin dan yg dipimpin dan jelas had kuasa kepimpinan dan yg dipimpin dan hubung-kaitnya dengan perintah dan suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) (Ayat 59, Surah an-Nisa' dan hadith - mentaati Allah (a.w), mentaati Rasulallah (s.a.w) dan mentaati 'ulil amri' selagi 'ulil amri' tidak memerintahkan sesuatu yg bersifat maksiat = perintah yg bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah. Keputusan atau ketetapan muktamad adalah al-Quran dan as-Sunnah bukan ijtihad (i.e. ketetapan) 'ulil amri'.
Saudara, inilah tiga dimensi aqidah yg wajib umat Islam itu fahami. Segala sesuatu dalam Islam hendaklah berpandukan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Maksudnya, semuanya ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, dimensi ketiga menyentuh perkara jema'ah itu, kita telahpun lihat hadith Omar b Khattab (r.a) berikut: 
Omar (r.a) berkata: Innahu la Islama illa bi-jama’atin, wala jama’atin illa bi-imaratin, wala imaratin illa bi-ta’atin ... hingga akhir hadith.’ [Maksud: Tidak dikatakan Islam tanpa berjema’ah, tidak dikatakan berjema’ah tanpa berimam, tidak dikatakan ada imam (atau institusi keimaman) tanpa ketaatan kepadanya (i.e. imam).] [Hadith riwayat ad-Darami, Kitab Raqam Hadith]
Saudara, apa yg dirumuskan oleh Omar (r.a) dalm hadith ini, seperti yg telahpun kita ketahui melalui post-post yg lalu, bukan suatu idea baru. Beliau merumuskan perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran, Ayat 59, Surah an-Nisa' dan sabda-sabda Rasulallah (s.a.w). Kata-kata Omar (r.a) itu adalah rumusan yg padat tentang kewajipan berjema'ah dalam Islam.
Hadith berikut:
Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Aku (Nabi) perintahkan atas kamu sekelian (i.e. wajibkan atas kamu) lima perkara kerana Allah (a.w) perintahkan atas aku (Nabi) dengan ini lima perkara; (pertama) berjema'ah, (kedua) mendengar nasihat aku (Nabi); (ketiga) taatkan perintahku, (keempat) berhijrah, (dan kelima) berjihad fi sabilillah. Maka sesugguhnya sesiapa yg keluar dari jema'ah walaupun sejengkal, maka sungguh-sungguh tercabut tali Islam dari lehernya (i.e. keluar dari Islam) kecuali dia rujuk semula (i.e. bertaubat). Dan sesiapa yg mengajak dengan ajakan jahiliah, maka dia dari golongan yg mengisi neraka jahannam.' Maka berkata (sahabat): 'Wahai Rasulallah (s.a.w0! Dia berpuasa dan bersolatpun?' Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Jikapun dia berpuasa dan bersolat, dan menyangka dia bhawasanya dia itu orang Islam ... ' hingga akhir hadith. [Hadith Ibnu Majah] , dan hadith berikut: 
Di riwayatkan hadith dari Omar bin Khattab (r.a) bahawasanya Nabi ((s.a.w) bersabda: ‘Diwajibkan atas kamu sekelian berjema’ah dan jauhilah (yakni, jangan) kamu sekelian akan firqah, maka sesungguhnya syaitan bersama-sama dengan orang berseorangan (yakin bersendirian tanpa berjema’ah) dan dia (syaitan) adalah yang keduanya dan menjauhi syaitan (apabila berjemaah); barangsipa yang mengkehendaki berada di tengah-tengah syurga maka hendaklah mereka menetapi (yakni berada dalam) jema’ah.’ [Hadith at-Termidzi] [Nota: Firqah = Menubuhkan perkumpulan berasingan dalam Islam seumpama mazhab]; dan hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith dari Jarir hadith dari Suhailin hadith dari bapanya hadith dari abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalathatan wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian wa-an ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathratas-suali wa-ido’atal mali.’ [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu tiga perkara dan benci bagi kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawasanya (pertama) menyembah kamu akanDia dan jangan menyekutukan denganNya sesuatu dan bahawasanya (kedua) kamu berpegang dengan tali Allah (a.w) (yakni, agama Islam) secara berjemaah dan (ketiga) jangan berfirqah (yakni, bermazhab-mazhab) dan benci Allah (a.w) bagi kamu dengan (pertama) ‘katanya’ ‘katanya’ (i.e. taklid buta), dan (Kedua) memperbanyakkan soal (dalam perkara agama) dan (ketiga) mensia-siakan harta.] [Hadith Muslim]; dan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) ridha (yakni, sukakan) bagi kamu tiga perkara: (pertama) tidak menyekutukan akan Dia (Allah (a.w))(yakni, syirik) dengan sesuatu apapun, (kedua) dan bahawa berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, agama Allah (a.w), iaitu agama Islam) secara berjemaah, dan (ketiga) jangan berpecah belah (atau berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab); dan benci Allah (a.w) bagi kamu tiga perkara (iaitu) (pertama) banyak berkata-kata dan bercakap-cakap, dan (kedua) banyak soal (tentang agamanya) dan (ketiga) pemboros atau membazirkan harta.' [Hadith Muslim]
Saudara, jelaslah bahawa aqidah Islam itu mewajibkan umatnya berjema'ah. Juga, jelas, bahawa hadith Omar b Khattab (r.a) yg kita rujuk di atas itu adalah rumusan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w).
Mudah-mudahan saudara semua faham bahawa berjemaah itu adalah pra-syarat Islam yg mengesahkan keIslaman seseorang itu.
Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete