Sunday, November 11, 2012

Ilmu - Untuk Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, meneruskan perbincangan kita engena tema/perkara di atas itu, kita lihat pula sub-tajuk berikut:
 
Orang yang Mencari Dunia dan Hiasannya 
 
(a) Orang yang tidak siuman dalam Islam 
 
Saudara, hadith ini memberikan kita empat panduan yg sewajibnya menjadi panduan hidup kita, terutamalah kita yg sewaktu-waktu memikirkan kesenangan dan kemewahan di dunia. Islam menggalakkan umatnya sentiasalah berusaha sekuat mungkin untuk berjaya di dunia dan akhirat. Namun, hari ini majoriti umat Islam rindukan kekayaan duniawi. Mereka seiring abaikan akhirat. Orang yg kaya itu, akan rakus dengan kekayaan mereka, lupa mengeluarkan zakat, lupa menginfaq hartanya untuk fi sabilillah. Sebaliknya membazirkan harta dan kekayaan mereka. Antara pembaziran yg lazim adalah membina rumah yg besar seumpama istana atau mahligai, dihisai dgn peralatan yg canggih, perkakasan yg disalut dgn emas dan perak, memiliki kenderaan yg mewah - yg tidak didapati oleh orang kaya yg lain. Sekurang-kurang ada Lamborghini, Ferrari, Maserati, Porsche, Mercedes dan BMW mewah, bukan sebiji, tetapi banyak. Peringatannya adalah dalam hadith ini.
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.an) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Dunia adalah tempat tinggal bagi orang yang tidak mempunyai tempat tinggal (di akhirat), dan harta kekayaan di dunia itu adalah bagi orang yang tidak mempunyai harta di akhirat, dan (kesemuanya) dicari dan dikumpulkan oleh orang yang tidak berakal (yakni, orang yang ‘gila’, lupa dia akan matinya dan akibat mengumpul harta dan mementingkan dunia dan melupakan akhiratnya).’ [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Hadith ini menyampaikan 3 mesej yang utama; iaitu, pertama, sesiapa yang mengutamakan dunia, dan mengabaikan akhiratnya, dia tiada tempat tinggal di akhirat. Kenapa? Penghuni neraka tiada tempat tinggi sendiri. Mereka berkongsi tempat yang satu yang didiami oleh orang kafir, orang munafiq dan orang fasiq (i.e. berdosa), sama-sama menjalani hukuman kerana dosa mereka dalam neraka. Tempat tinggal yang penuh nikmat dan keseronokan serta kepuasan segala kemahuan dan keinginan adalah di syurga. Bukanlah di neraka. Fikirkanlah bahawa orang yang termiskin dalam syurga itu memiliki kekayaan 10 kali nilai dunia dan segala isinya. Rumahnya begitu besar, lebih berganda besarnya dari istana atau mahligai raja yang terbesar dan terindah di dunia. Rumah dan kepelngakapan serta peralatannya dibuat dari intan permata, berlian, emas dan perak. Dia diperuntukan isteri-isteri yang terdiri dari ‘hurul-ain seramai 72 orang. Tidak ada wanita dunia yang apat menandingi kehebatan hurul-ain itu dari segala segi, termasuk kejelitaan mereka. Sebaliknya, penghuni neraka dikatakan oleh Allah (a.w) sebagai tidak mati dan tidak pula hidup. Kerana, walaupun disiksa setiap saat dalam neraka, amun takkan mati-mai. Di dalam neraka tiada yang menyeronokkan. Malah hanya ada siksaan yang berbagai dan berterusan pula, tanpa henti. Di akhirat, segala-galanya termungkin. Jelasnya, hanya penghuni syurga yang memiliki rumah kediaman – yang lebih hebat dari istana manusia di dunia. Ahli syurga yang paling rendah tarafnya memiliki kekayaan 10 kali nilai dunia dan isinya, di dalamnya begitu banyak rumah yang lebih hebat dari sehebat-hebat istana dan mahligai di dunia. Maka dunia ini adalah tempat tinggal yang tidak kekal. Akan musnah apabila sampai ajal manusia. Di akhirat itu tempat tinggalnya diperbuat dari emas, berlian, perata dan selainnya. Di neraka tiada rumah hanyalah kediaman dalam kawah neraka.
Kedua, sesiapa yang memiliki harta di dunia, jika tidak dimanfaatkan oleh mereka untuk fi sabilillah dan membela umat Islam dan orang iman yang lain, kemudian disoal pula segala hartanya dimana dan bagaimana di dapati dan apakah tujuan memilikkinya. Justeru itulah dalam hadith disebutkan bahawa orang kaya dan hartawan itu, kalaupun berjaya mendapat syurga hanya aan merasainya setelah dimasukkan ke dalam syurga setelah orang miskin msuk ke dalam syurga selama 50,000 tahun.
Ketiga, orang yang mencari kemewahan dan kesenangan dunia itu hanyalah orang yang bodoh. Kerana, apapun milik kita didunia akan terpisah dengan kita apabila sampai ajal kita. Mencari dan mengumpulkan harta tanpa menggunakan harta itu untuk menempah tempat di syurga di akhuirat, adalah yang paling utama bagi mereka yang dikurniakan Allah (a.w) rezki yang melimpah ruah. Kalaulah mereka yang mengumpul harta itu menyedari yang lAllah (a.w) kurniakan harta yang banyak untuknya adalah memberikan dia peluang keemasan untuk Berjaya di akhirat. Kalau harta dan kekayaan dikumpulkan dan digunakan bukan untuk tujuan akhirat, maka itulah sesuatu suatu perbuatan yang bodoh, kerana setelah mati, hara itu menjadi milik orang lain. Dalam sepotong hadith qudsi, Rasulallah (s.a.w) menyampaikan firman Allah (a.w) yang berbunyi: ‘Syurga itu syurgaKu (i.e. milik Aku (Allah (a.w)), dan harta itu hartaKu (i.e. milik Aku (Allah (a.w)), maka tukarkanlah/belilah syurgaKu dengan hartaKu.
Keempat, disebutkan bahawa sesiapa yang matlamat hidupnya di dunia semata-mata adalah orang yang tidak berakal, i.e. seolah-olah orang yang tidak siuman! Mengapa tidak. Tiada suatupun keuntungan dari harta, kecualilah dibelanjakan demi Islam atau fi sabilillah – mengembangkan syiar Islam atau membantu umat Islam yang dhaif dan memerlukan bantuan atau dibelajakan untuk mengembangkan ilmu akhirat, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, supaya lebih ramai manusia faham Islam dan menerima Islam dan lebih ramai orang Islam faham bahawa hanya ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang, jika dijadikan panduan amalan, ibadah dan kehidupan, yang mengesahkan segala amalan dan ibadah. Kalau berharta, dan silap diarahkan, maka mengundang kecelakaan. Selain, kekayaan dan kemewahan seringkali sebaba utama ramainya umat Islam yang terjerumus ke dalam neraka, kerana digunakan secara batil, dibazirkan atau dikenakan hisaban yang terperinci di akhirat, maka kemungkinan besar, tak dapat syurga. Kalau berjayapun setelah 50,000 tahun orang miskin masuk syurga, maksudnya kekal tersiksa di padang makhsyar, menunggu Kitab Catatan Amalan selama 50,000 tahun. Di sana setiap sehari lamanya dalam kiraan tahun dunia adalah 1,000 tahun. Kalau tidak menepati pula syariat Islam, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, maka tidak pula diberi peluang minum air Telaga al-Kauthar. Ingatlah, seseorang yang meragui al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dan mengerjakan ibadah mengikut ketetapan as-Sunnah, di akhirat kelak tidak diakui oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai umatnya. Golngan orang yang sedemikian itu dihalang oleh malaikat mengahampiri Telaga al-Kauthar, apatah lagi minum airnya! Rasulallah (s.a.w) memberitahu sekali minum air telaga al-Kauthar itu tidak akan haus selama-lamanya! Memanglah orang yang gila atau tidak berakal sahaja yang mengumpulakn segala sesuatu yang tidak kekal.]
Saudara, hadith ini memberikan kita empat panduan yg wajib kita perhatikan dan ngatkan sepanjang hidup kita. Bagi kita yg kaya dan mewah pula, lebih utama lagi diingatkan akibat daripada kemewahan kita tersebut.
Menyebut tentang mesej hadith ini, kelmarin (Sabtu, 10  November 2012) diterbitkan suatu sisipan tulisan tentang kejayaan sepasang suami isteri (Burhanuddin Md Radzi dan Ainon Arif) yg memiliki sebuah syarikat animasi Melayu, Les Copaque Production Sdn Bhd, tak silap dalam akhbar The Star. ruangan BizWeek Sebuah perusahan perfileman animasi suami isteri. Meman sudahpun berjaya. Malah rasanya sudahpun tergolong dikalangan jutawan baru Melayu. Kalau sdr lalu di pejabatnya di Seksyen 13, Shah Alah, di belakang Tesco Extra, mungkin akan terlihat dua buah kereta Ferrari? yg dipakirkan depan pejabat tersebut. Pastilah pengusaha tersebut sudah berjaya. Kita ucapkan syabas. Namun, sejajar dgn mesej blog ni, mudah-mudahan suam isteri yg berjaya itu dapat menjalankan tanggung jawab keIslamannya supaya lapangkan masa mengaji supaya faham Islam dan syariatnya yg benar. Jika tidak mereka tergolong orang yg berjaya di dunia tetapi gagal akhirat mereka, sebagaimana ramai orang Islam yg gagal ketika ini. Mudah-mudahan, mereka menyempatkan diri untuk akhirat mereka.
 
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment