Monday, November 12, 2012

Ilmu - Peringatan Hari Ini

Assalamualaikum,
Saudara, setelah melihat satu panduan dalam post sebelum ini, kita lihat pula satu lagi panduan yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk manfaat diri kita, demi akhirat kita.
Saudara, mungkin saudara penunggang basikal, kerana kemiskinan atau kefakiran. Atau, saudara seorang penunggang motosikal, kerana itu sajalah yg termampu hasil pendapatan harian atau bulanan, suatu lebihan selepas memperuntukkan belanja sara hidup diri, isteri dan anak-anak. Kemudian melihat sebuah kereta yg hebat katalah Bently atau Mercedes SE500 atau BMW 740i atau seumpamanya yg di dalamnya hanyalah seorang lelaki duduk di tempat duduk belakang sebelah kiri dan seorang pemandu di depannya. Kebetulan kita dan kereta itu berhenti kerana lampu trafik yg merah. Kemudian dia menoleh kpd saudara. Atau, saudara menoleh kepadanya. Mungkin berlaku salah satu perkara berikut: Saudara merasa malu dan rendah diri dan hina, kerana yg disebelah saudara itu seorang yg hebat, pastilah kaya dan mewah dan seumpamanya. Atau, orang yg duduk di tempat duduk belakang kereta itu memikirkan betapa susahnya saudara atau betapa rendahnya kedudukan ekonomi saudara, dan betapa hebat dia dalam hidupnya.
Atau, apakah saudara merasa tenang - malah bersyukur pula - melihat orang itu? Apakah orang itu merasa simpati melihat saudara dan merasa sangat bersyukur? Semua ini bergantung kepada keimanan seseorang itu - iman saudara dan iman orang yg duduk di dalam kereta mewah itu. Walau apapun situasinya, yg jelas adalah saudara dan dia boleh menjadi ahli neraka, dan saudara dan dia boleh menjadi ahli syurga, kalaulah ...
Orang yang Baik
Saudara, dunia kita dapati apa yg kita usahakan, jikalah itu yg ditaqdirkan oleh Allah (a.w) bagi kita. Itulah yg kita dapati di dunia tertakluk kepada apa yg kita sediakan untuk diri kita dahulu. Kalau kita abaikan dunia, maka kita akan diabaikan oleh dunia. Sebaliknya, kalau kita usahakan untuk mendapat apa yg kita ingini di dunia, mungkin kita dapati dan mungkin tidak, juga tertakluk kepada qada' dan Qadar yg Allah (a.w) tetapkan untuk kita. Dalam sinario yg kita lakarkan di atas itu, jelaslah orang yg di dalam kereta mewah itu sudah mendapat dunianya, pada hemat kita. Tapi, mungkin dia memikirkan pula bahawa, dia perlu berusaha lagi untuk mendapatkan dunia yg dicita-citakannya, kerana yg ada belum cukup. Allah (a.w) menyebut bahawa kalau manusia itu diberikan kekayaan bernilai sebuah dunia, dia akan mencari sebuah lagi! Kita, bagaimana? Adakah kita telah mencapai segala sesuatu yg kita inginkan untuk dunia kita? Mungkin, atau mungkin tidak! Mungkin kita menyesal, kerana tak bersedia dulu, supaya kini berjaya! Atau, kita berpuas hati - merasa tenang dan senang walaupun kita mencari rezki dengan berbasikal atau dengan menaiki motorsikal.
Saudara, walau apapun situasi kita, yang utama adalah kita berpandukan hadith Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith dari A’masy hadith dari Abi Soleh hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Unzuru ila man hua asghala minkum, wa-la tanzuru ila man hua faukakum; fa-innahu ajdaru an la tazdadu nikmatallahi.’ (Yang bermaksud: (Dalam perkara duniawi itu) Lihatlah pada orang yang lebih bawah (atau rendah, yakni lebih dhaif) dari kamu, dan janganlah lihat kepada orang yang di atas kamu (yakni, orang kedudukan duniawinya lebih baik dari kamu); maka sesungguhnya lebih sesuai supaya tidak meremehkan kamu akan nikmat Allah (a.w) (yakni, supaya jangan tidak bersyukur, malah kufurkan nikmat yang Allah (a.w) berikan)]. Berkata Abu Muawiyah: ‘Alaikum’ (Yang bermaksud: ‘Orang yang di atas kamu’, ketika menjelaskan hadith Nabi tersebut.) [Hadith ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita orang Islam yg beriman supaya fikirkan dan jadikan panduan hidup dua perkara; iaitu, pertama, dalam perkara duniawai hendaklah kita melihat kepada orang yg berada di bawah skala ekonomi dan kedudukan kita. Kalau kita berbasikal, maka hendaklah kita melihat diri kita membandingkan dengan orang yg berjalan kaki untuk mencari sara hidup - kita bernasib baik kerana Allah (a.w) kurniakan kita rezki yg lebih dari orang yg berjalan kaki itu. Maka kita bersyukur. Maka Allah (a.w) memberikan kita ganjaran pahala kerana kita syukurkan nikmat. Orang yg dalam kereta mewah tersebut kalaulah dia syukurkan nikmat Allah (a.w) pastilah dia merasai simpati terhadap kita yg menunggang motorsikal atau mengayuh basikal, kerana dia dikurniakan Allah (a.w) begitu banyak nikmat - nikmat yg melimpah-limpah - boleh menampung hidup 1,000 hingga 50,000 orang seumpama kita pula, dan dia belanjakan seorang diri sahaja! Itulah yg akan membezakan manusia itu - apakah dia bersyukur dgn dunianya dan kemudian melakukan sesuatu demi akhiratnya dgn membela orang yg lebih dhaif dan memerlukan darinya?
Saudara, panduan kedua dalam hadith tersebut Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita pula bahawa dalam perkara akhirat, wajib kita melihat keimanan serta amalan kita - kedudukan ilmu, amalan dan ibadah serta amal soleh, sikap dan adab serta kesungguhna, mereka yg lebih baik dari kita - baik dari segi amalan dan ibadah, adab, kedermawannya, kebaikan budinya, ketulusan hatinya, sifat-sifat takzim dan hormatnya serta semangat menolong dan membantu, terhadap orang lain dan sebagainya. Kita wajib jadikan pengukur dengan orang-orang yg lebih baik dari kita. Janganlah pula kita lihat orang ygcelupar mulutnya, atau hodoh perangainya, dan jahat pula amalan dan perilakunya. Jika kita dapat berbuat sedemikian, maka kita miskin namun kita kaya di hati, merasa tenang dan puas hati, kerana kekayaan dalam hati itu mulia pada Islam. Kesombongan dan sifat bongkak dan rasa 'syok dgn diri sendiri' (yakni, ujub dan berbangga diri) pula adalah sifat yg mengikuti sifat-sifat syaitan, yg amat dibenci Allah (a.w). Maka dgn itu sesiapa yg sombong dalam hatinya walaupun sebesar zahrah, tidak akan mendapat syurga, wal iya zubillah. Mudah-mudahan kita diselamatkan oleh Allah (a.w) dari menjadi orang yg tidak mensyukuri nikmat yg dianugerahkanNya kepada kita, insya Allah dan menjadikan kita orang yg sentiasa ingin mencontohi keimanan dan ketaqwaan orang lain.
Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment