Friday, November 23, 2012

Ilmu, Amalan dan Akhirat: Berjema'ah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu, kita telahpun huraikan ketetapan syariat Islam yg, kalau umat Islam tu, patuhi dan ikuti, pastilah Allah (a.w) masukkan dia ke dalam syurga - inilah ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan dia mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti dan akur dengan ketetapa as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga.' Jika sebaliknya, Ayat 14, Surah an-Nisa' menyebutkan: 'Sesiapa yg menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan menentang Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan as-Sunnah), dan melanggar batasan-batasan syariat Islam, maka dia dimasukkan ke dalam neraka.' Sehubungan itu pula diperincikan maksud ketaatan tersebut dengan menetapkan pada Ayat 59, Surah an-Nisa', bahawa mentaati 'ulil-amri' itu termasuk dalam ketaatan kepada Allah (a.w) dan ketaatan kepada Rasulallah (s.a.w), bahawa mereka yg digolongkan sebagai 'ulil-amri' -para  pemimpin dan para ulama' - juga wajib ditaati selagi mereka memerintahkan sesuatu supaya umat atau anggota jema'ah umat Islam akur dan taati yg tidak bersifat maksiat. 'Maksiat' adalah sesuatu yg berlainan dari atau bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka umat Islam atau anggota jema'ah umat Islam tidak dibenarkan akur dan ikut, malah tidak perlu didengar perintah tersebut. Umat Islam diperintahkan oleh Allah (a.w) supaya anuti agama Islam dengan cara berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran: 'Berpegang teguhlah kepada agama Islam itu dengan berjema'ah.' Kita telahpun huraikan maksud 'jema'ah' dan maksud 'berjema'ah' itu
Saudara, Islam itu dibentuk atas dasar ketauhidan mengesakan Allah (a.w) dan mengakui serta akur dengan perintah Allah (a.w) bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) - orang yg dilantik Allah (a.w) untuk memimpin umat manusia menegakkan syiar agama Allah (a.w) - Islam - di dunia, agama yg dicipta oleh Allah (a.w) untuk manusia semua zaman dan semua bangsa, sampaikan dunia ini kiamat. Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg mentaati perintah Rasulallah (s.a.w) diakui telah mentaati perintah Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Kemudian, Allah (a.w) perintahkan manusia supaya ambil pakai panduan as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr. Justeru itu sesiapa yg mengengkari suruhan Rasulallah (s.a.w), maka dia mengengkari perintah Allah (a.w), maka batal Islamnya. Kemudian,  Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia yg Islam dan iman itu wajib berjema'ah. Sesiapa yg tidak berjema'ah, maka batal juga Islamnya, kerana tidak halal hidupnya di dunia. Apabila tidak halal kehidupan di sisi Allah (a.w) maka batal amalan dan ibadahnya. Dia lahiriah kelihatan Islam tetapi sebenarnya pada hakikinya tidak Islam. Inilah yg dirumuskan oleh Omar ibni Khattab (r.a) dalam hadith, iaitu hadith berikut:
Omar b Khayyab (r.a) berkata: ‘La islama illa bi-jama’atin, wala jama’atin illa bi-imaratin, wala imaratin illa bitoatin wala toatin illa bi-bai’atin’ [Maksud: Tidak dikatakan Islam jika tidak berjemaah, dan tidak dikatakan berjemaah jika tidak ada keimaman (imam) (atau kepimpinan) dan tidak ada keimaman jika tidak ada ketaatan dan tidak ada ketaatan jika tidak ada ikrar janji taat setia (bai’at)’] [Hadith ad-Dailami].
Omar tidaklah bercakap mengikut hawa nafsunya atau mengikut akal fikirannya. Kerana Allah (a.w) perintahkan manusia itu berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut.  Kemudian, dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) ulangi perintah Allah (a.w) tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) redha (yakni, sukakan) bagi kamu tiga perkara: (pertama) tidak menyekutukan akan Dia (Allah (a.w))(yakni, syirik) dengan sesuatu apapun, (kedua) dan bahawa berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, agama Allah (a.w), iaitu agama Islam) secara berjemaah, dan (ketiga) jangan berpecah belah (atau berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab); dan benci Allah (a.w) bagi kamu tiga perkara (iaitu) (pertama) banyak berkata-kata dan bercakap-cakap, dan (kedua) banyak soal (tentang agamanya) dan (ketiga) pemboros atau membazirkan harta.] [Hadith Muslim]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith di atas itu perkara kedua yg Allah (a.w) ridha terhadap manusia yg Islam dan beriman itu adalah ' bahawa berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, agama Allah (a.w), iaitu agama Islam) secara berjemaah. Kemudian dalam hadith berikut pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu pula:
Diriwayatkan hadith daripada Harith as-Syaari (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘ Dan aku memerintahkan sekelian kamu dengan lima perkara, (kerana) Allah (a.w) memerintahkan aku dengan lima perkara ini. (Pertama) Berjemaah, dan (kedua) mendengar, dan (ketiga) taat, dan (keempat) berhijrah (yakni, zaman Nabi (s.a.w) orang Islam diperintahkan berhijrah ke Madinah apabila orang kafir musyrik menghalang mereka Islam, mengamalkan dan menyebarkan Islam. Kalau sekarang jika kita tidak dapat mengamalkan syariat Islam yang haq dan benar itu, umat Islam diperintahkan berhijrah juga), dan (Kelima) berjihad di dalam jalan Allah (a.w) [Nota: Belajar dan mengajar dan menyebarkan syariat Islam (termasuk menyebarkan ilmu as-Sunnah) yang haq itu adalah termasuk dalam istilah berjihad di jalan Allah (a.w)]. Maka bahawasanya barangsiapa yang keluar dari jemaah walaupun sejengkal (atau kerana sesuatu perkara atau peraturan dll) maka sungguh-sungguh tercabut tali (agama) Islam dari lehernya (yakni, keluar Islam) kecuali dia kembali (yakni, bertaubat dia), dan barangsiapa mengajak dengan ajakan jahiliah (yakni, ajakan atau mengajar atau menyuruh orang beramal dan beribadat dengan sesuatu yang tidak termasuk dalam syariat Islam mengikut al-Quran dan al-Hadith) maka dia dari isi Neraka Jahanam.] Maka berkata (para sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan dia itu berpuasa dan bersolat?’ Maka sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan jika dia berpuasa dan bersolat sekalipun! Maka bersabda lagi Rasulallah (s.a.w): ‘Jika berpuasa dan bersolat dan menyangka orang itu sesungguhnya dia Islam. Maka memanggillah akan orang Islam dan orang beriman itu dengan nama-nama mereka atas apa-apa nama mereka yang dikurniakan oleh Allah (a.w) (yakni, nama sebenar mereka, yakni jangan menggunakan nama-nama jolokan atau gelaran yang tidak baik), dan memanggillah orang-orang Islam dan orang beriman itu (dengan nama sebenarnya, kerana mereka) adalah hamba Allah (a.w).] [Hadith sahih Imam Ahmad Ibnu Hanbal]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa Allah (a.w) perintahkan Rasulallah (s.a.w) supaya berjema'ah atau institutionalisasikan hakikat berjema'ah dalam Islam. Institusi berjema'ah itu amat penting dalam Islam, sehinggakan sesiapa yg keluar dari jema'ahnya - walaupun kerana sebab yg kecil sekalipun, maka terlucutlah agama Islamnya, dan kembali dia menjadi orang jahiliah atau kafir! Wal iya zubillah.
Saudara, jema'ah itu ada pemimpin dan hraki kepimpinannya, mengiut tugas dan tanggungjawab dan mengikut wilayah.
Dalam zaman Rasulalah (s.a.w) beliaulah yg memimpin jema'ah umat Islam - bukan setakat memimpin dalam solat fardu sebagai imam. Kesemua umat Islam berbai'at - yakni berikrar - 'mendengar nasihat dan ijtihad atau perintah dan suruhan beliau dan mentaatinya - wajib mendegar nasihat dan ketetapan dan akur dengan ketetapan (atau printah)  - Rasulallah (s.a.w). Hakikat berbai'at itu disebutkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dalam 3 ayat al-Quran
Dalam Ayat 10, Surah al-Fath:
Firman Allah (a.w): 'Bahawasanya mereka yang berbai’at dengan kamu (Muhammad) sesungguhnya mereka berbai’at dengan Allah (a.w), tangan Allah (a.w) di atas tangan-tangan mereka, maka barang siapa melanggar (bai’at mereka) maka sesungguhnya melanggar mereka atas diri mereka sendiri (yakni, merekalah yang menanggung balasan Allah (a.w) nanti dan bukanlah Nabi (s.a.w) menanggungnya atas dosa mereka memungkiri janji) dan barangsiapa yang menetapi (yakni, mentaati) ikat janji mereka atas mereka, maka mengurniakan Allah (a.w) bagi mereka pahala yang besar (yakni, balasan Syurga)] [Ayat 10, Surah al-Fath]
Dalam Ayat 18, Surah al-Fath:
Firman  Allah (a.w):  'Nescaya sungguh-sungguh ridha Allah (a.w) dari orang-orang yang beriman ketika berbai’at engkau di bawah pokok (kata sebahagian ulama’ nama pokok itu pokok pelampas) maka tahu Allah (a.w) apa-apa di dalam hati mereka. Maka diturunkan oleh Allah (a.w) sakinah (ketenangan) atas diri mereka dan mengikuti mereka akan kemenangan yang dekat.] [Ayat 18, Surah al-Fath]
dan dalam Ayat 12, Surah al-Mumtahannah- Ikrar menyentuh wanita mukmin:
Firman Allah (a.w):Wahai Nabi ketika datang kepadamu perempuan-perempuan beriman hendak berbai’at dengan kamu (Muhammad) (maka berbai’atlah dengan mereka) atas (syarat-syarat) tidak syirik (yakni, menyekutukan) mereka akan Allah (a.w) akan sesuatupun, dan tidak mencuri mereka, dan tidak berzina mereka, dan tidak membunuh mereka (orang Islam) atau tidak (membunuh mereka) anak-anak mereka dan tidak datang mereka dengan berbohong, berbuat dusta antara kedua-kedua tangan mereka dan antara kedua-dua kaki mereka (yakni, tidak dia melakukan kejahatan dengan tangan dan kakai mereka), dan tidak membuat maksiat engkau di dalam berbuat kebaikan (amal ma’ruf), maka berbai’atlah dengan perempuan-perempuan tersebut dan mintalah keampunan bagi mereka kepada Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) maha Pengampun lagi maha Penyayang.] [Ayat 12, Surah al-Mumtahannah]
Saudara, walaupun ikrar ini merujuk kepada bai'at kaum wanita, namun ketetapannya sama dengan ketetapan bagi lelaki mukmin.
Dalam hadith disebutkan pula betapa pentingnya bai'at tersebut, kerana sesiapa yg menarik ikrarnya, maka besar padahnya:
Diriwayatkan daripada Nafi’ (r.a) berkata: ‘Datang Abdullah bin Omar (r.a) kepada Abdullah bin Muti’ (r.a) ketika ada dari kepanasan (politik umat Islam, yakni kacaubilau yang berlaku) apa-apa yang ada pada zaman Yazid bin Muawiyah (yang menjadi khalifah Islam zaman itu), maka berkata Muti’: ‘Memberi kamu pada Abi Abdul Rahman akan satu bantal’. Maka berkata Abi Abdul Rahman: ‘Tidaklah aku datang untuk duduk. Datang aku kerana menceritakan kepada kamu suatu hadith yang aku dengar dari Rasulallah (s.a.w) yang bersabda’. Maka berkata Abi Abdul Rahman (r.a): ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mencabut tangannya (yakni, mungkirkan janjinya (atas bai’atnya) dengan amir atau imamnya dari taat setianya (yakni, bai’atnya) nescaya bertemu dia dengan Allah (a.w) pada hari Qiamat kelak tidak ada hujjah (yakni, pembelaan) baginya, dan barangsiapa mati dan tiada di dalam lehernya bai’at, mati dia dalam kematian seorang jahiliah (yakni, tidak Islam).’ [Hadith Muslim]
Saudara, apabila wafat Rasulallah (s.a.w), kita telahpun tahu 'sequence of events' proses perlantikan Abu Bakar as-Siddiq (r.a) oleh jema'ah umat Islam, dengan didahuui oleh bai'at Omar ibni Khattab (r.a), sebagai khalifah (= pemimpn pengganti Rasulallah (s.a.w) ) sebagai 'Imam' atau 'Amir' digelar khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Itulah tuntutan Islam yg sebenarnya. Hari ini hanya negara Arab Saudi yg mengamalkan sistem bai'at sedemikian ini sehingga sekarang. Justeru itu, sistem jema'ah atau kepimpinan Islam itu bukanlah budaya Arab atau ketetapan fahaman Wahhabi - sebagaimana sesetengah umat Islam keliru ketika ini - tetapi adalah sistem agama Islam yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan didemokan atau diperjelaskan praktikalnya oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Saudara, utamanya sekumpulan umat Islm itu melantik pemimpin dikalangan mereka itu disebutkan dalam 4 hadith berikut:
(a) Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amrin (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak halal bahawasanya (pertama) menikah (seorang lelaki) akan perempuan keika mentalaq (mencerai) yang lain, dan (kedua) tidak halal bagi seorang lelaki bahawasanya menjual dia jualan kawan (sahabatnya) sehingga (bakal pembeli) meninggalkannya (barangan), dan (ketiga) tidak halal tiga golongan yang ada di tanah lapang (di bumi) kecuali membuat (mengangkat) imam atas mereka salah seorang daripada mereka dan (keempat) tidak halal bagi tiga orang berada dipermukaan bumi maka berbisik-bisik berdua meninggalkan sahabatnya yang ketiga.’ [Hadith Sahih Ahmad ibni Hanbal]
(b) Di dalam satu riwayat yang lain, bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak halal bagi tiga orang di permukaan bumi ini kecuali mengangkat menjadi imam (amir) atas mereka salah seorang daripada mereka.’ [Hadith Imam Ahmad]
Diriwayatkan hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika keluar kamu bertiga di dalam bermusafir (yakni, perjalanan) maka menjadikanlah imam/amir salah seorang daripada kamu.’ [Hadith Abu Daud]
(c) Diriwayatkan hadith dari Nafi’ dari Abi Salamah dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika ada kamu bertiga di dalam musafir (perjalanan) maka menjadikanlah imam/amir salah seorang kamu.’ Berkata Nafi’ (r.a): ‘Berkata aku kepada Abi Salamah: ‘Maka anda/engkau menjadi amir (pengurus) kami.’ [Hadith Abu Daud]
Jelaslah bahawa jikalah di atas muka bumi ini wujud hanya 3 orang yg Islam, maka mereka bertiga peru bermusyawarah untuk melantik salah seorang merka menjadi Imam atau ketua mereka. Demikian jugalah ketika sekumpulan 3 orang Islam bermusafir, hendaklah mereka melantih salah seorang diantara mereka bertiga sebagai Imam atau ketua dalam sepanjang perjlanan tersebut.
Saudara, begitulah utamanya sistem berjema'ah dalam Islam dan begitu pentingnya dikalangan umat Islam itu ada kepimpinan yg formal.
 
Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment