Sunday, November 4, 2012

Ilmu - Dunia dan Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah bangkitkan beberapa isu utama dalam Islam dan kelaziman pndangan dan amalan orang Islam, yg hanya boleh diselesaikan atau difahami dengan menelitinya melalui ilmu yg haq - iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Tiga isu utama ditonjolkan, iaitu pertama isu apakah Islam itu menjadi sah akalau kita mengerjakan amalan dan ibadah menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni yg menepati ketetapan atau spesifikasi as-Sunnah ('Ma ana 'alahi wa-ashabi'); kedua, Islam itu hanya menjadi sah dan benar kalau anuti Islam berjema'ah; ketiga, adakah diterima segala amalan dan ibadah - jika diamalkan dan dikerjakan tanpa menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah; dan keempat, apakah benar' bid'ah hasanah' itu dibenarkan oleh syariat Islam berdasarkan ilmu dan panduan Islam yg haq iaitu 'al-Quran dan as-Sunnah?
Saudara, isu-isu ini hanya terjawab kalaulah umat Islam itu - kepimpinan umat Islam dan para ulama' di kalangan mereka - faham Islam. Maka dengan itulah Omar ibni Khattab (r.a) memberitahu dalam hadith berikut:
 
Persediaan Orang Iman 
 
Saudara, hadith ini datangnya dari Omar b Khattab (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin ke-2, selepas Abu Bakar. Dia bukan datangnya dari Rasulallah (s.a.w). Mungkin ada orang yg mempertikaikan hadith ini. Namun, mereka yg mengaji dan mempelajari serta faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah, akan menemui hadith-hadith yg menyebutkan beberapa hakikat mengenai kewibawaan Omar b Khattab (r.a) sebagai 'Amirul Mukminin' = Pemimpin Orang Iman.
Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa yg dikatakan 'as-Sunnah' itu adalah sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah yg 4, iaitu Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum. Maka dengan itu perlakuan, ketetapan dan ijtihad merka adalah sebahagian daripada as-Sunnah. Kemudian, dalam sepotong hadith yg lain pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) membenarkan kata-kata Omar (r.a), dan dengan itu Omar (r.a) berkata dengan benar. Dalam sepotong hadith yg lain pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu tahu umatnya bahawa jikalah beliau bukannya Rasul atau Utusan penamat (khatamman-nabiyin), maka pastilah Allah (a.w) mengangkat Omar (r.a) menjadi nabi selepas beliau wafat. Kenyataan Rasulallah (s.a.w) memberikan Omar (r.a) tauliah untuk membuat ketetapan dalam Islam yg wajib diikuti oleh umat Islam sampai kiamat dunia. Oleh kerana itu, janganlah kita merasa ragu menerima ketetapan, perintah dan suruhan serta contoh Omar (r.a). Sebenarnya, dalam apapun yg dikatakan oleh Omar (r.a) tidak sekali-kali bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan ketetapan sunnah Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith bahawa Omar b Khattab (r.a) berkata: ‘Tufaqqihu qabla an tusauwadu’ [Maksud: Mencarilah kefahaman (agama) sebelum kamu diserahkan tanggungjawab (i.e. jawatan) sebagai pemimpin (jema’ah umat Islam).’ [Hadith Bukhari, Kitab ilmu]
[Nota: ‘Diserahkan tanggungjawab/jawatan’ bermaksud sebelum kamu menerima apa-apa jawatan dalam jema’ah umat Islam. Di dalam tradisi kepimpinan Islam, apa saja jawatan adalah dianugerahkan bukan diminta. Kalau diminta maka Allah (a.w) tidak akan memberi keberkatan dan tidak akan membantu.’Kefahaman’ dalam Islam itu merujuk kepada asas ilmu ahirat yang ada pada seseorang Islam itu. Ilmu akhirat itu adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah yang wajib dipelajari dan difahami oleh setiap orang Islam dan wajib pula, setelah faham, mengamalkannya sekuatmapunya. Seorang itu tidak dikira fakih atau faham dalam ilmu mengenai Islam kalau dia tidak mempelajari dua ilmu tersebut. Kelulusan akademik dari ‘universiti-universiti Islam’  hanya dikira asas kepada mencari kefahaman. Kefahaman itu hanya diperolehi dengan menumpukan pengajian kepada al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu as-Sunnah itu boleh didapati dengan mempelajari ‘Kuttubul Sittah’, iaitu kitab-kitab hadith besar yang enam – Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa-i, Sunan Abu Daud, Sunan at-Termidzi dan Sunan Ibnu Majah, kemudian ditambah pula dengan kitab-kitab hadith lain dari kitab-kitab Imam at-Tobrani, al-Baihaqi, Darul Qutni, dan lain-lainnya. Maka orang yang wajar diberikan jawatan memimpin jema’ah Islam adalah orang yang faham dan faqih dengan ilmu-ilmu yang dua itu.]
Saudara, hadith di atas itu menjelaskan bahawa orang yg dilantik atau diberi jawatan dalam apa jua perkara, teruatama dalam perkara agama, menguruskan jema'ah umat Islam, mengilmukan dan membimbing umat Islam dalam dunianya dan dalam menyediakan diri mereka untuk kejyaaan akhirat melalui persediaan dalam beramal dan beribadah dan urusan fi sabilillah menepati tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, hendaklah orang yg berilmu dan faham tuntutan Islam (i.e. berilmu dan faham ketetapan al-Quran dan as-Sunnah).
Apakah hari ini kita dapati mereka yg diberi mandat menegnai urusan agama - mentadbirakan jabatan atau organisasi yg menguruskan atau membimbing umat Islam benar-benar faqih atau faham atau pakar atau ahli dalam bidang ilmu Islam - iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah? Apakah jawatan seumpama ketua pentadbir/pengrus jabatan hal ehwal Islam adalah orang yg faham atau faqih al-Quran dan as-Sunnah? Apakah ketua organisasi spt JAKIM orang yg berilmu dan faqih tentang Islam (i.e. al-Quran dan as-Sunnah)? Adakah pemimpin portfolio agama, contohnya, berilmu dan faham tuntutan Islam? Apakah imam-imam masjid mereka yg berilmu dan faqih tentang Islam? Mereka itu memimpin diri mereka sendiri untuk berjaya di ahirat, dan merka juga memimpin umat Islam untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Apakah sebaliknya? Mereka sesat tanpa mereka sedari dan menyesatkan pula pengkut atau orang yg merka pimin tanpa kedua-dua pihak menyedari? Semua soalan ini terjawab apabila kita teliti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, insya Allah. Kita lihat hadith berikut:
 
Allah (a.w) Murkakan Orang yang Keras Hatinya 
 
Sauadara, dalam hadith berikut dua kategori manusia yg dipandang hina oleh Allah (a.w); iaitu pertama, orang yg disifatkan oleh beliau sebagai 'bangkai dimalam hari'. Apakah bangkai? Tidak berguna sesenpun. Kalau kita lihat bangkai di jalan contohnya, kita meraa jijik. Tak seorangpun ingin tengok, apatah lagi menyentuhnya. Kaaulah Allah (a.w) sifatkan kita sebagai bangkai, alangkah hinanya kita! Kedua, Rasulallah (s.a.w) menyebut tentang 'kaldai di siang hari'. Alangkah hinanya kita kalau kita disamakan dengan kaldai. Masyarakat Melayu mencontohkan kaldai itu binatang yg amat bodoh lagi dungu. Apakah kita bodoh dan dungu? Pastilah kita seorang yg dungu tentang agama kalau kita kerjakan pelbagai amalan dan ibadah mengharapkan pahala, tetapi amalan dan ibadah itu tidak diterima Allah (a.w). Dalam hadith ini, kita disifatkan sebagai kaldai disiang hari ingatkan mencari kesenangan dan kemewahan dan segala bentuk dan sifat kemewahan dan kesenangan tersebut - ke hulu ke ilir, berlari kes sana dan ke sini, sehinggakan lupakan tangging jawab kita terhadap dan kepada Allah (a.) dan lalai menyediakan diri untuk akhirat.
bahawa
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) murka pada tiap-tiap orang yang keras hatinya (i.e. tidak mahu mendengar nasihat dan tunjukajar tentang agama) lagi sombong (i.e. berbangga dengan dirinya, darjatnya, kedudukannya dan segala sesuatu yang dia merasa yang dia lebih baik dari orang lain dan menolak kebenaran), (iaitu) orang yang senang di kalangan orang ramai dan suka bertengkar di pasar, (mereka ini) seperti bangkai di malam hari (kerana tak bangun mengabdikan diri menghidupkan malan dengan mnegerjakan solat malam, berzikir, meminta ampun kepada Allah (a.w), dan membaca al-Quran dan lain-lain amalan) dan seperti kaldai ketika siang hari (kerana menjalani kehidupan hanya memikirkan tentang makan, yakni kesenangan dunia, lupakan tanggung jawab terhadap Allah (a.w) dan kekal mengerjakan perintah dan suruhan). Pandai (i.e. bijak) dalam ilmu dunia, namun bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhirat.’ [Hadith ibnu Hibban] [Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Allah (a.w) terhadap beberapa golongan manusia yang akui dirinya Islam dan beriman: pertama, orang yang hatinya keras iaitu orang yang apabila diberitahu perkara yang hak dalam Islam – mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah – dia enggan terima atau tak mahu dengar dan akur. Golongan ini ramai. Tak kurang dikalangan mereka prang yang merasa dirinya alim dan beilmu. Tambahan pula dia digelar ‘ulama’. Disanjung dan dihormati masyarakat. Disegani ‘ilmunya’. Di undang untuk membaca doa atau mengepalakan majlis bacaan Yaasin atau Tahlilan. Tetapi, apakala diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia berhujjah mempersoalkan dan memberi pandangan secara batil semata-mata kerana menidakkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah jika bersalahan atau brlainan dari amalan dan pendapatnya atau pendapat golongan yang menjadi ikutannya. Kedua, orang yang sombong kerana sesuatu kelebihan yang dia terasa ada padanya atau kelebihan yang dianugerahkan olehmasyarakat kepadanya kerana sesuatu, kerana keturunannya, kedudukannya, jawatannya, kekayaannya, hartanya, namanya atau gelarannya. Maka dia inginkan dihormati oleh orang lain, diketengahkan dan dibesarkan dalam sesuatu majlis masyarakat, diberi tempat dan keutamaan, tetapi apabila diberitahu perkara yang hak mengenai agamanya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dia enggan terima dan berdalih menolaknya.]
Mudah-mudahan, Allah (a.w) jauhi kita dari tergolong dikalangan mereka yg disebutkan dalam hadith ini, insya Allah.
 
Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment