Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan penelitian kita tentang perkara 'ilmu', kerana ilmu itu akan membolehkan kita memandu diri ketika masih hidup mencari kebenaran dalam beragama, kebenaran dalam mengerjakan amalan dan ibadah - dari segi bentuknya, cara dan kaedahnya serta keperincian yang melibatkan rukun-rukunnya - rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'linya. Kita tahu bagaimana hendak bersolat menepati contoh Rasulallah (s.a.w), kerana solat yang tidak menepati spesifikasi Rasulallah (s.a.w) adalah batil dan batal, dan tidak memberikan pelakunya sebarang pahala. Solat itu adalah amalan atau ibadah yg utama bagi umat Islam, kerana solatlah yg mula-mula dihisab di akhirat, dan ibadah yang utama yg menentukan seseorang yg Islam itu berjaya atau tidak mendapat syurga di akhirat kelak. Tanpa ilmu, seseorang itu akan bersolat mengikut 'ilmu' yg didapatinya dari warisan enek moyang mereka, dan dikerjakan berdasarkan 'ilmu' tersebut juga, dan dia tak pastipun apakah yg dilakukannya itu betul atau benar atau sama seperti orang kafir 'bersembahyang' mengikut cara yg mereka tahu dalam kejahilan atau tertipu oleh 'ulama' mereka, ataupun sama sekali menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, hanya dengan ilmu seseorang yg Islam itu tahu apakah yg batil dan apakah yg benar. Yg paling jelas tentang isu atau tajuk 'berjema'ah' dalam Islam. Apakah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) menetapkan bahawa satu ciri mutlak syariat Islam itu adalah menganuti Islam secara berjema'ah? Apakah 'berjema'ah' itu adalah ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), atau preskripsi para ulama' atau tokoh-tokoh kepimpinan Islam?
Demikian jugalah isu 'bid'ah'. Apakah wujud apa yg dipopularkan oleh para ulama' umat Islam arus perdana, bahawa wujud 'bid'ah hasanah'? Atau, itu adalah konsep dan hakikat yg direka oleh para ulama' yg mendapat ilmu mereka mengenai syariat Islam secara turun temurun, dari nenek moyang mereka atau dari mahaguru yg tidak memiliki cukup ilmu tentang al-Quran dan as-Sunnah atau dari para ilmuwan yg menggunakan kebijaksanaan akal fikiran mereka mencipta dan mempopularkan suatu konsep dan amalan? Atau, adakah bagi kita yg dibiasakan melihat Islam dari kaca mata fahaman kemazhaban, apakah 'pengasas Mazhab as-Syafie', iaitu Imam as-Syafie, telah mengajarkan anak murid atau pengikutnya tentang 'bid'ah hasanah' ini? Kerana 'bid'ah hasanah' ini adalah suatu konsep, keyakinan dan amalan mutlak di kalangan umat Islam majoriti di Malaysia. Dan, di Malaysia orang Melayu diwajibkan anuti Islam ikut faham Mazhab as-Syafie.
Hanya dengan ilmu kita tahu apakah Imam as-Syafie menyuruh amalkan sesuatu yg disebut sebagai 'bid'ah hasanah'? Adakah terdapat ajaran-ajaran bersifat 'bid'ah hasanah' dalam kitab-kitab karangan Imam as-Syafie, terutama dalam kitab utama beliau, 'al-Umm'? Adakah, setelah diteliti dan dikaji, didapati bahawa Imam as-Syafie - yg merupakan seorang daripada 49 ulama' muhadithin, sebagaimana Bukhari, Muslim, an-Nasa'ie, at-Termidzi, Abu Daud, dan Ibnu Majah (yg dikenal sebagai pengumpul hazanah hadith yg dikenal sebagai Kuttubul Sittah), Imam Malik, Imam Ahmad ibni Hanbal, Imam Abu Hanifah (3 yg lain yg dikatakan pengasas fahaman kemazhaban), Imam at-Tobrani, al-Baihaqi, Darul Qutni, Abu Ya'la, dan lain-lainnya, sanggup mengajarkan sesuatu dalam syariat Islam yg sama sekali tidak ditemui mereka dalam proses pengumpulan hadith-hadith Rasulallah (s.a.w)? Amalan yg tak pernah dikerjakan atau dibuat oleh Rasulallah (s.a.w)? Semua ini perlukan ilmu untuk membolehkan kita mempastikan mana yg betul atau haq dan mana yg palsu atau cakap-cakap orang. Apakah mungkin ada peyokong atau pengikut Imam as-Syafie yg menyatakan bahawa guru mereka, Imam as-Syafie, yg memulakan 'bid'ah hasanah', walhal Imam as-Syafie, yg faham ilmu al-Hadith sendiri, tidakpun berbuat sedemikian. Kalau kita teliti al-Umm tentang cara berwudu' atau cara bersolat, kita akan dapati tiada bezanya dgn hadith-hadith yg ditemui oleh Bukhari, Muslim, at-Termidzi, an-Nasa'i, Abu Daud, Ibnu Majah dan lainnya. Jika begitu, mengapa kekal begitu kuatnya pengaruh keyakinan umat Islam menyentuh 'bida'ah hasanah' ini?

Saudara, persoalan-persoalan spt ini hanya dapat dijawab dgn ilmu. Dan, ilmu yg boleh menjelaskan segala-sgalanya mengenai Islam, syariatnya, yg haq dan yg batil, pahala dan dosa, syurga dan neraka dan selainnya adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itu jugalah Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 59, Surah an-Nisa', mengenai mentaati 'ulil amri' (i.e. golongan kepimpinan dan ulama'). disebutkan bahawa jika umat Islam itu berselisih faham atau tidak sepakat mengenai sesuatu persoalan atau isu dalam Islam, hendaklah mereka merujuk kembali kpd al-Quran dan as-Sunnah, bukan kdp kepimpinan - imam atau amir atau sutan atau khalifah atau amirul mukminin - di kalangan mereka! Yg pasti adalah al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, insya Allah kita akan teliti isu-isu yg dibangkitkan secara sambil lalu di atas tadi dalam post-post yg akan datang. Buat kali ini wajarlah kita renungi pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Rasulallah
((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yang Maha Luhur murka pada
setiap orang (Islam yang beriman) yang pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam
ilmu dunianya (tetapi) yang bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith
a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi]
[Nota: Orang yang pintar dalam ilmu
dunia itu ramai kita temui dan mereka itu berjaya dalam dunianya. Dalam
pentadbiran atau pengurusan sebagai contoh terdapat golongan Ox-Bridge (lulusan
dari universiti-universiti ivy league seperti Oxford, Cambridge), London,
Harvard, MIT, Chicago, UCLA, Berkeley dan seumpamanya) diberikan
jawatan-jawatan membawa upah yang amat tinggi. Dunia dan manusia memberikan
kelebihan kepada mereka kerana kepintaran mereka dalam ilmu dunia. Dalam ‘bidang
agama’ pun ada juga orang yang diakui 'bijak pandai' kerana mempeolehi kelulusan
dari institusi pengajian ala-agama ivy league dalam bidang pengajain Islam
lulusan al-Azhar, Jordan ,
Ain-Syam, Madinah dan beberapa universiti terkenal lainnya dalam masyarakat Islam.
Sehinggakan mereka yg lulus dari Universiti St Andrews, UK dan Temple di USA, yg mendapat Ph D dalam bidang 'ilmu keagaamaan' atau 'perbandingan agama', dinobatkan sebagai pakar agama dan ulama' Islam!
Mereka diberi pengiktirafan sebagai orang yang bijak pandai, diberi jawatan yang bergaji tinggi, ditempatkan dalam jawatan-jawatan yang dihormati dan disanjung. Mereka itupun adalah golongan orang yang pintar dalam ilmu duniawi mereka. Golongan-golongan sedemikian diakui orang yang bijak dan pandai – dalam bidang ilmu keduniaan semata-mata atau dalam bidang yang terkait dengan agama - tetapi mereka bukanlah orang yang bijak, pandai atau pintar dalam ilmu akhirat. Kepandaian dalam ilmu akhirat itu, berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w0, yg cinta rujuk hadith di atas tadi, hanya diperolehi dengan mengaji ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (i.e. al-Hadith). Kerana, Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu akhirat supaya mereka lebih faham Islam dan syariatnya, yakni tuntutan Islam sebenarnya. Melalui kefahaman sedemikian itu mereka lebih berjaya di dunia demi akhiratnya, dan di akhirat kerana panduan Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah itu memandu mereka bagaimana hendak berjaya menyediakan diri untuk akhirat ketika di dunia. Dan, oleh kerana mereka memilik ilmu yg diiktiraf Allah (a.w) dan RasulNya, segala amal dan ibadah dan usaha fi sabilillah mereka di terima Allah, dan berjaya menyediakan diri untuk kejayaan akhirat.
Orang iman yang benar itu faham agamanya, maka dia lebih terpandu hidupnya di dunia. Kefahaman agama hanya boleh didapati melalui pengajian atau mempelajari ilmu akhirat – ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang memiliki ilmu akhirat itu faham dan sedar bahawa Islam yang benar itu adalah Islam yang didasarkan kepada tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, yang segala bentuk-bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara mengamalkannya adalah sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan dengan itu pra-syarat yang utama mengesahkan keIslaman seseorang itu adalah dia menepati sabda Rasulallah (s.a.w) ‘ma ana ‘alaihi wa-ashabi’ (yang bermaksud: apa-apa yang aku (Nabi) kerjakan dan para sahabatku berpegang padanya dan kerjakan’ = al-Quran dan as-Sunnah) dan dia anuti Islam secara berjema’ah (Ayat 103, Surah ali-Imran). Mereka yang mengaji secara ‘manqul’ dari guru yang mengajarkan dua ilmu tersebut secara ‘musnad’ (i.e. ada urutan asal usul ilmu/hadith) dan secara’ muttasil’ (i.e. ilmu itu boleh disandarkan kepada apa yang diperintahkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) tanpa terputus sumbernya), maka ilmu itu dikira ilmu akhirat. Tidak ramai orang Islam yang bijak dan pandai dalam ilmu akhirat. Orang yang tidak mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu al-Hadith secara manqul, musnad dan muttasil itu, dikira jahil (bodoh) dalam ilmu akhirat. Seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman wajib mencari kepandaian dalam ilmu akhiratnya, kerana ilmu akhirat itu akan membolehkan dia bersedia untuk kehidupan yang sebenarnya, i.e. kehidupan akhirat dalam syurga, walhal kehidupan di dunia hanyalah 60 atau 70 tahun atau 80 tahun, walhal sehari di akhirat itu adalah 1,000 tahun lamanya dikira dalam waktu dunia! Hanya dengan ilmu seseorang itu tahu dan faham ketetapan Islam, dan boleh memilih dan membezakan yang benar dengan yang batil. Kerana yang batil itu tidak akan memungkinkan dia mendapat syurga, sebaliknya terjerumuskan dia ke dalam neraka.]

Saudara, mudah-mudahan saudara faham dan diberikan kefahman oleh Allah (a.w) dalam agama, dan berdasarkan kefahaman itu, masih sempat menyediakan diri untuk meraih kejayaan di akhirat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment