Monday, November 19, 2012

Ilmu, Amalan dan Akhirat - Berjemaah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung penelitian kita mengenai satu dimensi ketetapan Allah (a.w) yg sering tidak dihiraukan oleh umat Islam - diremehkan zaman ini - iaitu kewajipan berjema'ah dalam Islam. Kejayaan akhirat itu ditentukan oleh beberapa perkara, spt yg kita sebutkan secara samil lalu pada permulaan post tentang tajuk ini. Antaranya, adalah (a) sama ada seseorang itu Islam atau tidak, kerana jika tidak Islam pasti takkan dapat syurga dan akan disiksa di neraka, kerana Islam adalah agama ciptaan Allah (aw) untuk manusia sebagai wadah untuk mengabdikan diri mereka kepadaNya; (b) kewajipan menyediakan diri dengan imu yg haq, kemudian mengamalkannya, kerana ilmu saja tanpa amalan takda guna; (c) kewajipan berpegang kepada dua ilmu yg memandu secara haq kehidupan manusia dan hubungan mereka dengan Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w), UtusanNya, dan kepimpinan umat Islam, dan hubungan sesama manusia sejagat; (d)  dimensi ilmu, yg memandu seseorang yg Islam itu mematuhi ketetapan Allah (a.w) dalam mengabdikan diri kepadaNya, supaya tidak dicemari ketetapan Allah (a.w) dengan ketetapan manusia; (e) anuti Islam secara berjema'ah, kerana agama Islam itu agama yg diwajibkan berjemaah; dan (f) jauhi pembaharuan yg merosakkan keaslian islam dan syariatnya dan mencemarkan syariat yg murni yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan yg ditunjukkan atau dicontohkan bagaimana mengamalkan ilmu tersebut. 
Dalam post yg lalu kita telah lihat perintah Allah (a.w) yg mewajibkan manusia yg anuti agama Islam itu anutinya dengan berjema'ah atau secara berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran. Kemudian kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui daith bahawa Allah (a.w) yg perintahkan dia bentuk sistem berjema'ah, maka beliau telah perintahkan umatnya supaya bentuk dan laksanakan perintah Allah (a.w) bahawa umat Islam wajib berjema'ah. Kemudian Allah (a.w) mewajibkan umat Islam yg berjema'ah itu patuh kepda atau taatkan kepimpinan jema'ah mereka (= ulil amri) - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Walaupun umat Islam diwajibkan mentaati 'ulil amri', namun ketaatan tersebut tidak absolute sebagimana ketaatan terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kerana 'ulil amri' tidak dibolekan erintah atau suruh jema'ahnya lakukan sesuatu yg diistilahkan sebagai suat maksiat (maksiat = melakukan sesuatu yg bertentangan denga ketetapan al-Quran dan s-Sunnah)). Kemudian, Allah (a.w) janjikan kepada umat Islam yg beriman Ayat 13, Surah an-Nisa' : taatkan Alla (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), pasti dapat syurga. Sebaliknya pula, kalau menentang Allah (a.w) dan menentang Rasulallah (s.a.w) dan melanggar ketetapan-ketetapan agama yg ditetapkan Allah (a.w), maka pasti masuk neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'.
Saudara, dalam post ini, dan mungkin beberapa post yg berikutnya kita akan perjelaskan hakikat berjema'ah dalam Islam.
Kita mulakan dengan firman Allah (a.w) Ayat 103, Surah ali-Imran: Firman Allah (a.w):’Wa’tasimu bihablillahi jami’an wa-la tafarraqu ... sehingga ke akhir ayat.' [Maksud: Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah (a.w) (i.e. agama Islam itu) dengan cara berjema’ah dan janganlah kamu berpecah-pecah belah ... sehingga akhir ayat.] [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Kita telah jelaskan dalam post sebelum ini bahawa dalam kitab-kitab tafsir kalimah 'jami'an' diterjemahkan bukan 'secara berjema'ah' atau 'dengan berjema'ah' tetapi kesemuanya. Tafsiran yg silap dan jauh lari dari ketetapan Allah (a.w). Kerana dalam hadith berikut kalimah atau ungkapan yg serupa digunakan oleh Rasulallah (s.aw): Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.' [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali (ugama) Allah (a.w) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam (yakni, kebajikan akhiratnya))] [Hadith Muslim] 
Jelaslah, Allah (a.w) perintahkan umat Islam itu berjema'ah. Begitu juga Rasulallah (s.a.w). perintahkan umaynya supaya berjema'ah. 
Di dalam potongan hadith di atas itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita, umatnya, bahawa Allah (a.w) rida tiga perkara apabila hambanya yang Muslim dan Mukmin lakukan:
(a)        Pertama, manusia itu menyembah hanya Allah (a.w) sebagai Tuhannya yang Esa dan tidak syirik terhadap Allah (a.w), yakni tidak menyekutukan atau ambil sesuatu yang lain sebagai mempunyai sifat-sifat atau kuasa-kusa ketuhanan;
(b)       Kedua, bahawa setiap Muslim dan Mukmin itu hendaklah mengamalkan Islamnya secara berjemaah, maksudnya Islam hendaklah dianuti secara berjemaah bukan bersendirian; dan 
(c)        Ketiga, orang Muslim dan Mukmin itu jangan atau tidak berfirqah atau berpecah belah menubuhkan pelbagai perkumpulan yang berasingan sehingga terdapat perbezaan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. 
