Assalamualaikum,
Saudara, ilmu menentukan segala sesuatu dalam dunia dan terutamanya menentukan kesudahan manusia di akhirat - mendapat syurga ke atau terjerumus ke dalam neraka ke? Kita ihat hadith berikut yg sepatutnya menjadi panduan hidup duniawi kita setiap saat dan ketika.
Saudara, hari ini majoriti umat Islam tidak hiraukan al-Quran - mereka tak tahu membacanya dan tidap pula tahu isi kandungan. Ada segolongan orang Islam yg membeli kitab atau buku yg menterjemahkan atau menjelaskan isi al-Quran, kononnya untu ingin tahu apakah perintah Allah (a.w) di dalamnya. Namun, yg paling utama diperingatkan oleh Allah (a.w) adalah kita wajib beramal hanya dengan ilmu. Rasulallah (s.a.w) juga menyuruh orang Islam supaya kerjakan sesuatu amlan dan ibadah hanya dgn ilmu. Dan, ilmu itu hendaklah dipelajari atau didapatkan dari orang yg berilmu dan faham akan ilmu tersebut. Dan, dalam Islam ilmu yg diwaibkan umatnya pelajari dan jadikan panduan hidup dunia adalah al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, meskipun Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat beliau supaya utamakan al-Quran dan as-Sunnah, namun majiriti umat Islam hari ini meruujuk segala sesuatu tentang Islam kpd kitab-kitab dan buku atau tulisan karangan manusia, termasuklah merujuk kpd media dan produk letronik untuk memahami agama Islam. Suatu amalan yg batil. Kerana panduan yg tidak menyesatkan manusia mencari syurga hanya al-Quran dan as-Sunnah.
Orang
yang Tidak Sesat – Siapa?
Kalau berpandukan kitab dan buku serta apa jua media dan produk rujukan mengenai dan fahamkan Islam, maka terjadilah kita mereka yg tersesat, sebagaimana disebutkan dalam hadith berikut:
Sabda
Rasulallah ((s.a.w): ‘Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak
akan sesat (yakni, pasti tidak sesat) kamu selama-lamanya (mencari siratul
mustaqim, yakni jalan mendapatkan syurga) apabila kamu perpegang teguh dengan
kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah nabiNya (i.e.
as-Sunnah atau al-Hadith) [Hadith Imam Malik dalam Mu’ato’ dalam Kitab Jami’]
[Nota: Hadith ini ada kaitannya dengan
hadith yang menyebutkan bahawa di akhir zaman kelak umat Islam akan berpecah kepada
73 kelompok Islam, kesemuanya (mengakui dirinya) Islam berpandukan al-Quran dan
as-Sunnah, tapi hanya satu kumpulan yang Islamnya diterima Allah (a.w), iaitu
kumpulan yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata dan mereka Islam
secara berjema’ah.] Sabda
Rasulallah ((s.a.w): ‘Keutamaan kalam Allah (a.w) (i.e. al-Quran) (itu) mengalahkan
semua kalam (i.e. kitab-kitab karangan manusia) sebagaimana keutamaan Allah
(a.w) mengalahkan makhluknya.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Kefadhalan al-Quran]
[Nota: Hadith ini menghukumkan bahawa sesiapa yang mengutamakan selain al-Quran dalam perkara agama dan ilmu mengenai agama, telah menyalahi ketetapan ini. As-Sunnah atau al-Hikmah itu adalah wahyu Allah (a.w), maka as-Sunnah juga adalah sebaik-baik panduan manusia. Maka dengan itulah sebagai seorang Islam wajib atasnya menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dahulu sebelum melihat ketetapan manusia mengenai sesuatu. Malah dalam perkara Islam dan syariatnya, umat Islam itu diwajibkan kembali kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebelum melakukan sesuatu.]
[Nota: Hadith ini menghukumkan bahawa sesiapa yang mengutamakan selain al-Quran dalam perkara agama dan ilmu mengenai agama, telah menyalahi ketetapan ini. As-Sunnah atau al-Hikmah itu adalah wahyu Allah (a.w), maka as-Sunnah juga adalah sebaik-baik panduan manusia. Maka dengan itulah sebagai seorang Islam wajib atasnya menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dahulu sebelum melihat ketetapan manusia mengenai sesuatu. Malah dalam perkara Islam dan syariatnya, umat Islam itu diwajibkan kembali kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebelum melakukan sesuatu.]
Maka dgn itulah kita wajib menyempatkan diri untuk belajar al-Quran dan as-Sunnah supaya kita tidak terjerumus ke dalam neraka dan berjaya mendapat syurga.
Orang
yang Meremehkan Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah
Saudara, sesiapa yg merujuk untuk memahami Islam dgn membaca kitab dan buku serta apa jua media ilmu yg disampaikan oleh manusia, telah merendahkan al-Quran dan as-Sunnah. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Rasulallah
((s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca al-Quran (i.e. tahu isinya mengenai
sesuatu) lalu dia menganggap bahawa ada seseorang yang telah diberikan sesuatu (kitab
ciptaan manusia) yang lebih utama daripadanya (i.e. lebih utama dari al-Quran
dan as-Sunnah) yang telah diberikan kepadanya (yakni, al-Quran), maka
sungguh-sungguh dia telah mengagungkan sesuatu yang diremehkan (atau,
diperkecilkan atau dihina) oleh Allah (a.w) dan dia telah meremehkan (atau merendahkan)
sesuatu yang telah diagungkan (atau ditinggikan) oleh Allah (a.w) (yakni,
al-Quran dan as-Sunnah).’ [Hadith at-Tobrani]
[Kerana:
al-Quran itu adalah kalam Allah (a.w) dan adalah kitab panduan yang terbaik dan
sebaik-baik panduan dan petunjuk (i.e. hidayah), maka wajib bagi manusia,
terutama yg Islam itu, berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara
agama, termasuk dalam perkara menyentuh bentuk ibadah dan cara serta kaedah
mengamalnya yang ditetapkan oleh Islam. Sebaik-baik petunjuk (atau hidayah) itu
adalah hidayah Rasulallah ((s.a.w) (yakni, sunnah Rasulallah ((s.a.w)). Justru
itu petunjuk yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah hidayah atau
petunjuk yang terbaik bagi manusia untuk mencari jalan lurus ke syurga selamat
dari neraka). Kerana Rasulallah (s.a.w) adalah model atau contoh atau idola yg
sewajibnya bagi orang Islam.]
Saudara, demikianlah nasihat Rasulallah (s.a.w) kpd orang Islam. Kita boleh merujuk kpd kitab dan buku kalaulah kita sudah sempurna ilmu kita tentang al-Quran dan as-Sunnah. Jika belum khattam ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita rujuk kitab-kitab dan buku-buku karangan manusia, maka sudah barang pasti kita akan sesat. Malah di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa Omar (r.a) pernah melihat dan membaca kitab Injil dan kitab karangan ralib Yahudi dan Kristian, dan menyatakan ada kebaikan yg tertulis di dalamnya. Rasulallah (s.a.w) seumpama menempelak beliau dgn menyebutkan bahawa Kitab Allah (a.w) yg ada pada umat Islam itu adalah jauh lebih baik dari Injil dan kitab-kitab Yahudi dan Nesrani itu. Tapi, hari ini umat Islam amat menyukai meneliti sesuatu mengenai Islam dgn merujuk kpd kitab dan buku atau media tulisan yg dicipta oleh manusia! Mereka tidakpun menyempatkan masa belajar al-Quran dan as-Sunnah.
Mudah-mudahan tidaklah kita tergolong dari kalangan orang yg digam atau dicop oleh Allah (a.w) sebagai meremehkan al-Quran dan as-Sunnah. Amin; dan mengutamakan buah fikiran manusia, insyaAllah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment