Assalamualaikum,
Saudara, setakat ini kita sudahpun faham atau diberi kefahaman bahawa dalam Islam ilmu itu amat utama - beramal tanpa ilmu tak guna, kerana amalan dan ibadah yg tidak didasari oleh ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) tak diterima atau sia-sia.Dalam post ini - dan beberapa post yg berikutnya pula - kita akan tahu dan faham bahawa walaupun kita beramal dan beribadah didasari oleh ilmu yg betul (i.e. al-Quran dan as-Sunnah), kalau kita tak berjema'ah, tetap sia-sia amalan kita, kerana keIslaman kita tidak sah dan tidak diakui, malahan kehidupan kita sebagai seorang Islampun belum dikira 'halal' di sisi Allah (a.w). Jika tidak halal samalah tarafnya kita makan ayam yg tidak disembelih dgn menyebut 'Bismillah' - kita memakan bangkai, maka berdosa kerana melakukannya. Kalau kehidupan dunia tak halal atau dikira haram, maka takda gunanya pula kita mengerjakan amalan dan ibadah, kerana tidak diakui dan tidak diterima oleh Allah (a.w), wal iya zubillah.
Saudara, sebelum kita teliti tajuk atau topik 'berjema'ah' kita wajib ingatkan firman Allah (a.w) dalam ayat berikut: Ayat 42, Surah ad-Dhunan:
Allah (a.w) memberitahu pada ayat-ayat sebelumnya bahawa apabila terjadinya kiamat, tiada pertolongan dari sesiapapun untuk sesiapapun, kecualilah kerahamatan Allah (a.w) yg boleh menolong. Dalam perkara ini, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kerahamatan Allah (a.w) itu dikurniakan kepada orang iman yang berjema'ah dan jema'ahnya.
Firman Allah (a.w): (Sambungan dari Ayat 41 dan sebelumnya) – ‘illa man rahimallahu ...’ (yang
bermaksud: Kecuali orang yang mendapat kerahmatan Allah (a.w)’ (yakni, tiada
siapa yang akan dapat pertolongan di akhirat, kecuali orang yang mendapat kerahmatan
yang dikurniakan oleh Allah (a.w) zat yang bersifat maha perkasa dan maha
penyayang) [Ayat 42, Surah ad-Dhuhan]
Saudara, firman Allah (a.w) diatas menyebutkan bahawa orang yg selamat ketika dunia sudah kiamat adalah orang yg mendapat kerhamatan Allah (a.w). Orang yg mendapat kerahamatan Allah (a.w) mendapat syurga, dan sesiapa yg menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' adalah orang yg mendapat kerhamatan Allah (a.w).
Berjema’ah dalam Islam
Saudara, dalam al-Quran terdapat dua ayat yg menyebutkan tentang 'berjema'ah' atau topik yg terkait dengan 'jema'ah', iaitu 'ulil amri' - orang yg memimpin jema'ah umat Islam. Di dalam al-Quran juga disebutkan dalam tiga ayat tentang perkara yg terkait dengan 'jema'ah', iaitu hakikat 'bai'at' dalam Islam, sebagaimana dicontohkan zaman Rasulallah (s.a.w). Buat sementara kita semak ayat al-Quran menyentuh kewajipan berjema'ah dalam Islam, iaitu Ayat 103, Surah ali-Imran.
Firman
Allah (a.w): ‘Wa’tasimu bihablillahi
jami’an wa-la tafarraqu ...’ (Yang bermaksud: Dan, berpegang
teguhlah pada tali (i.e. agama) Allah (a.w) dengan berjema’ah dan janganlah
berpecah-pecah..) [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Saudara, firman Allah (a.w) dengan jelas memerintahkan manusia, khususnya yang Islam dan beriman itu, hendaklah berjema'ah secara formal dalam menganuti agama Islam. Maksudnya, selain syariat agama Islam itu mensyaratkan manusia berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah - kerjakan amalan dan ibadah dan jalani kehidupan sebagai orang Islam di dunia berpanduakan panduan al-Quran dan as-Sunnah, umat Islam itu diwajibkan berjema'ah. Malangnya, kalau saudara semak afsiran al-Quran, kebanyakan tafsiran sama ada silent atas terjemahan kalimah jami'an' atau menterjemahkannya 'kesemuanya'. walhal yg dimaksudkan adalah 'jami'an' itu adalah 'berjema'ah' - suatu sistem yg formal. Maka dalam firman berikut Allah (a.w) menyebutkan bahawa umat Islam itu, selain taatlkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), umat Islam wajib taatkan juga 'ulil amri', iaitu orang yg diangkat oleh jma'ah memimpin mereka - Imam atau amir dan para ulama' (yg faham al-Quran dan as-Sunnah), maka dengan itu jika wujud perselisihan terhadap sesuatu apapun, penyelesaiannya adalah merujuk kepmbali kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yang beriman!
Taatilah Allah (a.w) dan taatilah RasulNya dan ‘ulil amri’ (yakni, orang-orang
yang mempunyai perkara atas kamu) dari kalangan kamu. Maka jika kamu berselisih faham di dalam
sesuatu (perkara Agama kamu)
maka kembalikanlah urusannya (yakni, urusan mencari penyelesaian mengenai
sesuatu yang kita berselisih faham itu) kepada Allah (yakni, rujuk
KitabNya, iaitu al-Quran) dan kepada
RasulNya (yakni, rujuk kepada sunnahnya atau as-Sunnah atau al-Hadith), jika adalah kamu beriman dengan dengan Allah
(a.w) dan hari akhirat, demikian itu (yakni, ketaatan sedemikian itu
adalah) lebih baik (bagi kamu) dan
sebaik-baik penyelesaian (atau kesudahan tentang apa-apa
keputusan.'[Ayat 59, Surah an-Nisa’]
Saudara, maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam berjema'ah. Orang itu mudah terpengaruh oleh syaitan jikalah mereka tidak berjema'ah kerana apabila berjema'ah mereka akan dibimbing terus berada di atas 'siratul mustaqim' sebagaimana Rasulallah (s.a.w) dan para khalifah yg mengepalai umat Islam setelah beliau wafat dahulu - atas kepimpinan Abu Bakar, Omar, Othman dan ali, radiallahu 'anhum.
Alangkah ruginya kita yg Islam jika kita termasuk dalam salah satu daripada 72 golongan yg rugi tersebut. Kita hanya selamat dari neraka dan mendapat syurga jika kita akur hanya kepada al-Quran dan as-Sunnah dan pada masa yg sama kita berjema'ah, itulah perkumpulan Islam yg benar dan berjaya dunia dan akhirat mereka. Kewajipan berjema'ah itu diperjelaskan lagi dalam hadith berikut. Malangnya, selepas zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah, aqidah umat Islam sudah banyak berubah, dan sudah jauh menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan as-Sunnah. Walhal, dalam hadith berikut amat jelas bahawa ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu, diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin
hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda
Rasulallah ((s.a.w): ‘Innallaha yarda
lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala
tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu
wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.’ [Maksud:
Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah
(a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama)
kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan)
kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh
dengan tali (agama) Allah (a.w) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu
berfirqah-firqah (berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga
perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap
orang sianu dan sianu, begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari
al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam agama
kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan
(ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak
dimanfaatkan demi Islam (yakni, kebajikan akhiratnya seperti mengeluarkan zakat
dan menginfaqkan sebahagian dari harta-harta tersebut).)] [Hadith Muslim]
Saudara, kerana itulah Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut menasihatkan umat Islam supaya kekal berjema'ah dalam menganuti Islam. Kita ditegah berfirqah atau menubuhkan perkumpulan berasingan dalam Islam, sebagaimana majoriti umat Islam hari ini mengutamakn firqah atau perkumpulan atau mazhab berbanding dengan kewajipan berjema'ah.
Diriwayatkan
hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata:
‘Berkhutbah Omar (r.a) di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian
manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana
berdirinya Rasulallah ((s.a.w) di kalangan kami (suatu masa dahulu) (di sini),
maka bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Usikum
biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazi yalunahum thumma yafsyul-kazibu
hatta yahlifar-rajulu wala yustahlafa, wa-yasyhada as-syahidu wala yustasyhada;
ala la yakhluanna rajulun biamraratin illa kana thalithahuma as-syaitanu
‘alaikum bil-jama-at;i wa-iyakum wal-firqata fains-syaitana ma’a wahidi, wahua
minal ithnaini ad’adu man arada buhbuhatal-jannati fal yalzamil- janma’ata man
sarrathu hasanatuhu wa-saat-hu saiyiatuhu fazalikal-mukminu.’ [Maksud
(sabda): Aku wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa
sahabatku (khalifah yang empat dan yang lain) kemudian orang-orang yang
mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian
orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yang mengikuti) (yakni,
yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para tabi’ahum), kemudian tersiarlah dusta
atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak diminta dia
bersumpah, dan meminta menjadi saksi lelaki dan tidak (pula dia) diminta (atau
disuruh) menjadi saksi; ingatlah tidak menyendiri (atau menyendiri, yakni
berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada yang ketiga
kepada mereka berdua itu syaitan; wajib atas kamu dengan berjemaah dan
takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian berfirqah (yakni, berpecah belah
menubuhkan perkumpulan, aliran atau mazhab), maka sesungguhnya syaitan itu
berserta dengan orang yang berseorangan dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya),
lebih jauh, barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga maka
hendaklah dia menetapi (ikuti atau berada dalam) jamaah; barangsiapa
menyenangkan (atau menggembirakan) seseorang
Islam dan iman yang lain (maka) kebaikan baginya (di akhirat kelak);
(barangsiapa) medatangkan keburukan (atau mempersulitkan) atas orang Islam dan
iman yang lain, maka keburukan baginya (di akhirat kelak); demikian itu
sifat-sifat orang yang beriman (yakni, ada yang buruk dan ada yang baik
perangai).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (fitnah)]
Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) menolong umat Islam yg berjema'ah.
Diriwayatkan
hadith daripada ibni Tausin hadith dari bapanya hadith dari ibnu Abbas (r.a)
berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Yadullahi ma’al jama’ati.’ [Maksud: Tangan (yakni,
pertolongan) Allah (a.w) adalah berserta orang yang berjemaah].
Jika umat Islam itu utamakan berjema'ah, maka mereka pasti mendapat syurga. Jika tidak tak mungkin dapat syurga. Dan, jika sudah berjema'ah, mereka yg meninggalkan jema'ah pasti keluar mengikuti jalan ke neraka.
Diriwayatkan
hadith dari Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah
(s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yajma’u
ummati’ au ‘ummata muhammadin ‘ala
dolalatin wa-yadullahi ma’al jama’ati waman syazza syazza ilan-nari.’ [Maksud:
‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak mengumpulkan umatku’ atau (dalam satu riwayat,
dirujuk sebagai) ‘umat Muhammad’ atas kesesatan dan tangan (yakni, pertolongan)
Allah (a.w) beserta dengan jema’ah dan barangsiapa memencilkan diri (atau
bersendirian, yakni di luar jemaah atau tidak anuti Islam secara berjema’ah)
maka memencilkan dirinya menuju ke neraka.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan]
Saudara, kerana begitu utamanya berjema'ah itu, maka Omar (r.a) membuat rumusan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu dalam hadith berikut. Malangnya, ramai umat Islam yg mempertikaikan hadith ini. Semuanya kerana kejahilan umat Islam sendiri - termasuk para ulama' dan ilmuwan di kalangan mereka - memahami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang kewajipan berjema'ah ini.
Diriwayatkan
hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata:
‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di
dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar
(r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (Maksudnya:
Janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan
(dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah
kecuali dengan berimam (yakni, dangkat menjadi Imam seorang dari kalangan
mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan
(rokyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan
kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam sedemikian) ada kehidupan
(yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi
mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih
imam mereka kerana pertimbangan selainnya kefaqihan (tentang Islam secara
berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith
ad-Daramiyi]
Saudara, dalam hadith berikut Rsulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa Islam dan syariatnya telahpun sempurna, tidak memerlukan sebarang perubahan atau penyesuaian. Malangnya, hari ini kita dapati semakin ramai umat Islam yg berpandangan bahawa Islam itu perlu disesuaikan dengan zaman, jika tidak manusia semakin tidak akan ingin menganuti Islam. Pandangan ini adalah menyalahi perintah Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) yg ciptakan manusia untuk mengikuti ketetapannya dalam Ayat 56, Surah az-Zariat. Pendapat sedemikian itu seolah-olah mereka mengatakan bahawa ilmu Allah (a.w) itu terhad tidak mengetahui pembangunan temadun manusia. Ada yg mengatakan al-Quran (dan, justeru itu, as-Sunnah), tidah relevan digunapakai 100% zaman kini, wal iya zubillah. Allah (a.w) memberitahu bahawa jikalah manusia ingin menuliskan ilmu Allah (a.w) dengan menebang semua pokok yg ada di bumi kemudian air lautan dijadikan pena untuk menulisnya - digandakan tujuh kali ganda lagi - tidak akan habis ilmu Allah (a.w) ditulis. Allah (a.w) mengetahui segala-galanya, termasuklah temadun akhir zaman. Apakah manusia lebih tahu tentang dunia dan akhirat, melebihi Allah (a.w)? Yg wajib umat Islam fahami adalah manusia itu wajib ikuti ketetapan Allah (a.w) dan sunnah Rasulallah (s.a.w), bukan mempersoalkannya dan bukan sebaliknya, iaitu Allah (a.w) merestui pemikiran manusia! Manusia yg wajib ikuti, bukan Allah (a.w) harus terima pendapat manusia!
No comments:
Post a Comment