Apabila Allah (a.w) rida maka mereka yang mematuhi tiga ketetapan ini dijamin mendapat kerahmatan Allah (a.w), dan apabila mendapat kerahmatan Allah (a.w), kita mendapat syurga 
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Allah (a.w) bencikan tiga perkara jika dilakukan oleh hambaNya: 
(a)    Pertama, orang Islam yang beriman itu ditegah mendengar serta meyakini ‘kata-kata’ dan ‘cakap-cakap orang’ mengenai Islam dan syariatnya, malah segala sesuatu mengenai Islam tanpa panduan atau sandaran ilmu, yakni meyakini caka-cakap dan kata-kata orang tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, serta beramal dan beribadah berdasarkan cakap-cakap atau ajakan sipulan dan sipulan tabnpa panduan ilmu al-Quran dan as-Sunnah;
(b)     Kedua, dalam perkara ugama Islam orang yang Islam dan beriman itu jangan banyak sangat soal dan bertanya perkara yang tidak sewajarnya ditanyakan kerana tiada siapa yang tahu maksud sebenarnya beberapa perkara, dan Allah (a.w) dan Rasulalah (s.a.w) tidak pula memberitahu kita mengenainya, kerana dalam Islam, apabila diberitahu seseorang yang Islam dan beriman itu wajib, apabila diberitahu sesuatu mengenai Islam dan syariatnya, ‘mendengar dan taat’ tanpa banyak soal; 
dan (c)    Ketiga, seseorang Muslim dan Mukmin itu dilarang sama sekali mensia-siakan atau membazirkan kekayaan dan harta yang dikuriakan Allah (a.w) kepadanya. Harta kekayaan itu adalah nikmat kurniaan Allah (a.w) kepada mereka dan adalah berupa amanah Allah (a.w) kepada mereka sementara berada di dunia. Ada hak Islam dan ada hak umat Islam pada harta tersebut. Maka dengan itulah mereka yang kaya dan berharta ditegah membelanjakan kekakayan dan hartanya untuk tujuan yang batil dan tidak mendatangkan faedah akhirat baginya. Orang Islam yang beriman itu wajib membelanjakan harta kekayaannya kerana perintah Allah (a.w) dan demi membela ugama Allah (a.w) dan orang yang beriman. Justeru itu, mana orang Islam yang beriman mengamalkan tiga perkara yang dibenci Allah (a.w) itu, pasti akan dibenci Allah (a.w). Apabila dibenci Allah (a.w) maka berdosalah dia dan dicampakkan ke dalam neraka, sekiranya tidak bertaubat dia akan kesilapannya.  
[Nota: Oleh yang demikian soalannya: Apakah mengamalkan Islam secara bermazhab atau mengikuti fahaman mazhab dalam menganuti Islam itu tergolong dalam kategori berfirqah? Majoriti umat Islam, termasuklah majority para ulama’ di Nusantara ini berpandangan bahawa pengikut empat mazhab yang popular itu tidak menyalahi ketetapan Islam, malah pengikut empat mazhab itu tergolong dalam golongan ‘Ahlus sunnah wal-jamaah’. tetapi, mereka pertikaikan pula pengikut aliran al-Wahhabi seolah-olah kumpulan tersebut menyeleweng dalam akidah dan tidak tergolong dalam golongan ‘Ahlus sunnah wal-jamaah’. Inilah antara pendirian pihak ulama’ Malaysia dan beberapa NGO Islam. Islam yang hak itu adalah mereka yang anuti Islam menepati ketepatan al-Quran dan as-Sunnah. Ciri utama Islam yang haq itu adalah mereka berpandukan as-Sunnah dengan mencontohi perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam beramal dan beribadah dan mereka adalah berjema’ah. Jema’ah Islam itu adalah perkumpulan yang formal, mengandungi ciri-ciri hakiki berikut: pertama, ada Imam sebagai pemimpin; kedua ada jema’ah; ketiga adanya ikrar taat setia (yakni, bai’at) antara jema’ah dengan Imam bila mana jema’ah berjanji mendengar nasihat Imam dan mentaatinya sekuat mampu mereka, selagi ketetapan Imam itu tidak menyalahi al-Quran dan as-Sunnah.
Syurga itu diperolehi semata-mata dengan kerahmatan Allah (a.w) bukan kerana amalan dan ibadah kita, kerana nikmat yang kita terima apabila diberi peluang hidup di dunia itu tidak boleh diimbangi dengan pahala amalan dan iabdah kita sepanjang hidup kita.
Di dalam as-Sunnah disebutkan bahawa sekiranya kita memiliki harta dan kekayaan, yang paling utama dibelajakan adalah membeli syurga Allah (a.w) dengan harta Allah (a.w) yg kita menjadi pewaris amanah ketika hidup. Dalam sepotong hadith qudsi Rasulallah (s.a.w) menyampaikan firman Allah (a.w) bahawa syurga itusyurga milik Allah (a.w), harta itu harta milik Allah (a.w), maka Allah (a.w) perintahkan umat Islam belilah syurgaNya dengan hartaNya. Antara dagangan yg utama itu adalah menunaikan haji dan umrah dan kemudian memeblejakannya demi fi sabilillah - termasuklah berbelanja kerana mencari ilmu yg haq - al-Quran dan as-Sunnah, menginfaqkan atau bersedekah kepada jariah kita, memebla Islam dan pengikutnya yg dhaif dan memerlukan pertolongan.]

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment